Ketulenan bermaksud originaliti. Ikhlas. Bukan prototaip. Tulen seorang guru terletak pada sikapnya, budi bicaranya. Nilai ketulenan tidak dapat dinilai pada mata kasar, tapi pada apa yang sampai pada hati. Untuk menyentuh sebuah hati, yang memberi perlu ikhlas memberi, dan yang menerima perlu ikhlas menerima.
Kelas statistik saya pada hari Selasa, pukul 8 hingga 11 malam. Pensyarah statistik saya seorang lelaki berbangsa Arab, berasal dari Jordan, berumur dalam lingkungan pertengahan dan sedang menuntut sebagai pelajar di peringkat master di UUM. Dia seorang yang tegas, tapi pada saya dia ada iras-iras Mr. Bean. Dia tak suka kelewatan, bising dan ketidaksopanan. Dia pernah memberi pilihan sama ada keluar dari kelasnya atau tukar tempat duduk atau senyap semasa di kelas. Dia punya disiplin yang tinggi, begitu juga dedikasi. Setiap soalan, hatta soalan yang dianggap bodoh sekalipun kalau ditanya oleh pelajar akan diterangkan berkali-kali. Dia punya aura seorang pendidik yang jarang saya ketemu pada insan yang bernama guru.
Kenapa begitu? sebabnya saya tersentuh sekali dengan sikapnya. Tatkala dewan kuliah panas tidakber-air cond, dia di hadapan sweating like hell and looks bad, tetapi penyampaiannya masih baik dan tidak terkesan. Peratus ketidakfahaman amat tipis dalam subjek ni.
Dia ada kualiti seorang pendidik yang tulen. Mengajar kerana hendak menyampaikan.
Pernah sekali dia marah kerana kelas bising. Katanya, "Behave. Knowledge is not from me, its from my God". Maklum, biasanya pelajar kurang beradab.
Satu lagi kualitinya, dia jujur. honest.
Dia ada kualiti yang ada pada guru-guru saya sewaktu saya bersekolah. Yang menyampaikan fikrah. Yang ada jiwa keguruan.
Siapa mereka?
Ustaz Hainizam. Cikgu Nancy Thomas. Ustaz Juman. Teacher Hasnah. Cikgu Izrayani. Ustazah Maimunah. Miss Hindon(mdm). Cikgu Jalilah. Ustazah Normah. Guru Besar Othman bin Mon. Cikgu Syuhaidah. Sir Bazir. Cikgu Khairuddin. Puan Ruzita. Cikgu Malek. Cikgu Zul. dan yang tidak tersebut di sini..
Bukan saya sahaja, malah ramai lagi pelajar yang merindukan ketulenan seorang guru. Dia tidak mengharapkan pelajar menyanjung, tapi mengharapkan ganjaran pahala dari Allah. Kadang-kadang untuk mengukur sebuah keikhlasan, keperluan kepada anugerah adalah tidak perlu.
Jangan terkilan guruku,
Andai tiada gelar menghias namamu.
Meski kata panggil Tan Sri, Dato', YB bukan untukmu,
Cukuplah indahnya aksara 'guruku'
buat menggelar dirimu.
Seorang guru tetap dipanggil guru biarpun di jalanan dan biarpun dia sudah meninggal dunia.
Hargai jasa guru. Salam sayang. Semoga bermanfaat untuk menjadi seorang yang tulen.

4 komen best:
kat utp pun ada lec foreigner.... nama lecturer tu..dr mohanad.. garang giler, tapi sempoi..
pnah rasa gak..coz kadang2 ada lec tu ajar biasa je,tapi rasa seronok coz dia bukan setakt mngajar shja,tapi ammc rakn yg bg dorongn study
itulah namanya aura seorang pendidik..
betul ikin..memang sangat rindukan pendidik yang tulen..sangat merindukan..tapi kita masih tetap belajar dari orang yang menyampaikan ilmu..mungkin atas apa jua sbb dia mengajar, moga kita da[at manfaatnya
ilmu tetap ilmu walau dari manapun ia datang. Samalah macam kata-kata "nasihat tetap nasihat walaupun daripada seorang pencuri". Ini diperoleh dari kisah iblis mengajarkan ayatul kursi kepada Abu Hurairah.
Kak Fahana pun cikgu saye jugak hape..kan? :) the title 'my TITAS's facilitator' will never disappear~
Post a Comment