kenapa saya ditanya soalan itu adalah kerana saya mengulas panjang tentang haramnya couple dalam sebuah forum, tapi saya tak tahu langsung bahawa tidak ada hubungan yang sah disisi islam antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. Ini ketika saya masih menuntut di matrikulasi.
ya. memang tidak ada.
sedangkan istilah 'persahabatan' pun tidak wujud, apatah lagi 'berpasangan', ataupun 'couple'. Statusnya abang angkat-kakak angkat-adik angkat bukan muhrim? lagilah tidak ada. Sebabnya, ia adalah topeng syaitan.
Juga, tidak ada istilah 'Couple kerana Allah'. nauzubillah. kenapa tidak ada? sebabnya tidak ada hubungan bukan muhrim antara lelaki dan perempuan melainkan nikah.
saya tidaklah menyatakan bahawa pemikiran Islam itu sempit dan tidak relevan, tetapi relevannya besar pada maslahatnya.
perempuan dan lelaki hanya boleh berhubung atas dasar urusan yang penting dan perlu sahaja.
Penting untuk kita memahami perkara ini, kerana ibadah yang bercampur dengan dosa adalah sia-sia.
Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Orang yang akan masuk neraka dulu ialah orang berilmu"?
Jadi, betapa ramainya antara kita yang mengetahui bahawa 'couple' itu haram, mendekati kepada 'couple' juga haram, melakukan apa-apa yang berkenaan dengannya juga haram. Ramai di antara kita, termasuk saya sendiri terpedaya dengan 'couple' dan topeng-topengnya.
Ada di antara kita merasakan beratnya memutuskan hubungan antara bukan mahramnya. Ya, memang berat. Saya menangis beberapa kali melalui proses ini. Tetapi, ketahuilah, selagi kita berada dalam keterikatan yang tidak halal itu, selagi itu kita akan merasakan redha Allah tidak sampai. Saya merasakan amalan saya sia-sia. Dan saya merasakan rimas tanpa sebab.
Mintalah Allah bantu kita menghadapi fitnah dunia, sesungguhnya doa itu senjata mukmin.. Semoga ketenangan dalam ibadah segera kita peroleh tatkala kita mempunyai hasrat untuk memperoleh redha Allah.
Kita hanya boleh memilih satu daripada dua. Kemungkinan untuk berjaya atau tidak berjaya. Dosa atau pahala. Keredhaan Allah atau kemurkaan Allah. Pilihlah.
Kita ada banyak pilihan, tetapi jalannya cuma satu. Kalau kita memilih untuk terus 'couple' dan berkawan suka-suka dengan bukan mahram, siapa tahu Allah tak redha pada kita.
Saya kongsikan ini kerana saya sayangkan anda. Berhentilah berbuat maksiat. Apa gunanya solat sebagai tiang agama kalau tiang agama ini ditakuk-takuk dengan tajamnya dosa yang memusnahkan.
Semoga bermanfaat. Doakan saya.

8 komen best:
off topik:
awat page per view buat satu ja?
sekurangnya 3 ok
hmm..ok. 3.
terima kasih atas cadangan.
biasanya buat 7, tapi sejak tukar layout ni rasa macam nak buat pembaharuan juga untuk bilangan post.
hurm..nice article to ponder..
hurm..nice article to ponder..
hurm..nice article to ponder..
ni 3 kali baca 3 kali comment ke encik Terry Bogart? hmm..semoga bermanfaat. jazakallah.
bukn2..ni tandanya..betul2 setuju
(actually, internet asyik ter dc..so, that why this thing happen)
oh. ~_~
Post a Comment