Thursday, January 12, 2023

Good Talk with Liza

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 12, 2023 0 komen best

 Liza colleague aku kat opis adalah sejenis pendengar yang baik. Aku merepek apaaaa je dia dengar. Mungkin itulah yang buat aku suka kawan ngan dia.

So masa travel harini kitorang bincang topik meminta, dan membaca.

1. Meminta.

Masa jalan² kat airport nampak org nak pergi umrah bergambar.. so dia pun cakap, "nak pergi umrah tapi duit pun takde lagi.." 

Pastu tiberr aku cakap, bukann.. kite kene cakap niat kite hajat kite, jangan jadikan duit tu ukuran makbulnya keinginan kita. Kadang duit ada tapi xsampai juga hajat, kadang xde duit pun tiba² je dapat pergi oversea mcm skrg ni, Allah makbul doa nk pergi trip oversea, contohnya.

Dan aku pun baru perasan yang dalam hidup ni kita tinggal minta je kat Allah. Cara Allah makbulkan doa tu adalah urusan Dia. Bukan kerja kita nak tentukan ada duit baru blh kawin, ada duit baru blh umrah, etc³.

3. Membaca.

Aktiviti kitorang nak join ni, ada sesi derma buku. So kitorang ceritalah pasal tabiat membaca..

So dia cakap dah lama dah tak baca buku. Then aku share cerita pasal makcik anak ramai, kerja surirumah tapi sentiasa jadi rujukan anak² sebab dia sangat rajin membaca.

Ibu yang membaca dan berilmu akan sentiasa relevan untuk anak² dia. Dan org yg x membaca akan cepat tua.

Phone kita pun slalu kena update dan upgrade, apatah lagi kita yang meningkat usia.

Dan, aku turn off gilerr dengan past relationship bila lelaki tu bukan org yg menghargai budaya membaca dan mencari ilmu. 

Thanks, Liza. 

Cakap dengan kauu slalu buat aku sedar benda penting. 

Goodnight.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea