Wednesday, March 31, 2010

9/10, bukan lagi rahsia-part 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 31, 2010 0 komen best
Dalam forum ini, Ustaz Zahazan mengatakan bahawa Business adalah membina orang-orang di sekeliling kita untuk menyokong kita. Franchise-jenis perniagaan berangkai di bawah satu penjenamaan seperti 7Eleven- sebenarnya adalah berasal darpada teori Islam, berdasarkan teori koperasi Islam.

Berniagalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Berdoalah untuk sentiasa dekat dengan Allah.Pernah dengar tak nama Abdullah bin Sirin, seorang saudagar minyak zaitun? Pada suatu hari, pekerjanya mengkhabarkan bahawa satu daripada 100 tong minyaknya dimasuki tikus-atau lebih tepatnya, mengandungi bangkai tikus. Lalu Abdullah bin Sirin memerintahkan satu tong minyak itu dibuang isi keseluruhannya. Belum sempat khadam itu kembali ke tempat tong minyak tadi berada, pekerja lain telahpun mengangkat tong minyak yang mengandungi bangkai tikus itu untuk berada bersama-sama tong minyak yang lain. Apabila Abdullah bin Sirin mengetahui hal ini, maka beliau memerintahkan kesemua minyak zaitun daripada 100 tong yang ada dituangkan, iaitu dibuang. Adakah anda merasakan ia membazir dan rugi? Saya yakin dan pasti, orang yang tidak beriman akan membuang sahaja bangkai tikus itu dan menjualkan kesemua minyak zaitun, tapi Abdullah bin Sirin sanggup melakukannya demi mengharapkan keredhaan Allah dan takutkan balasan Allah.

Subhanallah, bersemangat betul rasanya saya. Cari dan galilah semangat orang yang berjaya yang mengharapkan keredhaan Allah, dan banyakkan berdoa supaya Alah mengajar kita perkara baru yang orang lain tidak tahu. Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W mengajar umat Islam supaya jangan bergantung kepada orang lain, dan penuh pengharapan kepada Allah kerana itulah kemuliaan yang paling tinggi. Janganlah kita bergantung kepada orang yang tidak ada kemuliaan padanya.

Dr. Jamnul berkata, bab rezeki ni, janganlah bergantung dengan manusia. Jangan berkira sangat... Sebabtu kita jangan kedekut dan lokek.. Imam Hasan al-Basri keika ditanya tentang ketenangannya (sebab beliau ni sangat tenang orangnya), dia menjawab; "kerana aku tahu bahawa rezekiku ditetapkan oleh Allah.."

Sewaktu sesi soaljawab, ada yang bertanya tentang meletakkan pelaris di dalam premis dan kedai, iaitu ayat-ayat al-Qur'an, gambar sultan, dan lain-lain. Soalan ini dijawab dengan menyatakan bahawa amalan kepada ayat itu yang penting, bukan hanya dengan menggantungnya semata-mata. Amalan ini dibimbangi menjadi khurafat, sebab kita seperti mengharap kepada kedatangan rezeki hasil daripada ayat itu, bukan semata-mata dari Allah-wallahu a'lam.

Dari segi pengiklanan, ahli panel berpesan, pengiklanan juga menyumbang kepada punca rezeki, jadi biarlah pengiklanan itu mengikut syara' dan baik, bukan mengunakan model-model yang tak menutup aurat dsb. Sebenarnya perkara-perkara begini amat halus perhitungannya, terutama dari segi punca rezeki..kita mesti sangat berhati-hati, untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi baik dalam perniagaan, khususnya. Jadilah kita orang yang amanah, dan banyaklah bersedekah dalam mengusahakan perniagaan. Ini kerana Allah berjanji akan memberikan pulangan berganda-ganda kepada orang yang suka bersedekah-ingat tak kisah Saidina Ali sedekah buah delima kepada seorang tua di perjalanannya padahal buah delima itu untuk isterinya, Fatimah yang mengidam? Allah memberikan kepadanya pulangan 10 biji buah delima, dihantar melalui malaikat pula- lihat bagaimana Allah mengangkat darjat dan memberi kemuliaan kepada orang yang bersedekah.

Wallahu a'lam. semoga bermanfaat fillah.


Photobucket

Tuesday, March 30, 2010

Wacana Pemikiran Islam bersama Dr. Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad el Muhammady

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 30, 2010 0 komen best
sampai bilik aje saya cepat-cepat nak update blog. haih. Kalau awal bulan Mac yang lalu telah berlangsungnya Wacana Pemikiran bersama Syeikh Nuruddin al-Banjari [yang saya tak dapat hadir kerana ada kelas], jadi, pada
1 April ini, Universiti Utara Malaysia menganjurkan 
Wacana Pemikiran Islam  
bersama tokoh yang tidak asing lagi,  
+Dr. Asri Zainul Abidin, 
Pensyarah Kanan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), 
dan  
+Dr. Muhammad Uthman el Muhammady, 
Felo yang Amat Utama, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  
moderator 
Profesor Madya Dr. Shukri Ahmad,
pensyarah UUM CAS yang amat saya segani dan hormati,
di 
Dewan Seminar Bangunan Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia 
pada pukul 10 Pagi
---------------------------Jom Beramai-ramai pergi majlis ilmu!-------------------------------------
[rasa excited dan tak sabarr!]
Photobucket

Monday, March 29, 2010

sedih rasanya tak dapat naik bas

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 29, 2010 4 komen best
Hidup ni macam naik bas.

Kita boleh pilih nak naik bas jenis apa ke destinasi mana. Bas besar, kecil atau sederhana. Kadang-kadang, kalau nasib baik, dapat bas first class macam Pancaran Matahari,  atau kalau nasib tak menyebelahi dapatlah Hari-hari Bas Rosak (HBR). kadang-kadang basnya cepat, atau kadang-kadang lembab macam Cepat Ekspres ataupun The arrogant Transnasional. ah. mengutuk syarikat bas pula saya. 

Kalau nak naik bas, kita kena beli tiket, atau bayar kat atendan bas. Kadang-kadang tiket habis. Kadang-kadang ada tiket takdek bas-ni kes-kes ulat tiket penipu. Kalau kat UUM, bas kitaran sentiasa ada setiap 15 minit, tapi pelajar UUM yang tak reti sabar macam saya, sentiasa nak cepat selalu berebut naik bas---dah macam budak sekolah.. Selalunya saya menyelinap tak beratur: maklum badan kecil dan muka selamba.

Ada orang kata biar lambat asal selamat. Atau biar cepat tapi cermat. Atau biar cepat tapi selamat. Saya  dah tanak bas. Kereta pun dah tak mau.  Saya nak bullet train-atas landasan, takdek traffic jam, dan confirm sampai. Ah. tapi tak mencabar, dan bullet train hanya ada di Jepun aja. KTM taknak. lembab.





Itulah hidup. Kita kena berebut untuk mencapai apa yang kita mahu. Kadang-kadang kita tak dapat menaiki bas untuk sampai ke destinasi kita, tapi ada alternatif lain untuk ke tempat yang nak dituju, hatta jalan kaki sekalipun.

Kadang-kadang kita terlepas bas, dan terpaksa menunggu bas yang lain pula. Ini melibatkan masa yang banyak dan kos yang besar. Kadang-kadang kita dah naik bas, tapi kita tak sampai juga ke destinasi kerana kita tersilap naik bas, atau bas yang dinaiki eksiden pula-matilah kita dalam perjalanan.. jadi, sebelum naik bas, jangan lupa baca doa naik kenderaan, hatta setakat pergi kuliah sekalipun..

Pernah dengar tak cerita Daniel  terlepas kapalterbang?
Daniel ni berasal daripada Indonesia, tapi bekerja di Malaysia sebagai tukang kasut.. Sudah 5 tahun dia bekerja di Malaysia, jadi dia pun nak balik ke negara asalnya dengan menaiki kapal terbang-dulu naik kapal laut, teringin la pula nak balik dengan flight.. Jadi dia pun kumpul duit untuk beli tiket flight..masa tu Air Asia takdek wujud lagi, jadi tiket MAS memang mahal la kan.. kumpul punya kumpul duit dia sambil teringat kat keluarga tercinta di Jakarta, akhirnya dia pun dapat beli tiket kapal terbang..punyalah susah nak kumpul duit buat beli tiket flight.. maklumlah, kerja pun tukang kasut aje.. Pada hari dia sepatutnya balik ke Indonesia, dia tiba 3 jam lebih awal di KLIA. Dia memastikan semua keperluannya cukup, dan memastikan dirinya betul-betul bersedia supaya nanti takdek halangan nak naik kapalterbang. Penjaga kaunter pertanyaan pun dah kenal dengan Daniel ni kerana banyak kali bertanya bila boleh naik flight. tak sabar sangat nampaknya. Punyalah penat menunggu, akhirnya Daniel ni tertidur..

Kerana tertidur, Daniel terlepas kapalterbang. Apabila tersedar, kapalterbang baru sahaja berlepas, dan dia menyumpah-nyumpah banyak kali. Dia tak segan-segan menangis di kerusi tempat dia tertidur tadi. Dengan takdir Tuhan, kapalterbang yang sepatutnya dinaiki menghadapi masalah dan meletup di udara. Daniel amat bersyukur kerana masih hidup dan masih mempunyai peluang untuk menaiki kapalterbang lain untuk bertemu keluarganya, walaupun terpaksa mengumpulwang semula untuk membeli tiket kapalterbang.

Analoginya dengan bas dan kehidupan, terlalu panjang rasanya untuk dihuraikan. Cukuplah anda membaca analogi ini dengan tafsiran sendiri.

Sebenarnya cerita saya pendek je. Pagi tadi saya nak daftar kelas Bahasa Mandarin sebagai subjek elektif semester depan. Tapi masa tengok notis entah kenapa mata saya terhijab dari melihat nota yang tertulis bahawa ia cuma untuk pelajar program Marketing saja. Dah lama saya tanam niat untuk belajar bahasa Mandarin, sejak tahun lepas lagi-ini kerana saya teringin sekali bertutur dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi masa nak mendaftarkan diri, saya sanggup meloloskan diri selama 10 minit dari kelas Sains Pemikiran ke bangunan FKBM (padahal tadi giliran kumpulan saya membentang dan saya jurucakap-nasib baik sempat). Sayangnya, bukan rezeki saya. Tapi, kalau saya betul-betul nak belajar subjek tu, mesti ada caranya, kan...

"Hidup ni macam berebut naik bas aje, kan. Tapi kadang-kadang kita tak boleh naik bas tu bukan sebab bas tu penuh, tapi sebab bas tu khas untuk budak sekolah-jadi pelajar universiti tak boleh naik, kena cari bas lain. Kalau takdek bas nak pergi Nilai, saya sanggup jalan kaki! atau naik lori ayam pun OK~"

hakikatnya saya masih bersedih dan hati meronta-ronta bertanya kenapa...
Photobucket

9/10, bukan lagi rahsia-part 2

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 29, 2010 2 komen best
saya janji semalam nak sambung dapatan saya dari forum, insya Allah. semoga bermanfaat.

Tak kenal erti penat
Panel forum ada berkata, orang yang hebat tidak kenal erti penat dalam dirinya. Mereka menjadikan perjuangan itu bukan satu kerja atau tugas, tapi kehidupan. Masya Allah. Sebab itulah, jika kita hayati sejarah mereka, seperti contoh, Laksamana Cheng Ho atau nama lainnya Haji Mahmud Syam, beliau bukan sahaja berdagang untuk mengembangan perniagaan, tetapi mereka mengembangkan Islam. Dakwah sudah sebati dalam jiwa mereka. (jika kita juga mendidik diri sebati dengan perjuangan dan Islam, Insya Allah, kelelahan akan menjadi perkara kecil sahaja. kan?)Dalam riwayat, Salahuddin a-Ayyubi dikatakan tidak pernah menunaikan haji kerana komitednya beliau terhadap perjuangan. Subhanallah.

Ada tekad tak mahu bergantung kepada orang lain
Sambung kisah Nabi Daud. Beberapa kali disebut dalam forum ni tentang Nabi Daud, di mana Allah mengajarkan kebijaksanaan menjadi pandai besi, menjahit dan mempunyai suara yang merdu. Allah telah memuliakan Nabi Daud dengan kepandaian ini sehingga diriwayatkan, ketika baginda membaca kitab Zabur, burung yang sedang terbang di langit pun berhenti untuk mendengarnya. Perniagaan membuatkan seseorang berhenti bergantung selain daripada Allah. Lihat bagaimana rasul junjungan kita berdikari dengan mengembala dan berniaga, sifat ini mengangkat darjat baginda-dan sesiapa sahaja yang berniaga. Tony Fernandez, ketika ditanya isterinya mengapa hendak diteruskan hasrat perniagaan pengangkutan udara (AirAsia)-bukan perniagaan lebih selamat seperti bas aje-, beliau berkata,"No, its like a small fish in a small pond. Why not we try to be a small fish in the large pond? saya tak mahu suatu hari nanti saya hanya mampu berkata kepada anak saya, 'Kalau bapak bukak company kapal terbang dulu dah lama bapak berjaya', Sekurang-kurangnya saya dah usaha"-betul-betul hebat kan orang yang ada tekad ni..

Taatkan ibu dan yakin kepada Allah sebagai Pemberi rezeki
Dr. Jamnul sendiri berkongsi kisahnya menjadi seorang Dr. Jamnul Azhar pada hari ini. Dulu beliau merupakan seorang doktor, dan prinsipnya cuma taat kepada ibu je. Suatu hari, ibunya nak pinjam RM 3000, tapi beliau sangatlah takdek duit kerana semua wang gajinya sudah habis digunakan. Tapi atas doa dan usaha, Allah datangkan rezeki dan dia dapat juga memberikan RM3000 pada hari yang sama. Pada malamnya, beliau mendapat panggilan dalam USM untuk menggantikan seseorang yang tak dapat hadir ceramah, dan tanpa beliau ketahui, USM memberikan RM6000 kerana menggantikan Dr Ismail Kamus untu memberi ceramah-anda lihat tak, betapa berkatnya ikhlas menunaikan hajat ibu, Dr. Jamnul cuma tunaikan RM3000, tapi Allah pulangkan RM6000! MasyaAllah~baiknya Allah kepada orang-orang yang ikhlas ni...Dr Jamnul kemudian berhenti bekerja di hospital kerajaan, dan kini mempunyai perniagaan sendiri-jual ubat- di samping mengadakan kelas tahfiz: sehingga tahun ini, beliau sudah mempunyai lebih 20 anak didik yang tahfiz yang masih bersekolah, dan targetnya 50 orang sehingga pertengahan tahun 2010.

Tips dan prinsip yang diajar seorang Ustaz kepada Ali
Kita kena ada akhlak islam, barulah dunia ni, harta kita, perniagaan kita dapat dilaksanakan dan diagihkan dengan adil-kalau tak ada riba' sekalipun empayar perniagaan boleh maju dan hebat. Peniaga yang jujur, dikatakan,1 kakinya di neraka dan 1 kakinya di syurga. Pengasas rangkaian perniagaan kasut al-Ikhsan, Tuan Haji Ali (40 tahun), pada mulanya belajar di UTM Skudai. Apabila ayahnya meninggal, sebagai anak sulung, beliau mula berusaha menyara keluarga. Apa yang dibuat ialah dia mula berniaga kasut dalam bonet kereta-illegal dan 'barang-barang pirate' aje. Apabila timbul niat hendak mengembangkan perniagaan, niatnya biarlah yang 'legal'. Malangnya, perniagaannya susah nak maju, asyik ada konflik dan pergaduhan dengan peniaga lain. Lalu beliau bertemu seorang ustaz dan bertanya perihal perniagaannya. Saya nak tekankan disini, tuan-tuan dan puan-puan, sikitpun ustaz tu tak bagi jampi ke hape, khurafat semua tu, Ustaz tu bagi 3 nasihat yang dijadikan prinsip oleh lelaki yang bernama Ali ini:
  • tanamkan niat nak jadi mulia
  • ada tekad nak jadikan orang bawahan yang bekerja bergantung pada diri kita ni, (menjadikan diri sebagai punca rezeki kepada orang lain),
  • berazam untuk memberi zakat yang terbesar di negeri Johor.
Alhamdulillah, berkat pegangan prinsip, usaha, doa, konsisten dan percaya kepada Allah, kini, al-Ikhsan menyumbangkan zakat sebanyak RM 5 JUTA setahun kepada negeri Johor..

Bermula daripada bawah
Jadi, tuan-puan yang disayangi, rakan-rakan dan saudara-saudari saya, apabila dapat scroll tapi tak dapat kerja, bermulalah bekerja dengan orang yang berniaga, hatta kerja paling sengkek sekalipun asalkan halal dan baik, kemudian berusahalah sedikit demi sedikit mempelajari ilmu perniagaan-InsyaAllah, tak rugi!

kan Allah dah janji, 'Siapa Berusaha, dia dapat'

Kita sebagai orang Islam, kita istimewa. Banyak lebihnya orang Islam, terutama apabila dia beramal. Jadi untuk berniaga ni, bukan nak untung je, tapi 'Betul-betul Berjaya!', mestilah rajin solat, bangun malam dan tak tinggal solat Dhuha. [tambahan: sewaktu saya menghadiri seminar wacana ilmu, kata moderator, antara rahsia solat tahajjud ialah membuat tambah yakin orang lain kepada apa yang kita katakan, buatkan dan laksanakan].


Burning Desire
Kata panel lagi, banyak sekali orang-orang yang berniaga yang kita kenal dari kita kecil sampai kita besar, bisnesnya macam tu aja-tak maju, sekadar baik-baik saja- kalau maju pun sikit, malah lebih tertinggal berbanding orang lain. sebabnya, orang-orang ini tak ada 'Burning Desire', iaitu keinginan yang tinggi, takde target, tak ada usaha. Ada kemahuan tapi sekadar angan-angan. Seperti yang saya tuliskan tadi, orang-orang yang hebat tak ada istilah penat dalam hidupnya. Cuba anda fikir seseorang yang anda rasa hebat, pernah tak anda lihat dia layu dan lelah?

aih. rasa macam nak buat part 3. sambung esok ye.

Photobucket

Sunday, March 28, 2010

9/10, bukan lagi rahsia

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 28, 2010 2 komen best
Pada mulanya saya amat ingin tahu apakah maksud 9/10, tajuk forum Hal Ehwal Islam sempena pesta konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia.

Saat saya ingin duduk di tikar depan pentas forum, Kak Fahana pun berbisik.."9/10, nabi kan kata 90% punca rezeki datangnya dari perniagaan"... terus minda saya terbuka seluas-luasnya. Lampi juga rupanya saya.

Kupasan-kupasan oleh Ustaz Zahazan dan Dr. Jamnul banyak memberi input baru, walaupun pengetahuan 9/10 bukan satu perkara baru. Hari ini, hampir 5 kali saya mendengar frasa "thinking out of the box". Berbeza dengan kata-kata Ustaz Khadafi tentangya, Dr. Jamnul menyatakan bahawa thinking out of the box yang asasnya datang dar Rasulullah S.A.W. Katanya, pemikiran 'Think Big', di mana Rasulullah S.A.W. pernah menyebut 2 tamadun yang hebat (Rom dan Parsi) akan runtuh di bawah kekuasaan Islam dan kemasukan orang Yaman dalam Islam tanpa peperangan.

Forum ini bertujuan membawa sidang hadirin mengingati Allah dan Islam ketika melaksanakan perniagaan. Malah diberikan banyak contoh untuk mengingatkan bahawa pengusaha/peniaga orang Islam itu amat berbeza berbanding pengusaha bukan Islam. Ini kerana orang Islam itu istimewa.

Antara contoh muslimin yang hebat dalam perniagaan ialah; Anas bin Malik r.a., Abdul Rahman bin Auf, Laksamana Cheng Ho, dan yang terkini, Tuan Haji Ali, pengusaha kedai kasut al-Ikhsan.Anas bin Malik, anak kepada wanita hebat, Ummu Sulaim. Abdul Rahman bin Auf, lelaki terkaya pada zamannya, tidak tinggal solat berjemaah selama 40 tahun di belakang imam-berbeza sekali dengan umat pada hari ini yang keuntungan berniaga sehari mencecah RM 200-300, tapi solatnya entah ke mana. Laksamana Cheng Ho pula mengusahakan supaya ketika laluan sutera disekat, perniagaan berjalan dengan negara-negara lain pula.. [Dr. Jamnul menyebut thinking out of the box waktu ini].

Nabi Daud diajarkan Allah pelbagai kepandaian, supaya tidaklah baginda bergantng kepada orang lain.

bersambung..esok ya..

post signaturePhotobucket

Thursday, March 25, 2010

PERSAHABATAN

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 25, 2010 0 komen best
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh
rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu
kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan
kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa
ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan
dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas
dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih
agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh
kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah
cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada
diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim
pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar
bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan
berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan
ghairah segar kehidupan.
oleh Khalil Gibran
Photobucket

kesatuan dalam berpasukan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 25, 2010 2 komen best
tadi saya hadir ke Perasmian Pesta Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia untuk sesi integrasi kokurikulum-Saya Ko-k Pembimbing Rakan Sebaya.

Saya ceritakan kronologinya.
kami tiba ke padang luar stadium Pusat Sukan pada 8-8.30 pagi, kemudian perarakan masuk dalam pukul 9pagi. Kami yang integrasi cuma bertugas memenuhkan tempat duduk di stadium aje, menyaksikan perarakan lintas hormat dan persembahan.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk dan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen PALAPES darat, udara dan laut, diikuti Kor Suksis PDRM, kemudian kontinjen Dewan Penginapan Pelajar (DPP), barisan pelajar asing, kontinjen pancaragam SK Sintok, kontinjen band dan penari SM Asma dan Kontinjen Band UUM.

Selepas lintas homat, majlis diteruskan dengan ucapan YDP MPP/Pengarah EKUUM, Mohd Syafiq Japar dan dirasmikan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi. Selepas perasmian, majlis diserikan dengan persembahan oleh adik-adik sekolah rendah, Band sekolah menengah, band UUM, kemudian persembahan oleh RAMD (Rejimen Askar Melayu diRaja) Kepala Batas.

Apa yang saya nak ketengahkan kat sini bukanlah kemalangan pesawat udara yang berlaku semasa persembahan band UUM yang menyebabkan suasana menjadi tidak tenang selepas itu, tetapi saya menghargai kesatuan dalam berpasukan yang ditunjukkan oleh kesemua kumpulan kontinjen, khususnya kepada kumpulan PALAPES dan band-band pancaragam.

Apa yang saya perhatikan, synchronization yang wujud antara mereka menghasilkan sebuah persembahan yang indah dan harmoni, cantik dan bergaya.  Untuk menghasilkan keharmonian ini, bukan sedikit usaha yang dilakukan. Selain latihan, kesatuan ini terbentuk melalui ketua yang bijak.

Kawan saya cerita, kadet palapes kena rendam dalam tasik Guthrie untuk beberapa jam pada waktu pagi-pagi buta (2am kut). Latihan pula sangat tough, dalam kem, diorang hanya diberi 1 botol mineral untuk bertahan selama berapa hari entah. 3 hari kut. Pastu Berus gigi sebatang kena kongsi untuk 40 orang. dan banyak lagi yang saya tak ingat. Thats how, and thats why. Mereka diajar untuk menjadi sebati dan sehati sejiwa.

Dulu, saya pun PKBM masa sekolah menengah. Tapi latihannya tidaklah serius, sekeras dan sesusah kadet palapes di universiti.

Persoalannya, adakah untuk membentuk kembali perpaduan antara rakyat, pemimpin sesama pemimpin perlu melalui latihan sekeras ini?

Untuk membentuk kesatuan rakyat, adakah rakyat berbilang kaum ini mesti dsebatikan dengan kekerasan dan kesusahan?

Untuk menjadikan pemimpin berjiwa rakyat dan bukan makan harta rakyat dan saling tindas menindas, perlukah pemimpin duduk dan hidup dengan rakyat, berkongsi jiwa dengan mereka,supaya rakyat memahami pemimpin dan pemimpin memahami rakyat?

kalau saya di tampuk atas, kesemua jawapan kepada persoalan ini adalah ya kalau bukan dengan tarbiyyah imaniyyah-sebab manusia pada hari ini, walau pangkatnya seolah raja, walau hanya rakyat biasa, kalau cuma penagih jalanan, semuanya, sama sahaja-hidup seperti apa ya, makan tidur dan berkelamin cuma.

Penyelesaiannya, tarbiyyah Islamiyyah.


p/s: Takziah untuk lelaki yang bawa pesawat dari Kepala Batas untuk perasmian EKUUM itu, saya pun tak pasti keadaannya. Semoga Allah bantu.

Photobucket

Wednesday, March 24, 2010

kata-kata cinta dan sayang seorang pendidik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 24, 2010 2 komen best
subjek Kenegaraan Malaysia di bawah kelolaan Dr. Rohani memang best.

Cuma sekali aje saya blur waktu kelas dia, waktu tu saya amat penat dan moody sebab sesuatu hal. Sewaktu mengajar, Dr. Rohani tak banyak refer slide, dia seperti memuntahkan semua yang ada di kepalanya, dan selagi dia bercakap, jari jemari bersama tangan dan pensel/pen menari-nari di atas kertas buku nota. Sangat ajaib, kan? hihi. Puan ni sangat soft dan berdedikasi, beliau ada semangat yang tinggi untuk membenamkan perasaan cinta dan sayang kepada negara. Memang rugi betullah sapa yang sia-siakan ilmu yang datang dari seorang pendidik.

Dr. Rohani suka memberi nasihat, macam seorang ibu. Antara kata-katanya yang menusuk tepat ke dalam hati:
  • Adakah saya belajar hingga ke England dan mendapatkan status sebagai pensyarah, bertaraf PhD hanya untuk mengajar orang-orang yang hanya datang ke kelas tanpa membawa hatinya?
  • Adakah ilmu yang saya katakan dan curahkan ini boleh didapatkan di jalanan?-katanya pada suatu hari dalam kelas, ketika melihat pelajar bercakap-cakap dan tidur dalam kelas.
  • Apabila saya marah, saya tak cantik lagi. Jadi jangan buat saya marah.-ni kata-katanya yang paling popular
  • University is not a place to produce a human robot; if u dont want to study, pergi pasar raya, boleh dapat duit.
  • Menulis akan buat kamu lebih faham dan ingat...
Kawan-kawan yang nak add subjek Kenegaraan Malaysia untuk semester depan, add la untuk kelas Dr. Rohani Hj. Ab. Ghani (Penyusun buku Kenegaraan Malaysia)-dia memang cool dan sangat best!


Photobucket

Tuesday, March 23, 2010

tidak kenyang makan maksiat? berapa lama kau mahu hidup?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 23, 2010 4 komen best



  • mari jadikan mati sebagai motivasi: pilihkan untuk diri sendiri, akhiran yang baik (husnul khatimah) atau akhiran yang buruk(su'ul khatimah)?



  • semoga kita tak mati dengan regretness, dan merayu meminta dilanjutkan masa di dunia.. mari manfaatkan masa.



  • jangan lupa doakan ibubapa kita, jadilah kita anak yang soleh kerana itu antara harta yang seorang manusia tinggalkan apabila dia mati.

semoga bermanfaat, ingatan untuk diri sendiri yang banyak terleka sebenarnya.. doakan saya..

Photobucket

mencari orang yang punya komitmen tinggi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 23, 2010 0 komen best
sekali lagi, untuk bulan SEPTEMBER 2010-Saya mencari individu yang berminat untuk menjadi team saya dalam projek 'Pertandingan Bahas Bahasa Mandarin' anjuran kelab Bahasa Mandarin Universiti Utara Malaysia yang bakal dilangsungkan pada bulan September 2010.

Pencarian ini:
-terbuka kepada semua pelajar Universiti Utara Malaysia tidak mengira agama mahupun bangsa
-Waras & stabil emosi
-Mempunyai komitmen yang tinggi
-berminat untuk mempelajari pengurusan tanpa masuk kelas Management

Interview akan diadakan pada Hari Jumaat, 26 Januari 2010.

Saya juga ada perancangan untuk mengadakan nadwah, tapi ni sudah diusulkan, cuma belum buat mesyuarat dan kertas kerja.

Untuk Makluman, saya sedang mencari orang yang nak buat ceramah keusahawanan untuk Karnival Keusahawanan COB UUM. Ada sape2 nak bagi cadangan tentang pengusaha syarikat yang inspiring tak untuk bagi ceramah?

Aktiviti yang saya sertai yang bakal dilaksanakan semester depan yang perancangannya on the go ialah:
  • Newbiz Interaction Days(ni saya tak terlibat) (selepas Minggu orientasi semester 1)
  • Hari Keluarga DPP EON (macam coconut day semester lepas) (Julai 2010)
  • Karnival Keusahawanan COB (Julai 2010)
  • Pertandingan Bahas Kelab Bahasa Mandarin (melibatkan universiti lain) (September 2010)
  • Nadwah Haluansiswa (insya Allah..)
Pelajar UUM yang nak participate, call la saya.. 0195243766.
Thanks to Jackie (Chan Soo Yee)& Ang yang asyik prefer saya untuk sertai aktiviti.
cariPhotobucket

Monday, March 22, 2010

a note to ponder

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 22, 2010 2 komen best
1. saya baru je sampai di bilik. Hampir 3 jam habiskan masa kat Varsity Mall, tunggu turn untuk bayar yuran bas RM60. masa saya ambil nombor giliran ada 400 waiting people on queu. [kenapa saya dapat bayar lebih cepat adalah saya guna taktik Machiavelli. hahaha]. Bank bukak sampai kul 5 kot tadi.

2. guess who i met selepas keluar dari Bank Islam? Encik Sharoff! PA uncle Affendi masa saya kerja kat MS time. now he's runing business on his own-congrats.

3. Haji Romle bagi saya tips nak success dalam marketing; katanya kita mesti faham konsep 4P's (student business WAJIB tau ni, strategi pemasaran yang paling asas): Product, Price, Place, Promotion. Kalau kita betu-betul kuasai 4 perkara asas ni, everything should be OK. Kalau in term of menjawab soalan peperiksaan, biasanya soalan akan treat yang complement, jadi out of 4P's, mestilah bukan berkaitan dengan marketing. Haji Romle tambah lagi, cuba praktiskan dari sekarang, pasarkan diri sendiri-means that kalau orang taknak berkawan dengan kita, bererti kita ada masalah dalam memasarkan diri sendiri.(try this very simple principe of understanding the basic on other subjects too!)

4. Melalui buku 'Islam dan Persoalan Wanita Moden',saya temui banyak point tentang apa yang saya cari: kenapa wanita tak perlu bekerja. Antaranya, wanita yang bekerja akan mendapat gangguan terhadap sifat-sifat kewanitaannya. Pekerjaan akan mempengaruhi jiwa, fikiran, sifat-sifat dan sikap seorang wanita. Sehingga hari perbahasan nanti,saya akan kongsikan isinya.

5. Kalau anda rasa sedih/menghadapi konflik perselisihan dengan kawan atau orang yang disayangi atau sesiapa sahaja, bacalah doa Rabitah dengan  membayangkan wajah individu yang anda ingin doakan itu-semoga hubungan yang keruh akan kembali menjadi baik-baik saja.

6. Jangan tidur meniarap kerana itu adalah cara ahli neraka diheret dan dicampakkan kedalamnya

7. Imam Ibnul Qayyim berkata; "Mendapatkan sifat siddiq itu sama seperti menanggung gunung yang menjulang tinggi. Tidak ada yang kuat melakukannya melainkan orang yang memiliki kemahuan".

Jum, berusaha!

Photobucket

Sunday, March 21, 2010

pesona sikap sabar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 21, 2010 4 komen best
ada orang kalau letih menahan sesuatu bermakna dia hilang sabar.
 bererti kalau kita menahan diri terhadap sesuatu, itulah sebenarnya erti sabar.
   sabar perlu disertai dengan ikhlas, doa dan keyakinan, barulah ia menjadi bermakna
    bermakna apabila hujungnya dilimpahi rasa lebih daripada baik-baik saja.
   bukan semua dalam hidup ni keinginan kita dipenuhi, bukan
  jadi jangan belajar atau berkenalan dengan sifat putus asa.
jangan berkawan dengan orang yang cepat putus asa, malas, suka merungut-meletihkan!
 berkawanlah dengan orang yang positif, bercakap benar, rajin, dan optimis: semoga memberi kebaikan
  sabarlah dalam mempengaruhi diri dengan perkara baik-syaitan pun akan tewas dengan tekad dan kedegilan kita untuk menjadi baik, positif, optimis: ada disebut dalam al-Qur'an.
 orang yang sabar aje boleh dapat apa yang dia mahu.

Orang yang sakit sabar mencari sihat
Orang yang sihat sabar mencari harta
Orang yang mencari harta sabar menanti bahagia
Orang yang mencari bahagia sabar menantikannya
Orang yang terluka sabar mengubatkannya
Orang yang nak keampunan berusaha memintanya
Orang yang nak mati sabar menghadapi sakaratul maut

Tidak ada orang sabar menjadi bodoh.
Tak ada orang sabar dipanggil malas dan bengap
Tak ada orang suka dikeji

Bukakan hatimu, duhai cinta sayangku, saudara saudari
Semua makhluk itu berfungsi
Allah tak jadikan kita sia-sia
Allah tak jadikan kita untuk marah-marah pada dunia
Sabarlah menghadapi kepahitan, kita akan mendapat kemanisan
Sabarlah menghadapi kegagalan, kita akan dapat kejayaan
Sabarlah menghadapi dunia, kita akan mendapat akhirat
Sabarlah menghadapi makhluk, kita akan dapat Allah

Allah dah janji, "beruntunglah orang-orang yang sabar.."
orang beriman percaya janji Allah dan membenarkannya

suatu hari nanti, saya akan diuji dengan kata-kata saya sendiri. Tatkala itu, tolonglah ingatkan saya supaya sabar..

Sabar itu sifat orang Islam: orang Islam yang tahan diuji. Jangan marah-marah, ia amat merugikan.

"sesuatu yang dimulai dengan marah akan diakhiri dengan rasa malu"

salam sayang, semoga bermanfaat.

Photobucket

Saturday, March 20, 2010

Forum Hal Ehwal Islam di Ekspo Konvokesyen UUM 27 Mac ini

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 20, 2010 4 komen best
UUM COB dengan kerjasama Pusat Islam UUM menjemput tuan/puan meluangkan masa ke:





Anda nak tahu tak apa itu 9/10? saya pun tak tahu. Jadi, saya pun berminat untuk menghadiri ceramah ini pada 27 Mac nanti. Bertempat di ekspo konvokesyen (Padang kawad Palapes). Dijemput hadir, kerana panel forumnya adalah Ustaz Zahazan Mohamed, Prof Shukri (memang best sangat prof shukri nih, ceramah dia yang haritu masih bertapak di hati saya), dan Dr Jamnul Azhar (panel forum 'Aku Berubah Kerana-Nya')..

Jum, hadir majlis ilmu!

Photobucket

HABIT

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 20, 2010 2 komen best
Sewaktu saya menguruskan English Camp Maktab Mahmud, Dr. Hisyam ada berpesan dalam ucapannya: Jadikan sesuatu yang baik itu sebagai habit, H-A-B-I-T. Apabila kita hilang H, kita ada A BIT. Tanpa 'A', ia menjadi BIT. Tanpa 'B', ia menjadi 'IT', dan tanpa T ia menjadi 'I'. Segalanya bermula dari 'i', diri kita sendiri. (kalau rajn translate la dalam bahasa Inggeris, Dr Hisyam beri ucapan dalam bahasa Inggeris).

Amalkan habit yang baik, dan jadilah bermanfaat kepada orang lain-maaf, kita memang sentiasa perlu bermanfaat kepada orang lain, tetapi bukan untuk digunakan atau diperkudakan.

Orang Islam mesti sentiasa bermanfaat, berakhlak baik, menjaga waktu, menjaga kesihatan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yag sohih, melawan nafsu, luas pengetahuan dan menyusun urusan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi seorang yang bermanfaat! :)
Photobucket

Thursday, March 18, 2010

be seriouslah ashikin...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 18, 2010 4 komen best
nak tau tak, aya kata maksud ashikin ialah tingkat tertinggi dalam perasaan cinta kepada sesuatu/seseorang.. kata Salsabil dan Kak Aisyah, maksud ashikin ialah rindu, diambil dari kata akar 'ishq' dalam bahasa arab.. kata ustaz Juman (masa saya sekolah rendah), maksud nama saya ialah 'pisau', diambil daripada 'siqqin'-katanya saya tajam seperti pisau-, kata abah dia dapat nama saya ketika melihat bulan yang rasanya indah dan mengasyikkan, kata ibu dia berdoa supaya hati saya terang seperti bulan yang mengambang di malam yang gelap ketika saya masih dalam kandungan. bagi saya sendiri, ashikin bermaksud tekun, dan kuat tumpuan dan tinggi perhatian.

Tapi apa yang jadi sekrang ialah saya kekurangan motivasi untuk menumpukan perhatian dan asyik leka saja. adui.

si degil, sila cepat rajin belajar.




Photobucket

Wednesday, March 17, 2010

lets hold for a month

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 17, 2010 0 komen best
"Bukan saya sengaja...tapi saya ada kerja kat sana""tak boleh ke kalau saya nak ikut?"
"Bukan saya taknak, tapi nanti anak-anak sape nak tengok, diorang sekolah, nanti ayam itik suma sape nak bagi makan.."
"ayam itik kita hantar balik kampung, anak-anak suruh la Mak Nab jaga..kita bayarlah.."
"habistu awak sanggup nak tinggalkan anak-anak?"
"habistu awak sanggup tinggalkan saya, anak-anak?"
"kerja saya siapa nak buat?"
"kawan awak kan ramai"
"Saya taknak lepaskan peluang ni untuk perbaiki kehidupan kita"
"Kalau macamtu, awak jaga diri baik-baik yea"
"Awak pun sama.."

Tersenyum si suami tatkala sang iseri memberi kebenaran. Nasib baik saya belum ada komitmen rumahtangga lagi. ececeh. Merapu pula saya pagi-pagi begini, kan. komitmen saya dengan blog ini, macam mana? Saya nak tinggalkan .it is the best of times..it is the worst of times. sekejap aje. tak lama. sebulan. Ini demi menguji diri saya yang amat sangat terlalu suka menulis. Itu, ada beberapa hal yang perlu saya clear up dalam masa 30 hari ini.

Ini demi komitmen saya satu-satunya. Sebenarnya saya target bulan ni nak tulis 30 entri, 1 hari satu post. Apakan daya, saya perlu lakukannya. Ah, macamlah blog ini faham je kata-kata saya.

Saya nak kongsi satu perkara.

Sebenarnya bekerja dengan orang yang kita tak suka banyak sekali membawa kebaikan. Di situ kita dapat mengukur di mana tahap keikhlasan kita yang sebenar. Apabila kita tak merasa senang dengan orang lain, bermakna kita tak cukup ikhlas. Dia akan mudah melihat kelemahan dan kesilapan kita, jadi ambil perkara itu sebagai satu cara untuk memperbaik sifat diri. Mudah, kan? Jadi, jangan rasa marah atau sedih atau geram apabila terasa diri dibenci atau rasa macam 'asyik kena pangkah je'. Kadang-kadang Allah nak tegur perbuatan kita.

itu sahaja.


Photobucket

p/s: Dijemput semua ke Seminar Baitul Muslim Kebangsaan anjuran Haluan di Kolej zaaba, UKM pada Sabtu, 20 Mac 2010. Yuran RM20. Penceramah: Dr. Ismail Ahmad, A Rosdi Baharom, Ustaz Salleh dan A Afifi. Pelajar UUM sila maklumkan saya.

Tuesday, March 16, 2010

ini satu minggu busy amat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 16, 2010 2 komen best
saya nak tulis busy gila tadi, tapi tak suka perkataan 'gila'.

memang, minggu ini siang dan malam sudah tak dapat dibezakan. inilah minggu yang dipanggil 'minggu seribu satu macam'. minggu ini hantar assignment, minggu ini urus setia english camp, minggu ini ada test midsem marketing kedua, minggu ini dinner blok Boston DPP Eon, minggu ini [oh]. terpening sekejap.

Pernah dengar tak teka teki pasal "apakah benda yang milik kita, tapi selalu digunakan oleh orang lain"? jawapannya ialah "nama". Ya, nama kita kita tak sebut sentiasa, tapi orang lain sentiasa menggunakan nama kita. begitu juga dengan masa. Masa kita yang ada kat dunia ni banyak digunakan selain untuk  diri sendiri sebenarnya. Menghabiskan masa dengan kawan, dengan keluarga, dengan cikgu, dengan buku, dengan laptop, dengan segala macam bendalah. Tapi semua buruk-baiknya aje yang comes back pada diri kita.

Jadi memang takde masa lah nak merapu ke apa. lagi sebulan dari tarikh harini exam final, dan rasanya saya tak tulis blog sepanjang waktu ini.

Baru 2 jam yang lalu English camp Maktab Mahmud di bawah anjuran CAS. Saya cuma fasilitator bersama barisan urusetia yang lain: Abang Ashraf, Praba, Abang Razak, Encik Amirul, Encik Shahir, Dr. Azila, Dr. Halim, Dr. Hisyam dan Abang Zack. Banyak perkara baru yang saya dapat, terutama apabila saya belajar untuk bekerja dengan perkara yang saya tak suka.

Rupanya memang susah nak membawa dan memberi tunjuk ajar pada sebuah kumpulan, kan..sampai satu masa saya rasa pressure dan penat, tapi semasa adik-adik saya membuat persembahan, saya sangat gembira dan tiba-tiba rasa penat, letih, pening ke apa semua hilang. Saya sangat bangga dengan mereka, kerana saya hanya berikan idea sikit-sikit, tapi mereka telah buat jauh lebih banyak. Joyfulness memories to be keep.

Adik-adik peserta memang best!

Dari mula program, memang senyap je suma..tapi, pada malam persembahan, the ice broke and their performance done perfectly-i can say that because they're so creative with limited time-just in 3-4 hours. Terima kasih kepada Abg Ashraf, Encik Amirul, Dr. Halim dan Dr. Hisham dan lain-lain sebab beri saya peluang untuk bekerjasama dalam program ni. Insya Allah, next time saya perlukan seorang teman. Ada tak sesiapa yang sebaya saya dan berminat untuk ikut program jadi fasilitator? sila contact saya secepat mungkin. Peluang besar untuk orang yang berjiwa besar!

i wanna pen-off. till then. hanya merepek saja kali ni. salam sayang.


Photobucket

Monday, March 15, 2010

where have the very optimist souls gone?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 15, 2010 0 komen best
saya suka optimis.

Optimis buat saya rasa baik-baik saja. Optimis adalah sifat orang Islam. Orang yang optimis akan bersangka baik-baik kepada Allah, kepada orang lain, kepada diri sendiri. Jiwa positif menjadi prinsipnya. Kalau betul-betul dihayati, memang kita tak ada alasan untuk mengeluh dan gagal.

Kenapa takde alasan untuk mengeluh dan gagal? Sebab orang yang mengeluh ni cuma orang yang tak nampak harapan, dan sentiasa tak puas hati dengan apa yang dia ada. Sedangkan orang Islam yang beriman, dia melihat ketidakcukupan sebagai rahmat, ujian dan motivasi, manakala kelebihan diterima sebagai rezeki. Ajaib urusan orang mukmin...

Orang optimis melihat peluang dalam peluang dalam masalah (double standard), tapi orang pesimis melihat masalah dan kegagalan dalam setiap perkara. Orang pesimis takut melakukan kesalahan, tetapi orang optimis menganggap kesilapan sebagai suatu proses belajar. Orang optimis cuba meletakkan nilai positif dalam perkara yang tak best, tapi orang pesimis, memburukkan keadaan yang sedia buruk dengan fikiran sempit.

Kenapa orang Islam mesti optimis adalah supaya hanya orang optimis dapat melihat luasnya dunia dan merasai sensasisyurga sebagai idaman. Tapi kalau orang pesimis sudah tidak tahu apa itu harapan.

Doakan saya. I'm really in a bad condition.

Orang Islam kena positive-minded, barulah Allah sayang..
Photobucket

Saturday, March 13, 2010

English Quotes and Jokes

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 13, 2010 3 komen best
By the time i am writing this, my head full of..oh.. okei, nak share english quotes dan jokes.

1. "It's your truth that shows who you truly are far more than your abilities."
2. "Be yourself, who else is better qualified."-Frank J. Giblin
3. "Show me don't tell me."
4. -"Never give up."
5. -"Say what you mean, mean what you say, but don't say it mean."
6. -"Don't be the one you see but be the one you want to be."
7. -"Live life and live it good."
8. -"Why shoot for the moon when you know you can reach the stars?"
9.
There once was an old man of Esser,
Whose knowledge grew lesser and lesser,
It at last grew so small
He knew nothing at all
And now he's a college professor.
10. "The time is always right to do what is right."- Martin Luther King Jr.
11. "Beauty captures attention but personality captures the heart."
12. "Shoot for the moon, even if you miss you'll land among the stars."
13. "You were born an original, don't die a copy."- John Mason
14. "If you can't say something nice, say nothing."- Thumper in Bambi
15. "Great minds discuss ideas, average minds discuss events, and small minds discuss people."- Eleanor Roosevelt
16. "There was never a good war or a bad peace."- Benjamin Franklin
17. "If you can't make a mistake, you can't make anything."- Marva Collins
18. "Kind words can be short and easy to speak but their echoes are truly endless."- Mother Teresa
19. "Success is never final. Failure is never fatal. It is courage that counts."- Winston Churchil
20. "You never lose until you quit trying."- Mike Ditka
21. "Most folks are about as happy as they make up their minds to be."- Abraham Lincoln
22. "If you think you can, you can. And if you think you can't, you're right."- Mary Kay Ash
23. "You don't have to be great to start but you have to start to be great."- Zig Ziglar
24. "Time and tide waits for no one."
25. "Seek knowledge from the cradle to the grave."- Prophet Mohammad
26. "The journey of a thousand miles begins with but a single step."- Confucius
27. "Few will have the greatness to bend history itself; but each of us can work to change a small portion of events, and in the total of all those acts will be written the history of this generation."- Robert F. Kennedy
28. "It's choice - not chance - that determines your destiny."- Jean Nidetch
29. "If we did the things we are capable of, we would astound ourselves." - Thomas Edison
30. "Whatever you can do, or dream you can, begin it. Boldness has genius, power, and magic in it."- Goethe
31. "You never achieve real success unless you like what you are doing."- Dale Carnegie
32. "Life is what we make it. Always has been, always will be."- Grandma Moses
33. "In any moment of decision the best thing you can do is the right thing, the next best thing is the wrong thing, and the worst thing you can do is nothing."- Theodore Roosevelt
34. "Cherish your visions and your dreams, as they are the children of your soul; the blueprints of your ultimate achievements."- Napolean Hill
35. "To accomplish great things we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe."- Anatole France
36. "As long as you're going to think anyway, think big."- Donald Trump



Jokes

1. What word begins with "e", ends with "e", and has one letter?
Envelope!
2. I have 12 legs, 12 arms and 8 heads. What am I?
A liar!
3. What did the traffic lights say to the car?
Don't look now. I'm changing!
4. Which month has 28 days?
All of them!
5. A man asked for a meal in a restaurant. The waiter brought the food and put it on the table. After a moment, the man called the waiter and said:
"Waiter! Waiter! There's a fly in my soup!"
"Please don't speak so loudly, sir," said the waiter, "or everyone will want one."
6. Why do witches have brooms?
Because vacuum cleaners are too heavy!
7. Which bus crossed the ocean?
Columbus! (Christoper Columbus is an Italian explorer who sailed to America in 1492)
8. What's worse than finding a maggot in an apple?
Finding half a maggot!
9. If you took 3 apples from a basket that held 12 apples, how many apples would you have?
3 !!!
10. Why shouldn't you put the letter "M" into the refrigerator?
Because it turns ice into mice!
11. A customer ordered some coffee in a café. The waiter arrived with the coffee. and placed it on the table. After a few moments, the customer called for the waiter.
'Waiter,' he said. 'There's dirt in my coffee!'
'That's not surprising, Sir,' replied the waiter. 'It was ground only half-an-hour ago.'
12. What starts with "P", ends with "E", and has millions of letters?
The "Post Office"!
13. What is the longest word in the English language?
"Smiles". Because there is a mile between its first and last letters!
14. This is a story about four people named Everybody, Somebody, Anybody and Nobody.
There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody did it. Somebody got angry about that, because it was Everybody's job. Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done.

*esok saya jadi fasiltator untuk program English Camp Maktab Mahmud..jadi tugas saya provide jokes n english quotes untuk mereka..semoga bermanfaat*

Photobucket

Jadual exam okei

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 13, 2010 0 komen best
silakan beri ucapan galakan untuk saya. Peperiksaan sudah hampir.


bil
tarikh/masa
kod
subjek
kumpulan
tempat
1
16-Apr-10
SEEB1013
Prinsip Ekonomi
G
DMAS
2
17-Apr-10
SADN 1043
Hubungan Etnik
C
BK2-BK8
3
25-Apr-10
SADN 1033
Kenegaraan Malaysia
D
DMAS
4
26-Apr-10
SGDN1043
Sains Pemikiran dan Etika
C
DMAS
5
29-Apr-10
SQQS1013
Statistic Principle
N
DSB Tradewinds
6
3-May-10
BPMM1013
Markeing Principle
E
DMAS
7
6-May-10
BPMG2013
Transport Theories&Practice
A
DSB TM



Photobucket

Friday, March 12, 2010

asyik kena tolong je..lemak aa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 12, 2010 2 komen best

Akhir-akhir ni beberapa pensyarah selalu kata, "Saya akan cuba tolong awak mana yang mampu"

Saya sangat letih, muak, penat dan bosan. Sejak dari sekolah menengah, matrikulasi, sampailah ke universiti. Sampai bila student asyik nak ditolong aje? Inilah puncanya pelajar tak berkualiti.

Student naik lemak berganda-ganda. Kalau layak dapat takat markah tu aje, sudahlah. Keputusan akhir takkan dapat membantu seseorang ketika dia bekerja nanti.

Untuk memurnikan kembali prestasi pelajar (saya), saya seru para pensyarah, buatlah keputusan yang rasional...Kadang-kadang anda seperti melepaskan anjing tersepit, hari ini anda lepaskan dia dari kesusahan, kelak dia menggigit anda. Kalau anda terlampau membantu saya yang malas berusaha ni, ia akan menjadikan saya lebih malas daripada sekarang. Ia membuatkan saya berfikir bahawa tanpa usahapun saya bakal mendapat keputusan yang baik. Dengan keputusan 'yang dibantu itu', siapa tahu saya layak menjadi 'somebody'. Mungkin suatu hari nanti saya menjadi pemerintah yang zalim, mungkin saya akan menjadi orang yang merasuah, mungkin saya melakukan hal mungkar. Ini semua kerana keputusan 'yang dibantu' tadi.

Ingatlah, perhitungan Allah itu sangat halus..

Kita sebagai pelajar jangan terlampau mengharapkan pertolongan dari pensyarah. Berusahalah sebaik mungkin, kerana ada barakah darinya. Ketahuilah, meski gagal sekalipun, tetapi dengan usaha, gagal pun manis rasanya. Tapi saya percaya, orang yang berusaha tidak akan gagal, kerana memang itu hukum alam. Allah telah berfirman, "Beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha.."

Terseksa jiwa ini tatkala sang guru cuba memberkan kegembiraan palsu.. Tidak mengapalah dengan keputusan buruknya, saya terima.. Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya belum cukup..

Terseksa jiwa ini apabila rakan-rakan tertipu.. Di mana jiwa seorang pendidik yang tugasnya meresapkan ruh ilmu ke dalam jiwa pelajarnya, menerapkan cinta kepada ilmu?

Terseksa jiwa ini tatkala diajar hanya untuk bagaimana menghadapi peperiksaan.. Apalah sangat peperiksaan yang hanya 2, 3 jam berbanding sebuah kehidupan 20, 30 tahun lagi?

Saya tak mahu jadi mahasiswa yang tak ada otak.

Semalam keputusan SPM keluar..tahukah kita betapa ramainya yang ditipu dengan kegembiraan palsu? Hanya orang yang berusaha je dapat merasai manisnya kejayaan.

Walaupun saya hanya pelajar yang average, saya gembira. Berkat dalam usaha tidak dapat diganti dengan apa-apa. Silakan merasa bersalah jika mendapat gred bagus tanpa usaha.

Inilah dunia.

Marilah berusaha bersungguh-sungguh, serahkan selain itu kepada Allah. Kalau ada pensyarah anda yang suka bantu-bantu, beranikanlah hati untuk berdepan dengannya dan katakan, "Takpe encik/puan, jangan dibantu keputusan saya". 

sekadar perkongsian rasa. semoga bermanfaat.

Photobucket

Wednesday, March 10, 2010

wadah madah rahsia seorang pemuda

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 10, 2010 2 komen best
oh. kompleks benar rasanya tajuk entri kali ni.

Memang kompleks. Sebabnya, rahsia takkan diungkapkan dengan mudah-mudah. Saya baru usai menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 1&2. Sebelum ni saya macam deeply refused to watch these film sebab kesal dengan cerita Ayat-ayat Cinta yang difilemkan, sebabnya edisi filem tak tele pun dengan apa yang sebenarnya Habiburrahman el-Shirazy ungkapkan dalam buku. Bila Kak Fahana offer dan suruh tengok dulu, saya ikut. Alhamdulillah, dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tadek unsur pencemaran agama dan karya asal.

Apa yang saya dapat dari ceritanya memang banyak. Salah satunya saya dapat merasakan sukarnya perjalanan dalam sebuah pencarian. Dan memang orang yang dibentengi iman dan rasa malu, menyatakan perasaan bukan sesuatu yang biasa. Biasanya orang muda memang bijak menyimpan rahsia.

Photobucket

tulen seorang guru

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 10, 2010 4 komen best
Setiap kali selepas menghadiri kelas statistik, hati saya meronta-ronta untuk menulis tentang ini. Setiap kali.

Ketulenan bermaksud originaliti. Ikhlas. Bukan prototaip. Tulen seorang guru terletak pada sikapnya, budi bicaranya. Nilai ketulenan tidak dapat dinilai pada mata kasar, tapi pada apa yang sampai pada hati. Untuk menyentuh sebuah hati, yang memberi perlu ikhlas memberi, dan yang menerima perlu ikhlas menerima.

Kelas statistik saya pada hari Selasa, pukul 8 hingga 11 malam. Pensyarah statistik saya seorang lelaki berbangsa Arab, berasal dari Jordan, berumur dalam lingkungan pertengahan dan sedang menuntut sebagai pelajar di peringkat master di UUM. Dia seorang yang tegas, tapi pada saya dia ada iras-iras Mr. Bean. Dia tak suka kelewatan, bising dan ketidaksopanan. Dia pernah memberi pilihan sama ada keluar dari kelasnya atau tukar tempat duduk atau senyap semasa di kelas. Dia punya disiplin yang tinggi, begitu juga dedikasi. Setiap soalan, hatta soalan yang dianggap bodoh sekalipun kalau ditanya oleh pelajar akan diterangkan berkali-kali. Dia punya aura seorang pendidik yang jarang saya ketemu pada insan yang bernama guru.

Kenapa begitu? sebabnya saya tersentuh sekali dengan sikapnya. Tatkala dewan kuliah panas tidakber-air cond, dia di hadapan sweating like hell and looks bad, tetapi penyampaiannya masih baik dan tidak terkesan. Peratus ketidakfahaman amat tipis dalam subjek ni.

Dia ada kualiti seorang pendidik yang tulen. Mengajar kerana hendak menyampaikan.

Pernah sekali dia marah kerana kelas bising. Katanya, "Behave. Knowledge is not from me, its from my God". Maklum, biasanya pelajar kurang beradab.

Satu lagi kualitinya, dia jujur. honest.

Dia ada kualiti yang ada pada guru-guru saya sewaktu saya bersekolah. Yang menyampaikan fikrah. Yang ada jiwa keguruan.
Siapa mereka?
Ustaz Hainizam. Cikgu Nancy Thomas. Ustaz Juman. Teacher Hasnah. Cikgu Izrayani. Ustazah Maimunah. Miss Hindon(mdm). Cikgu Jalilah. Ustazah Normah. Guru Besar Othman bin Mon. Cikgu Syuhaidah. Sir Bazir. Cikgu Khairuddin. Puan Ruzita. Cikgu Malek. Cikgu Zul. dan yang tidak tersebut di sini..

Bukan saya sahaja, malah ramai lagi pelajar yang merindukan ketulenan seorang guru. Dia tidak mengharapkan pelajar menyanjung, tapi mengharapkan ganjaran pahala dari Allah. Kadang-kadang untuk mengukur sebuah keikhlasan, keperluan kepada anugerah adalah tidak perlu.

Jangan terkilan guruku,
Andai tiada gelar menghias namamu.
Meski kata panggil Tan Sri, Dato', YB bukan untukmu,
Cukuplah indahnya aksara 'guruku'
buat menggelar dirimu.

Seorang guru tetap dipanggil guru biarpun di jalanan dan biarpun dia sudah meninggal dunia.
Hargai jasa guru. Salam sayang. Semoga bermanfaat untuk menjadi seorang yang tulen.
Photobucket

Tuesday, March 09, 2010

wujud ke istilah persahabatan antara lelaki dengan perempuan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 09, 2010 8 komen best
pertama kali saya ditanya dengan soalan di atas, saya amat terkesima dan terkejut. Ia adalah sebuah pertanyaan berbentuk reverse psycho, pertanyaan bukan untuk tahu, tapi hendak menduga.

kenapa saya ditanya soalan itu adalah kerana saya mengulas panjang tentang haramnya couple dalam sebuah forum, tapi saya tak tahu langsung bahawa tidak ada hubungan yang sah disisi islam antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. Ini ketika saya masih menuntut di matrikulasi.

ya. memang tidak ada.

sedangkan istilah 'persahabatan' pun tidak wujud, apatah lagi 'berpasangan', ataupun 'couple'. Statusnya abang angkat-kakak angkat-adik angkat bukan muhrim? lagilah tidak ada. Sebabnya, ia adalah topeng syaitan.

Juga, tidak ada istilah 'Couple kerana Allah'. nauzubillah. kenapa tidak ada? sebabnya tidak ada hubungan bukan muhrim antara lelaki dan perempuan melainkan nikah.

saya tidaklah menyatakan bahawa pemikiran Islam itu sempit dan tidak relevan, tetapi relevannya besar pada maslahatnya.

perempuan dan lelaki hanya boleh berhubung atas dasar urusan yang penting dan perlu sahaja.

Penting untuk kita memahami perkara ini, kerana ibadah yang bercampur dengan dosa adalah sia-sia.

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Orang yang akan masuk neraka dulu ialah orang berilmu"?
Jadi, betapa ramainya antara kita yang mengetahui bahawa 'couple' itu haram, mendekati kepada 'couple' juga haram, melakukan apa-apa yang berkenaan dengannya juga haram. Ramai di antara kita, termasuk saya sendiri terpedaya dengan 'couple' dan topeng-topengnya.

Ada di antara kita merasakan beratnya memutuskan hubungan antara bukan mahramnya. Ya, memang berat. Saya menangis beberapa kali melalui proses ini. Tetapi, ketahuilah, selagi kita berada dalam keterikatan yang tidak halal itu, selagi itu kita akan merasakan redha Allah tidak sampai. Saya merasakan amalan saya sia-sia. Dan saya merasakan rimas tanpa sebab.

Mintalah Allah bantu kita menghadapi fitnah dunia, sesungguhnya doa itu senjata mukmin.. Semoga ketenangan dalam ibadah segera kita peroleh tatkala kita mempunyai hasrat untuk memperoleh redha Allah.

Kita hanya boleh memilih satu daripada dua. Kemungkinan untuk berjaya atau tidak berjaya. Dosa atau pahala. Keredhaan Allah atau kemurkaan Allah. Pilihlah.

Kita ada banyak pilihan, tetapi jalannya cuma satu. Kalau kita memilih untuk terus 'couple' dan berkawan suka-suka dengan bukan mahram, siapa tahu Allah tak redha pada kita.

Saya kongsikan ini kerana saya sayangkan anda. Berhentilah berbuat maksiat. Apa gunanya solat sebagai tiang agama kalau tiang agama ini ditakuk-takuk dengan tajamnya dosa yang memusnahkan.


Semoga bermanfaat. Doakan saya.

Photobucket

Monday, March 08, 2010

cerita sebatang pohon

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 08, 2010 4 komen best
kita hidup di sebuah zaman

yang pohonnya tak punya jiwa

dedaunnya berani gugur bila ia mahu gugur

akarnya tidak mahu air

buahnya busuk di ranting

dahannya rapuh dimakan ulat berbisa




anak-anak bermain disisi pohon

meratah buah busuk

memanjat-manjat dahan

bermain sembunyi-sembunyi

ulat-ulat berbisa itu

diguli-gulikan




aneh.




seorang lelaki dari hujung kota datang memikul cangkul

lalu dia digula-gulakan

"zaman ini manusia tak kenal cangkul" kata lelaki berjubah hitam

"aku mahu menanam buah yang subur lagi berjasa" kata lelaki dari hujung kota

"hanya ada sebatang pohon berbuah busuk" kata lelaki berjubah hitam

"hanya buah yang subur lagi berjasa menyihatkan jiwa" kata lelaki dari hujung kota


lalu datang askar dari langit memusnahkan pohon berbuah busuk hingga ke akar tandusnya.


---------------------------------------------------------------

Saya tahu ini bukan kelas sastera, tapi saya bimbang kalau bait-bait ini tidak difahami. Maksud bait-bait kata di atas adalah kita hidup dalam sebuah zaman, dimana keadaannya tidak dapat lagi digambarkan. Yang buruk dan busuk pun kita makan menjadi darah daging kita, sepertinya kita tidak ada pilihan. Kita sudah tidak pandai memilih mana yang baik dari yang buruk. Ini memberi kesan kepada anak-anak generasi masa depan. Anak-anak juga menjadi keliru dengan sesuatu yang nampak baik tapi hakikatnya buruk. Ini digambarkan dengan 'pohon berbuah busuk', iaitu suasana yang jahat, tak soleh, dimana dunia hari ini dikotori dengan rasuah, riba' dan segala macam penyelewengan. Dalam arena kesusasteraan, warna hitam melambangkan watak antagonis, iaitu kejahatan. Lelaki berjubah hitam bermaksud manusia yang mencipta kekacauan dan menyebabkan situasi menjadi seperti apa yang dikehendakinya. Lelaki dari hujung kota pula adalah watak yang diilhamkan dari surah Yaasin, atau dalam terjemahannya dikatakan sebagai lelaki yang mengajak supaya manusia mengikut dan mentaati nabi yang diutuskan. [Dalam huraian surah Yasin, lelaki dari hujung kota ini diriwayatkan sebagai orang soleh, dan apabila beliau masuk ke syurga, dia berkata, "alangkah baiknya jika kaumku mengetahui." wallahu a'lam.] Dalam frasa yang pendek, lelaki berjubah hitam cuba menghalang lelaki dari hujung kota melaksanakan sesuatu yang baik dengan mengatakan bahawa keadaan yang sedia ada sudah cukup baik, dan lelaki dari hujung kota menyingkapkan sebuah keadaan bahawa hanya sesuatu yang baik sahaja yang boleh menyembuhkan keadaan yang sedia ada. Maksud 'hanya buah yang subur lagi berjasa dapat menyihatkan jiwa' ialah hanya sesuatu yang baik, iaitu mengikuti al-Qur'an dan sunnah dapat mengembalikan sebuah bi'ah (suasana) yang baik dan sihat, bi'ah solehah. Untuk itu, 'askar dari langit' turun memusnahkan 'pokok berbuah busuk', yang bermaksud, Allah menurunkan askar-askarnya (jundullah) yang membantu menyembuhkan kembali keadaan dunia yang sakit hari ini dengan mencantas kemungkaran sehingga ke akar umbi.

tahukah siapa yang dimaksudkan 'askar dari langit' itu? kitalah. pemuda harapan Islam.
Ayuh bangkit! jangan biarkan maksiat mengheretmu..

semoga hari ini lebih cemerlang dari semalam.
semoga bermanfaat.



Photobucket

Sunday, March 07, 2010

semoga berjaya di medan amal

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 07, 2010 0 komen best

Glitter Words

Glitter Words
Glitter Words


Menuntut ilmu itu wajib, maka bersungguh-sungguh mencapai kejayaan juga wajib bagi sesiapa yang menuntut ilmu. Sesiapa yang tidak bersungguh-sungguh, maka dia berdosa, kerana zalim kepada diri sendiri (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Ini kerana belajar itu satu tanggungjawab, dan orang yang tidak menunaikan hak adalah orang yang zalim.-peringatan untuk diri sendiri.

sesiapa yang ponteng kelas, dia berdosa. sesiapa yang mensia-siakan masa juga berdosa. Sebabnya, masa itu kehidupan. Ingatlah, setiap perbuatan kita di atas muka bumi ini dirakam, dan akan dipertontonkan semula di akhirat kelak. Tatkala itu, tidak ada guna untuk kita merayu diberikan masa beberapa waktu sahaja untuk menunaikan amalan..

Marilah berhenti berbuat maksiat, kembalilah  menjadi hamba.. Ingat, kita tak bertuhankan nafsu..kita tak bertuhankan syaitan.. kita tak bertuhankan dunia.. Tuhan kita Allah!

dalam satu mesej dari akh Fadhli berbunyi-
Ayuh bangkit pemuda-pemudi akhirat, Islam menantimu..
jangan biarkan maksiat mengheretmu!


 
semoga bermanfaat. mari jadikan mati sebagai motivasi hati.
Photobucket

Saturday, March 06, 2010

wacana pemikiran Islam bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 06, 2010 0 komen best
Glitter Words

bersama

Syeikh Nuruddin al Banjari, Ulama' terkemuka Asia

di

Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia

pada

7 Mac 2010, 10.30 pagi  

bertajuk

"KONSEP PENGHAYATAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W"

semua dijemput hadir!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea