hari ini aku menghadiri kuliah terakhir.
biasanya hari jumaat aku memang hanya ada satu kuliah je dan kuliah terakhirnya subjek perakaunan oleh Tn Hj Aji bin Bujal---yang lebih mesra dipanggil Ayah Aji.
30 minit pertama dia habiskan dengan celoteh panjang dan amanat terakhir. memang selalu begitu. semalam kelas terakhir Bahasa Inggeris yang diakhiri dengan sedikit reflection oleh Sir Liew...my best English lecturer ever.
adakah aku berasa sedih?
aku semakin bersemangat untuk terus melayari apa yang aku panggil perjalanan yang panjang dan jauh.
yang penting sekarang, final lagi seminggu.
tak sangka aku telah mengakhiri suatu tempoh.
Friday, April 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment