Wednesday, September 30, 2009

kenapa hati kita suka berpihak pada yang kuat?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 30, 2009 6 komen best
its rainy day. dan aku perlu hantar dua tugasan dalam masa terdekat. dalam masa 20 hari juga ada test kedua sains sosial.

semalam aku bertugas sebagai AJK KEPEON (kelab pesorak EON aa..) mengiringi entah berapa orang rakyat dpp EON ke stadium yang terletak nun jauh di pusat sukan UUM, untuk menjadi penyokong kepada peserta acara olahraga dan bola keranjang SUCOB (karnival sukan Kolej Perniagaan). penat, tapi seronok. walaupun bukan aku yang bersoraklah. mungkin disebabkan kehadiran KEPEON, peserta jadi bersemangat dan banyak acara dapat memasuki peringkat separuh akhir dan akhir. tahniah ye EON residents.

hehei, aku tak minat bersukan, jadi penyokong pun kira ok-lah. hehe :)
selain menjadi penyorak, aku juga menjadi penjual sosej. laku taw sosejnya. tak sia-sia stay-up rebus sosej sampai 4 pagi dengan Ain ngan Aqilah, walaupun bahagian yang aku rebus adalah sedikit je. ekeke. tapi untuk sesi petang aku tak pergi sebab kepenatan, lagipun ada orang lain juga bertugas untuk sesi petang.

sambil tengokkan penyorak olahraga, aku masuk juga ke dewan, tengok orang main badminton. dan terbit satu persoalan dalam hati: kenapa hati kita suka berpihak pada yang kuat? walaupun aku tak kenal team yang bermain, tapi dengan menonton perlawanan mereka, walaupun sekejap saja hati aku sudah berpihak pada team yang terer.

kalau manusia suka berpihak pada yang lemah....pasti hancur dunia ni, kan...

tadi aku pergi PSB, nak cari buku untuk tugasan tutorial TITAS bertajuk 'membina keluarga bahagia'. dan aku terjumpa satu buku yang menarik. lelaki pun boleh juga baca..

tapi sekarang tak banyak masa nak baca buku fiksyenlah. sebab selalu jadi half-reader. kalau buku-buku novel jangan harap nak baca sampai habis. haha.

Tuesday, September 29, 2009

masa berlalu, manusia berubah::cerita Rindu lagi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 29, 2009 9 komen best
Rindu pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh bernama Harapan. tapi bukan sekolah berasmaralah.

sekolah berasrama penuh memerlukan Rindu berteman, dan Rindu menemukan pelbagai jenis kawan. Rindu mulai kenal erti persahabatan. di sekolah, Rindu berkawan dengan Kasih, Nana, Nini, Nani, Nena dan Noni yang sekelas dengannya, iaitu kelas K. Rindu paling rapat dengan Kasih, sebab Kasih juga adalah teman sebiliknya.

Kasih dan Rindu saling berkongsi pendapat, idea, masalah dan semuanya. Rindu amat sayangkan Kasih, baginya Kasih merupakan seorang yang baik dan comel. Pada suatu hari, Kasih memberitahu Rindu bahawa dia kini sudah mempunyai seorang teman lelaki bernama Mel dari kelas I. Mereka, secara berahsia telah mula saling mengutus surat tanpa pengetahuan sesiapapun, al-maklumlah waktu sekolah tak boleh bercintan-cintun. Disebabkan Kasih dan Rindu berkawan rapat, maka Mel juga menjadi kawan Rindu.

musim persahabatan menjadikan mereka bertiga akrab. Rindu selalu menjadi orang tengah apabila Kasih dan Mel berbalah. Mel pula suka memberi hadiah, jadi selalu memberi hadiah kepada Rindu dan Kasih, kekasihnya. Kasih yang pintar pula selalu mengajar Rindu tentang pelajaran yang Rindu kurang mahir, dan kadang-kadang keluar bersama semasa musim cuti juga adalah hal yang biasa. Semuanya, adalah hal yang amat indah untuk disimpan dalam lipatan memori.

setelah tamat musim persekolahan di Harapan, tiga sahabat ini membawa haluan masing-masing. Rindu mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti Impian, Kasih ke universiti Maya manakala Mel ke universiti Mimpi. Dalam mengejar cita-cita, Rindu tidak kenal erti berkompromi. Disebabkan jarak yang jauh antara masing-masing dan kekangan masa, tanpa disedari, hubungan erat selama ini mula renggang. diluar kesedaran Rindu, Kasih dan Mel tidak lagi berhubungan istimewa. Kata Kasih, Mel tidak lagi boleh dipercayai. Kata Mel, Kasih sudah tidak seperti dahulu. maka perhubungan yang tidak ada kesefahaman, perlu apa lagi?

Rindu juga tidak dapat membantu.

Kini, Rindu dan Kasih jarang berhubung. Kasih kini juga telah peroleh ramai kawan baru, dan juga teman lelaki yang lebih menghargainya. Mel pula bagai tertinggal dalam dunia Mimpinya yang tersendiri, hinggakan terlupa untuk menelefon Rindu, memberi khabar baik atau buruknya.

kalau dulu saling memanggil masing-masing sebagai kawan, sekarang Rindu tidak pasti dia diistilahkan sebagai apa dalam kamus hidup Mel dan Kasih. masa berlalu, dan manusia berubah.

mungkinkah dapat diselamatkan lagi persahabatan mereka bertiga?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sekali lagi aku terfikir untuk bercerita tentang Rindu. dalam persahabatan juga biasa berlaku terputus hubungan akibat perbalahan kecil atau atas alasan apapun. perlukah kita menyalahkan sesama sendiri sebab hilangnya kemanisan persaudaraan, lantas melupakan saja apa yang telah pernah wujud dalam musim keikhlasan yang telah berlalu? adakah persahabatan yang pernah berlaku cumalah kenangan dan tinggal sejarah?

kita merancang, dan Allah juga merancang. dan rancangan Allahlah yang terbaik. salahkah menyalahkan?

mungkin.bukan sesiapa boleh kita tunjukkan salah, dalam memberitahu kesalahan orang lain kita juga memperbaiki kelemahan diri. mungkin sesuatu hubungan itu Allah putuskan sebab kalau diteruskan akan menjadi sesuatu yang buruk, atau Allah hendak memberi sesuatu yang lebih baik. Dalam mengejar tingginya cita-cita, pasti ada hal yang perlu kita tinggalkan.

fikirkan hikmah.

di langit yang tinggi, burung yang kecil pun mampu terbang bebas.

Monday, September 28, 2009

cute and nice and fun!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 28, 2009 3 komen best
gambar-gambar ni aku ambil dari  e-mel yang sepupu aku hantar kat aku..tapi e-melnya dah lama dah, hehe..tapi cute juga gambar-gambar ni, aku tatau la dia hamik dari mana.. scroll down through it, its fun!










merahsiakan rahsia perahsia, atau menceritakan cerita pencerita?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 28, 2009 5 komen best
aku terfikir macammana perkataan rahsia boleh wujud. perkataan rahsia adalah sesuatu yang menarik, kan?

pagi tadi pensyarah subjek Principle of Management aku mewujudkan dialog yang berbunyi begini:

pensyarah: Selamat Hari Raya..
pelajar: Selamat Hari Rayaaaa....
pensyarah: Raya haritu, awak semua happy, gembira kan?
pelajar: happy!
pensyarah: tapi kegembiraan tu dah lepas, kan?
pelajar: ya
pensyarah: kegembiraan yang awak rasa tu sekejap je, kan?
pelajar: ya..
pensyarah: jadi, untuk apa kita hidup sebenarnya? ...

persoalan yang tertinggal, terpulang kepada individu untuk menjawab atau apapun. sendiri-sendiri. tapi bagi aku, aku juga ada jawapan yang tersendiri.

aku faham maksud pensyarah itu. kalau kita hidup untuk mencari kegembiraan, ia datang dan pergi. tak ada istilah kekal dalam hidup manusia, selain Yang Maha Satu. yaa, memang ada kata-kata begini: "life is short so live it", tapi itu tidak bermakna kita boleh mencari kegembiraan dengan cara yang salah.

Aku ada tengok satu cerita bertajuk 'A Memory to Remember'.cerita Korea.
dalam cerita ni, si lelaki tak sukakan waktu, sebab katanya waktu menyebabkan seseorang menua, tak cantik lagi dan hilang upaya. tapi si gadis menyuruh si teruna berkawan dengan waktu.. sebab waktu mematangkan, dan tolong menyelesaikan masalah. si gadis pernah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya, dan kesilapan itu membuatkan ayahnya marah dalam senyap. kira cam marah yang tak terluah laa... setelah suatu waktu berlalu, si gadis bertanya pada ayahnya: "ayah tak marahkah?"...dan si ayah menjawab: "kadang-kadang elok juga menjadi pelupa."...

seseorang mengajar aku melupakan kesalahan dengan memaafkan. dan ternyata, ia berkesan. memaafkan memanglah hal yang sukar, bergantung kepada tahap keegoan diri dan kesalahsilapan yang dibuat si pesalah. tapi dalam lagu Bujang Lapok sendiri ada menyebut ..."sedangkan Nabi ampunkan ummat"..., malah dalam Al-Qur'an, Allah ada menyebut: "sesungguhnya keampunan Allah itu amatlah luas..."

siapalah kita untuk tidak memaafkan. dan jadilah pelupa untuk hal yang perlu.

Saturday, September 26, 2009

mengisahkan kisah Anak Halal

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 26, 2009 2 komen best
baru sampai UUM hari ini, pukul 6 pagi.

masa cuti raya baru-baru ini, al-maklumlah banyak cerita menarik ditayangkan di televisyen. biasanya cerita menyayat hati-lah.tapi disebabkan aku pun sibuk dan penat aku cuma sempat tengok satu je. dan amat menarik. cerita 'Anak Halal' arahan Osman Ali.

kenapa aku kata ia menarik? sebab aku sendiri tak mampu mendalami perasaan watak-watak dalam cerita tu aku bukan seorang yang empati, secara jujurnya.

cerita ni penuh dengan konflik hati dan jiwa, kecelaruan ada di mana-mana. bermula dengan adegan ibu watak utama, IndraPutra meninggalkannya sehinggalah dia bertemu semula dengan Bonda, banyak mesej tersirat yang hendak disampaikan..

contohnya, kenapa Bonda meninggalkan Putra, kemudian berharap akan menemukan semula anaknya. ada mesej persahabatan dan cinta juga dalam cerita ini, cuma mesej cintan-cintun tidak dipaparkan dengan jelas, lebih tertumpu kepada konflik taraf sosial, wang ringit dan persahabatan. aku sendiri tak mampu rasanya menerima seseorang yang 'spoil' sebagai kawan, tapi dalam cerita ni mereka menerima sesiapa saja sebagai kawan dengan hati terbuka.

watak-watak dalam cerita ni mencari diri. watak Atika yang dimainkan Fasha Sandha mempersoalkan tanggungjawab dan peranan ibubapa dalam  membentuk anak. ayah Atika melarangnya bergaul dengan anak-anak liar kerana bimbang reputasinya tercalar, dan Atika pula menagih dadah tanpa disedari. Bukan kemewahan yang ingin si anak mahukan, tetapi perhatian ibu bapa.. watak Putra(Farid) pula membesar dengan menumpang kasih Johanna(Maya) dan ibunya. dia membesar dengan bayangan kasih Bonda.

watak paling disukai, watak Johanna oleh Maya Karin. sebab dia mempunyai hati tulus.walaupun cemburu dengan kewujudan Atika dalam kumpulan mereka, tapi dia berusaha untuk sentiasa kelihatan gembira, macam selalu. dia seorang yang tulen. dia bersifat seperti seorang kakak yang baik dan kawan yang setia. cantik dan nakal.

tak pernah pun teringin nak tengok cerita ni sebelum ni, terutama apabila aku melihat tajuknya. aku tak suka dengan cerita Melayu sekarang yang banyak di'pawagam'kan sebab genre-nya yang menggelikan..cerita-cerita sampah. macam cerita Bohsia, Anak Kelantan, dan cerita-cerita tahyul yang tak menjana ummah. cerita ni pun ditonton secara 'accident', tapi menarik hati pula.

aku mengutip nilai positifnya 'Anak Halal' di celah-celah bercelarunya plot.

Tuesday, September 22, 2009

terlebih binatang daripada binatang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 22, 2009 8 komen best
keluarga aku memang sukakan binatang.

sejak aku kecil, kami pernah bela ikan, kucing dan burung. bela anjing belum pernahlah, mungkin takkan pun. tapi apa yang aku nak kisahkan di sini ialah cerita tentang anjing.

aku tinggal di kawasan perumahan teres dua tingkat yang terletak dalam kawasan perindustrian Nilai. dekat-dekat dengan rumah aku ada kilang, dan banyak juga penduduk taman itu terdiri daripada orang asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Pakistan dan macam-macam lagi yang diluar pengetahuan aku-lah. kilang-kilang di situ menggunakan anjing sebagai penjaga, jadi ada musim juga anjing banyak berkeliaran, walaupun dibelenggu. terlepas agaknya.

ibu dan adik-adik aku memang sukakan kucing. walaupun kucing liar, tetap juga ibu kasi makan. suatu hari, ada seekor anjing makan nasi yang disediakan untuk kucing liar yang selalu makan kat belakang rumah, walaupun nasi tu dah basi. lapar sangat agaknya. sejak hari tu, anjing tu sentiasa di sekitar rumah kami. not to scared anyone, tapi sebab nak balas jasa agaknya..dari berkurap sampai baik kurapnya ibu 'jaga' anjing tu dengan kasi makan sisa makanan je. anjing tu warna hitam, dan agak jinak juga. (walaupun jinak taklah sampai memegang) tapi kalau bukan dengan keluarga aku dan orang yang tak dikenali, dia jadi garang. kakak aku yang selalu kasi dia makan, jadi kalau kakak aku yang panggil, surely dia datang penuh taat. kakak aku gelar dia 'Rocky'.

sejak Rocky tu ada berkeliaran dekat-dekat dengan rumah kami, kawasan perumahan yang menjadi 'zon rompakan' takdek kes pun. bagus juga Rocky ada, walaupun tidak dibela. cuma Rocky macam menakutkan budak-budak, sebab depan rumah kami adalah taman permainan, sape-sape yang datang rumah, nanti sibuk dia mengekor. kalau orang lari, dia pun ikut sama mengejar, mungkin dia fikir orang nak ajak dia main. jadi ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kehadiran Rocky. dalam mesyuarat Rukun Tetangga yang membincangkan tentang kemaslahatan penduduk, seorang jiran terdekat menggelar Rocky sebagai 'anjing liar yang dipelihara'.

selain dari keluarga aku, ada juga keluarga Haji Zul, jiran selang dua buah rumah yang turut sama feeding the dog.

Jiran sebelah rumah aku merupakan orang Myanmar. Suatu hari, mamat Myanmar nih kejar-kejar Rocky, nak tangkap. tapi tak dapat-dapat. anjing kalau dikejar, larilah dia...kalau kau pun kena kejar lari-lari jugakk.. kakak aku yang baik hati dengan senang hati panggilkan Rocky.

kakak aku: Rocky!! come here! you mau buat apa sama itu anjing?
jiran: mau tangkap
kakak aku: buat apa mau tangkap?
jiran: mau kasi buang. ada itu orang (tunjuk kepada sebuah rumah jiran terdekat yang tersohor dengan sifat kurang disenangi) suruh tangkap kasi buang.
(kakak aku panggil Rocky lagi sekali, Rocky datang dan kakak aku masukkan tali ikat anjing ke leher Rocky. lepastu sambil serahkan anjing tu kat jiran lelaki Myanmar tu, kakak aku cakap:)
kakak aku: you kejar dia, mana mau dapat. panggil sajalah elok-elok..
lepas 5 minit, tiba-tiba dengar bunyi anjing melolong entah dari mana. seisi keluarga merasa pelik, masing-masing mencari Rocky, risau juga kalau Rocky yang melolong. walaupun bukan dibela. bila kakak aku ternampak mamat Myanmar tu, kakak aku tanya:


kakak aku: mana anjing?
jiran: suda mati
kakak aku: macamana mati? tadi kan elok saja i kasi you!
jiran: kasi ini macam la (gaya memukul)
kakak aku: sapa suruh kasi mati?
jiran: itu orang la kasi upah (lelaki jiran terdekat yang tersohor tak disenangi)

lepastu, kakak aku menangis, dua malam tak tidur. rasa berdosa, sedih dan terkilan sebab dia sendiri yang tolong tangkap Rocky dan kasi pada jiran tu. rasa bersubahat. manalah tahu kalau Rocky ditangkapnya untuk dibunuh. walaupun anjing liar, berkurap dan bukan belaan, tapi anjing itu berjasa.

cerita pembunuhan anjing ni aku dengar sendiri dari ibu, adik-adik dan kakak aku. wajar ke seekor anjing tak berdosa dibunuh,dipukul sesuka hati? aku amat geram, aku yang tak suka menyumpah pun menyumpah seratus kali dalam hati. selama ni aku tak pernah kisah dengan perangai pakcik tu, walaupun macam-macam kutukan pelik yang singgah di telinga..selama ni aku amat bersabar dengan tingkah laku pakcik tu, sebab aku rasa apalah sangat dengan hinaan dia tu, tak bawa mudarat pun..tapi kali ni memang dah MELAMPAU! cukup melampau, sampai aku rasakan kalaulah boleh aku hantarkan dia ke neraka. tapi aku bukan sape-sape, Allah jualah yang membalas. eii,...geram betullahhh! moga pakcik tu cepatlah sikit tersedar! kalau anjing tu dia buang kat tempat lain takpelah, at least masih hidup, ataupun nak bunuh mengikut prosedur perubatan ke..ini tidak, pukul pakai kayu! apa rasanya kalau kena libas dengan kayu? ei..nak je aku libas perut buncit pakcik tu dengan kayu, tahu?! tak terbayang rasanya Rocky diikat kaki diatas kepala dibawah kat pokok, dengan berdarah-darah. tolonglah. kalaulah babi sekalipun, kita tak layak nak hinakan dia.

dalam diri binatang ada juga kemanusiaan, kenapa manusia tidak memanusiakan diri, lantas membiarkan kebinatangan terwujud dalam masyarakat hati?? sesungguhnya rahmat dan keampunan Allah itu amatlah luas, dan seksa Allah itu amatlah pedih!

p/s: anjing ni dah ada beberapa minggu sebelum aku sambung pengajian ke UUM lagi, dan kejadian di atas berlaku beberapa hari sebelum ramadhan.

Monday, September 21, 2009

s.e.l.a.m.a.t. H.a.R.i R.a.y.a....A.i.d.i.l.f.i.t.r.i.............

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 21, 2009 5 komen best

salam aidilfitri.
tak mampulah nak tulis kad raya macam mase sekolah dulu-dulu.kekangan masa, tenaga dan wang ringgit :)
tapi sebab ade blog shantik nih, saye nak manfaatkanlah. tak banyak nak cakap, cuma:

Glitter Text @ Glitterfy.com

baanyak sangat sms yang ak termampu aku balas. terima kasih banyak-banyakk..tak sempat-sempatlah nak topup, sampaikan aku me-request topup je dari adeorangtu. dibawah ni aku tuliskan sms TERPILIH yang diterima pada hari terakhir ramadhan:
Happy Eid Mubarak..malam raya hidupkan dengan tasbih, takbir, tahmid, zikir dan baca Qur'an sepanjang malam untuk ketahanan diri daripada pasukan iblis dan syaitan yang siap sedia menggempur iman kita sebaik saja diisytiharkan syawal. teruskan mujahadah..sentiasa dalam wudhu', Al-Qur'an dan istighfar.Maaf Zahir dan Batin..-kak Nazihah.

-------kalau boleh aku nak je tuliskan semua sms menarik yang diterima.. minta maaf kat semua orang sebab saye tetibe cam tak jumpe kedai topup di celah-celah kesibukan membantu ibu dan melayan tetamu serta membuat kunjungan hari ini. hehe. saya akan balas jika berkesempatan, okeh :) sms kak Nazihah tu rasanya yang terbaiklah. ;D

salam ingatan dan kasih sayang. selamat meraikan hari kebesaran Islam ini, dan selamat beribadah.

p/s: walaupun terlambat sehari...malam raya sibuk di dapur, siapkan juadah hariraya dan mengemas sebaiknya. harirayanya, knockout!

Thursday, September 17, 2009

tag daripada luqman hakim: bertuah sangatlah!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, September 17, 2009 4 komen best
Apa yg perlu dibuat:
  • Put this badge in your awesome blog
  • Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
  • Make sure you put the recipients' names here, along with their links
  • Let them know about this 
i award this badge specially to:

  • aliff afira: aliff ni merupakan blogger yang menge-post di blog sekali-sekala je. mungkin sibuk agaknya. first time aku kenal dia ni dari page mrsmstudents.ning yang suatu masa dulu amat aktif bagi ex-mrsm, tapi sekarang taktau la apekabar ngan page tu. encik aliff ni belajar kat Okayama, Jepun. blogposts dia selalu cerita tentang hal kekeluargaan, isu semasa tentang islam, dan semua yang berbingkaikan peringatan dan pengajaran. kadang-kadang aku tertunggu juga post baru dari dia. walaupun kutipan dari mana-mana, tapi amat berilmiah.
  • duwe : dia ni orang KL, tapi dulu MRSM kat Kelantan. nama dia daripada Ridhwan, orang kelantan panggil Duwe. so, lekatlah nama duwe dia tu. aku kenal dia pun kat mrsmstudents.ning gak, dulu slalu sangat melepak kat chatroom sampai pagi. asal aku log in je mesti ada nama dia berstatus online. dia pelajar UTP, tapi aku tak ingatlah kos hape. sori ye duwe. tapi dia ni kelakar gila orangnya, aku suka baca kalau nak relax2 n nak menggeliatkan urat perut sendiri. tapi lately dia jarang post, mungkin sibuk juga macam encik aliff.
  • hafizulhilmi : dia ni merupakan seorang yang aktif jugalah dalam penulisan, sebab blog sampai tiga. mungkin sekarang empat. heheh. dia juga merupakan ex-mrsm yang aku kenal melalui page mrsmstudents, seangkatan dengan sahabat berdua yang diatas. mula-mula aku pelik juga ngan dia nih yang add aku kat ym walopun takenal. melalui blognya, dia suka menulis tentang hal-hal dirinya, MPP, UTM, politik, buah fikiran dan idea-idea yang menarik. dia merupakan Exco Kebajikan dan Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Pelajar UTM. seorang yang berasal dari Kelantan.
  • suhaila : si gadis yang walaupun baru lagi berkecimpung dalam arena blogging, tapi blogpostnya sudah menjangkau 94(ni yang published aa..). dia belajar kat IPGM dan bakal menjadi seorang guru. walaupun aku baru je link ngan blog dia, dia sudah memberi aku award blogger. hehe. rajin juga dia ni blogging, kadang-kadang sehari lebih dari satu post. dia sebaya ngan aku...19 tahun. kan, suhaila?
  • salsabil : sahibah kesayangan aku nih :) baru je jumpa dia kat Gunung Jerai haritu, tapi rasa macam dah lama kenal. aku suka bila dia bercakap, penuh hikmah. dia juga selalu text mesej ingat-ingatan buat aku. dia belajar di KUIN, Alor Star. dulu kat matri lah. beruntung dapat kawan macam salsabil :) salsabil ni masih baru dalam blogging, dan dia berhasrat menyampaikan penulisan dengan penuh berhikmah.
  • aizat : classmate aku masa kat MRSM Muar. mula-mula masuk homeroom, senyap je. lama-lama, banyak juga yang dia cakap. hehe. dia idealistik dan terer gak aa dalam aplikasi-aplikasi komputer..sekarang dia amik Diploma dalam bidang Sains di UiTM. kat Pahang. sometimes he kinda funny. dan serius juga. dulu dia pernah cakap: 'i'll always go anywhere with handkerchief', masa minggu orientasi. sekarang, aku tak tau :) tapi dia pandai berkawan. dialah yang rajin mengedit program dan gambar dalam group Gnine9 kat frenster.
  • syaros: nama sebenarnya syafiq roslan, tapi masa kat MRSM kuala klawang ramai sangat syafiq, jadi orang panggil dia skali ngan nama ayah. dah jadi syaros plak, trus lekat sampai kini. dia menjadi BWP di dua MRSM, Kuala Klawang (form 2-form 3), MRSM Muar (form 5). walaupun kecil je orangnya, tapi hebat! tapi taktau la sekarang, mungkin dah tinggi. lama dah tak jumpa. dia classmate aku mase kat MRSM Muar..aku suka blog dia sebab dia funny, dan kinda friendly.
  • ruzaimi haron(lerm): dia ni kawan baik aku. dah lama tak jumpa. selalu sakit, tapi degil, takmau dan tak suka makan ubat.aku kenal dia masa kat MRSM Kuala Klawang, itupun mase dah nak PMR. Sekarang dia belajar kat UMT, ambil kos Fizik, elektronik dan peralatan. tapi sekarang macam dah lost contact. sebab masing-masing pun dah ada haluan sendiri. live life happily, lerm!
  • azry syafiqah : azry merupakan classmate aku kat MRSM Muar, seangkatan dengan syaros dan Aizat. aku tak rapat sangat dengan dia nih dulu. Tapi aku suka blog dia. sama cute dengan orangnya. she's a nice friend, if you know her.
tag kedua; soalan-soalan cepuemaslah::::::::::
1. rumah idaman :
-rumah yang ada kasih sayang, bukan rumah banglo, dalam komuniti, ada jiran yang ramai. abah ajar aku untuk cari rumah yang ada jiran..
2. kereta idaman anda?
-kereta yang boleh gerak sepantas laser, menggunakan tenaga kilat..ekeke..adake?
3.handphone idaman anda?
-henpon yang boleh kasi sms n call sendiri ngan sebut je nama orang yang nak di-call..
4.awek/bf idaman korang?
-hmm..tatau la nak jawab ape. hold dulu, okeh tak?
5.tempat yang ingin anda kunjungi?
-cameron highland, Port Dickson dan Pulau Sipadan. ada orangtu cakap nak buat wedding reception kat Pulau Sipadan bila walimah nanti..saye tak sabarlah nak tunggu penerbangan khas yang ditaja oleh orang itu... mau yang first class! walaupun saye orang Malaysia, tinggal kat Negeri Sembilan, tapi saye tak penah pegi Port Dickson walaupn adikberadik saye dah berkali-kali pegi sane. kelakarlah, kan.



lagi satu yang di-tagnya..tapi aku tak pahamlah. letak je kut gambar nih:
orang-orang yang di tag adalah sama seperti senarai diatas, okeh. salam ibadah, ukhuwwah fillah.
perjalanan itu memang melelahkan, tapi lihatlah, setelah jauh berjalan, kita bukan lagi orang yang sama dipermulaan. Amal Islam 100%, mudah-mudahan.
 aku nak hadiahkan lagu ni buat semua, terutama pemuda-pemudi harapan Islam :) hayati tanggungjawab sebagai seorang remaja, okeh. :)
Remaja
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

ramadhan ini, Allah ketemukan aku dengan Ahsannas

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, September 17, 2009 2 komen best
harini tak tahu nak kisahkan ape disini. sebab terlalu banyak yang bermain di kepala, lagi-lagi sebab ramadhan sudah di hujung dan ada sikit rasa sedih sebab terasa ramadhan kali ni banyak kasi makna kat aku :)

aku dengan pantas, dalam beberapa jam berada di Changlun, UUM, Alor Star kemudia UUM semula. mobiliti ditaja oleh: kak Faizah dan suami. hehe. berada di kalangan sahibah-sahibah tidak pernah membat aku rasa janggal, malah terasa seperti Allah memberi aku suatu rasa yang aku tafsirkan sebagai nikmatnya persaudaraan. mereka tidak pernah mengasingkan aku atas dasar tidak setaraf tahap pendidikan, baru kenal, atau apapun. mereka membuat aku belajar apa itu erti sahabat dan persaudaraan dalam Islam, walaupun tidak banyak.walaupun baru kenal, tapi..aku rasa sayang sangat kat diorang. tak seperti sesetengah kawan yang aku kenal selama ini, membezakan dan memilih kawan dari setiap aspek: taraf kecerdikan, taraf sosial, dan apa-apala lagi yang tak suka nak disebut. indahnya ukhuwwah yang tercipta, semoga Allah memperteguh hati kita :) ketahuilah wahai sahibah, aku sayang kamu. ramadhan ini, Allah ketemukan aku dengan ahsannas. perasaan inilah yang aku rasa sewaktu berkawan degan Siti An-Najwa dulu...

Terima Kasih, Allah.

Aku tanyakan pada Ustaz (suami kepada Kak Faizah) tentang tariqat, karamah dan juga hukum pengebom berani mati.  pasti ramai yang tidak tahu tentang persoalan yang aku utarakan ini, kan? Syukurlah, pagi tadi aku sempat tanya pada ustaz tentang tiga persoalan ni, dan aku ingin kongsikan sedikit di sini. kalau salah, minta betulkan. nak tambah dan kongsi sama pengetahuan pun boleh, amat dialu-alukan:)
  • tariqat merupakan kumpulan yang mempelajari ilmu-lmu zikr yang dinaungi oleh seorang syeikh. kumpulan ini merujuk kepada syeikh mereka dalam banyak hal. kumpulan tariqat biasanya tertumpu kepada proses menguatkan kejiwaan dan kerohanian.tariqat terbahagi kepada dua, sama ada tariqat yang benar dan tariqat sesat. terdapat pendapat mengatakan bahawa tariqat tak patut diamalkan sebab terdapat amalan dalam kumpulan ini yang tak diamalkan oleh rasulullah, tapi diamalkan oleh mereka. contohnya solat tarawikh lima rakaat: Rasulullah tak amalkan, cuma para sahabat sahaja. orang yang mengamalkan tariqat ni selalunya boleh jadi taksub kepada syeikh yang menaungi mereka. aku ada juga menemukan dengan orang yang mengaku mengamalkan tariqat ni, dan aku dapati terdapat banyak kekhuatiran dan kemusykilan dalam pelaksanaan dan pemikiran orang tersebut dan setelah diterangkan oleh ustaz tentang tariqat, aku rasa apa yang diamalkan orang itu adalah 'tersalah'. Wallahua'lam. sila tanya asatizah terdekat anda untuk maklumat lanjut.

  • aku tanyakan pada ustaz: macamana dengan orang yang mengaku mempunyai kelebihan tertentu? Ustaz kata: itu adalah apa yang dipangil sebagai karamah (keramat). Karamah ni cumalah kelebihan yang Allah berikan kepada orang terpilih sahaja. ada juga kelebihan yang Allah berikan kepada sesetengah orang dianggap sebagai karamah, dan mungkin menjadikan orang tersebut ujub dan tersesat dalam tamsilannya tersendiri(nauzubillah). contoh karamah yang ustaz berikan kepada aku: banduan di Palestin(berdasarkan yang Ustaz dengar sendiri daripada individu tersebut) tak diberi makan dan minum..apabila askar yahudi datang, banduan-banduan jilat lantai sebab nak dapatkan air (entah dari saluran mana tapi bukan air bersih). tapi mereka yakin bahawa Alah itu Maha Pemberi Rezeki, bukan si askar yahudi. pada waktu tengah malam waktu sedang tidur, mlut mereka mengunyah2 seperti makan, dan esok paginya mereka banun dalam keadaan kenyang. Maha Suci Allah :)

  • tentang pengebom berani mati: aku pernah terbaca kisah tentang seorang perwira yang diangap para sahabat sebagai sahabat yang hebat dan syahid di medan juang, tapi Rasulullah mengatakan bahawa dia itu adalah ahli neraka kerana menikam dirinya akibat tak tahan sakit. jadi aku merasakan pengebom berani mati juga begitu. tapi tanggapan aku sedikit bergoncang bila mendengar cerita Encik Fadhli tentang pengebom berani mati wanita yang pertama di Hamas dengan bangganya menuju medan juang meninggalkan dua orang anak kecil. jadi aku tanya begini kat ustaz: pengebom berani mati, syahidkah? Ustaz kata: syahid, insyaAllah. dalam konteks perjuangan di Palestin. Pengeboman berani mati dibolehkan kalau sudah tidak ada cara lain lagi; dan pengeboman itu boleh membawa kerugian atau jumlah kematian yang besar di pihak musuh. Ustaz juga memberitahu bahawa perkara ini pernah terjadi dalam kalangan sahabat Rasulullah, (ustaz ada nyaakan,tapi aku tak ingatlah perang apa dan bila). tapi, ustaz kata, pengebom berani mati di Indonesia tak dikira syahid. yang ni aku tak dapat penjelasan lanjut sebab ada sedikit kekangan masa. nanti aku tanya lagi, okeh :)
tinggal lagi dua hari Ramadhan.manfaatkan masa yang tinggal, okeh :) selamat beribadah dan semoga dapat meraikannya dihari kebesaran Islam nanti! doakan aku selamat sampai ke Kuala Lumpur pagi esok :)

Tuesday, September 15, 2009

dalam hati ada hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 15, 2009 2 komen best
tajuk post ni takdek kene mengena pun dengan ape-ape hal, cuma hari ini ada hati untuk buat beberapa hal yang tersenarai dalam perancangan akal: basuh baju, buat assignment maths, attend replacing classes:math+kenegaraan,dan erm...itu je kut.jap lagi kelas berterusan dari pukul 2-6petang. best! ^__^''

 
rasanya ini kali pertama aku upload gambar aku kat blog kut.
btw, saje je main ngan photofunia, best plak main-main edit gambar guna photofunia nih. caranya:

  • buka page photofunia
  • pilih je mana-mana effect
  • upload gambar anda
  • save dengan menekan right click pada gambar, select 'save picture as'.
  • siap!

kalau nak save gambar dengan tekan tab 'save template' pun boleh juga, tapi saiz gambar jadi mengecil 100x100 je. kalau save dengan cara right click ataupun click kat 'save to disc'. kalau nak masukkan kat websites, bleh aa guna melalui tab 'publish'. selamat mencuba, kawan-kawan! memang FUN!

 

Monday, September 14, 2009

TAKZIAH buat sofea dan TNC UUM, dan, semoga cepat sembuh, Uncle Khalid!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 14, 2009 4 komen best
beberapa hari ini ada terdengar berita kematian dan orang sakit kuat.

semalam buka portal UUM, ini merupakan petikan dari portal:
TAKZIAH TAN SRI DR. NORDIN KARDI
13 SEPTEMBER 2009/23 RAMADAN 1430H
===================================

"UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)

TAKZIAH TAN SRI DR. NORDIN KARDI

PROUUM ONLINE : SELURUH warga Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan takziah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor UUM dan keluarga atas kepulangan bonda beliau ke rahmatullah hari ini, 13 September 2009 (Ahad) bersamaan 23 Ramadan 1430H (lebih kurang jam 2.30 petang) kerana sakit tua.

Jenazah kini berada di Lot 20, Lorong Haji Aseri, Kampung Sungai Tunku, Teluk Intan, Perak dan akan dikebumikan esok (14 September 2009 (Isnin) bersamaan 24 Ramadan 1430H) jam 10.30 pagi.

Bas disediakan untuk menziarah di Pos Utama UUM, jam 8.00 malam ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Hajah Rasidah Haji Rodzi (04-928 3004/012-430 7789), Encik Azahari Abu Hassan (04-928 3069/019-430 0024) atau Puan Siti Aizian Ismail (04-928 3001).

Bersama kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat di sisi Allah SWT dan tergolong bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.



DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283014 / 3066 / 4078
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my
takziah juga buat kawan aku, Sofea yang baru sahaja kehilangan teman tersayang kerana sakit barah otak. semoga roh arwah teman sofea dan ibu kepada TNC dicucuri rahmat oleh Allah. ammiin.. kita yang masih hidup haruslah mengambil kematian sebagai peringatan.

semalam aku juga ada menelefon ibu tersayang. katanya dia di hospital, melawat Uncle Khalid, suami Auntie Tan. Uncle Khalid merupakan suami kepada sepupu abah dan pada pemerhatian aku, mereka amat rapat. aku kira dia merupakan saudara kesayangan abah, walaupun cuma sepupu ipar. Uncle Khalid dah lama sakitnya, cuma kali ini sakitnya datang semula. dia berpesan kepada aku: belajar baik-baik. Semoga Uncle Khalid sabar menghadapi sakit dan cepat sembuh.

"beruntunglah orang yang sakit..."

Sunday, September 13, 2009

tutorial TITAS di subuh hari

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 13, 2009 2 komen best
pagi ini kali pertama aku menghadiri kumpulan TITAS (tutorial tamadun Islam dan tamadun Asia) di wakaf 10 Masjid Sultan Badlishah, UUM.

sebelum ni dua kali aku pergi takdek orang, rupa-rupanya dah terlepas dua kali usrah. rugi betullah. yang minggu lepas memang sengaja meloloskan diri. haih, ashikin. tutorial ni lebih kurang usrah kecil yang membincangkan isu-isu Islam pada masa kini, peranan dan buah pendapat serta saranan.

usrah pagi tadi membincangkan isu pandangan Barat terhadap Islam dan pemakaian tudung: memenuhi syariat atau sekadar trend. isu menarik untuk dikupas dan dihayati. Walaupun ahli usrah kebanyakannya cuma menjadi pendengar berbanding memberi buah pendapat, itu sudah cukup bagi menyebar sinar ilmu.

pandangan Barat terhadap Islam: umum mengetahui bahawa Barat memandang agama Islam sebagai agama keganasan kerana mereka tidak mengetahui apa sebenarnya Islam. Islam itu indah, agama keamanan, mementingkan ukhuwwah dan persaudaraan. melalui peperangan yang telah tercetus kebelakangan ini: perang Iraq, Afghanistan dan terbaru, Gaza: siapa pengganas sebenarnya? sudah terang lagi bersuluh. dari segi kekuatan hati muslimin mempertahankan iman, Islam dipandang orang kafir sebagai lemah, lembik dalam kejihadan apabila isu murtad seperti menular sewenang-wenangnya, dan isu ini diwar-warkan secara besar-besaran seperti memberi kemenangan buat mereka (kafir). disebutkan dalam al-Qur'an: mereka itu mempunyai taraf yang rendah disisi Allah. namun, bukan ini yang ingin aku sampaikan tetapi ingin menyeru rakan-rakan pemuda Islam untuk kembali bangkit mengharumkan Islam, show them what is the true of Islam! generasi pemuda, disayangi Rasulullah :)

pemakaian tudung: memenuhi syariat atau sekadar trend: belakangan ini ada saja jenis tudung baru yang diperkenalkan oleh pereka fesyen. contohnya tudung fesyen 'Arini'. walaupun tudung itu labuh, tapi dibuat juga supaya nampak bentuk leher yang jinjang dengan menyematkan pin dan sebagainya. kemudian selendang. selendang hari ini memang pelbagai, menarik dan cantik. minta maaflah, aku memang tak pandai nak pakai selendang. tapi pemakaian selendang dan tudung Arini pada pendapat aku memang tak syaraklah. jadi dapat aku simpulkan pemakaian tudung pada masa kini bukan demi memenuhi tuntutan syarak, tetapi sebagai mengikut arus trend. apa jadi pada trend tudung 'Ekin' yang mempunyai dua warna, iaitu pada bahagian skaf dan warna fabriknya? pada awal-awal trend tudung 'Ekin' diperkenalkan, makcik aku beli harganya RM25-30. sekarang, entah mana, haritu aku pegi ekspo kat UUM yang diadakan di sekitar Varsity Mall berhadapan dengan Pusat Kegiatan Pelajar, harganya sudah jadi RM 5 je. hmm..fikir sendirilah. ada ahli usrah cakap tadi: sekarang, cik akak rempit, atau dikenali sebagai minah rempit pun dah pandai pakai tudung. perempuan-perempuan, atau wanita gothic juga ada yang memakai tudung, yang ini aku taktau nak cakap, kelaskan atau komen apa. yang penting, pakai tudung pun sudah cukup baik berbanding tak pakai tudung. tapi, lepas pakai tudung tu, perbaikilah. dari segi sifat, dan tatacara pemakaiannya. hidup kan satu proses belajar :) tapi aku tak setuju kalau ada orang taknak pakai tudung sebab rasa diri tak baik. salah mentaliti. dan lagi, ada juga yang pakai tudung di universtiti, tapi bila balik n kuar gi shopping n outing wherever, tak pakai. katanya terbiasa dengan stail masa kat sekolah dulu, pakai kat skola dan tak pakai pun mase kat rumah. jadi, disini, didikan ibu bapa memainkan peranan penting, okeh :) ingatlah, setiap lelaki akan ditanya tentang EMPAT orang perempuan: ibunya, isterinya, adik-kakaknya dan anaknya. untuk perempuan: lindungi tubuhmu dari penglihatan ajnabi. ustazah masa aku tadika cakap: kalau sehelai rambut kita dilihat ajnabi, sepuluh dosa kita dapat. wallahu a'lam.

tag dari suhaila [thanks!]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 13, 2009 7 komen best
.

1 - 5 fakta menarik tentang pemberi award.....(sbnrnye aku pun tatau sangat psl cik sue nihh...heheh)
  • belajar di IPGM
  • blogging since May 2009
  • kinda nice
  • bakal menjadi pendidik
  • sukakan doraemon

    2- 10 fakta/hobi diri sendiri:
    • paling suka berkawan
    • peramah
    • suka senyum
    • suka membaca
    • banyak kerenah
    • ada abangpelikyangbaik
    • ada kawan terbaik yang comel
    • suka menulis
    • sukakan bintang
    • degil
    3- 10 penerima awards seterusnya with their description
    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    thanks to miss suhaila! i appreciate this damn much. kali pertama di-tag. tahniah!

    Saturday, September 12, 2009

    halangan terbesar atau satu langkah berjaga-jaga?

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 12, 2009 5 komen best
    Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah rumah terpencil di hujung sebuah kampung yang terpencil di daerah paling kecil di sebuah negara bernama Alamaya.setelah sekian lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan zuriat. si suami selalu memujuk isterinya yang kadang-kala bersedih kerana sepi tanpa cahaya mata dengan kisah Nabi Zakaria dan kisah Al-Imran... setelah agak berumur, barulah si isteri mengandung anak pertama.. pasangan ini terasa amat bahagia apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal dikurniai anak sebagai penyeri rumah tangga.

    setelah sampai waktunya si isteri hendak bersalin, maka si isteri inipun selamatlah bergelar seorang ibu dan suaminya bergelar bapa setelah bayi perempuan mereka dilahirkan. bayi yang comel ini diberi nama Rindu, atas sebab ibubapanya yang telah lama menanggung rindu untuk memperoleh anak. Rindu dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh, maklumlah, cuma itu saja buah hati pengarang jantung Encik Bapa dan Puan Ibu. Rindu juga membesar sebagai anak yang baik, taatkan ibu dan abahnya, serta sentiasa berusaha menggembirakan hati kedua-dua orang tuanya itu. Rindu sentiasa mendapat tempat terbaik di tempat belajarnya demi melihat ibu dan abahnya bangga memperoleh anak secerdik dirinya.

    masa berlalu tanpa disedari. Rindu kini sudah berumur 13 tahun dan ditawarkan untuk belajar di sekolah asrama penuh. tinggallah ibubapanya di rumah kerana melepaskan Rindu bersekolah di sekolah asrama tersebut, demi melihat Rindu mengecap kejayaan yang diimpikan. bagi mereka, kebahagiaan Rindu pastilah kebahagiaan mereka juga. Di sekolah, Rindu menemukan pelbagai kawan beraneka perangai. daripada yang banyak kerenah, sehinggalah yang baik macam malaikat. Rindu berkawan dengan semua orang, dan ternyata semua orang suka berkawan dengan Rindu.Rindu juga selalu mendapat keputusan yang memberangsangkan kerana menjadikan kedua-dua orangtuanya sebagai sumber inspirasi bagi mencapai kecemerlangan.

    setelah 5 tahun bersekolah di asrama penuh, Rindu kini menunggu keputusan peperiksaannya. dia mengisi masa lapang dengan bekerja sambilan sebagai tukang taip di sebuah kedai menjual kren. gajinya lumayan juga, satu huruf satu sen. daripada pengalamannya bekerja itu, Rindu memperoleh keinginan untuk menjadi seorang eksekutif di bangunan-bangunan pencakar langit yang difikirnya begitu hebat dan elegan.

    setelah keputusan peperiksaan diperoleh, Rindu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi yang tempatnya jauh beribu-ribu batu dari rumahnya. kalau naik basikal pun pasti mengambil masa entah berapa lama kalau dikayuh macam pakcik jual aiskrim. seperti yang dijangka, ibubapa rindu tidak membantah, malah amat gembira kerana anak mereka mempunyai wawasan untuk berbakti menabur budi setelah bekerja kelak. galakan mereka menjadi inspirasi buat Rindu. akhirnya Rindu mendaftar di sebuah institut pengajian tinggi dengan bantuan kewangan yang diperoleh daripada sebuah syarikat mengeksport kura-kura batu.

    di institut pengajian tinggi ini, Rindu mempelajari bidang Pengurusan Eksekutif dan menyertai pelbagai aktiviti bagi mengasah soft-skillnya. Pada suatu hari, kawan lama Rindu yang ditemui di tempat dia belajar mengajak Rindu menyertai sebuah persatuan Kembara yang mengajar ahlinya mendalami cara-cara mengembara dengan baik serta memupuk mereka menjadi berani melalui aktiviti kebajikan, jalan-jalan di hutan dan menghayati liku-liku hidup. Rindu, tanpa ragu-ragu ikut serta persatuan tersebut dan setelah ditelitinya, ternyata menyertai persatuan tersebut membawa satu sinar penghayatan alam kepada dirinya. Rindu memberitahu ibu tercinta yang dia menyertai persatuan tersebut demi menyuburkan cintanya kepada alam, serta demi memupuk keberanian dalam dirinya. si Ibu yang selama ini menyokong segala keinginan anaknya selagi baik, pastilah menggalakkan anaknya berbuat hal yang baik lagi mulia ini. namun Puan Ibu berkata kepada anaknya: "Rinduku sayang, kini kau sudah besar. telah kudidik engkau berfikir dengan waras berlandaskan al-Qur'an dan hadis. jikalau kau merasakan persatuan yang kau ikut itu baik, maka ikutilah. terpulang semuanya kepadamu. pastikan kau tidak tersesat dalam kembaramu. sebelum kau menyertai, telitilah dahulu dengan baik-baik, entah-entah ia menyebabkanmu sesat di dalam hutan.kita tidak berjalan mengembara untuk mencari titik hujung atau akhir kehidupan, tetapi kita mengembara demi kembali ke asal kita yang sendiri".

    kata-kata si ibu membuat Rindu terpana, dan terdiam. walau sudah diterangkan kepada ibunya yang persatuan itu bertujuan baik dan berhaluan kanan, dia menganggap ibunya ragu-ragu dan tidak merestui sangat keinginannya. jadi kini Rindu terasa agak sedih dan keliru. adakah Puan Ibu tidak merestui jalan yang dipilihnya? mungkin dia akan meninggalkan persatuan yang dikasihinya demi memastikan ibunya redha. dalam hal ini, adakah Puan Ibu merupakan halangan terbesar, atau apa yang dikatakan Puan ibu merupakan langkah berjaga-jaga? Rindu tidak perlu bertanyakan pendapat abahnya, Encik Bapa sebab telah difahaminya sejak lahir bahawa abahnya itu merupakan penyokongnya yang terkuat walau apapun keputusan Rindu.

    jadi, kini Rindu dalam dilemma. ibunya kalau hal yang lain boleh pula nak sporting, tetapi entah kenapa kali ini seperti tidak memberi persetujuan. Rindu juga agak pelik apabila ibunya ada memberi 'lampu hijau' untuk hal mempunyai teman istimewa, walau sudah maklum bahawa Rindu masih belajar dan tidak perlu 'Mr. Right'.
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    ini bukan kisah yang main-main saja. hal begini selalu berlaku. aku tidak setuju kalau ibubapa terlalu terbuka dalam memberi kebebasan kepada anak. memanglah sayang anak, tapi kalau terlalu memberi kebebasan kepada anak terutama dalam hubungan lelaki perempuan, itu sudah jadi sesuatu yang tidak perlu dan tidak patut. dan, kalau biarkan saja anak ikut kepala sendiri, itu maknanya bukan sayang anak, tetapi tak sayang anak. menghancurkan anak, malah tidak menjaga anak sebagai amanah dengan baik-baik. kecuali setelah berusaha.
    terbingung aku. 
    persoalan yang masih belum terjawab; adakah Puan Ibu merupakan halangan terbesar kepada Rindu atau kata-kata si ibu merupakan satu langkah berjaga-jaga demi memastikan anaknya tidak tercedera dalam Kembara? hmmmmm...

    p/s: cerita ini adalah originally by cik ashikin. tidak ada ciplak atau kopipes mahupun ceklatpes, okeh :)
          sebagai satu santapan akal dan hati.

    Laporan majlis iftar jamaie di Ko-Insan, Alor Star, Kedah

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 12, 2009 0 komen best
    • Aktiviti: majlis berbuka puasa, solat maghrib, isya’ dan tarawikh berjemaah serta qiamullail
    • Anjuran: HALUANSISWA Zon Utara
    • Tempat: Ko-Insan, Alor Star, Kedah (Sekolah Rendah Ummi (SeRU))
    • Tarikh: 11-12 September 2009
    • Kehadiran: 47 orang

    Pada 11 september 2009, HALUANSISWA Zon Utara telah menganjurkan majlis iftar jama’ie bertempat di Ko-Insan, Alor Star, Kedah. Tentatif program ini ialah majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib, Isya, dan tarawikh secara berjemaah, serta qiamullail. Majlis ini telah dihadiri oleh 47 orang muslimin dan muslimat daripada pelbagai institusi pengajian di bahagian utara semenanjung Malaysia, iaitu KTDN, UUM, USM, KUIN dan Qasah MATRI.

    Majlis bermula dengan ketibaan hadirin bermula sebelum 7.00 petang, 11 September. Namun begitu, peserta dari USM, Pulau Pinang tiba selepas Maghrib. Setelah berbuka dengan jamuan ringan, hadirin bersolat maghrib kemudian barulah menjamu selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk. Setelah itu, hadirin menunaikan solat isya, bertarawikh dan solat sunat witir berjemaah.

    Majlis diteruskan dengan sesi ta’aruf, iaitu sesi perkenalan sesama peserta. Hadirin perlu memperkenalkan nama, maksud nama, asal dan institusi pendidikan. Sesi ini memberi peluang kepada hadirin untuk memperkenalkan diri masing-masing di samping mengenali peserta lain. Ta’aruf amat penting dalam membina ukhuwah sesama insan. Sesi ini hanya mengambil masa 30 minit, kemudian pada 10.30 malam diadakan pula sesi bersama Cikgu Azmi. Cikgu Azmi memberi tazkirah tentang kepentingan takwa, pentafsiran ketuhanan tidak dengan kemanusiaan, tentang galakan mencontohi ibadah para sahabat serta kepentingan ibadah pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan demi mencari malam lailatul qadar, iaitu malam yang lebih baik berbanding ibadah dalam seribu bulan. Cikgu Azmi merupakan seorang pendidik di MATRI, Beseri, Perlis.
    Setelah itu, majlis diteruskan oleh Encik Fadhli bin Mohd Diah yang memberi penerangan kepada hadirin serba sedikit tentang HALUAN, HALUANSISWA, dan HALUANSISWA Zon Utara dari segi tujuan, objektif dan halatujunya. Sesi ini berakhir pada jam 11.30 malam.

    Setelah berkemas dan bersiap, iaitu menyusun atur semula peralatan di madrasah Ummi, hadirin mula meninggalkan SeRU menuju ke Masjid Zahir yang terletak di pusat bandar Alor Star untuk beriktikaf dan qiamullail. Namun terdapat sedikit masalah bagi pihak muslimat dimana pihak masjid tidak dapat membenarkan peserta muslimat masuk ke dalam masjid bahagian muslimat, atas sebab tidak memohon kebenaran awal. Setelah perbincangan dan musyawarah, peserta muslimat berkeputusan untuk bermalam di SeRU.

    Program qiamullail bermula pada pukul 3.30 pagi. Peserta muslimin ikut serta program qiamullail yang dianjurkan oleh pihak Masjid Zahir, manakala peserta muslimah tiba di masjid pada pukul 4.15 pagi dan terus ikut serta solat sunat tasbih yang sedang ditunaikan secara berjemaah. Program Qiamullail ini dimulai dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat diikuti dengan solat sunat tasbih secara berjemaah yang diimamkan oleh imam Masjid Zahir. Kemudian, para peserta ikut bersahur bersama jemaah masjid yang lain. Hidangan sahur ini disediakan oleh pihak Masjid Zahir.

    Peserta program iftar jama’ie bersurai setelah bersolat jemaah bersama-sama jemaah masjid. Semoga program perkampungan ibadah seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, dan semoga ukhuwwah yang terbina tidak terhenti begitu sahaja, malah dipereratkan lagi.

    Disediakan oleh;
    (NORASHIKIN RAHMAT)
    Setiausaha,
    HALUANSISWA Kedah.

    Friday, September 11, 2009

    pesta ibadah dua malam di dua tempat: MATRI&SERU

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 11, 2009 0 komen best
    semalam pergi matri.

    beberapa hari ini tidak sibuk sangat, jadi ada masa banyak untuk aktiviti on-the-spot tanpa perancangan. semalam ada majlis berbuka puasa di MATRI (Maahad At-Tarbiyah al-Islamiyah) di Beseri, Perlis. terima kasih buat encik Fadhli yang menguruskan mobiliti kami ke sana. selain berbuka puasa dan bertarawikh, ada juga ceramah dan qiamullail. sebelum berangkat pulang ke UUM, pagi tadi, kami dihidang dengan sedikit tazkirah pagi dari ustaz, atau cikgu Azmi.

    petang ini pula ada juga aktiviti yang sama dianjurkan oleh HALUANSISWA zon utara: HASIZU. sama, majlis berbuka puasa, solat maghrib, isya' serta tarawikh berjemaah, kemudian qiamullail serta sahur pada pagi asoknya. pesta ibadah. keterangan lanjut di laman web HASIZU.

    kalau takmau klik kat link, baca kat sinilah:

    Dijemput kepada semua mahasiswa dan mahasiswi IPT zon utara ke majlis iftar jamaie di Ko-Insan, Alor Star Kedah. Tiada bayaran dikenakan cuma sediakan hati dan datang utk sama-sama kita manfaatkan Ramadhan AL-Mubarak
    .
    Program bermula dengan iftar pada 11.09.09 dan diakhiri dengan kuliah subuh pada pagi 12.09.09

    Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan bolehlah dirujuk pada


    • akhi Akhyar Ahmad Farid - 0195510262
    • akhi Fadhli Mohd Diah - 0137319065
    Kedatangan anda dialu-alukan.  Jazakallah
     
    jom, berpesta ibadah!
     
     
    p/s: aku taktau dapat pergi atau tidak sebab ada sedikit masalah dari segi pengangkutan dan takdek teman. kalau naik bas sorang-sorang pergi sana, aku ok je kut. lagipun nanti aku perlu buat laporan aktiviti. tapi kesian pula kat roommate aku, dua malam tinggalkan dia sorang-sorang. alhamdulillah, aku rasa hubungan aku dengan dia dah semakin baik :). rahmat dari Allah di bulan yang teramat mulia :)

    Tuesday, September 08, 2009

    selamat berperiksa dengan baik-baik, adik!

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 08, 2009 4 komen best
    harini hari yang bererti buat adik kecil aku.

    sebenarnya adik kecil aku taklah kecik sangat. kata ibu sekarang sudah menggalah, lebih tinggi dari aku. tunggulah balik raya nanti, kerjanya menganjing kakak dia ni haa... harini Aided a.k.a Awang, adik bongsu aku menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). si kecil itu sudah besar rupanya. semoga dia dapat menjawab dengan baik-baik nanti.

    katanya harini ada 3 kertas. Bahasa Melayu Kertas 1, Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan) dan Sains.
    Buat lekloklah ye dik. Good Luck.

    walaupun si Awang itu tidak mungkin membaca post ini sebab dia taktau pon akak dia ni blogger, tapi akak dia ni nak wish kat adik dia:

    Glitter Text @ Glitterfy.com

    p/s: sebenarnya harini kakak Awang ni pun ada test midsem subjek Sains Sosial pukul 8 malam bertempat di DKG 2/2. petang ni pule ada meeting PEMANIS(ad-hoc anak negeri9). semua orang doakan kak uda ye! hehe :)

    Sunday, September 06, 2009

    new days. new look!

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 06, 2009 0 komen best
    dah lama sebenarnya nak tukar layout blog ni. belajar sesuatu yang baru adalah hal yang baik,kan?

    sebab hari ini hari yang bertuah, jadi aku tukar background blog ni. hehe. cantik, kan? sebenarnya harini ada rancangan berbuka puasa dengan fara, student EON..tapi sebab hal yang tak dapat dielakkan, jadi rancangannya batal. disebabkan aku dah terjauh kalau nak balik eon dan waktu berbuka pun dah hampir, aku yang pergi buat lawatan ke dpp tnb sebab jumpa kak reen pun teruslah berbuka dengan kak reen je. hehe. lagipun dah lama tak jumpa beliau...katanya dia dapat program pertukaran pelajar ke luar negara sama ada ke UK atau manetah..US @ new zealand kut. selama satu semester, tapi keputusannya belum keluar lagi. bartuah, kan? program ni kalau tak silap aku hanya untuk first class student je. yelah, aku jumpa kak reen pun masa program beyond the limit, memang sah la dia first class student :).

    pasal tukar background, aku masih tak puas hati dengan background ni sebenarnye. nak tukar baru, sebab tak berminat dengan kombinasi warnanya...hmm.. nantilah, kalau ada masa. background yang ini cuma sekadar percubaan je, maklumlah, baru belajar...kak reen yang ajar. thanks to kak reen :) neway, background ini dikuasakan oleh 'the cutest blog on the block'. link terus dari sini atau di bahagian atas blog nih seblah kiri.

    sekarang selain sibuk ulangkaji, aku juga sibuk melayan cerita jepun. hana yori dango [boys over flower] dan hanazakari no kimitachi. rasanya hana yori dango lagi best. aku yang tamak ini juga meminjam lima buah buku dari PSB, dua bergenre islamik; ciri-ciri remaja Islam dan pesanan buat pemuda Islam, dan tiga lagi berbahasa Inggeris yang salah satunya ditulis oleh Paul Coelho, hasil pengaruh Kak Reen.. sebenarnya aku grab tiga buah buku tadi sebab rasa macam tak tahu nak pilih yang mana, jadi ambil semua. aku juga seorang ulat buku sebenarnya :)

    Friday, September 04, 2009

    hari-hari jalan-jalan

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 04, 2009 2 komen best
    tak sangka hati yang tak berapa nak sihat membawa kaki melangkah jauh-jauh.

    hari selasa merupakan hari yang tidak ada jadual bagi setiap pelajar UUM, termasuklah para pensyarah. Sebab, kat UUM, hari selasa dikhaskan bagi program SDG (self development group) atau mase kat emaresem dikenali sebagai 'homeroom', dan kat matrikulasi dipanggil 'mentor-mentee'. selalu program ni jarang nak ada, ikut pensyarah aa.. penasihat SDG aku seorang dekan, jadi dia selalu tak ada sebab agak sibuk. [bonuss!!!~~hehe~]. jadi hari Selasa lepas aku gi Jitra, ambil kad pengenalan atau dalam bahasa Londonnya dipanggil IC (identity card). walaupun pergi sekadar mengambil kad pengenalan sahaja, itu sudah cukup buat aku.

    hari rabu aku tidak buat apa-apa selain attend class. jadi hari khamis dapat jemputan berbuka di Changlun, di rumah pensyarah penyelaras program KPI...dengan kawan-kawan... thanks alottz buat makcik Azwa yang belanje kami berbuka.. sebenarnya bukanlah makcik Azwa saje, ada lagi kawan-kawan beliau yang turut serta berbuka, bersolat jemaah maghrib dan isya', serta tarawikh. alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Makcik Ana siap bekalkan aku nasi ngan sayur untuk bersahur :) thanks, makcik!

    dan. Hari ini Hari Jumaat. semua orang tahu itu. walaupun hari ini hari cuti, tapi aku dan entah berapa ramai orang lagi ada test. midsem Managerial Math. Managerial Math bagi aku tidaklah susah, sebab silibusnya sama je dengan kat matrikulasi.jadi kalau aku fail, memang tatau nak cakap apelahh... dan tadi aku jalan-jalan gi Kangar, Perlis :) thanks kat Encik Firdaus. kalau dia takde, aku dah balik terbongkang dah agaknya lepas ujian tadi.

    Tuesday, September 01, 2009

    mental blow: please comment me

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 01, 2009 4 komen best
    lately aku berada dalam keadaan 'berjiwa sakit'. aku pun tak pasti kemana pergi semua glowing and charming little heart yang tak pernah gagal melimpahkan senyuman walaupun baru lepas menangis. aku rasa macam hampir gila bila diuji dengan seorang orang yang kalau aku bukak mata waktu pagi cuma dia jelah yang ada.

    entah sejak bila, mungkin sejak aku menjejak kaki di UUM, dia tidak bercakap-cakap dengan aku. cakap pun hal yang perlu-perlu saja. mungkin aku yang berotak lembab ini tidak perasan yang dia begitu sebab aku selalu sibuk dengan urusan yang tidak pernah habis. tapi aku tidak terleka dari memastikan yang dia sihat, dah makan atau belum atau apa-apa saja.

    yang peliknya dia ini, dengan orang lain dia bercakap dengan seceria mungkin, malah bergurau pula. tetapi tidak dengan aku. bersenyum pun tidak dengan aku, mana mungkin bergurau. seperti satu hal yang mustahil. kalau dia tiba-tiba bergurau dengan aku, mungkin terkeluar dari mulut aku: gilakah?

    aku suarakan tentang dia kepada teman-teman rapat aku, dan mereka suruh aku bertanyakan soalan 'kenapa dengannya'. masalahnya aku macam tiba-tiba tidak ada kekuatan untuk bercakap dengannya, mungkin sebab wajah masamnya yang sentiasa dipamerkan. segala hal yang dilakukan, macam buka almari dan hentak2 pintu, itu sudah biasa. macam si bisu yang memprotes. entahlah. tiba-tiba 2 hari lepas dia letak notis pada kotak barangnya; this box belongs to Exxxx. do not open without permission. dan malamnya pula aku perasan notis ini di lampu belajar: 'do not touch my stuff without my knowledge permission'. WHATT??! peliklah dia sorang nih. dalam bilik itu, cuma kami berdua. mana mungkin notis itu untuk dirinya sendiri. aku tidak pernah memperoleh sepelik seseorang yang 'buka mata saja nampak dia' selain dia ini.

    masalah seperti ini amat mengganggu konsentrasi belajar aku. aku terasa grounded ya amat. apa patut aku buat?
     

    Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea