Friday, January 23, 2015

Riddles

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 23, 2015 1 komen best

What do you do when you tried your best not to be burden by any means of angry and being mad to your poorly-managed work environment and bad pay but your boss keep pissed you off, giving supear workloads and tell you to pay back all the expenses you made on work trip away?

Adoi.

Agak2, kalau Rasulullah, macammanalah baginda react.

Pastilah baginda sabar...dan act until penganiaya tu yang dapat hidayah.

Sesungguhnya saya sangat stress dan penat. Sebab workload saya yang banyak tapi dianggap tak seberapa.

Penat dengan sikap tak serius pelajar2 LI yang degil dan manja dan tak tahu nak buat apa-apa dan mengaharap diri selalu dipampered.

Stress dgn sikap boss yang tidak pandai menghargai pekerja, membuat kerahan tenaga, tak jaga kebajikan pekerja. Suka buat meeting sampai lewat tanpa memikirkan yang pekerja pun ada waktu sendiri.

Saya masih cuba bertahan, macam selalu, sebab memikirkan yang..kerja memang akan selalu susah dan tak ada benda mudah dlm dunia ni.

harap sangat-sangat yang Allah bagi kekuatan untuk saya terus positif.. atau saya akan hantar surat resign tak lama kemudian.

Wednesday, January 21, 2015

Freeeeeeee kin, Freeeeeee~!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 21, 2015 0 komen best

umat Islam tak menindas orang lain.

Tuesday, January 20, 2015

Boss aku sengal

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 20, 2015 1 komen best

This year i think i can write up a novel with the title "Boss aku sengal".

But, what good it can do to the ummah?

Ajar diri jadi sabar, proses jadi manusia yang tak sengal.

tu je self control untuk harini.
ciao.

Thursday, January 15, 2015

Kahwin

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 15, 2015 0 komen best

Dalam halaqah yang saya kelolakan harini, ada pula adik yang bertanya tentang...kahwin.

Well topik kahwin memang topik feveret zaman berzaman.. ianya fitrah. Even usrah malam tadi pun, topiknya tentang ciri rumahtangga muslim.

Padahal topik tadi tentang faedah Islam tulisan al Maududi.

So. Soalannya; berbunyi lebihkurang begini:

"Kalau kita kurang dalam beragama, suka lewatkan solat, suka melengahkan kebaikan, adakah berkahwin dengan orang soleh atau yg faham agama boleh bantu kita jadi lebih baik atas sebab patuhkan suami/pasangan?"

awkward kejap. pasal.. saya taklah solehah sangat. dush.

bunyi soalan tu.. macamtulah lebih kurangnya walaupun ayat tak begitu tersusun.

Jadi kakak depa menjawab;
"kahwin, boleh menjadi faktor atau penyebab kita menjadi lebih baik.

walaubagaimanapun, ia tetap terpulang kepada kekuatan hubungan dengan Allah.

sekalipun kita berkahwin dengan wali Allah, tapi hati kita tak terhubung dengan Allah, adakah amal kita diterima?.."

haa.. kin...

"contohnya.. jodohnya Asiah dengan Firaun.."

entah kenapatah boleh terkeluar pula pasangan feveret Asiah dan Firaun ni.

Saya sebenarnya kagum ya amat dengan wanita syurga bernama Asiah.. yang Allah pelihara. Kagum sebab diuji begitu hebat dengan suami yang kufur..

So. Mungkin tahun ni kot saya dapat kakak ipar.

Pastu skrip jawapan saya untuk soalan 'bila nak kawin', macam biasa.

"Hujung Tahun".

Monday, January 12, 2015

Budgets

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 12, 2015 0 komen best

Saya telah memulakan perancangan kewangan bermula 2014.

Well. sejujurnya, saya mula mengawal kewangan saya semasa terfikir dan berniat ingin menanggung kos perkahwinan sendiri, semasa kakak saya berkahwin dulu.

Jadi saya mula meletakkan target menyimpan beberapa K dalam akaun simpanan.

Hidup sebagai seorang dewasa, here comes responsibility.

Infaq.

Hadiah.

Keperluan rumah.

Kereta. (kongsi kereta keluarga).

Selepas muhasabah (review) penyata kewangan saya tahun lepas, saya asyik mengeluar-masukkan wang simpanan saya. Dan berkeputusan, bahawa cara saya berbelanja perlu diubah.

Daripada target tahunan, saya harus membuat budget bulanan seperti ini:

1. Infaq
2. Hadiah
3. Sewa
4. Kereta/transport-related
5. Belanja rumahtangga/dapur
6. Lunch
7. Simpanan
8. Insurans

.. dan mentaatinya.

9. Pinjaman
Saya bersyukur yang saya tak berhutang apa-apa dengan sesiapa. Even, saya tak berniat membeli kereta, terutamanya pada zaman ekonomi buruk ini. Ia sangat amat dan terlebih memudahkan perancangan kewangan.

Bila kita membuat budget untuk diri sendiri, sungguhpun gaji kita kecil, insyaAllah akan sentiasa mencukupi. Namun, jika kita tak merancang langsung kewangan kita, gaji banyak mana pun, tak akan pernah cukup!

kin, ganbateeh~

Nota: saya menggunakan apps "My Expenses" dalam program saya ini.

Saturday, January 10, 2015

Terima kasih kerana ada.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 10, 2015 0 komen best

"

Bukan aku tak pernah
Cuba melemparmu jauh
Tapi kau
Yang tak pernah pergi

"

Dan,
jangan pernah pergi.

Wednesday, January 07, 2015

Susahnya jadi orang melayu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 07, 2015 0 komen best

Susahnya menjadi bangsa ini, hidup sebagai sebahagiannya, dan mengangkat nilai-nilainya.

Keburukan tidak mempunyai bangsa. Tetapi bangsa mempunyai keburukan.

Semakin saya dewasa, semakin banyak keadaan yang membuat saya bersalah. Contohnya;

Situasi 1:
Jiran selang empat buah rumah dari rumah ibu abah sering menyusahkan tetangga. Sejak tidak mendapat jawatan dalam JKKK, dia sering membuat aduan kepada majlis bandaran terhadap salahlaku di kejiranan kami yang menyebabkan gerai jualan dirobohkan, ayam dibela disuruh tangkap, anjing liar dibunuhnya. Ibu melarang saya berbaik dengan jiran itu hatta ketika bertemu nak cakap salam.

Situasi 2:
Dalam keluarga ataupun dengan kawan, bila kecil hati, tiba-tiba aja taknak bercakap atau berbual mesra macam selalu. Tahu-tahu je dari mulut orang lain.

Tidak layakkah perhubungan ini diperjuangkan? Does it not worth fighting for??

Tak tahulah sama ada perangai bangsa kita ni memang suka cakap belok belok banyak simpang lalu belakang orang. Walhal dengan anak sendiri pun tak berani nak tegur, panggil, bincang elok-elok. Mengumpat tak menyelesaikan masalah.

Situasi 3:
Saya dilarang oleh keluarga untuk berhubung dengan sepupu yang katanya, "kalau kita buat baik dengan dia, dia akan lebih menyusahkan kita".

Natijahnya, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Konflik yang berlaku antara orangtua, merosakkan hubungan antara anak-anak.
Bila dah dewasa, saya rasa awkward gila kalau dapat keep in touch dgn sepupu saya tu.

Situasi 4:
Last but not least: sukar menerima dan memberi teguran.

Dalam hidup saya ni, saya paling hargai roommate saya yang sudi menegur perilaku saya yang kadang tak semenggah. Simply because she loves me.

Yang buat muka manis di depan tapi perangai tahi kat belakang, saya pun tak tahu kan.. tegurnya taknak, tapi komplennya banyak. Menyampahlah.

Sekian laporan ketidakpuasan hati saya.

Tuesday, January 06, 2015

Year of appreciation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 06, 2015 0 komen best

Memasuki tanggal 2015. Umur saya akan menjejak 25 pada pertengahan tahun ini, dan hidup saya melalui satu fasa perubahan yang drastik- manusia pergi dari hidup saya.

Pergi, sama ada meneruskan kehidupan, berkahwin, berpindah atau meninggal dunia.

Jadi, sementara mereka masih di sini, bersama saya, saya akan berusaha menghargai mereka sebaiknya. Keluarga saya, sahabat-sahabat saya.

Saya adalah perempuan yang tak mampu untuk hidup hanya dalam kenangan.

So. Azam 2015, berusaha menghargai setiap manusia yang ada dalam hidup ini.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea