semoga kasih cinta Allah sentiasa ada buat kita.
pertama sekali mari kita sedekahkan bacaan yaasin atau seringkasnya, Al-Faatihah buat 3 insan disekeliling aku yang telah dipanggil Allah kembali ke pangkuanNya.
baru- baru ini beberapa berita kematian sampai kepada aku.
pertamanya, Allahyarhamah Cik Siti Adilah Mohamed Ishak, Pensyarah Matematik Kolej Matrikulasi Johor pada hari Rabu, 25 mac lalu kerana jangkitan TB.
kemudian, arwah ibu kepada seorang 'girl next door'di hostelku yang sedang sarat mengandung 8 bulan. ibu itu dan bayinya pulang ke rahmatullah pada hari selasa yang baru berlalu ini, 31 mac.
dan, lewat tadi malam , rakan sekelasku kehilangan seorang ayah tersayang, Encik Wan bin Jaafar yang pergi menghadap Ilahi tadi malam kerana barah paru-paru.
semoga Allah melimpahkan rahmat keatas mereka, dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. ammin.
semalam pagi aku terduduk terdengar berita itu. dan aku terkejut apabila malam tadi selepas isya' aku ternampak kelibat girl next doorku itu. kata hatiku: "sudah pulang? Ya Allah, tabah betul dia..."
dan spontan aku memeluk dia sambil ucapkan salam takziah, dan dia tersenyum. aku hanya mampu katakan 'tabahlah'. menjadi empati bukan senang, aku tidak dapat membaca perasaannya dengan terlalu dalam.
dan kalaulah ibu aku yang pergi sekarang,...
aku belum pasti. yang aku tahu, aku belum sempat katakan pada ibu yang aku sayangkan dia. aku mahu peluknya erat-erat. aku belum bagitahu ibu yang aku pernah hilangkan gelang yang ibu beri. aku belum minta maaf pada ibu.
aku belum ucapkan terima kasih atas segala kasih sayang ibu. aku belum dapat buktikan pada ibu yang aku mampu mencapai apa yang ibu harapkan. aku ada banyak rahsia yang belum aku kongsikan dengan ibu. dan... aku amat rindu pada wajah ibu yang cantik.
ibu kan buah hati aku.
pada abah..
aku ingin katakan yang aku belum puas mendengar leteran abah. aku belum minta maaf pada abah. aku belum katakan yang aku amat sayangi dia. aku ingin katakan yang aku minta maaf atas kekecewaan-kekecewaan abah pada aku. dan, aku belum rasa cukup bergurau dengan abah.
aku amat sukai nasihat-nasihat, kata-kata semangat dan teguran abah yang sentiasa aku perlukan. dimarahi abah, biarpun tidak suka tapi aku tahu dia peduli. aku ingin abah tahu yang aku tak suka dia merokok. tapi kalau dah sayang...
tapi, yaa.. orang-orang yang ada disamping kita cumalah pinjaman yang tidak mampu kita miliki. baik atau jahat, mereka adalah insan yang memberi refleksi positif dan negatif, yang memberi warna pada kanvas kehidupan ini.
dan ini mengingatkan kita bahawa life is short.
kita hidup bukan untuk suka-suka sahaja.
Allah jadikan kita penuh dengan tanggungjawab.
bila turn kita masing-masing akan tiba...waktu itu...adakah kita benar-benar telah melaksanakan tugas kita?
adakah kita mati dengan bermaruah?
telahkah kita lakukan yang terbaik dalam hidup yang kita lalui dengan sebaik-baik yang kita termampu,
atau kita telah lakukan seburuk-buruk hal yang menyusahkan orang lain selagi mampu?
sebenarnya kita terlalu merasa selesa untuk merasai dekatnya mati.
Thursday, April 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment