Showing posts with label uum di hatiku. Show all posts
Showing posts with label uum di hatiku. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Beberapa update penting buat pelajar UUM-Semester depan hanya 90 hari!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, November 11, 2010 2 komen best
Semua orang telah maklum bahawa exam final Semester 1 sesi 2010/2011 telah ditunda 2 minggu dari tarikh asal. Bermakna tarikh peperiksaan bermula ialah 21 November (ketika univ lain sudah mula cuti =.= ) kerana cuti khas yang telah diberikan kerana banjir. Bersyukur seadanya, sebab persediaan mantap boleh dilakukan untuk peperiksaan nanti :)

Dan ini beberapa update penting yang dimaklumkan pihak pengurusan universiti melalui e-mel UUMLIVE dan portal HEA.

  • Tarikh praktikum telah berubah dari 13 Disember kepada 20 Disember 2010 (kerana tarikh akhir exam final ialah 13 Disember)-untuk makluman bakal pelajar praktikal sahaja
  • Cuti semester bermula 14 Disember 2010 sehingga 14 Januari 2011
  • Tempoh pembelajaran semester depan hanyalah 15 minggu (105 hari, dan jika ditolak cuti Jumaat, tinggal 90 hari sahaja).
  • Tempoh cuti semeter kedua adalah sangat amat terlalu panjang: 27 Mei-19 September 2011 (15 Minggu). Kenape? typo ke eh?
Memang best kan, belajar 15 minggu je? tapi kepala saya dah terbayang betapa pack-nya jadual semester depan dengan 7 subjek, dan hidup saya pasti akan dimeriahkan dengan segala kerja assignment dan mid term yang menggila!

Konklusinya, sapa ada facebook sila close account, sapa ada pakwe/makwe sila clash. Kita memang tak ada masa untuk pencuri-pencuri masa! Time is precious, so, GANBATEH!

*maklumat lanjut sila rujuk portal HEA dan akaun e-mel student masing-masing. Sapa yang belum log in account student live UUM, silakan activate. Kalau tak, memang terlepas banyak maklumat.


*saya amat berharap tarikh cuti semester kedua tu salah. Takkan la semester baru start pada September? Macam karut je.. 


*Saya rasa bersyukur sebab, setakat ni saya tak ambil bahagian dalam apa-apa program untuk semester depan setakat ni. Ada hikmah rupanya.. 

7 subjek, dengan 3 jam kredit setiap satu untuk sem depan: 21 jam kredit!
Photobucket

Monday, October 11, 2010

Good morning, love!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 11, 2010 0 komen best
I am catching back my good time with everything at its place. InsyaAllah and Alhamdulillah.

The best way to face bitterness is by patiently wait for its sweetness. I ever gone to Mar'ah Camp facilitated by Sir Abduh, and he once said: to be healthy in our life, we must consume something bitter-because we have consumed a large amount of sweet and sours until we forget that bitter is also an element of our taste buds.

So do in life.

In life, if we never face any problem, we probably wouldn't appreciate pleasure.

Do you know why do Allah create day, and night? Day is to work, and night is to rest. Now is 9.27 AM, time to work!

Good morning, love!

***(I really miss my mum, ibu, your daughter will be going home soon!)
Photobucket

Wednesday, September 01, 2010

seharian di atas jalan raya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 01, 2010 2 komen best
Pada hari kemerdekaan yang lalu, saya telah menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Seharian berada di atas bas, itulah cara saya menyambutnya.

Maksud saya, bukanlah saya menyambutnya dengan duduk saja-saja dalam bas, tapi saya telah mengembara ke Serdang dan balik semula ke UUM dalam masa sehari. Pukul 7.30 pagi saya mula bertolak ke Kulim, mengambil masa 3 jam dari Alor Setar. Dari Kulim ke Serdang mengambil masa 30 minit untuk sampai.

Serdang merupakan mukim terpencil dalam daerah Bandar Baharu, dan, kata orang di situ, kawasan termundur dalam negeri Kedah. Pembangunannya agak lembab, dan kalau dari segi infrastruktur pun setakat yang cukup sahaja. Populasi penduduknya pula 27 000 orang, lebih sedikit dari Bandar Baharu yang 25000 orang. Oh, Nilai pun saya tak sempat nak mengkaji serumit ini. Mungkin pembangunannya agak lembab kerana nilai tanah di situ, dimana, mengikut bahasa intelek, 'tiada nilai politik pun' kalau dibangunkan. Tambahan lagi, aktiviti utama penduduk ialah bekerja ladang sawit dan menoreh getah, jadi kebanyakan tanah adalah milik syarikat swasta, antaranya ialah Sime Darby. Disebabkan tanah-tanah ini milik syarikat dan persendirian, kerajaan tidak boleh mengambil tanah mereka sewenang-wenangnya untuk pembangunan dan infrastruktur.

Banyak lagi yang saya dapat dari lawatan saya ke Serdang. Dalam perjalanan balik ke Alor Setar, saya mengambil bas dari Serdang ke Butterworth, sebab kalau ambil bas ke Kulim, bas dari Kulim ke Alor Setar pula akan ada pada pukul 5 petang. Lama juga menunggu bas di Serdang, ambil masa satu jam juga. Rupa-rupanya, bas dari butterworth ke Alor Setar hanya memakan masa 1.5 jam sahaja. Tiket pun murah, RM9.90. Cuma, masa saya nak beli tiket, duit saya tak cukup RM1, dan pakcik bas yang baik hati telah memberi saya not RM1. terima kasih, pakcik, semoga dirahmati Allah :)

Saya tahu penulisan saya hari ini agak membosankan sebab tak ramai yang berminat nak tahu tentang bas. Tapi, apa yang saya dapati dari keseluruhan pemerhatian dalam perjalanan saya ialah, industri bas kita beroperasi dalam keadaan kerugian. Ini kerana hampir setiap rumah di kawasan kampung dan pekan telahpun mempunyai kenderaan sendiri, menjadikan bas bukan lagi kenderaan utama seperti suatu waktu dulu. Kalau anda nak tahu, bas Mara Liner diberi subsidi oleh kerajaan supaya wujudnya perkhidmatan bas, terutamanya di kawasan kampung. Kalau kerajan tak memberi subsidi kepada bas, terutamanya dari segi pengurangan harga tol dan minyak, saya percaya, perkhidmatan bas mungkin susah didapati di kampung-kampung dan mungkin hampir tiada.

Jadi, kalau sesiapa yang berduit tu, kalau naik bas pun janganlah berkira sangat..

Begitu juga dengan teksi. Saya syorkan kepada anda, naiklah teksi yang berlesen. Anda nak tahu tak, betapa susahnya seorang pemandu teksi? Mereka mempunyai pemeriksaan PUSPAKOM, membayar caj sewa teksi (harian), maintenance, insurans.. Kalau penumpang bas pun tak ramai, apatah lagi pelanggan teksi.. Industri kereta sewa/teksi semakin rugi apabila mendapat saingan sengit daripada teksi sapu dan kereta sewa haram.. Kereta sewa haram sebenarnya telah memotong rezeki banyak orang, iaitu PUSPAKOM, insurans, teksi, dan beberapa pihak lagi.. Ia juga menjadikan pendapatan negara tidak dapat dikira dengan efisien, dan defisit sebab jumlah pendapatan yang tidak direkodkan.. bukankah ia menyusahkan banyak pihak? Jadi, kawan, walaupun ia mudah untuk kepentingan diri, fikirkan juga kepentingan orang lain.. Pemandu teksi pun ada anak isteri untuk ditanggung. Jangan ingat mereka pakai baju putih bergaya, mereka ada duit..

Semasa dalam perjalanan menaiki bas dari Alor Setar ke Kulim, ada tragedi berlaku. Entah dari mana, ada batu sebesar penumbuk seorang lelaki gemuk terbang melepasi cermin hadapan bas dan jatuh tepat di seat belakang saya. Mungkin ada orang baling dari hadapan, menyebabkan pemandu bas cedera di bahagian dadanya (tepat mengena pada bawah leher pemandu bas). Berdarah-darah juga tubuh pemandu hampir separuh umur tu.. Syukurlah, tidak terkena pada saya sebab biasanya, saya lebih suka duduk di bahagian hadapan bas untuk melihat pemandangan luar. Rasa gerun pun ada masa kejadian tu, sebab Kulim masih jauh, dalam 1jam perjalanan lagi.

Alhamdulillah, saya sampai di UUM tepat pukul 6.57 petang. Ini kali pertama saya betul-betul alert dengan masa dan kos. Nak jadi pengurus pengangkutan yang hebat, mestilah kena ambil tahu sekecil-kecil perkara.. Saya cadangkan, pemimpin yang hidup senang di luar sana, yang hidupnya konon-konon berjuang untuk rakyat, jangan terleka dengan apa yang anda ada.. Dengarlah kesusahan mereka yang mengharap anda sebagai pemimpin untuk turut mengambil tahu apa yang diperlukan mereka. Apa yang anda makan dan pakai tu, gajinya dari hasil mereka yang menyokong anda, jadi, taknak ke buat sesuatu untuk rakyat?

Ah, saya benci pemimpin yang cakap tak serupa bikin!
Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

Cikgu 3 jam.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 24, 2010 0 komen best
Harini saya berpeluang meluangkan masa beberapa jam bersama-sama pelajar University of Bangkok, Thailand selama beberapa jam. Peluang ini saya peroleh apabila Prof Halim meminta saya untuk membantunya dalam sesi mengajar mereka Bahasa Melayu. Saya kira bukannya prof Halim tak arif dalam Bahasa Melayu, cuma beliau adalah pensyarah Bahasa Inggeris.

Seronok, cuma kadang-kadang jadi macam ayam dengan itik bila cuba berkomunikasi dengan mereka. Sebabnya, kata Dr. Halim, diorang ni tak tahu langsung bahasa Melayu, English pun tak fasih.. Hm.. Apa yang saya buat ialah, arrange lagu rakyat/lagu kanak-kanak untuk diorang.. Hampir 30 kali kut diorang nyanyi lagu 'kereta kecil warna merah' dengan 'lagu tiga kupang'..

Sambil-sambil membantu pelajar-pelajar ini, saya cuba berkomunikasi dengan cara saya sendiri.. Daripada mereka buat muka macam bosan, akhirnya boleh tersenyum dalam kelas tu.. alhamdulillah :) Sebenarnya diorang dah sangat letih dengan program yang diatur terlalu pack.. Tidur pun lewat, sebabtu ada yang tak bermaya walaupun kelasnya masih pagi..

Paling saya ingat antara kebanyakan tu: ada yang bertanya, 'How to say 'I LOVE YOU' in Bahasa Melayu?'.. hehe.. mula-mula saya ingatkan dia cakap kat saya~~~ hehe. oh. bergurau je. Sebenarnya dia memang tanya dengan nada formal seperti seorang murid bertanya kepada guru.. Jadi saya pun menjawab in a teacher's tone..

Sebenarnya, saya ada bakat jadi cikgu, tau!~

p/s: Kebelakangan ni, trafik ke blog saya selalu datang dari search engine yahoo dan google, dengan kata kunci TITAS, Kenegaraan Malaysia dan Hubungan Etnik. Ni mesti kerja-kerja adik-adik junior yang tahunya ambil sumber internet aja ni..
Photobucket

Wednesday, August 04, 2010

ehem. tak baik marah-marah waktu pagi. senyum :)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 04, 2010 0 komen best
Harini 4 Ogos. Sekejap je dah bulan Ogos, kan? bulan depan dah kena hantar assignment. Kalau tak pandai atur masa, alamatnya, kerja cincai, dan markahpun dapat cincai. pointer pun nanti cincai.. kalau kerja cincai dan dapat hasil cincai, jangan nak salahkan orang lain aa..

ops. terbebel. sori :p

Harini agak lapang rasanya, setelah kesihatan semakin baik dan assignment berjaya dihantar tepat sebelum masanya. Cuma saya rasa tak puas hati sangat dengan assignment tu, macam salah buat je rasanya..

Pagi tadi, saya belajar Business law.. kelas pagi.. Uniknya bila belajar undang-undang, bahasanya agak berbelit, dan melibatkan banyak sekali hal rumit. Contohnya, niat. Pagi tadi belajar tajuk fraud. Bezanya antara diam bermaksud fraud dengan diam tapi bukan fraud ialah dengan niat. Saya pun tak pasti macammana pihak mahkamah menentukan sama ada seseorang itu mempunyai niat dalam bertujuan melakukan sesuatu. Memang aneh.

Sebab tu la, Islam sangat menekankan niat dalam membuat sesuatu.. cantiknya Islam susun perbuatan kita seharian, kan?

Lepas ulangkaji perakaunan, saya tengok facebook.. rupa-rupanya ada pula satu group ditubuhkan atas nama "kami BENCI Unit Keselamatan UUM".. Untuk makluman, unit keselamatan adalah unit yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dalam UUM.. macam polis la juga.. hmm.. tak sangka ada juga group macamni.. Ini menunjukkan ketidakmatangan dalam kalangan mahasiswa.. Buat apa nak benci pada orang yang jaga keselamatan kita di kampus ni? fikir-fikirlah..

"Boleh jadi kamu tak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu.."

Orang yang bencikan kebaikan, bermakna ada masalah dalam dirinya.. Jom, kita check balik diri kita!
Photobucket

Monday, July 26, 2010

Uniqueness of Accounting :)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 26, 2010 5 komen best
Kita tinggalkan sekejap hal karnival keusahawanan hari ini. Sekejap lagi baru cerita.

Walaupun agak sibuk dengan karnival, (mungki buat-buat sibuk kut), tapi Alhamdulillah, kedatangan ke kuliah tidak pernah terabai. Cuma sesekali terhilang fokus masa dalam kelas. Dan, harini saya belajar perakaunan. Sejak semester bermula, ini kuliah ke 5. Dari kelas ni, saya mula perasan yang perakaunan adalah sesuatu yang unik.

Kenapa unik?

Sebab ia macam manusia. Mesti balance dan ada prinsip. Banyak jenis walaupun asalnya sama. Ada peraturan yang tak boleh dilanggar. Kalau balance sheet tak imbang, bermakna ada sesuatu yang silap. Memang macam manusia, kan?

Dan, perakaunan itu unik sebab ia mempunyai seni yang tersendiri. Perakaunan adalah hal yang sangat leceh, dan cuma orang yang teliti saja mempunyai daya menilai sesuatu kesilapan catatan dan memahami apakah ia. Memang macam seni lukisan yang hasil seninya cuma dapat dinilai oleh orang yang menghayati, kan? Saya memang respect dengan acountant-becoz i am not THAT determined (teliti).

Tapi saya tak kata manusia macam lembaran perakaunan. Manusia lebih istimewa sebab mampu mencipta prinsip-prinsip perakaunan dan mencipta sistem perakaunan sebagai satu langkah yang bersepadu untuk kaedah pengawalan. Tetapi, kenapa manusia sendiri melanggarnya?

Well, post ni cuma sebagai satu penyuntik semangat supaya saya tak rasa susah belajar subjek perakaunan. Hakikatnya, ia memang agak tak logik bila revenue merupakan credit dalam rules of accounting. Pening saya :O

Harini hari ketiga karnival. Disebabkan sambutan yang tak seberapa semalam, Pengarah karnival membuat satu langkah drastik untuk melaksanakan 'Mega Promotion' di tempat-tempat yang ada orang ramai. Untuk bertahan daripada hilang tenaga, saya telah mengambil dadah berbahaya: kafein. Satu cawan amat cukup untuk sehari.

Sempat juga harini saya jumpa dekan, prof Azizi, penasihat SDG saya. Dia baru pulang menghadiri konferens di Manila. Banyak dia motivate saya; ada masa nanti saya kongsi. Sekarang, nak pergi bertugas!

To success, is to commit! (or, is it to commit is to success? dah terlupaa...)
Photobucket

Thursday, July 15, 2010

semester 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 15, 2010 4 komen best
kadang-kadang, apa yang kita nak dalam hidup ni, kita tak dapat.. bukan sebab kita tak berusaha atau tak berkemampuan untuk mendapatkannya, tetapi kerana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Muslim yang baik, akan redha setela usahanya tidak berjaya. Itulah yang saya pelajari sedikit hari ini. Jadual saya semester ini, cukup berterabur. Hari ahad, kelas pukul 9, kemudian pukul 2. Hari isnin dan khamis, pukul 8, 2pm dan 4.15pm. hari selasa, pukul 5 petang. hari rabu, pukul 8 malam.

Saya cuba elak daripada ada kelas pada waktu-waktu solat, dan saya tak dibenarkan add drop pada minggu add/drop ini. Walaupun terasa agak sedih sebab tak berjaya add/drop, takpelah.. ada banyak lagi hal lain yang perlu saya fikirkan sekarang.

I take this as a challenge this semester.

Semester ini:

  • Ada 7 subjek 
  • 22 credit hours
  • 2 subjek berkod 3000 (Rural&Urban Transport, Road Transport Management)
  • 2 subjek berkod 2000 (Applied Statistics, Business Law)
  • 3 subjek berkod 1000 (comm II, Business Account, Entrepreneurship)
Perancangan/strategi:
  • Berhajat untuk beriadah dengan lebih kerap (sebab semester lepas point ini diabaikan)
  • Merancang untuk selalu ke Pusat Islam seperti kekerapan ke library
  • mengatur masa dengan lebih strategik antara masa program luar kuliah, waktu belajar, kelas, riadah dan rehat
  • Tidak ada masa untuk hal-hal yang mencuri masa: games, facebook, movies, mesej tak penting dll.
Saya target 3.7 semester ni...
ada orang kata, janganlah gantung cita-cita setinggi langit sehingga kita tak mampu nak capai.. ada orang kata juga, "shoot for the moon coz if you fall,you will fall among the stars..".. saya rasa 3.7 menepati kedua-duanya..

p/s: nombor 3 selalu jadi nombor betuah saya... chaiyok untuk saya, sem 3!!

Photobucket

Sunday, July 11, 2010

hari junior se-UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 11, 2010 2 komen best
Oh. Harini hari pertama semester baru. Semester tiga.

Kelas pertama saya, Business Law. Pukul 9.30. Masa naik bas, rasanya yang dalam tu semua wajah-wajah baru. hmm.. biasalah, hari pertama, kelas habis awal walaupun lecturer sempat ajar subtopic pertama.

Hari pertama dan minggu pertama, menghadiri kelas-kelas pertama. Dalam setiap kelas pertama, beberapa perkara yang wajib ditanyakan kepada pensyarah ialah:

  • nama penuh beliau
  • pembahagian markah
  • nombor telefon, e-mel dan bilik
  • test
  • buku yang akan digunakan

Tadi, saya terlewat menghadiri kelas urban & rural transport, bila masuk je rasa amat shy (::*.*::)

Dalam perjalanan balik ke bilik, saya jalan kaki dari DKG 5 merentas library. Ramai pula kat foyer library harini. Mungkin junior, ambil tiket untuk kursus pengenalan PSB. Sepanjang perjalanan dari library ke mall, saya berjalan di belakang kumpulan pelajar junior. mereka berjalan ala-ala rombongan cik kiah.. Selalunya saya lintas aja, tapi harini takpelah. Kasi chance. Hari pertamalah katakan....

Teringat lagi masa hari pertama saya dulu. tercangak-cangak cari bangunan. Nasib baik masa tu ada Isfa, kawan yang ingat semua bangunan. Maklumlah, UUM ni bangunannya serba unik, selain mempunyai pelbagai bentuk dan rupa, ia juga bleh menjadi perangkap bagi sesiapa yang suka bersenam secara tak langsung. Maksud saya, dalam satu bangunan yang sama, kalau ikut salah tangga, alamat tak jumpalah bilik pensyarah.. boleh tercabut rasanya kaki kalau round satu bangunan... Perkara ni biasa dialami oleh pelajar tahun pertama...beware!

Kalau nak tahu siapa junior harini, tengoklah sesiapa yang pakai kad matrik berwarna putih suci tergantung di leher. Atau yang pakai beg galas belakang, dengan wajah konfius nak cari tempat. hehehe...

Selamat datang ke dunia kampus, adik-adik.. selamat belajar dengan baik!

p/s: bukan adik-adik pun, sebab kebanyakan mereka sebaya je dengan saya..
Photobucket

Sunday, July 04, 2010

hidup penuh harapan: hari pendaftaran pelajar baru sesi 2010/2011

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 04, 2010 6 komen best
Penat betul harini.

Tapi ahli team jualan yang lain mesti lebih penat berbanding saya. Diorang bertugas untuk akaun, angkat barang, goreng nugget dan sosej, buat air, susun barang dan ape-ape ntah lagi yang saya tak perasan.. Saya cuma jual food dan tolong mana yang patut aje.

Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7 camtu parents dah sampai. Macam tahun lepas, sepanjang jalan akan ternmpak banner-banner ucapan selamat datang kepada pelajar baru. Bila ternampak banner kat dewan EON, baru tahu yang DPP EON adalah DPP TERBAIK 2009 di UUM. Wah, bangga saya dengan dpp Eon. :)

Sepanjang setengah hari saya berjualan, macam-macam ragam saya tengok. Teringat pulak masa hari pertama. Masa tengok ibubapa yang dah berumur dan atuk nenek hantar anak/cucu mereka, hati saya macam diruntun-runtun sedihnya. Teringat-ingat wajah ibu masa hantar saya. Teringat-ingat wajah ibu setiap kali saya akan pulang ke kampus. Wajah penuh harapan, Wajah yang berkata-kata seperti berpesan: "jaga diri baik-baik nak, belajar rajin-rajin"

Mereka menggagahkan diri untuk orang kesayangan mereka.  Duit mereka mengalir macam air untuk kita. Siapa tahu kalau adik-adik kita kat rumah dikurangkan belanjanya kerana kita. Siapa tahu kalau ayah kita ikat perut berbulan-bulan nak sara kehidupan kita di universiti. Why not kita yang masih muda menggagahkan diri untuk capai yang terbaik untuk mereka?

Kalau rasa diri dah hebat, terlupa kat ibu ayah, saya pesankan, sekurang-kurangnya datanglah pada hari pendaftaran untuk sesi akan datang pula untuk melihat wajah yang penuh harapan. Waktu tu, anda akan betul-betul tak dapat lupa wajah ibu sendiri!

p/s: sedihnya :'( saya rindu ibu..
Photobucket

Saturday, July 03, 2010

UUM, aku pulang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 03, 2010 0 komen best
Subuh lagi saya sudah tiba di UUM.

Lepas daftar dan ambil kunci, saya masuk ke bilik dan..wah! Perabot sekalian macam disumpah menjadi cantik! hohoho.. saye suka almari baru yang berpintu kuning..

tak sabar nak tunggu kawan-kawan suma balik..esok pendaftaran pelajar baru, dan malam ni saya bertugas untuk siapkan barang jualan..sekarang cuma saya sorang je tinggal kat blok b ni.

Penggal baru, bilik baru, semangat baru, VC baru,... semuanya baru belaka.. terdapat beberapa perubahan dalam pentadbiran UUM juga, seperti yang dimaklumkan oleh cik amirul, antaranya;

  1.  VC baru ialah Prof Mustafa
  2.  Semua DPP skrg dibawah HEP .. bukan Kolej lagi.
  3. JPM DPP mana pun semua di bawah HEP.
  4. Sekarang akademik tidak dibawah bidang2 lagi.. ia dipanggil program.. di pecah kecik2..
  5. UUM nanti akan bina satu galeri muzium UUM
  6. Banyak tempat parking yang mempunyai palang automatik.. kena guna kad yang disahkan
Saya dah unpack barang tapi banyak lagi barang masih dalam stor..mungkin hujung minggu ni baru stor dibuka..hmm..

Kerja-kerja construction masih berjalan di setiap blok.. semoga waktu pendaftaran esok, semuanya berjalan lancar..ammin..

Photobucket

Thursday, July 01, 2010

ini bukan entri bunga-bunga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 01, 2010 5 komen best
assalamualaikum

harini buat pertama kali sepanjang waktu cuti saya keluar dengan tujuan nak beli barang. tapi abah ngan abang saya bawak pegi opis. opis ni masih baru, sebab baru ditubuhkan. nama company ni, Alamedia. dalam opis ni cuma ada kerusi, meja dan i-Mac yang jelita. kalaulah opis ni bilik saya kat univ- oh, bestnye!

esok saya akan bertolak ke UUM. dengan bas. musim kesibukan akan bermula tak lama lagi, dan sel2 otak akan mula aktif kembali

kadang-kadang saya rasa duduk rumah lama-lama amat berbahaya kepada tubuh. boleh mati cepat bila tak keluar pergi exercise, takde masalah untuk difikirkan selain berkelahi manja-manja dengan adik beradik, dan tidur lebih masa. tapi berat badan saya masih underweight. ini aneh.

kenapa saya cuba untuk maintainkan berat badan walaupun berat badan saya tak naik? alasan: sebabnya kat univ saya suka berjalan berbanding naik bas, jadi kalau badan berat nanti saya takut jadi malas. kalau kuat makan pun kuat juga tidurnya nanti. (orang suka bising saya kurus, nanti saya gemuk pun bising jugak. jadi, keputusannya, saya berpegang kepada prinsip ni)

masa balik cuti haritu, saya bawa 2 buah buku: business law dan transport theory. harapannya, boleh faham awal sebab baca awal. tapi hampeh je sebab term undang-undang ni walaupun jelas dan nyata tapi berbelit-belit. transport theory plak saya dah ambil sem lepas, cuma bawa balik untuk rujukan sekali sekala nampak lori-lori pelik.

saya aktifkan kembali facebook selepas 20 jun baru-baru ni sebab telefon saya rosak dan saya kehilangan semua contact number. saya cuba contact kawan-kawan untuk dapatkan number phone. selepas semester baru bermula, saya akan deactivate facebook. 

tarikh sebenar pendaftaran pelajar senior di UUM adalah pada 10 julai. kenapa saya balik esok? sebab saya terlibat dengan program jualan orientasi. Patut pun saya tak pernah bermint nak jadi fasilitator orientasi..

apa-apapun, selamat datang buat pelajar baru ke UUM nanti!


Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Monday, June 14, 2010

lusa adalah hari terakhir perkhidmatan Tan Sri Nordin Kardi sebagai VC di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 14, 2010 0 komen best
Sebab dah baca tajuk entri, kan.. tak perlu lagi kut baca petikan akhbar di bawah ni..nampaknya junior batch 2010/2011 la yang bakal mendengar ucaptama Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak sebagai VC baru waktu minggu orientasi nanti.. Dengar-dengar, keputusan exam dah keluar hari ni.. dah tengok?


KUALA LUMPUR: Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selama tiga tahun mulai 16 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Dr Nordin Kardi.Dr Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Caunselor (Akademik dan Antarabangsa).Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.
baca lagi di sini dan sini.
sumber: Berita Harian Online


tahniah, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak

dan terima kasih, Tan Sri Nordin Kardi!

Photobucket

Tuesday, May 04, 2010

gangguan semasa exam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 04, 2010 6 komen best
Sepanjang menduduki exam, terdapat banyak gangguan yang mempengaruhi individu-individu yang menjawab exam seperti yang telah saya alami sepanjang hampir sebulan. Antaranya:

  1. Kaki-kaki yang bergoyang-goyang sehingga mengeluarkan bunyi bising. Waktu kaki-kaki ini mengeluarkan rentaknya, time tu saya rasa macam nak mengamuk, kepala saya menggambarkan sesuatu yang ekstrem-contohnya, ambik parang tetak je kaki tu.. nasib baik imagination je..
  2. Orang-orang yang meniru-dia tak tiru saya, tapi sebab dia duduk depan saya, saya tau dia bagi kawan dia tiru dan kawan dia pun meniru-rasa macam nak baling pencil case kat dia.
  3. Handphone vibrate- kenapa la pengawas exam tak aware dengan benda macamni. Ada satu exam tu, orang kat sebelah saya selamba je tekan-tekan henset dia selepas vibrate. 
  4. Orang yang keluar awal-biasanya orang yang keluar awal akan berjalan dan mengeluarkan bunyi, bila dah kat belakang dewan buat bising.
  5. Dewan peti ais-keadaan yang terlampau sejuk membekukan urat-urat tangan dan mempengaruhi fikiran untuk menjawab exam, lantas membuat saya keluar awal kerana tak tahan sejuk (ni kes semester lepas, semester ni saya tunggu sampai habis)
  6. Exam start lambat kerana masalah teknikal
  7. Kena kuarantin apabila kertas soalan yang dikutip tak mencukupi
  8. Faktor dalaman-sakit kepala semasa exam.
Ada nak tambah? setakat ni tu je kut gangguan semasa exam bagi saya. 


Photobucket

Sunday, April 18, 2010

Pengambilan Fasilitator Kursus SADN 1013 & TITAS

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 18, 2010 0 komen best
Ini ada pengumuman daripada Unit HEA Universiti Utara Malaysia (UUM):

Pengambilan Fasilitator bagi Tutorial Kursus SADN 1013 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 (TITAS) 1 bagi Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101).

Permohonan adalah dipelawa kepada semua pelajar UUM yang berkelayakan untuk bertindak sebagai Fasilitator bagi Tutorial Kursus TITAS 1.

Syarat-syarat Permohonan

Terbuka kepada:-

1. Semua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang beragama Islam.
2. Status pelajar adalah masih aktif di UUM.
3. Telah mengambil kursus TITAS 1 dan mendapat Gred (B+) ke atas.
4. Mendapat PMK 3.00 ke atas.
5. Keutamaan diberikan kepada Pelajar yang pernah menjadi Fasilitator Kursus ini pada semester- semester yang lalu.

Imbuhan:-

1. Pembayaran Insentif sebanyak RM 200.00 bagi tempoh 10 minggu tutorial dan Surat Penghargaan akan diberikan kepada Fasilitator terlibat.

Permohonan hendaklah melalui borang permohonan yang boleh melalui cetakan borang permohonan dari fail attachment yang dihantar melalui alamat e-mail studnet@uum.edu.my  atau melalui laman web (JHEA) http://uum.edu.my/hea/ yang terdapat dalam menu ”Download Form ” .

Borang permohonan yang telah siap diisi perlulah dihantar ke Unit Pengkuliahan, Logistik dan Pengijazahan, Jabatan hal Ehwal Akademik (JHEA).

Pegawai dihubungi : Pn. Hayati Jamali
Tel : 04- 928 3104
E-mail : tjamali@uum.edu.my
Satu sesi temuduga akan dilakukan oleh pihak sekretariat dan tarikh, masa serta tempat akan dimaklumkan kemudian.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Mei 2010.

Sekian.

notasaya: ada satu syarat tak lepas. haih. ada sikit keciwa. :(


Photobucket

Saturday, April 03, 2010

Pendaftaran kursus untuk semester depan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 03, 2010 2 komen best

Dah hampir seminggu saya daftar kursus untuk semester ketiga nanti. Junior year saya di sini sudah hampir ke penghujung. Saya mendaftar 6 subjek; English for Communication II, Perakaunan Pengurusan, Asas Keusahawanan, Pengangkutan Bandar dan Luar Bandar, Pengurusan Pengangkutan Jalanraya, Business Law, dan Statistik Gunaan. Rasanya semua subjek semester depan dalam Bahasa Inggeris kecuali asas keusahawanan. 21 Jam kredit, seperti biasa. Cuma semester kedua ini saya ambil 22 jam kredit, kerana special case.

Sebenarnya saya rasa sedikit kecewa dan lesu sebab tak dapat add Bahasa Mandarin yang hanya ditawarkan kepada pelajar marketing seperti yang dinyatakan dalam post ini.
Takpelah, mungkin semester akan datang.

Saya ada jumpa dengan penyelaras TITAS, Puan Yati.  Katanya, kalau nak jadi fasilitator TITAS, kena alert dengan iklan dalam portal HEA, kerana ia akan diiklankan dalam masa terdekat sebelum study week. Sekadar makluman bagi sesiapa yang berminat. :)

Pembawaan 2 subjek dengan aras kursus berkod 3000, 2 subjek berkod 2000, dan 3 subjek berkod 1000. Serasanya serata juga. Saya dah berdebar-debar...

SEKARANG MASANYA BERJUANG!
kata Khalil Gibran dalam puisinya, 'mimpi',

"Hidup tanpa berjuang seperti empat musim yang kehilangan musim bunganya. Dan
perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan
dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."

Photobucket

Thursday, March 25, 2010

kesatuan dalam berpasukan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 25, 2010 2 komen best
tadi saya hadir ke Perasmian Pesta Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia untuk sesi integrasi kokurikulum-Saya Ko-k Pembimbing Rakan Sebaya.

Saya ceritakan kronologinya.
kami tiba ke padang luar stadium Pusat Sukan pada 8-8.30 pagi, kemudian perarakan masuk dalam pukul 9pagi. Kami yang integrasi cuma bertugas memenuhkan tempat duduk di stadium aje, menyaksikan perarakan lintas hormat dan persembahan.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk dan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen PALAPES darat, udara dan laut, diikuti Kor Suksis PDRM, kemudian kontinjen Dewan Penginapan Pelajar (DPP), barisan pelajar asing, kontinjen pancaragam SK Sintok, kontinjen band dan penari SM Asma dan Kontinjen Band UUM.

Selepas lintas homat, majlis diteruskan dengan ucapan YDP MPP/Pengarah EKUUM, Mohd Syafiq Japar dan dirasmikan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi. Selepas perasmian, majlis diserikan dengan persembahan oleh adik-adik sekolah rendah, Band sekolah menengah, band UUM, kemudian persembahan oleh RAMD (Rejimen Askar Melayu diRaja) Kepala Batas.

Apa yang saya nak ketengahkan kat sini bukanlah kemalangan pesawat udara yang berlaku semasa persembahan band UUM yang menyebabkan suasana menjadi tidak tenang selepas itu, tetapi saya menghargai kesatuan dalam berpasukan yang ditunjukkan oleh kesemua kumpulan kontinjen, khususnya kepada kumpulan PALAPES dan band-band pancaragam.

Apa yang saya perhatikan, synchronization yang wujud antara mereka menghasilkan sebuah persembahan yang indah dan harmoni, cantik dan bergaya.  Untuk menghasilkan keharmonian ini, bukan sedikit usaha yang dilakukan. Selain latihan, kesatuan ini terbentuk melalui ketua yang bijak.

Kawan saya cerita, kadet palapes kena rendam dalam tasik Guthrie untuk beberapa jam pada waktu pagi-pagi buta (2am kut). Latihan pula sangat tough, dalam kem, diorang hanya diberi 1 botol mineral untuk bertahan selama berapa hari entah. 3 hari kut. Pastu Berus gigi sebatang kena kongsi untuk 40 orang. dan banyak lagi yang saya tak ingat. Thats how, and thats why. Mereka diajar untuk menjadi sebati dan sehati sejiwa.

Dulu, saya pun PKBM masa sekolah menengah. Tapi latihannya tidaklah serius, sekeras dan sesusah kadet palapes di universiti.

Persoalannya, adakah untuk membentuk kembali perpaduan antara rakyat, pemimpin sesama pemimpin perlu melalui latihan sekeras ini?

Untuk membentuk kesatuan rakyat, adakah rakyat berbilang kaum ini mesti dsebatikan dengan kekerasan dan kesusahan?

Untuk menjadikan pemimpin berjiwa rakyat dan bukan makan harta rakyat dan saling tindas menindas, perlukah pemimpin duduk dan hidup dengan rakyat, berkongsi jiwa dengan mereka,supaya rakyat memahami pemimpin dan pemimpin memahami rakyat?

kalau saya di tampuk atas, kesemua jawapan kepada persoalan ini adalah ya kalau bukan dengan tarbiyyah imaniyyah-sebab manusia pada hari ini, walau pangkatnya seolah raja, walau hanya rakyat biasa, kalau cuma penagih jalanan, semuanya, sama sahaja-hidup seperti apa ya, makan tidur dan berkelamin cuma.

Penyelesaiannya, tarbiyyah Islamiyyah.


p/s: Takziah untuk lelaki yang bawa pesawat dari Kepala Batas untuk perasmian EKUUM itu, saya pun tak pasti keadaannya. Semoga Allah bantu.

Photobucket

Tuesday, March 23, 2010

mencari orang yang punya komitmen tinggi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 23, 2010 0 komen best
sekali lagi, untuk bulan SEPTEMBER 2010-Saya mencari individu yang berminat untuk menjadi team saya dalam projek 'Pertandingan Bahas Bahasa Mandarin' anjuran kelab Bahasa Mandarin Universiti Utara Malaysia yang bakal dilangsungkan pada bulan September 2010.

Pencarian ini:
-terbuka kepada semua pelajar Universiti Utara Malaysia tidak mengira agama mahupun bangsa
-Waras & stabil emosi
-Mempunyai komitmen yang tinggi
-berminat untuk mempelajari pengurusan tanpa masuk kelas Management

Interview akan diadakan pada Hari Jumaat, 26 Januari 2010.

Saya juga ada perancangan untuk mengadakan nadwah, tapi ni sudah diusulkan, cuma belum buat mesyuarat dan kertas kerja.

Untuk Makluman, saya sedang mencari orang yang nak buat ceramah keusahawanan untuk Karnival Keusahawanan COB UUM. Ada sape2 nak bagi cadangan tentang pengusaha syarikat yang inspiring tak untuk bagi ceramah?

Aktiviti yang saya sertai yang bakal dilaksanakan semester depan yang perancangannya on the go ialah:
  • Newbiz Interaction Days(ni saya tak terlibat) (selepas Minggu orientasi semester 1)
  • Hari Keluarga DPP EON (macam coconut day semester lepas) (Julai 2010)
  • Karnival Keusahawanan COB (Julai 2010)
  • Pertandingan Bahas Kelab Bahasa Mandarin (melibatkan universiti lain) (September 2010)
  • Nadwah Haluansiswa (insya Allah..)
Pelajar UUM yang nak participate, call la saya.. 0195243766.
Thanks to Jackie (Chan Soo Yee)& Ang yang asyik prefer saya untuk sertai aktiviti.
cariPhotobucket

Saturday, March 13, 2010

English Quotes and Jokes

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 13, 2010 3 komen best
By the time i am writing this, my head full of..oh.. okei, nak share english quotes dan jokes.

1. "It's your truth that shows who you truly are far more than your abilities."
2. "Be yourself, who else is better qualified."-Frank J. Giblin
3. "Show me don't tell me."
4. -"Never give up."
5. -"Say what you mean, mean what you say, but don't say it mean."
6. -"Don't be the one you see but be the one you want to be."
7. -"Live life and live it good."
8. -"Why shoot for the moon when you know you can reach the stars?"
9.
There once was an old man of Esser,
Whose knowledge grew lesser and lesser,
It at last grew so small
He knew nothing at all
And now he's a college professor.
10. "The time is always right to do what is right."- Martin Luther King Jr.
11. "Beauty captures attention but personality captures the heart."
12. "Shoot for the moon, even if you miss you'll land among the stars."
13. "You were born an original, don't die a copy."- John Mason
14. "If you can't say something nice, say nothing."- Thumper in Bambi
15. "Great minds discuss ideas, average minds discuss events, and small minds discuss people."- Eleanor Roosevelt
16. "There was never a good war or a bad peace."- Benjamin Franklin
17. "If you can't make a mistake, you can't make anything."- Marva Collins
18. "Kind words can be short and easy to speak but their echoes are truly endless."- Mother Teresa
19. "Success is never final. Failure is never fatal. It is courage that counts."- Winston Churchil
20. "You never lose until you quit trying."- Mike Ditka
21. "Most folks are about as happy as they make up their minds to be."- Abraham Lincoln
22. "If you think you can, you can. And if you think you can't, you're right."- Mary Kay Ash
23. "You don't have to be great to start but you have to start to be great."- Zig Ziglar
24. "Time and tide waits for no one."
25. "Seek knowledge from the cradle to the grave."- Prophet Mohammad
26. "The journey of a thousand miles begins with but a single step."- Confucius
27. "Few will have the greatness to bend history itself; but each of us can work to change a small portion of events, and in the total of all those acts will be written the history of this generation."- Robert F. Kennedy
28. "It's choice - not chance - that determines your destiny."- Jean Nidetch
29. "If we did the things we are capable of, we would astound ourselves." - Thomas Edison
30. "Whatever you can do, or dream you can, begin it. Boldness has genius, power, and magic in it."- Goethe
31. "You never achieve real success unless you like what you are doing."- Dale Carnegie
32. "Life is what we make it. Always has been, always will be."- Grandma Moses
33. "In any moment of decision the best thing you can do is the right thing, the next best thing is the wrong thing, and the worst thing you can do is nothing."- Theodore Roosevelt
34. "Cherish your visions and your dreams, as they are the children of your soul; the blueprints of your ultimate achievements."- Napolean Hill
35. "To accomplish great things we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe."- Anatole France
36. "As long as you're going to think anyway, think big."- Donald Trump



Jokes

1. What word begins with "e", ends with "e", and has one letter?
Envelope!
2. I have 12 legs, 12 arms and 8 heads. What am I?
A liar!
3. What did the traffic lights say to the car?
Don't look now. I'm changing!
4. Which month has 28 days?
All of them!
5. A man asked for a meal in a restaurant. The waiter brought the food and put it on the table. After a moment, the man called the waiter and said:
"Waiter! Waiter! There's a fly in my soup!"
"Please don't speak so loudly, sir," said the waiter, "or everyone will want one."
6. Why do witches have brooms?
Because vacuum cleaners are too heavy!
7. Which bus crossed the ocean?
Columbus! (Christoper Columbus is an Italian explorer who sailed to America in 1492)
8. What's worse than finding a maggot in an apple?
Finding half a maggot!
9. If you took 3 apples from a basket that held 12 apples, how many apples would you have?
3 !!!
10. Why shouldn't you put the letter "M" into the refrigerator?
Because it turns ice into mice!
11. A customer ordered some coffee in a café. The waiter arrived with the coffee. and placed it on the table. After a few moments, the customer called for the waiter.
'Waiter,' he said. 'There's dirt in my coffee!'
'That's not surprising, Sir,' replied the waiter. 'It was ground only half-an-hour ago.'
12. What starts with "P", ends with "E", and has millions of letters?
The "Post Office"!
13. What is the longest word in the English language?
"Smiles". Because there is a mile between its first and last letters!
14. This is a story about four people named Everybody, Somebody, Anybody and Nobody.
There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody did it. Somebody got angry about that, because it was Everybody's job. Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done.

*esok saya jadi fasiltator untuk program English Camp Maktab Mahmud..jadi tugas saya provide jokes n english quotes untuk mereka..semoga bermanfaat*

Photobucket

Friday, March 12, 2010

asyik kena tolong je..lemak aa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 12, 2010 2 komen best

Akhir-akhir ni beberapa pensyarah selalu kata, "Saya akan cuba tolong awak mana yang mampu"

Saya sangat letih, muak, penat dan bosan. Sejak dari sekolah menengah, matrikulasi, sampailah ke universiti. Sampai bila student asyik nak ditolong aje? Inilah puncanya pelajar tak berkualiti.

Student naik lemak berganda-ganda. Kalau layak dapat takat markah tu aje, sudahlah. Keputusan akhir takkan dapat membantu seseorang ketika dia bekerja nanti.

Untuk memurnikan kembali prestasi pelajar (saya), saya seru para pensyarah, buatlah keputusan yang rasional...Kadang-kadang anda seperti melepaskan anjing tersepit, hari ini anda lepaskan dia dari kesusahan, kelak dia menggigit anda. Kalau anda terlampau membantu saya yang malas berusaha ni, ia akan menjadikan saya lebih malas daripada sekarang. Ia membuatkan saya berfikir bahawa tanpa usahapun saya bakal mendapat keputusan yang baik. Dengan keputusan 'yang dibantu itu', siapa tahu saya layak menjadi 'somebody'. Mungkin suatu hari nanti saya menjadi pemerintah yang zalim, mungkin saya akan menjadi orang yang merasuah, mungkin saya melakukan hal mungkar. Ini semua kerana keputusan 'yang dibantu' tadi.

Ingatlah, perhitungan Allah itu sangat halus..

Kita sebagai pelajar jangan terlampau mengharapkan pertolongan dari pensyarah. Berusahalah sebaik mungkin, kerana ada barakah darinya. Ketahuilah, meski gagal sekalipun, tetapi dengan usaha, gagal pun manis rasanya. Tapi saya percaya, orang yang berusaha tidak akan gagal, kerana memang itu hukum alam. Allah telah berfirman, "Beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha.."

Terseksa jiwa ini tatkala sang guru cuba memberkan kegembiraan palsu.. Tidak mengapalah dengan keputusan buruknya, saya terima.. Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya belum cukup..

Terseksa jiwa ini apabila rakan-rakan tertipu.. Di mana jiwa seorang pendidik yang tugasnya meresapkan ruh ilmu ke dalam jiwa pelajarnya, menerapkan cinta kepada ilmu?

Terseksa jiwa ini tatkala diajar hanya untuk bagaimana menghadapi peperiksaan.. Apalah sangat peperiksaan yang hanya 2, 3 jam berbanding sebuah kehidupan 20, 30 tahun lagi?

Saya tak mahu jadi mahasiswa yang tak ada otak.

Semalam keputusan SPM keluar..tahukah kita betapa ramainya yang ditipu dengan kegembiraan palsu? Hanya orang yang berusaha je dapat merasai manisnya kejayaan.

Walaupun saya hanya pelajar yang average, saya gembira. Berkat dalam usaha tidak dapat diganti dengan apa-apa. Silakan merasa bersalah jika mendapat gred bagus tanpa usaha.

Inilah dunia.

Marilah berusaha bersungguh-sungguh, serahkan selain itu kepada Allah. Kalau ada pensyarah anda yang suka bantu-bantu, beranikanlah hati untuk berdepan dengannya dan katakan, "Takpe encik/puan, jangan dibantu keputusan saya". 

sekadar perkongsian rasa. semoga bermanfaat.

Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea