Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Pergaulan dan pengharapan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 30, 2011 0 komen best
Maafkan saya kerana entri ini tertangguh, kerana ia muncul di blog semua orang yang meletakkan link saya di blognya.

Sebagai seorang pelajar logistik, saya perlu bijak bergaul dengan bukan Muslim. Ini kerana course saya ini boleh dikatakan 50-50 orang melayu dan cina. atau rasanya lebih ramai kawan orang cina berbanding orang melayu. Hampir kesemua projek dan tugasan saya akan berganding dengan bukan muslim.

Bergaul dengan muslim dan bukan muslim menjadikan saya macam Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Saya mempunyai dua sisi berbeza, iaitu cara dan batas bergaul yang berbeza. Saya tidak ingin menjadikan diri saya sukar didekati nonM, dalam masa yang sama saya sangat mudah didekati M.

Saya selalu ditanya dengan soalan-soalan tentang agama oleh kawan-kawan yang nonM, dan hal ini mencipta satu dimensi baru dalam diri saya: bersedia dengan ilmu. Rasa ingin bersedia ini muncul sewaktu kesedihan menimpa saya kerana berjumpa seorang wanita Jerman dalam satu perjalanan dan dia banyak bertanya tentang Islam dan saya tak mampu menjawab dengan yakin.

Orang islam tanpa ilmu adalah tak berguna langsung untuk agama, kan?

Soalannya; "why do god decide to make someone to go to hell when she was born in a place where there is no muslim or not a muslim area, hence she never know anything about Islam?"

sejujurnya, saya masih mencari jawapan. Soalan ini membuat saya sangat bersyukur dipilih sebagai muslim, diberi peluang mengenal Islam. Mengenal Allah, dan ingin mencintaiNya.

Itu tentang pergaulan.

Pengharapan.
Ada dua perkara yang membuat saya muhasabah.

Pertama, projek. Kedua, tuntutan.

Saya bukanlah golongan yang suka-suka hati ponteng kelas. Namun untuk melaksanakan projek tempoh hari, saya telah memontengkan diri hanya kerana surat-surat yang tak siap-siap dan urgent. Urgent, kerana ia perlu dihantar dalam tempoh terdekat, dan tandatangan pegawai perlu diperoleh segera.

Lihatlah betapa sesuatu projek itu akan hilang keberkatan kerana ketidakbergantungan kita pada Allah. Selepas program, selain post mortem, ialah perlunya kepada muhasabah.

Pakcik Rosdi menghantar satu mesej kepada saya selepas program. Ia masih tersimpan dalam inbox telefon dan inbox hati saya. Katanya, "Modal terbesar kita ialah kekuatan hubungan dengan Allah". Lepas program, beberapa tekanan timbul, saya mula berfikir kenapa ianya berlaku. Rupanya saya telah mengorbankan sesuatu yang besar iaitu ilmu dan kelas, sedangkan surat-surat itu selepas beberapa tempoh ia menjadi kertas-kertas yang sia-sia. Betapa tak yakinnya saya dengan Allah masatu, mungkin kerana kesilapan ini, mungkin Allah tak memberkati program yang dilaksanakan.

Tentang tuntutan, juga tentang kebergantungan dengan Allah. Selepas program, saya perlu memastikan laporan dihantar 10 hari selepas tarikh program. Jika tidak, saya sukar mendapatkan tuntutan wang yang telah digunakan untuk program. Disebabkan beberapa hal, report disiapkan setelah hampir dateline. Saya susah hati. Banyak typo error, kekalutan di sana-sini, dan jiwa saya sakit dengan perasaan yang ditekan-tekan. Kerana bajet kertas kerja dan belanjawan laporan tidak sama. Menurut seseorang, ia akan menyebabkan tuntutan tidak diluluskan. Dalam kekecamukan hati, saya pergi tunaikan solat.

Solat membuatkan muhasabah menjadi lebih lancar. Selepas solat, terus, saya teringat kata-kata Pakcik Rosdi, tidak ada yang perlu dirisaukan bila kita tahu bahawa rezeki itu telah ditentukan Allah. Jalan keimanan dan tarbiyyah ini begitu berharga untuk ditukarkan dengan wang berharga RM200-300.. Kalau Allah tidak mengingatkan saya, maka apalah ertinya saya hidup di bumi ini.. Kata-kata ini membuatkan saya yakin dan faham tentang rezeki.. Jika memang ditakdirkan Allah bahawa saya tidak mendapat wang tuntutan yang digunakan untuk program, apa salahnya, dah memang ia bukan rezeki saya. Allah pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik, kan? Itu pun kalau saya yakin. Dan, kalau tak dapat pun, bukankah saya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah? Duit itu saya dah guna untuk program, bukannya untuk sia-sia, alhamdulillah.

Pujukan Allah sangat sweet.. kita akan lebih tenang dengan rasa keterikatan dan kebergantungan.. Yakin, bahawa Allah memiliki segalanya..

Maka, letakkanlah pengharapan hanya kepada Allah!

Wednesday, March 09, 2011

hiduplah dengan cara yang berbeza.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 09, 2011 0 komen best
Dunia yang kita hidupi kini tidak lagi begitu seronok. Globalisasi telah menyebabkan apa-apa yang ada di sudut bumi yang lain turut memudahkan ia untuk diperoleh. Perkara yang mudah didapatkan, nilainya tidak setinggi seperti apa yang usah diperoleh. Itulah maknanya tanda akhir zaman 'pasar-pasar menjadi dekat'.

Hidup semua orang pun menjadi lebih kurang sama. Cara makan sama. Cara tidur sama. Cara mengaji (belajar) sama. Apa yang sama? Makan apa saja, tidur sepuas-puasnya, belajar sekadar nak lulus periksa. Tak thrill lah hidup macamni.. tak ada kelainan.

Apakata kita cipta sikit kelainan dalam hidup kita pada setiap saat, supaya setiap saat yang seterusnya menjadi lebih baik daripada saat yang seterusnya. Kalau sebelum ni tido tak baca doa, bolehlah mula baca doa minta diselamatkan daripada gangguan syaitan.. Kalau sebelum ni kita makan sesuka hati, apa kata pilih dulu makanan yang baik untuk dimakan.. Kalau sebelum ni suka membazir, cuba kurangkan sehingga tak membazir..

Rasulullah SAW sangat menekankan kelainan untuk membezakan Muslim dengan kaum-kaum dan bangsa-bangsa.. satu identiti yang dapat memperkenalkan kepada sesiapa sahaja bahawa seseorang itu adalah beragama Islam.. Rasulullah sangat melarang umatnya untuk mengikut cara hidup bukan Islam dengan sabdanya yang bermaksud; "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum adalah sebahagian daripada kaum itu..".. Islam itu begitu tinggi dan mulia, dan ia takkan direndahkan oleh apa-apa pun kecuali apa yang merendahkan Islam bererti dialah yang rendah..

Secara mudahnya, identiti Islam adalah sifat Rasulullah.. sunnahnya yang wajib diikuti. Saidatina Aisyah R.A menyatakan bahawa akhlak Rasulullah ialah akhlak al-Qur'an.

Tahukah kamu apakah itu al-Qur'an?
Ia adalah kitab yang kalau diturunkan kepada gunung pun gunung akan hancur..
Kalam Allah yang menyebabkan Rasulullah menggigil saat kali pertama menerimanya..
Yang punya rasa persahabatan kerana memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya, yang dapat memberikan ketenangan kepada hati..

Hiduplah dengan cara yang dapat mengenalkan kepada orang lain bahawa Islam itu indah :)

Sunday, December 19, 2010

Lets kill two birds in one shot.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 19, 2010 0 komen best
Dulu masa sekolah, kami malas betul pegi riadhah petang. Maklumlah, kawasan sekolah berbukit.. kalau riadhah kena panjat bukit baru sampai padang. Kata cikgu, boleh dapat pahala. Tengok langit dapat pahala, tengok burung dapat pahala, tengok rumput pun dapat pahala.

'Aik, macammana nak dapat pahala dengan tengok je? tengok pun dapat pahala ke?' kata hati.

Cikgu pun sambung kata-katanya... "dengan syarat kita ucap alhamdulillah".. (selalunya kita pandang sesuatu tu takda makna pun, kan? pandang kosong je..)

Kata-kata cikgu saya tu simple tapi bermakna.

Satu hari, dalam satu perjumpaan, cikgu saya tegur tentang stokin. Masa skolah, kami hanya pakai stokin untuk pergi sekolah je. Sebab wajib. Dan kasut pun kasut kanvas bertutup. Kami pergi DS (Dewan Selera) tak pakai stokin pun..

Pastu, cikgu cakap; "Kenapa awak pakai stokin waktu pegi kelas ngan prep je? Waktu pegi kelas je ke kaki tu aurat? Lepas kelas dah tak aurat eh?"

Pertanyaan yang menyentak hati. Mungkin kami hanya dididik untuk mengikut rules tanpa diberitahu apakah natijahnya.

Apabila saya perhatikan jari saya, yang mempunyai garis-garis halus,dan tangan saya mempunyai liang-liang roma yang begitu kecil, saya terasa kerdil sekali. Allah begitu teliti mencipta hambaNya.


Photobucket

Wednesday, November 24, 2010

Episod arnab dan kura-kura yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 24, 2010 2 komen best
Belum pernah lagi orang tanya saya kenapa saya masuk universiti.

Sebelum saya menjejak so-called 'menara gading' ini, saya sendiri tak nampak kenapa saya memilih untuk masuk universiti. Saya tak nampak jalan lain untuk meneruskan kehidupan selain melanjutkan pelajaran. Yang saya tahu,  saya berhutang dengan ibu dan abah sepanjang hidup ini, dan hutang mesti dibayar dengan sekurang-kurangnya memberi mereka kegembiraan.

Banyak sekali salah anggap tentang kehidupan di universiti. Mula-mula bergelar mahasiswi, saya ingatkan kehidupan di sini senang, tak perlu struggle macam masa sekolah. Hakikatnya, inilah litar perlumbaan di mana segalanya bermula. Di sinilah anda akan melhat episod cerita 'arnab dan kura-kura' yang seterusnya. Penipuan, kelicikan, kejujuran, dan segalanya menjadi permainan yang digula-gulakan. Tinggal terpulang pada hati saja nak menggunakan cara yang betul atau salah.

Kita tidak pernah terlambat untuk kembali kepada jalan yang betul dengan membetulkan niat. Apabila saya gagal mendapat keputusan yang baik pada semester satu, saya mula mengubah persepsi dan membetulkan niat. Belajar bukan kerana nak jadi juara, bukan nak menang, tetapi belajar kerana nak menjadi manusia bermanfaat kepada ummah. Belajar kerana Allah.

Jalan menuntut ilmu ini amat sukar untu ditempuh. Semangat, mudah saja mengalah kepada nafsu. Pengaruh luaran cukup hebat menggoda apabila pengaruh dalaman tidak sekuat mana. Kata seorang murabbi; "Kita mahu menjadi seperti ikan di laut. Menongkah arus, bukan mengikut arus. Tidak masin walaupun tinggal di laut masin".

Kenapa kita masuk universiti kalau hanya untuk mendapat markah secukup rasa aja?

Selagi ada manusia boleh mencapai kejayaan, selagi itu kita yang manusia ini juga mampu mencapainya.

Sebenarnya artikel ini ditulis untuk menyatakan kekesalan kepada diri dan rakan-rakan. Saya takut kalau ia ditulis setelah saya bukan lagi mahasiswa dan ia tidak sesuai pula untuk masa akan datang. Saya melihat ramai sekali rakan-rakan yang bukan dari keluarga senang mensia-siakan kehidupan di universiti. IPTA, memang biasanya dihuni oleh pelajar dari latarbelakang kewangan kelas pertengahan dan bawahan. Tapi, masih ramai lagi di antara kita yang belum dapat mengenalpasti hala tuju hidup yang sebenarnya. Sayang.

Kalau anda rasa jalan hidup anda sama saja: belajar, graduate, kerja dan kahwin kemudian dapat anak, menjaga keluarga, kemudian mati. Itu saja ke? Kalaulah syurga semurah itu...

Kura-kura pun ada strategi untuk mengalahkan arnab. Arnab pula, yang sudah tahu kemampuan untuk mengalahkan kura-kura berlengah-lengah di pertengahan jalan.

Jangan buat sesuatu kerana mengikut arus tanpa mengetahui tujuan ianya dilakukan. Ia akan menjadi perkara yang sangat merugikan. Jangan belajar hanya kerana kawan anda melakukannya, kelak apabila dia gagal anda pun turut sama juga..!

Jadilah seperti minyak, apabila ia bergaul dengan air, ia masih tetap minyak.. (tak pastilah boleh pakai ke tak perumpamaan ni.. :)  )
Photobucket

Wednesday, October 27, 2010

Cinta mesti dirawat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 0 komen best
Ada orang tak sedar kalau dia sedang sakit. Apatah lagi sakit itu membarah dalam jiwanya. Ishq, seperti nama saya.

Katakan saya adalah seorang doktor. Doktor cinta. (bukanlah macam dalam lagu Dr. Cinta yang tidak memberi makna munasabah itu). Tapi saya doktor takde tauliah laa~..

Saya pernah membaca dalam 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Abbas AsSissi, katanya, setiap orang itu adalah seperti doktor. Seorang doktor mestilah bijak mengkaji apakah penyakit seorang pesakit dan memberikan kepadanya deskripsi ubat yang betul, bukan main pakai hentam aja.

Saya juga pernah membaca dalam blog Ustaz Hasrizal, bahawasanya perkara dosa itu mesti dipatahkan (dipulangkan) dengan dosa juga / cara yang menyakitkan (begini kut, saya tak dapat cari perkataan yang tepat).

Maksud saya, kalau seseorang itu ber'couple', kemudian Allah telah memberi petunjuk kepadanya bahawa 'couple' itu adalah berdosa dan dibenci Allah, lalu dia mahu memutuskan hubungan yang tak terikat itu, maka dia mesti (tidak boleh tidak) menggunakan jalan memberitahu kepada 'couple'nya itu kebenaran. Kebenaran memang selalu dirasakan pahit bagi orang-orang yang tak mengerti kepentingannya.

Setiap orang itu pasti berbuat dosa. Saya andaikan kita ini sebagai orang yang terjun ke dalam gaung. Kita adalah kita, dan gaung itu kancah dosa. Bezanya antara kita ialah bagaimana kita berusaha untuk keluar daripada gaung itu. Dalam usaha keluar dari gaung itu, kadang-kadang kita bisa tergelincir semula kedalamnya kerana pautan kita yang tidak kuat.. Saya tak kata saya manusia baik, sebab sayapun tak terlepas dari perbuatan dosa.

Cinta mesti dirawat. Dan untuk merawat cinta, InsyaAllah, semester depan, sebagai satu kesinambungan terhadap 'Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu' tempoh hari (yang berlangsung di UiTM Arau), akan diusahakan pula seminar 'Merawat Cinta'. (Saya dengar Seminar ini pernah berlangsung, tapi saya tak pernah berpeluang mengikutinya)

Sementara menunggu, rawatlah cinta itu dengan memulangkan hati kepada Khaliknya..

Kerana dosa mesti dipatahkan dengan dosa,
Kerana saya hamba yang tak punya apa-apa walau setitis darah yang mengalir di tubuh ini,
Dan kerana jasad ini bakal dimamah bumi dan dimakan ulat,
Maafkanlah sesiapa yang cuba merawat cinta..

*Kata Abbas as-Sissi juga, setiap da'ie itu ibarat orang yang memberi hadiah kepada orang yang ditemuinya. Kefahaman itulah hadiah yang diberikan.
Photobucket

Monday, October 25, 2010

Strictly NO DATING!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 25, 2010 0 komen best
Rasa macam nak buat kain rentang besar-besar letak kat depan blog ni, nak tulis: STRICTLY NO DATING!

Rasa nak print kertas banyak-banyak bertulis "STRICTLY NO DATING", pasang bunting secara besar-besaran.

Geram betul, tak faham bahasa ke ni blok perempuan? Dah malam-malam buta pun tak reti nak balik tido.

Hehe.. tu kalau saya mampu je nak pegi membebel kat orang dating yang menyemak selalu depan blok saya.. Nasib baik khemah yang selalu ada kat depan blok B ni dah alih, kalau tak, memang tak perasan ada pasangan yang sedang dating. Dalam gelap pula tu..

Teringat Pakck Rosdi cerita tentang anak muridnya yang nak sangat bercouple. Namanya, katakan D.

Bila teman serumah D tahu yang D ni bercouple, dia ajak D pergi ke dapur. Dia nyalakan api dapur gas. Dia ambil tangan D, lalu dia berkata, "Kalau hang rasa hang boleh tahan panas api ni, tak melecur, aku benarkan hang couple".

Menangis D dibuatnya, tak jadi couple dah pastu. Sedangkan api dapur gas pun tak tertahan, apatah lagi api neraka..

Suka baca blog Nur Areefah. Dia pernah menulis dalam blognya, "Kalau ada pasangan ucapkan sayang dan rindu pada kita, maknanya dia tak sayangkan kita(dia nak kita terhanyut sama dan disentuh api neraka)".

Strictly NO DATING!

Memang macam haram je ikin ni kan, cakap pasal neraka la apa la.. bukannya pernah tengok neraka pun.. (mungkin inilah kata-kata orang dalam hati..), tapi, Abu Hurairah pernah meriwayatkan, ketika mereka bersama dengan Rasulullah ada bunyi bergegar dan apabila ditanya sahabat apakah ia, Rasulullah menjawab, "itulah bunyi batu yang jatuh menjunam ke dalam neraka sejak 70 tahun dulu dan telah sampai ke dasarnya". diriwayatkan, Rasulullah tak pernah ketawa setelah itu sehingga ajalnya..

Malaikat Malik tak pernah tersenyum sejak neraka diciptakan. (Malaikat Malik ialah malaikat yang bertugas menjaga neraka).

Nak DATING jugak ke? saya sarankan anda bacalah buku PEMILIK CINTAKU Setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha untuk memahami kepentingan dating dan couple dilarang dalam Islam. Kalau tak ada, saya ada boleh bagi pinjam.

Wallahu a'lam. Hiduplah dengan berkasih sayang yang Allah redha.
Photobucket

Sunday, October 24, 2010

firasat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 24, 2010 0 komen best
Asal balik dari PSB je, mesti mengadap dulu. Mesti duduk dulu. Kata ikin, cool down, sebab baru lepas berjalan-jalan.. Mesti tulis blog dulu. Astaghfirullahal'azim..

Sepertimana pasangan muda-mudi suka ucapkan pada pasangannya, "I want to be the first good morning and your last good night wish", begitulah yang ingin saya ucapkan pada library. Tetapi malangnya, pak guard yang selalu jadi the last person and the first one. Mungkin pak guard jeles dengan saya. Apapun, saya belum pernah lagilah makan tido kat PSB.. so library not yet considered as my loved ones, sebab bilik saya masih sweet untuk diambil perhatian, dan roommate saya masih ada untuk diambil tahu kebajikannya.

Saya pernah membaca,
"Orang yang beriman dikurniakan Allah firasat yang tajam dan benar..."

firasat ini, bukan dipandu nafsu, tetapi ia adalah firasat yang terpelihara.

Umar bin Abdul Aziz pernah takjub kepada seorang budak kecil. Diriwayatkan, ketika Umar sedang berkata-kata, ada seorang budak ikut campur, dan dia (budak itu) disuruh tidak ikut campur urusan orang besar. lalu budak itu berkata,"Seseorang itu dilihat daripada 2 perkara kecil, lidah dan hatinya. Kalau segala urusan ditentukan oleh usia, maka ada yang lebih berhak ke atas kerusi itu. Jika Allah memberikannya hati yang kuat dan lisan yang fasih, maka dia berhak berbicara."

Pagi tadi Kak Azila menceritakan kepada saya tentang Lim memarahi sahabatnya.

[baca di sini kisah Lim yang sebenar. Lim telah mengislamkan 20 orang sejak memeluk Islam, dan memarahi Talha kawannya yang tidak pernah menerangkan padanya tentang Islam].

Marilah kita duduk untuk beriman sejenak.. jangan menangis kerana dicemuh orang, tetapi menangislah kerana Allah masih cintakan kita..Allah tak pernah mencintai hambaNya dengan apa-apa syarat.

Tak mungkin Allah mahu membiarkan hati ini kecewa. Jadi, Allah telah berfirman dalam kitabNya yang termulia; "Allah takkan mengubah nasib hambaNya melainkan mereka mengubahnya sendiri.."

Wednesday, October 20, 2010

Apa nak dikejar pada cinta manusia... [hati itu Allah yang punya!]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 20, 2010 4 komen best
Apa nak dikejar pada cinta manusia...
cantik pun tak guna kalau tak ada akhlak.
Muda pun tak guna kalau tak bermanfaat.
Tua pun tak guna kalau masih bermaksiat.
Rupa hensem pun nanti berkedut jugak.
Manusia akan mati dan membawa amalannya ke dalam kubur.
Lebih disesalkan kalau orang yang soleh mati dan membawa bi'ahnya yang dahulu ada mati sama.

Apa nak dikejar pada cinta manusia
kalau apa yang dilakukannya hanya untuk kesukaan orang yang dicintainya
semakin kita mencintainya, semakin hati terasa sakit
semakin kita mencarinya, semakin ia menghilang
ibarat mengejar bayang-bayang
Kita akan tamak dengan cinta dari manusia
dan segalanya takkan pernah cukup.

Apa nak dikejar pada cinta manusia
Apa?

letakkanlah perasaanmu pada tempatnya.
Jangan zalim pada diri. Allah tak jadikan hati untuk dikotori dengan cinta nafsu..

Hati itu, Allah yang punya. Sebenarnya kita adalah makhluk miskin yang tak punya apa-apa kerana mencintai manusia yang akan tua dan mati.

***syabab tanpa semangat adalah tua: tua sebelum usianya.
****semangat bukan sebarangan, tetapi ia adalah semangat yang terpelihara, dan dipelihara di atas landasan yang tepat. Landasan cinta hakiki.

Ya Allah, letakkan lah dunia itu di tanganku, dan akhirat itu dalam hatiku.. dan jadikanlah kami dalam kalangan orang yang Engkau kasihi..
Photobucket

Tuesday, October 05, 2010

Perempuan yang kuat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 05, 2010 2 komen best
Perempuan yang kuat, adalah perempuan yang rajin berlatih dan mencari kekuatan.

Adakah saya seorang perempuan yang kuat? Kalaulah kekuatan itu boleh diawetkan biar bertahan dan kekal lama..

Kalaulah kekuatan itu tidak perlu dibina dan datang pada waktu kita memerlukannya..

Kalaulah kekuatan itu tidak terhapus dengan keletihan...

Oh. Berhentilah berkata 'kalau'. Itu kata-kata orang tak bersyukur. Kerana manusia itu sifatnya 'baharu', maka kekuatan perlu selalu diperbaharukan. Azam, cinta dan kekuatan juga mesti selalu dibaharukan.

Macam mana?

Dengan solat tahajjud, rahsia kekuatan orang Islam. :)

Ya Allah, sayangilah orang-orang yang aku sayangi, dan letakkanlah aku dalam golongan orang yang Engkau sayangi, dan jadikanlah aku manusia yang menyayangi orang-orang yang Engkau sayang.
Photobucket

Monday, September 27, 2010

inspirasi - meeting someone special

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 27, 2010 1 komen best
"A wise person is not someone who can give
the right answer,
but someone who can throw
a good question"- Prof Azizi.

Saya suka jumpa prof Azizi. Walaupun sibuk dengan pelbagai beban kerja dekan, tapi bila saya datang ke pejabatnya, dia sentiasa terbuka dan sudi meluangkan masa. Saya suka dengar kata-katanya, dan seorang mentor dan pemberi motivasi yang baik. Dia suka berbincang tentang sesuatu yang buat saya berfikir. Katanya;

"Sampai satu tahap dalam kehidupan ni, kita akan terfikir bahawa melontarkan soalan itu menjadi lebih susah berbanding menjawabnya".

Saya pun ada target sepertinya. Tak silap saya, prof mendapat gelaran prof madya pada umurnya 30-an, dan gelaran prof pada usia 40. Testimoni daripada pensyarah lain bila saya mention prof Azizi adalah pensyarah SDG saya, kata mereka: 'He is a very hardworking man'.

Pelajar UUM, sesiapa yang ada kesempatan, ambillah peluang untuk bertemu orang yang tidak dapat kita temui di jalanan ini: bukan mudah untuk mengutip ilmu daripada seorang yang hebat. Kita suka nak sibuk mengambil kata-kata falsafah Barat, padahal kata-kata itu boleh diperoleh daripada orang yang dekat kefahamannya dengan kita.

"Jadilah orang yang berfikir!"
Photobucket

Monday, September 20, 2010

inspirasi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 20, 2010 2 komen best
Saya juga manusia biasa seperti anda yang ada penyakit paling berbahaya yang pernah wujud atas muka bumi ni. Lebih berbahaya daripada penyakit yang membawa maut seperti kanser. Bahayanya penyakit ini ialah apabila ia dihidapi oleh manusia hidup yang sihat.

Penyakit malas. Malas adalah penyakit orang yang tak bersyukur.

Kebangkitan yang paling sulit ialah selepas keselesaan yang lama. Student universiti paling malas nak pergi kelas ialah selepas cuti panjang. Pagi tadi, saya rasa malas yang teramat untuk bangun, apatah lagi saya telah setkan pada minda bahawa kelas Keusahawanan adalah paling tak best untuk semester ini. (sebab kuliahnya berbentuk penyampaian sehala, memang bukan taste saya ). Kelas pukul 8 pagi, tapi pukul 7.15 baru terhegeh-hegeh nak pergi mandi. Apa punya budak U la saya ni.

Roommate saya pukul 7 dah siap. Saya masih baring-baring atas katil. Kemudian entah kenapa saya fikir pasal abah ibu. Terus, saya bangkit capai towel dan mandi dan bersiap. Kalau tak prgi kuliah kang, kesian abah ibu, diorang ingatkan saya belajar, rupanya main-main. Kesian abah, kerja berhempas pulas nak kasi saya  RM400 sebulan, saya main ponteng-ponteng. Kesian pensyarah, penat datang kuliah, anak murid suka-suka hati je nak datang kuliah ke tak.

Ponteng itu satu pembaziran. Pembaziran ilmu, masa dan wang. Bukan sahaja pembaziran kepada diri sendiri, tapi pembaziran melibatkan ramai orang. Kerajaan dah bagi banyak duit nak suruh aku ni belajar!
(Oh, saya memang kompleks orangnya. )

Konklusinya, sebelum buat sesuatu, fikir dulu cosequence-nya. Allah tak jadikan kita untuk buang masa dan sia-sia. Allah nanti tanya, "kenapa ko ponteng kuliah?"
Takkan kita nak jawab.. "aku malas je..biasalah, tido lagi best.."

Jangan buat sesuatu yang akan membuat kita rasa menyesal. titik.
Photobucket

Friday, September 17, 2010

Biarlah kutemukan kepingan hatiku yang hilang..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 17, 2010 6 komen best
Saya nak buat cerpen tadi, menggunakan tajuk yang diatas.

Tapi, disebabkan mata sudah mula mengatuk, mengarut sajalah yang saya mampu pada waktu-waktu begini. Selalunya saya tak sempat mengarut, tidur terus. Tapi sebab malam ni agak sunyi dan lengang, jadi saya fkir nak menulis sikit.

Kadang-kadang, kita bekerja macam mesin selama 24/7, tapi kita tak menemui hasilnya. Begitu bersungguh-sungguh kita berusaha, tapi, masih kita tak nampak hasil usaha kita. Apa yang kita dapatkan cumalah rasa penat dan menyebabkan kita rasa bahawa hidup ini begitu melelahkan.

Bila kita mula rasa begitu, duduklah sebentar dan berfikir. Mungkin kita silap dalam menetapkan niat dan tujuan kita. Bila kita mula rasa tak seronok belajar dan bekerja, bermakna apa yang kita lakukan adalah semata-mata mengejar dunia. Kita yang belajar hanya apabila ada semangat, itu amat bahaya. Semangat dan mood hanya datang sekali sekala membuatkan kita tak konsisten dalam bekerja dan berusaha.

Bila kita mengejar dunia, kita akan mudah rasa kecewa bila kita tak mendapatkan apa yang kita mahu. Penyelesaiannya, muhasabah diri dan kembali kepada jalan yang betul: setting niat dan kembali mencari redha Allah.

Dunia ini ibarat air laut, kalau diminum sehingga habis pun takkan habis rasa hausnya.

p/s: semoga saya tak jadi mengarut: kata-kata ini untk saya yang sekali-sekala digayuti rasa malas.. Sifat malas bukan perangai orang islam, jadi, mulalah berubah!

Monday, August 30, 2010

susah juga kalau tak pandai marah ni yea..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 30, 2010 2 komen best
Peluang memperbaiki diri adalah anugerah terbaik sepanjang kehidupan ini.

Dulu, masa saya masih di peringkat bersekolah, saya seorang yang suka marah-marah untuk hal kecil. Childish. Classmate lower form saya, terutamanya farhana yang selalu menjadi mangsa kebudak-budakan saya, sangat masak dengan perangai saya. Tap, apabila umur meningkat dan saya mula belajar mempertingkatkan diri, saya pelajari bahawa marah akan menutup pintu-pintu kebijaksanaan dan membawa 1001 kerugian. Ia juga membuka pintu-pintu permusuhan dan kebencian, menurut kata syaitan, menjadi hamba nafsu. Jadi, saya mula belajar untuk meninggalkan kemarahan dan bersabar. Hanya orang-orang tertentu sahaja akan dapat kemarahan saya, iaitu adik-adik, kakak dan abang saya. 

Marah dengan kawan-kawan akan diisi dengan diam. Berhenti berkomunikasi sebentar akan membuatkan saya rasa tenang sedikit, sekurang-kurangnya diam itu tak memerlukan saya untuk bercakap.

Menahan marah itu suatu nikmat.. ia macam menghapuskan api dengan menyiramnya dengan air mawar yang wangi.. hati kita tak menjadi untuk busuk dengan dendam.. Pernahkah anda menahan marah sehingga menggigil kerana tak mampu dan menangis? Cubalah hapuskan marah kita, sebab ia sikitpun tak berguna.

Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan bahawa marah itu merugikan. Dan, saya juga selalu mengingatkan diri untuk tidak marah dulu dalam sesuatu hal. Setelah bertahun-tahun saya menyemai sikap ini dalam diri, ia mula menjadi tabiat saya untuk tidak melampiaskan kemarahan. 

Bagi saya, marah itu perlu bertempat. Marah pada yang hak. Marah kalau sesuatu berlaku pada saudara kita, marah jika islam ditindas, marah kalau maksiat berlaku di hadapan mata. Marah kepada diri jika tidak menunaikan kewajipan.

Tapi saya dah tak tahu mana letaknya marah tatkala saya menelefon orang yang tidak bekerjasama dalam tugasan. Sebelum call, saya rasa amat geram dengan tindakannya yang asyik tak attend meeting. Tapi, bila dia angkat call, saya tak jadi marah.. Yang seorang lagi pula, perangainya amat merungsingkan sebab suka menyuruh itu dan ini. Saya tidak suka dengan sikapnya itu, tapi, apabila saya menemuinya, sikitpun saya tak marah dia, dan saya pasti raut wajah saya pun tak menunjukkan yang saya sedang marah. Kenapa dengan saya ni? Adakah saya memerlukan terapi untuk mempelajari rasa marah?

Bukan senang nak semai sikap  baik dalam diri.. Saya taknak belajar main dengan api.. belum pun marah, ia sudah membakar saya menjadi debu..

Tapi, saya masih berfikir.. macammana caranya menyelesaikan masalah tanpa marah?

Photobucket

Thursday, August 26, 2010

isu-isu semasa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 26, 2010 2 komen best
"perjuangan ini telah kau bayar dengan jiwa-syahid dalam cintaNya"- bait-bait lagu merah saga.

Ramadhan kali ini cukup berbeza dengan yang lalu. Setiap minggu ada-ada saja yang berlaku-best, and worst.

Kalau ada seseorang menulis entri 'explode in anger', saya pula, walaupun pada mulanya nak juga tulis hal yang berkaitan, tapi saya tak tahu macammana. Walaupun saya rasa marah dengan apa yang berlaku dengan assignment saya, bila fikir-fikir balik, saya rasa salahnya akan kembali pada diri saya juga. Hala, assignment je pun, tak perlu nak bertekak. Daripada saya marah orang lain, lebih baik marah kat diri sendiri. Tak guna nak marah pada orang lain yang dah tua, keras macam buluh.

Dunia ni aneh. Orang buat jahat dah memang tak disukai, orang buat baik dipijak. Semalam saya nampak sepasang manusia berpelukan di lorong bangunan FPK, pada hari masih cerah. Saya tak biasa sebenarnya tengok scene macamtu, jadi rasa terkejut. Tak sempat saya nak tegur ke apa, diorang dah perasan dan terus pergi. Mungkin inilah masalahnya kelompok kita, budaya kita. Bila tengok orang buat salah, buat maksiat, kita tak tegur, tapi terus membiarkannya macam tak nampak. Saya rasa bersalah pula sebab terlepas.

Dah selalu sangat dah saya tengok orang dating. Tapi entah kenapa iman tu macam tak kuat je nak cegah maksiat. Layak ke saya ni dipanggil da'ie, apabila saya tak mencegah kemungkaran yang ada depan mata? Apa yang saya buat ialah, bila saya nampak kawan saya dating, saya duduk sekejap kat situ. Macam satu teguran. Kalau betul hati saya kuat masatu, saya tegur terus. Kalau yang saya tak ngam sangat tu, saya cuba tanya kalau-kalau dia tak ada kerja nak dibuat, atau ajak dia untuk ke mana-mana, atau tanya dia mana kawan-kawan yang lain..

Ada satu malam tu, saya baru balik dari majlis berbuka puasa dan tarawikh, turun dari kereta je ada sepasang orang duduk bawah khemah depan blok saya. Kali ni saya ada kekuatan.

Saya paling tak suka isu blok A DPP EON. Pelajar lelaki selalu lalu di bahagian tepi blok A untuk ke Pusat Islam, tak kiralah masa bazar ramadhan ataupun masa nak terawikh ataupun masa solat jumaat. Macam tak tau plak yang blok tu ialah blok kediaman perempuan. Sikitpun tak hormat. Bukannya tak pernah diberitahu, saya rasa setiap kali orientasi dah bagitahu. Kesian la kat penduduk blok A, nak pergi toilet pun kena check dulu keadaan kat luar.. Lagipun jalan raya terbentang luas, apalah salahnya memanjangkan dan membanyakkan langkah ke masjid, pahala pun dapat banyak..

Saya perhatikan, masyarakat sudah tak kenal lagi antara kebenaran dan kebatilan. Bila orang buang maksiat, buang anak, bunuh anak, tau pulak nak keji.. Tapi bila kawan-kawan mula tukar status relationship kat facebook dari 'single' kepada 'in a relationship with', masing-masing ucap 'congrats' dan sebagainya.. siap bagi suggestion lagi macammana cara-cara nak menghangatkan cinta la.. ape la.. bagi kad la.. korang ni apa sebenarnya? lalang ke? Bila kawan tu ada banyak masalah couple, yang boleh korang comment kat status dia ialah 'sabar' je. Silap-silap haribulan, bila kawan tu dah terberanak, tiba-tiba je takde orang dalam dunia ni yang boleh cakap sesuatu pada dia selain kejian. Natijahnya, sebelum keji orang, kejilah diri sendiri dulu.. Sebenarnya kita pun ada bahagian dalam kebejatan sosial yang berlaku sekarang..

Seperti kata seorang lelaki yang saya panggil Pakcik Rosdi yang disampaikan oleh Kak Nazihah,

"Hidup hanya sekali, hiduplah dengan mulia"

Ramai sekali remaja hari ini yang tersilap mentafsirkan ungkapan hidup hanya sekali. Mereka kata, 'sebab hidup cuma sekali lah nak enjoy habis-habis.. Nanti dah tua bertaubatlah..' Silap..silap.. jangan buat kesilapan macamni.. Malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari, ada peluang ke kita untuk menjadi tua? Entah-entah sekejap lagi kita mati.

Hiduplah dengan mulia.. Allah dah ciptakan kita sebagai khalifah, takkan kita nak letakkan akal kita di kaki dan merendahkan martabat sendiri dengan bermaksiat?

Nota untuk diri saya juga yang tak terlepas dari melakukan dosa. Astaghfirullahal'azim..
Photobucket

Wednesday, August 25, 2010

Dalam karya hidup saya, saya tentukan sendiri haluannya..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 25, 2010 0 komen best
Setiap hari baru adalah satu peluang untuk kita menjadi lebih baik dari semalam. dan ia akan berlalu sebaik sahaja ia berakhir pada malam nanti.

Dah lama rasanya tak menulis sesuatu yang bermakna di sini. Asyik mengeluh je, manalah nak bermanfaat. Orang pun letih nak baca, kan?

Sekarang saya ada beberapa assignment dan test untuk diberi perhatian. Statistics, pada jumaat nanti, dan accounting dan business law selepas cuti nanti. Assignment accounting, business law dan applied stats saya belum buat lagi. Lepas cuti nanti, kalau kau tercangak-cangak nak buat asignment dan sibuk dengan program, baru padan muka kau, ikin!~

Dalam karya hidup saya, saya tentukan sendiri haluannya..

Cita-cita saya adalah menjadi bermanfaat untuk umat. Untuk sesiapa sahaja. Jadi, tak kiralah apapun kerjaya saya nanti, asalkan bermanfaat dan bukan untuk kepentingan diri sahaja. Jadi, kalau saya masih kebudak-budakan dan suka main-main hari ini, pada masa depan, dah tentu saya akan menjadi orang yang tak berguna. Saya tak suka jadi robot universiti, tapi saya suka memprogramkan diri sendiri untuk dapatkan apa yang saya nak capai.

Untuk mencapai cita-cita tertinggi, saya mestilah memenuhi kesemua kriteria yang dimahukan agama. (Sebabnya, kalau kita ada agama, kita akan memiliki kesemuanya.. tetapi apabila kita menyingkirkan agama dari kehidupan, kita bukanlah apa-apa dalam dunia ni..)

Salahsatu muwasafat tarbiyyah ialah luas pengetahuan. Untuk mempunyai pengetahuan yang luas, membaca mesti dijadikan satu amalan. Jadi, kawan-kawan, jangan malas membaca!
Photobucket

Sunday, August 08, 2010

baru saya faham..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 08, 2010 3 komen best
Baru-baru ni, saya rasa sedih dan tertekan sebab lebih separuh yang saya pelajari di kelas, tak difahami.

Bila saya cuba ulangkaji pun, fikiran saya akan menerawang dan berfikir entah ke mana-mana. Kata abah, banyakkan menghadiah al-fatihah kepada Rasulullah, ibu bapa dan para pendidik, tapi masih tak begitu berhasil.. tumpuan saya masih bersepah..

Saya fikir ini agak peribadi untuk dikongsi.

Bila difikir-fikir balik, muhasabah diri, rupa-rupanya saya dah tertinggal membaca al-ma'turat. Dan sambil lewa dalam beribadah. Astaghfirullahalazim.

Kawan, kalau nak berjaya dalam hidup ni, jangan tinggalkan Allah.. Yang kita nakkan dalam setiap perkara tu adalah keredhaan Allah, dan yang kita nak miliki tu adalah ilmu Allah.. Mungkin Allah nak menegur saya,dan hari ini Dia membuka minda saya tentang apa yang membuntukan jiwa saya.

Jangan sesekali bermain-main dengan amalan.. doakan saya..
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea