Thursday, April 16, 2009

detik-detik terakhir.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 16, 2009 2 komen best
kurang 24 jam lagi.
aku akan tinggalkan kmj beberapa jam lagi.
mungkin aku rase cam agak sedih, sebab life aku kat sini memang best gila! tadi dah kemas skit-skit.atas meja cuma tinggal nota-nota, tutorial-tutorial, contengan-contengan ngan latihan-latihan subjek pengurusan perniagaan je. ada lagi 3 jam untuk aku berperang. pekse ekonomi pagi tadi giler taff. banyak pulok soalan AD-AS (aggregate demand-aggregate supply). esok paper last: bussiness management a.k.a pengurusan perniagaan. semalam ade orang blanje aku askem sedapp...thanks! rase cam shedihh plak nak tinggalkan si cantik-manis bazilah : roommate aku yang paling rapat skali. entah-entah dapat jumpe lagi@tidak ngan kawan-kawan chomei aku kat sini.. ada jodoh jumpelahh.. ada beberapa hal lagi yang belum settle, dalam beberapa jam ni aku ada 3 mende nak kene gi settle. lepas ni aku nak nengok tv sampai termuntah. pastu aku nak main laptop sampai rabun-hahaha. pastu aku nak gi carik keje. pastu aku nak wat banyak mende dalam hidup aku-itupun kalau masih ada hari untuk aku. pastuuuuu...arff....tengoklah ape jadik pasni, aku merancang, Allah yang tentukan.. rancangan aku yang proper: nak jumpe jeton, aida, ainnur, illey, fura, nina, faridah, farhana, zatie ===>ni sume geng-geng skola dulu-dulu.. kire cam nak wat reunion kut. aku ni, banyak beranganlah. esok kan ade lagi satu paper...ishh...hehehh..
malam ni ade banyak plan dalam kepala aku. taktau la lagi jadi ke tak.
harini ade orangtu cakap nak call hari-hari mase exam, tapi dia tak call pun. penat aku tunggu. heheh.


Thursday, April 09, 2009

exam fever

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 09, 2009 0 komen best
tetiba aku harap aku adalah sebuah robot yang rajin study. sebab aku sangat penat sekarang.........
tapi, sebab rase penat study, so taklah rase cam buang masa pun... semoga berbaloilah.
kebelakangan ni slalu dengar lagu stay-estrella. maybe sebab dah nak tinggalkan matrik kut, and this song dedicated to all my fellow friends...

Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay



aku dengan segala hormatnye ingin meminta maaf kat sume orang kalo ade tersilap kata terkasar bicara, ada wat dosa kat anda sume2.. doakan kejayaan aku dunia akhirat.. doakan aku dapat yang terbaik untuk final nanti, k. halal2kanlah segala ilmu, masa dan sume yang korang pernah kasi kat aku nih... terime kasih saje yang mampu aku ucapkan. smoga aku, kau, dan sume student matrik johor diz year, sesi 2008/2009 sukses, mencatat rekod kegemilangan kat KMJ dan takdek yang repeat... aku taknak ade kawan aku yang repeat...tolongg...tapi, tu sume bergantung kat usaha masing-masing, dan ketentuan Allah.. malam ni ade majlis restu ilmu, jemputlah attend ke masjid An-Nur yea...

Saturday, April 04, 2009

adakah aku bosan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 04, 2009 2 komen best
aku melepak kat sini sekarang bukan sebab aku sangat bosan, malah aku sangat tak cukup masa.
tapi sekarang ni aku rasa macam takde semangat nak gi tengok buku-buku tu semua. bila dah akhir-akhir ni, dah nak dekat final, banyak betul dugaan. satu hari ada satu. dua hari ada dua. tiga hari ada tiga. empat hari ada...err..brape yehh?

aku dah tak sabar nak menge-fix henpon buruk aku tu pasal aku takleh nak tepon ibu. aku dah tak sabar nak mengabehkan beberapa waktu ini lagi, walopun aku tak puas lagi menatap kertas-kertas yang penuh bermakna itu, aku tetap rasa tak sabar. tapi, msih adakah esok untuk aku bualkan dan aku kejarkan?


aku tak faham kenapa aku sungguh tak bersemangat hari ini.

aku nak meng-highlight satu lagu yang memberi diskripsi tentang lelaki. bukan sume lelaki k..certain je..tapi memang takde kena mengena ngan hidup aku pun pasal aku bukan seorang lelaki.. cuma aku suka dengan perkataan gula batu kat bawah tu..tu je..

Cinta Berkarat-senario

Kalau kerana cinta
Memang lelaki dah cukup teror
Kalau bercakap pula
Gunung tinggi boleh jadi rata
Biar papa asalkan bergaya
Duit poket tak cukup tak apa
Hutang berjela buat-buat lupa
Malam minggu yang lalu
Bawak awek tengok cerita hantu
Tapi malang nasibku
Dia datang bawak teman baru
Bentuk badan macam orang hutan
Gaya lagak orang masuk pekan
Meluat aku
Jumpa lelaki perasan

Sayang wahai sayang
Badan begitu memang tak padan
Bimbang jangan bimbang
Kau kan merana berbulan-bulan
Takut aku takut
Badan yang gemukkan tinggal tulang
Cukup tidak cukup
Kasih bagimu bukan sorang
Kalau cinta sudah berkarat
Gula batu rasa kelat..

mungkin aku agak runsing sekarang. tapi aku suka dengan tagline blog aku nih. aku nak gi lunch skarang. jeton suro aku makan sampai gemuk tadi. haha. rindu diaa...

Friday, April 03, 2009

kuliah terakhir

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 03, 2009 0 komen best
hari ini aku menghadiri kuliah terakhir.
biasanya hari jumaat aku memang hanya ada satu kuliah je dan kuliah terakhirnya subjek perakaunan oleh Tn Hj Aji bin Bujal---yang lebih mesra dipanggil Ayah Aji.
30 minit pertama dia habiskan dengan celoteh panjang dan amanat terakhir. memang selalu begitu. semalam kelas terakhir Bahasa Inggeris yang diakhiri dengan sedikit reflection oleh Sir Liew...my best English lecturer ever.

adakah aku berasa sedih?

aku semakin bersemangat untuk terus melayari apa yang aku panggil perjalanan yang panjang dan jauh.

yang penting sekarang, final lagi seminggu.

tak sangka aku telah mengakhiri suatu tempoh.

Thursday, April 02, 2009

salam takziah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 02, 2009 0 komen best
semoga kasih cinta Allah sentiasa ada buat kita.

pertama sekali mari kita sedekahkan bacaan yaasin atau seringkasnya, Al-Faatihah buat 3 insan disekeliling aku yang telah dipanggil Allah kembali ke pangkuanNya.

baru- baru ini beberapa berita kematian sampai kepada aku.
pertamanya, Allahyarhamah Cik Siti Adilah Mohamed Ishak, Pensyarah Matematik Kolej Matrikulasi Johor pada hari Rabu, 25 mac lalu kerana jangkitan TB.
kemudian, arwah ibu kepada seorang 'girl next door'di hostelku yang sedang sarat mengandung 8 bulan. ibu itu dan bayinya pulang ke rahmatullah pada hari selasa yang baru berlalu ini, 31 mac.
dan, lewat tadi malam , rakan sekelasku kehilangan seorang ayah tersayang, Encik Wan bin Jaafar yang pergi menghadap Ilahi tadi malam kerana barah paru-paru.
semoga Allah melimpahkan rahmat keatas mereka, dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. ammin.

semalam pagi aku terduduk terdengar berita itu. dan aku terkejut apabila malam tadi selepas isya' aku ternampak kelibat girl next doorku itu. kata hatiku: "sudah pulang? Ya Allah, tabah betul dia..."
dan spontan aku memeluk dia sambil ucapkan salam takziah, dan dia tersenyum. aku hanya mampu katakan 'tabahlah'. menjadi empati bukan senang, aku tidak dapat membaca perasaannya dengan terlalu dalam.
dan kalaulah ibu aku yang pergi sekarang,...

aku belum pasti. yang aku tahu, aku belum sempat katakan pada ibu yang aku sayangkan dia. aku mahu peluknya erat-erat. aku belum bagitahu ibu yang aku pernah hilangkan gelang yang ibu beri. aku belum minta maaf pada ibu.
aku belum ucapkan terima kasih atas segala kasih sayang ibu. aku belum dapat buktikan pada ibu yang aku mampu mencapai apa yang ibu harapkan. aku ada banyak rahsia yang belum aku kongsikan dengan ibu. dan... aku amat rindu pada wajah ibu yang cantik.
ibu kan buah hati aku.

pada abah..
aku ingin katakan yang aku belum puas mendengar leteran abah. aku belum minta maaf pada abah. aku belum katakan yang aku amat sayangi dia. aku ingin katakan yang aku minta maaf atas kekecewaan-kekecewaan abah pada aku. dan, aku belum rasa cukup bergurau dengan abah.
aku amat sukai nasihat-nasihat, kata-kata semangat dan teguran abah yang sentiasa aku perlukan. dimarahi abah, biarpun tidak suka tapi aku tahu dia peduli. aku ingin abah tahu yang aku tak suka dia merokok. tapi kalau dah sayang...

tapi, yaa.. orang-orang yang ada disamping kita cumalah pinjaman yang tidak mampu kita miliki. baik atau jahat, mereka adalah insan yang memberi refleksi positif dan negatif, yang memberi warna pada kanvas kehidupan ini.

dan ini mengingatkan kita bahawa life is short.
kita hidup bukan untuk suka-suka sahaja.
Allah jadikan kita penuh dengan tanggungjawab.
bila turn kita masing-masing akan tiba...waktu itu...adakah kita benar-benar telah melaksanakan tugas kita?
adakah kita mati dengan bermaruah?
telahkah kita lakukan yang terbaik dalam hidup yang kita lalui dengan sebaik-baik yang kita termampu,
atau kita telah lakukan seburuk-buruk hal yang menyusahkan orang lain selagi mampu?
sebenarnya kita terlalu merasa selesa untuk merasai dekatnya mati.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea