Wednesday, November 24, 2010

Episod arnab dan kura-kura yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 24, 2010
Belum pernah lagi orang tanya saya kenapa saya masuk universiti.

Sebelum saya menjejak so-called 'menara gading' ini, saya sendiri tak nampak kenapa saya memilih untuk masuk universiti. Saya tak nampak jalan lain untuk meneruskan kehidupan selain melanjutkan pelajaran. Yang saya tahu,  saya berhutang dengan ibu dan abah sepanjang hidup ini, dan hutang mesti dibayar dengan sekurang-kurangnya memberi mereka kegembiraan.

Banyak sekali salah anggap tentang kehidupan di universiti. Mula-mula bergelar mahasiswi, saya ingatkan kehidupan di sini senang, tak perlu struggle macam masa sekolah. Hakikatnya, inilah litar perlumbaan di mana segalanya bermula. Di sinilah anda akan melhat episod cerita 'arnab dan kura-kura' yang seterusnya. Penipuan, kelicikan, kejujuran, dan segalanya menjadi permainan yang digula-gulakan. Tinggal terpulang pada hati saja nak menggunakan cara yang betul atau salah.

Kita tidak pernah terlambat untuk kembali kepada jalan yang betul dengan membetulkan niat. Apabila saya gagal mendapat keputusan yang baik pada semester satu, saya mula mengubah persepsi dan membetulkan niat. Belajar bukan kerana nak jadi juara, bukan nak menang, tetapi belajar kerana nak menjadi manusia bermanfaat kepada ummah. Belajar kerana Allah.

Jalan menuntut ilmu ini amat sukar untu ditempuh. Semangat, mudah saja mengalah kepada nafsu. Pengaruh luaran cukup hebat menggoda apabila pengaruh dalaman tidak sekuat mana. Kata seorang murabbi; "Kita mahu menjadi seperti ikan di laut. Menongkah arus, bukan mengikut arus. Tidak masin walaupun tinggal di laut masin".

Kenapa kita masuk universiti kalau hanya untuk mendapat markah secukup rasa aja?

Selagi ada manusia boleh mencapai kejayaan, selagi itu kita yang manusia ini juga mampu mencapainya.

Sebenarnya artikel ini ditulis untuk menyatakan kekesalan kepada diri dan rakan-rakan. Saya takut kalau ia ditulis setelah saya bukan lagi mahasiswa dan ia tidak sesuai pula untuk masa akan datang. Saya melihat ramai sekali rakan-rakan yang bukan dari keluarga senang mensia-siakan kehidupan di universiti. IPTA, memang biasanya dihuni oleh pelajar dari latarbelakang kewangan kelas pertengahan dan bawahan. Tapi, masih ramai lagi di antara kita yang belum dapat mengenalpasti hala tuju hidup yang sebenarnya. Sayang.

Kalau anda rasa jalan hidup anda sama saja: belajar, graduate, kerja dan kahwin kemudian dapat anak, menjaga keluarga, kemudian mati. Itu saja ke? Kalaulah syurga semurah itu...

Kura-kura pun ada strategi untuk mengalahkan arnab. Arnab pula, yang sudah tahu kemampuan untuk mengalahkan kura-kura berlengah-lengah di pertengahan jalan.

Jangan buat sesuatu kerana mengikut arus tanpa mengetahui tujuan ianya dilakukan. Ia akan menjadi perkara yang sangat merugikan. Jangan belajar hanya kerana kawan anda melakukannya, kelak apabila dia gagal anda pun turut sama juga..!

Jadilah seperti minyak, apabila ia bergaul dengan air, ia masih tetap minyak.. (tak pastilah boleh pakai ke tak perumpamaan ni.. :)  )
Photobucket

2 komen best:

Faris said...

exactly!

tough mentally n physically

norashikin rahmat said...

kan?
bersyukur sebab diberi peluang menghadapinya :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea