lately aku berada dalam keadaan 'berjiwa sakit'. aku pun tak pasti kemana pergi semua glowing and charming little heart yang tak pernah gagal melimpahkan senyuman walaupun baru lepas menangis. aku rasa macam hampir gila bila diuji dengan seorang orang yang kalau aku bukak mata waktu pagi cuma dia jelah yang ada.
entah sejak bila, mungkin sejak aku menjejak kaki di UUM, dia tidak bercakap-cakap dengan aku. cakap pun hal yang perlu-perlu saja. mungkin aku yang berotak lembab ini tidak perasan yang dia begitu sebab aku selalu sibuk dengan urusan yang tidak pernah habis. tapi aku tidak terleka dari memastikan yang dia sihat, dah makan atau belum atau apa-apa saja.
yang peliknya dia ini, dengan orang lain dia bercakap dengan seceria mungkin, malah bergurau pula. tetapi tidak dengan aku. bersenyum pun tidak dengan aku, mana mungkin bergurau. seperti satu hal yang mustahil. kalau dia tiba-tiba bergurau dengan aku, mungkin terkeluar dari mulut aku: gilakah?
aku suarakan tentang dia kepada teman-teman rapat aku, dan mereka suruh aku bertanyakan soalan 'kenapa dengannya'. masalahnya aku macam tiba-tiba tidak ada kekuatan untuk bercakap dengannya, mungkin sebab wajah masamnya yang sentiasa dipamerkan. segala hal yang dilakukan, macam buka almari dan hentak2 pintu, itu sudah biasa. macam si bisu yang memprotes. entahlah. tiba-tiba 2 hari lepas dia letak notis pada kotak barangnya; this box belongs to Exxxx. do not open without permission. dan malamnya pula aku perasan notis ini di lampu belajar: 'do not touch my stuff without my knowledge permission'. WHATT??! peliklah dia sorang nih. dalam bilik itu, cuma kami berdua. mana mungkin notis itu untuk dirinya sendiri. aku tidak pernah memperoleh sepelik seseorang yang 'buka mata saja nampak dia' selain dia ini.
masalah seperti ini amat mengganggu konsentrasi belajar aku. aku terasa grounded ya amat. apa patut aku buat?
Tuesday, September 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 komen best:
huhu.. agak berat juga prob neh.. kalau lelaki la kan, memang cam dah tak dapat diselamatkan, sampailah salah seorang sanggup ketepikan ego, untuk berhadapan dengan masalah... bukankah perempuan lebih open dengan prob2 macam ni?
entahlah, encik belia..kadang-kadang saye rase saye lebih ego berbanding lelaki. terasa macam saye yang nak mencabar kesabaran dia. ada kawan cakap begini 'tak salah merendahkan diri untuk meminta maaf walaupun kita tak salah'. tapi hati saye pula memberi banyak alasan. mungkin saya salah untuk tak mencuba.
ececece..rumate aku nasihat rumet org lain...padahal ngan aku, ada je sombong2..xkira ko punya lg...ko punya bila datang bulan lg...ha3
xla...joke je...*pandai ko bg nasihat*..he3
hehei, encik terry.
saye rase dia roommate terbaik buat anda. jadi, hargailah. :)
Post a Comment