Thursday, March 29, 2018

[NASIHAT KEPADA DIRI]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 29, 2018 0 komen best
1. Antara nasihat berguna pernah saya dapatkan dalam hidup ini, dan menjadi pegangan hidup saya untuk selalu cekal dan berani ialah,

"Kita kena selalu sedia menghadapi keadaan yang kita tak suka" - al fadhil Sir Fadhli MD

2. Bilamana saya merasa malas mengemas, (perempuan selalu merasakan lipat baju tu perkara leceh), murobbi kesayangan saya di UUM- Ummi Norsiah rahimahullah (moga Allah selalu menyayangi Ummi) - bangun awal untuk kemas rumah

3. Saya dan seangkatan rombongan rehlah pernah tersesat semasa jungle trekking, ke lembah pacat. Setelah berpatah balik, kami terhenti di tempat salah seorang dari kami membuang sampah dan tidak dikutip semula. Sejak itu- saya tidak pernah berani membuang sampah merata-rata.


Well saya menulis panjang kali ini kerana terlalu upset dengan apa yang sedang berlaku kepada team kami- Boss saya tidak semena-mena seperti layang-layang putus tali, datang kerja macam mayat hidup

dia membuatkan saya tahu bahawa ketua tidak patut menunjukkan emosi berlebihan, sungguhpun mempunyai krisis peribadi dengan orang atasan mahupun syarikat.

Saya merasa begitu bosan melihat sandiwara, drama swasta setiap hari.
Saya suka kerja saya, tapi saya tidak sanggup bekerja dengan orang gila.
Dan saya juga kecewa, kerana claim saya terdedah kepada orang lain- saya berasa tidak selamat lagi dan berada di samping orang-orang yang tidak cerdik mengemudi sebuah syarikat kecil..

d.ship, sinking ship

Telah tibanya, masa untuk saya pergi segera...


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea