Showing posts with label benci maksiat. Show all posts
Showing posts with label benci maksiat. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Episod arnab dan kura-kura yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 24, 2010 2 komen best
Belum pernah lagi orang tanya saya kenapa saya masuk universiti.

Sebelum saya menjejak so-called 'menara gading' ini, saya sendiri tak nampak kenapa saya memilih untuk masuk universiti. Saya tak nampak jalan lain untuk meneruskan kehidupan selain melanjutkan pelajaran. Yang saya tahu,  saya berhutang dengan ibu dan abah sepanjang hidup ini, dan hutang mesti dibayar dengan sekurang-kurangnya memberi mereka kegembiraan.

Banyak sekali salah anggap tentang kehidupan di universiti. Mula-mula bergelar mahasiswi, saya ingatkan kehidupan di sini senang, tak perlu struggle macam masa sekolah. Hakikatnya, inilah litar perlumbaan di mana segalanya bermula. Di sinilah anda akan melhat episod cerita 'arnab dan kura-kura' yang seterusnya. Penipuan, kelicikan, kejujuran, dan segalanya menjadi permainan yang digula-gulakan. Tinggal terpulang pada hati saja nak menggunakan cara yang betul atau salah.

Kita tidak pernah terlambat untuk kembali kepada jalan yang betul dengan membetulkan niat. Apabila saya gagal mendapat keputusan yang baik pada semester satu, saya mula mengubah persepsi dan membetulkan niat. Belajar bukan kerana nak jadi juara, bukan nak menang, tetapi belajar kerana nak menjadi manusia bermanfaat kepada ummah. Belajar kerana Allah.

Jalan menuntut ilmu ini amat sukar untu ditempuh. Semangat, mudah saja mengalah kepada nafsu. Pengaruh luaran cukup hebat menggoda apabila pengaruh dalaman tidak sekuat mana. Kata seorang murabbi; "Kita mahu menjadi seperti ikan di laut. Menongkah arus, bukan mengikut arus. Tidak masin walaupun tinggal di laut masin".

Kenapa kita masuk universiti kalau hanya untuk mendapat markah secukup rasa aja?

Selagi ada manusia boleh mencapai kejayaan, selagi itu kita yang manusia ini juga mampu mencapainya.

Sebenarnya artikel ini ditulis untuk menyatakan kekesalan kepada diri dan rakan-rakan. Saya takut kalau ia ditulis setelah saya bukan lagi mahasiswa dan ia tidak sesuai pula untuk masa akan datang. Saya melihat ramai sekali rakan-rakan yang bukan dari keluarga senang mensia-siakan kehidupan di universiti. IPTA, memang biasanya dihuni oleh pelajar dari latarbelakang kewangan kelas pertengahan dan bawahan. Tapi, masih ramai lagi di antara kita yang belum dapat mengenalpasti hala tuju hidup yang sebenarnya. Sayang.

Kalau anda rasa jalan hidup anda sama saja: belajar, graduate, kerja dan kahwin kemudian dapat anak, menjaga keluarga, kemudian mati. Itu saja ke? Kalaulah syurga semurah itu...

Kura-kura pun ada strategi untuk mengalahkan arnab. Arnab pula, yang sudah tahu kemampuan untuk mengalahkan kura-kura berlengah-lengah di pertengahan jalan.

Jangan buat sesuatu kerana mengikut arus tanpa mengetahui tujuan ianya dilakukan. Ia akan menjadi perkara yang sangat merugikan. Jangan belajar hanya kerana kawan anda melakukannya, kelak apabila dia gagal anda pun turut sama juga..!

Jadilah seperti minyak, apabila ia bergaul dengan air, ia masih tetap minyak.. (tak pastilah boleh pakai ke tak perumpamaan ni.. :)  )
Photobucket

Monday, October 25, 2010

Strictly NO DATING!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 25, 2010 0 komen best
Rasa macam nak buat kain rentang besar-besar letak kat depan blog ni, nak tulis: STRICTLY NO DATING!

Rasa nak print kertas banyak-banyak bertulis "STRICTLY NO DATING", pasang bunting secara besar-besaran.

Geram betul, tak faham bahasa ke ni blok perempuan? Dah malam-malam buta pun tak reti nak balik tido.

Hehe.. tu kalau saya mampu je nak pegi membebel kat orang dating yang menyemak selalu depan blok saya.. Nasib baik khemah yang selalu ada kat depan blok B ni dah alih, kalau tak, memang tak perasan ada pasangan yang sedang dating. Dalam gelap pula tu..

Teringat Pakck Rosdi cerita tentang anak muridnya yang nak sangat bercouple. Namanya, katakan D.

Bila teman serumah D tahu yang D ni bercouple, dia ajak D pergi ke dapur. Dia nyalakan api dapur gas. Dia ambil tangan D, lalu dia berkata, "Kalau hang rasa hang boleh tahan panas api ni, tak melecur, aku benarkan hang couple".

Menangis D dibuatnya, tak jadi couple dah pastu. Sedangkan api dapur gas pun tak tertahan, apatah lagi api neraka..

Suka baca blog Nur Areefah. Dia pernah menulis dalam blognya, "Kalau ada pasangan ucapkan sayang dan rindu pada kita, maknanya dia tak sayangkan kita(dia nak kita terhanyut sama dan disentuh api neraka)".

Strictly NO DATING!

Memang macam haram je ikin ni kan, cakap pasal neraka la apa la.. bukannya pernah tengok neraka pun.. (mungkin inilah kata-kata orang dalam hati..), tapi, Abu Hurairah pernah meriwayatkan, ketika mereka bersama dengan Rasulullah ada bunyi bergegar dan apabila ditanya sahabat apakah ia, Rasulullah menjawab, "itulah bunyi batu yang jatuh menjunam ke dalam neraka sejak 70 tahun dulu dan telah sampai ke dasarnya". diriwayatkan, Rasulullah tak pernah ketawa setelah itu sehingga ajalnya..

Malaikat Malik tak pernah tersenyum sejak neraka diciptakan. (Malaikat Malik ialah malaikat yang bertugas menjaga neraka).

Nak DATING jugak ke? saya sarankan anda bacalah buku PEMILIK CINTAKU Setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha untuk memahami kepentingan dating dan couple dilarang dalam Islam. Kalau tak ada, saya ada boleh bagi pinjam.

Wallahu a'lam. Hiduplah dengan berkasih sayang yang Allah redha.
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea