Thursday, December 01, 2022

Sunyi tapi i can do thiss!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 01, 2022 0 komen best

Kebelakangan ni terasa betul sunyinye hidup aku.

Sebab aku dah tak tinggal lagi rumah makcik aku yang sentiasa riuh.

Dan kakak aku yg dulunya tinggal kat rumah Nilai dah duduk rumah sendiri so dah tak meriah macam dululah rumah ibu.

Aku dah lama tak hiking sejak covid, semua org yg pernah sama² hiking dah kahwin. Entahla kenapa semorang kahwin dan tinggalkan kawan² yg belum kahwin.

Dan hal yang paling besar skali ialah bila kawan baik aku kahwin dan jarang contact. Sunyi, dan aku rindu sangat.

Kadang nak comment story dia pun aku awkward. Sebab aku kena hormat pilihan dia, dan biasanya perbualan kitorang tergantung. X lagi mcm dulu yg boleh merepek satu malam suntuk mcm budak skolah.

Aku cuma letih.. letih berjuang sendiri untuk org yg x deserve my energy pun.

Dan satu hari tu aku sedar yang sebenarnya tak susah pun nak let go. Lepaskan je, dan berangkatlah pergi. Memang terasa hidup ni sunyi tapi aku dah x terbeban sangat, tu je.

2022.

Aku cuba nak tukar kerja sebab nak ubah angin, tapi tak jadi.

Di sebalik semua ni, Allah jawab satu demi satu harapan dan doa aku. 

Wednesday, November 30, 2022

Keikhlasan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 30, 2022 0 komen best

 Ikhlas ni adalah sejenis perasaan yang kita kena didik, bentuk dan proses dalam diri kita, dalam hati kita.

Dan bentuk2 keihlasan tu dia ada banyak, ikhlas harini yang kita rasa tak sama degan yang kita rasa esok atau semalam.

Kisahnye. 

Aku ada seorang kawan yg minta dibantu hidupnya, dulu pernah hidup senang.

Namun begitu dia mempunyai masalah untuk downgrade hidup dia.

Bila dapat bantuan atau huluran org lain, kitorang perasan dia berbelanja yang tak sepatutnya i.e. minum kat coffee house.

Jadi kawan2 yang sesama ikat perut sbb nak bantu rasa sedih jugaklah sebab................yelah. gitulah.

Kita faham dia pernah hidup senang. Tapi dia pun pernah hidup susah jugak weh.

Well kehidupan ni rumit kan. haha.

Semoga Allah beri hidayah untuk kita semua 

Tuesday, November 29, 2022

Almost December

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 29, 2022 0 komen best

 Dah nak habis November, tapi aku tak tulis satu habuk pun pasal November.

Banyak sangat hal yang terjadi bulan ni.

1. McDermott

Aku hampir lompat kerja masuk oil&gas.. expertise aku diperlukan sebagai Logistics Specialist, tapi aku pilih untuk stay kat MB sebab aku rasa potensi aku lebih besar untuk grow kat sini. 

Kalau aku jump, aku hanyalah perempuan kecil di meja kecil yang tak dikenali. "Just some parts of the machine", begitulah umpamanya. Mungkin, satu hari nanti, bila aku dah penat jadi "a part of everything" kot.

Aku suka culture company sekarang, dan aku nak belajar jd project team yang share ilmu dengan org lain, bukan sekadar hebat bercerita pasal epcic tapi kawan² kau tak faham pun kau cakap apa.

2. Pilihanraya

Pilihanraya tahun ni antara yang paling kontroversi dalam sejarah dan aku menyaksikannya sekali lagi. Pasca PRU14 yang lepas menyaksikan keruntuhan kuasa lama, pembentukan kuasa baru yang rapuh, lompat kerusi rebut kerusi dan badut² parlimen dengan aksi² sarkis.

Jadi PRU 15 kalini menyaksikan ketidakpercayaan rakyat kepada mana² ahli politik. Pentaksub² hancur berkecai, politik duit pun dah tak jalan sbb rakyat mmg tgh miskin tapi rakyat "just nak survive je dah". Jadi takde majoriti dalam parlimen terbentuk, Agong ambil sampai 4 hari nak buat keputusan umum perdana menteri sehinggalah Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi PM ke-10.

We just follow the flow. Doa yang baik² untuk Malaysia, ni masa depan generasi anak² kita.

3. TokSu meninggal dunia.

Orang paling tua dalam keluarga sebelah ibu, iaitu pakcik ibu, dah meninggal dunia.

Aku tak banyak kenangan dgn toksu walaupun dia ada je selama 3 tahun aku tinggal Jementah masa kecik dulu. Toksu pandai melukis, berkebun, melayan kerenah budak² nak buat senapang kayu, gunting rambut aku, buat air quacker oat.

Cuba nak ingat yang baik² supaya boleh dikenang, sebab pahitnya besar yang teramat sebab dia punca retaknya dunia yang aku pernah ada satu masa dulu.. and its beyond repair.

Aku tak sedih, sebab lebih sedih memikirkan masa majlis kebumi tu makcik palcik aku punya bertelagah tak settle² & diorang tak pikir pun masing² dah tua esok lusa sape meninggal mmg xsempat nak minta maaf dan baiki semula hubungan darah yang ada.

4. Mak Maxime datang Malaysia.

Well Maxime ni boss aku kat Martin Bencher sejak 2018. Sejak aku kerja sini, dia ada rutin bawa hadiah dari France untuk aku..selalunya dia cakap mak dia bagi.

Ini kali ketiga mak dia datang Malaysia, dan dia bawa hadiah coklat sekotak untuk aku. Coklat France lain skit, rupa dia mcm handmade, mmg ukir cantik & dalam ada melted caramel. Untuk balas hadiah dia, aku bagi kain batik original Malaysia..aku bli yang mahal sikit sbb mak dia rajin buat kraf tangan so aku harap mak dia bolehla guna untuk penghasilan kreatif.

Balik dari jumpa mak dia aku terkesima lama.. sbb mak dia peluk aku banyak kali, sambil menangis. Mungkin sebab sedih, suami dia baru meninggal 5 bulan lepas, awal Julai 2022. Dia buat aku fikir.. betapa lamanya hidup ini untuk dilalui tanpa orang yang disayangi. Mungkin lama tu terasa sebab sunyinyaa nak hidup dalam kenangan.

5. Mungkin kesilapan tidak patut ditulis.

Hidup aku ni berkonflik tak lain tak bukan hanyalah dengan adik beradik & ibu abah je. 

Aku jarang nak ingat silap salah orang tapi kalau org tu dekat di hati mmg otomatik terngiang je dalam kepala ni.

So aku decide untuk cuba buang dari ingatan aku salah silap sesiapa, terutamanya keluarga aku, supaya aku lebih happy dan tak murung.

Ah. Goodnight. Jodoh belum muncul lagi, kbye.

Saturday, October 29, 2022

Most evergreen sad song

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 29, 2022 0 komen best

 I had enough sad songs.

But this remains evergreen in my heart, Teri Mehbooba.


I dont know since when unrequitted love has become my most acceptable genre

And this song played in my head since morning



Wednesday, October 12, 2022

Indiaaa aku datang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 12, 2022 0 komen best

 So. we booked an adventure, as a team.

Tak tahulah ya. Kesyukuran tu sebenarnya membuka banyak sangat pintu, sampai kau rasa macam masyaAllah banyaknya kebaikan yang Allah beri, sampai kau tak sempat2 nak bersyukur, Allah bagi lagi dan lagi.

Dan kau rasa malu sangat kalau tak syukur. Atau kau buat dosa.

Kesyukuran ni kesan dia bukan sekarang, kau memang tak nampak. Tapi kau akan nampak buahnya, hasilnya kemudian, mungkin 5 tahun akan datang, mungkin 20 tahun akan datang, kau tak tahu.

memang betullah kata Allah, bila kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmat.

So siapalah kita untuk tak yakin dengan ketentuanNya, kan?


Kisahnya..

Masa aku baru join company sekarang, aku sorang. Company takde apa2. Zero. Ada satu dua client, bolehlah nak isi periuk nasi. Boss sentiasa takde. Takde staff lain selain colleague kat Singapore & global. Dan banyak benda yang annoying, semua benda slow. Daripada dah terbiasa buat shipment 15-20 file selambak sebulan, jadi 2-3 file sebulan.

Aku berhenti? tak. abah kata aku kena berani dengan pilihan yang aku buat.

Masatu aku syukur je dgn apa yg ada. Cuba suka dengan environment company baru. Tak plan pun nak stay lama, aku cuma nak jadikan company ni sebahagian dari journey hidup aku.

So sekarang aku mula nampak development company ni.

Team yang mula berhasil, boss yang semakin bersemangat dan ada potensi naik pangkat ke regional position, dan skillful team mula dipandang oleh project forwarder yang lain. 

on pur 4th year together, company ajak pergi India - untuk hadir wedding teammate & jalan2.

dah nak cukup 5 tahun, jari jemari dah mula gatal scroll2 linkedin & Jobstreet, cari peluang nak lompat.

Company pun dah kena beli dengan Maersk, aku rasa vibes dia takkan sama.

Mungkin aku stay lagi setahun. Kemudian aku pergi ke tempat baru. Atau buka company -why not kan. 


Cita-cita aku, aku taknak stay dalam industri. Aku nak jadi consultant, atau lecturer, ajar orang tentang logistics, projects and freight forwarding - aku nak tengok industri yang bersih dari kekotoran rasuah dan kronisme.

Sebabnya, Rasulullah juga seorang logistician.

Allahumma Solli 'ala Sayiidina Muhammad.

Salam Maulidurrasul 1444H yang terlewat. Tanpa mengenal Rasulullah, kita pasti bukan manusia yang berakhlak sekarang.

Thursday, October 06, 2022

Menjadi Perempuan Baik itu Mahal Harganya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 06, 2022 0 komen best
In the middle of my age, (well I dont know yet if this is middle but usually 30s is middle age)
I have come to a conclusion that being rightful as a woman is super difficult and expensive.

You have to strained yourself from talking too much or over the boundaries with others, especially men.
Talking to married men caused affairs, apparently.
And attracted jealousy from their women, and you become the caused and source of quarrel, hurting other women.
You dont want that, trust me.

Your environment is not helping, you have to help yourself. Environment is more towards bringing you down than raising you up to be a better person.

Nobody cares if you are weak. But everyone cares when you made mistakes.

The worldly temptation is too much, you have to learn how to make it small or make it feel like they are useless. 

Honestly, honest people are not that many, around you, or to you.
Other than wanting to see you grow, more people either wanting to see you crumble, or wanted something from you...but optimistic me wanted to believe differently.


The world need kind women, even though they are not a safe place for us.
Because... we want to be in the most expensive place in afterlife!


Wednesday, September 21, 2022

The Trust Level in Teamwork & Leaderships

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 21, 2022 0 komen best

 We ate lunch together today, me and boss. Over his favourite dishes.

of course when we talk to each other over meals, we talk about personal views and plans.

Since we recently merged with Maersk, I asked him whats gonna happen and what is his plan. 

He said, "You will be the first to know my plan".


Well yeah. 

We build that trust long time ago when we start building this office up to this point.

Its not an easy work to build someone's trust, but I keep hearing people return good words about myself from him. Which, to me, very inspiring

He took care of our team's welfare, and very much caring as a boss towards our team.

I asked him once, if I ever receive good offer, will he allow me to leave the company?

He said, "Only if the offer is something that you should not let go"


I respect good boss, and good leadership makes another good leaders!



Tuesday, September 06, 2022

Against Online Dating App

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 06, 2022 0 komen best

 Well Ashikin is officially against online dating app.

Biarlah cari belahan jiwa secara organik je.

Ok pengaruh rakan sebaye la ni suh aku cari jodoh online. Bff aku suruh sbb adik dia jumpa jodoh online. Hamjad. 

Mana je yg xpernah try. Baituljannah? Baitulmuslim? Fb dating?  Semua tu...hmph takpayahlah. Not for me.

Well slalunye aku biar jela apps² tu ada. Tapi. Most of the time aku reply mesej pastu aku malas pastu aku tido. Kdg org² kat dlm tu aneh². 

In the end aku yg letih nak layan soalan diorg. Ramai je yg baik² tp mostly xsesuai dgn aku. Ada pula yg otak mereng, otak kuning, biru dan lain² lagi..

Statement terbaru yg paling hampeh aku pernah dgr dari seorg ex-MRSM, "sy ni open minded, nak cari yg xbaik sgt, xminat yg solehah². Jadi jelah diri sendiri".

Bila aku tanya jadi diri sendiri tu ape?

Dia jawab, "Entah".

kalau aku cakap dia bodoh mesti dia meradang kan.

Officially I believe that I'm too busy to do dating or learning to know new people who will waste my time.

Dah. Jgn suruh aku cari jodoh online. 


Monday, September 05, 2022

Hey, i come back.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 05, 2022 0 komen best

 It is unfair for me to grieve over some thing I'm so out of line to ask time to turn back to love only me.

Life is meant for the disappoinment, no matter how much love you receive or how much money you made.

Its about how strong your heart could sustain during difficult times.


Those tough times only made me stronger and more stubborn.

Changed me, in a way I never think of I could be.


But thats okay.

Lets let this go. - Why dont you be you and I'll be me



Wednesday, July 20, 2022

Rasa kecewa tu macammana ye?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 20, 2022 0 komen best

 I have never had a big blow in relationships in my life, simply because I never had one.

The only disappoinment I had before was only with my parents. But parent-child relationship is different, we always bounced back and eventually loved limitlessly.

But this one hits me hard.


Now if people ask me how disappoinments of love feels like,

I will describe it as, 

"you felt like being hit by a truck but you still alive."


And the numbness pain, you have to bear with it for a moment. Maybe for a while.

Wednesday, July 13, 2022

hiatus for a moment.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 13, 2022 0 komen best

 at 32, i feel a little lost, entah kenapa.


I will go hiatus for now.


Until I meet myself again.


bye.


x.

Friday, June 24, 2022

Opening up about your love life

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 24, 2022 0 komen best

 Actually.. spilling secret is so much fun!

Today I spill some of my love life secret to my colleague. Someone who is so good at working in improving herself.

If you think my story is something important, go get it from herrrr

Wednesday, June 22, 2022

New Age, New Home

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 22, 2022 0 komen best

 32 this year!


Dan saya pindah rumah baru. 

Rumah sewa.

Yang kosong.

Banyak Barang.

Penuh Habuk. 

Takde apa.

hmmmm sedih.


Rindu rumah Cicik. Rindu cicik masak. Rindu budak2 nakal.


But I need time for myself now. I need to rethink my life purpose. And deal with some bullshits a little more.

Friday, June 17, 2022

Tak berjaye tukar link

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 17, 2022 0 komen best

 Haih kenapelah susah betul nak tukar link blog ni, dulu rase macam senang je.

Well.

Seminggu aku kat rumah ni work from home sambil mengular sebab jiwa aku mati rasa kot. Dan kereta buat hal, ada cicak masuk kat blower aircond kereta. Rm550 jugakla kene.

Relaks je bayar sambil sabar..Allah pasti menggantikannya dgn yg lebih baik.


Sunday, June 05, 2022

Changing blog address

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 05, 2022 0 komen best

 Aku nak tukar blog address ni..

Well aku sakit hati dengan orang yang insecure dengan diri dia sendiri, rumahtangga dia, rasa aku ni homewrecker, dan jadikan aku mangsa.

Aku tahu, aku tahu sangat aku perempuan single tak kahwin lagi pada umur 30 an. Tapi aku bukan perempuan takde maruah la.. aku pandai jaga diri, aku tak kacau rumahtangga orang.

Aku kerja professionally, dan berurusan seadanya.

If anything, kalau kau ada masalah ngan laki kau, rumahtangga kau, kau check lah laki kau, dan jangan kacau aku

Aku takde kene mengena ngan hidup kau.

Bye.

Aku penatla nak layan org punya insecurity. Nampak bodoh sangat!

Friday, June 03, 2022

Menyemangati Hidup

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 03, 2022 0 komen best

 


Woke up this morning with mixed feelings.
Last night my bff told me theyre getting married. July 30th.

couldnt wait, but couldnt tell if i'm okay.
numb. 
taktahu nak rasa apa, pasal sensor aku selama ni sgt belated & delayed, lepas 2-3 bulan baru aku rasa sedih.

Sebabtu aku x tahu nak express feelings apa ea sekarang.
Dan sebabtu jugak org kat sekeliling aku rasa x appreciated.. sbb aku xpandai express feelings selain marah.

I have to be happy for my friend.
buckle up, you can do this, Ashikin!



Monday, April 11, 2022

April dan Ramadan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 11, 2022 0 komen best

 Kejap je dah April. Ramadan pula.

Ramadan kali ni betul2 macam sendu, lesu, mati rasa, bla3..

Disebabkan hubungan yang tak menjadi tu aku rase macam nak shift kerja pulak aii..

Pagi tadi baca sharing kat fb ada tt cakap pasal kena banyak bertaubat & doa sungguh2 kat Allah.. mungkin tu je la kot yg nak dibuat sementara jiwa lemahh ni..

Fokus bakti kat ibu abah, taknak bagi diorang gaduh2, and kene banyak sabar dalam menyantuni orang tua....

Semoga beroleh pahala dan keampunan dari Allah lantaran buat baik kepada ibu abah nina.

Thursday, March 24, 2022

Kau yang panas dikening. Kau yang dingin dikenang.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 24, 2022 0 komen best

 Seperti kata Rangga kepada Cinta,


"Kadang-kadang kau pikir, lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang. Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang kemudian hanya akan menemukan kemungkinan-kemungkinan."

Well. 
Barang-barang yang beli untuk dulang-dulang sudah saya beri semuanya kepada orang yang pasti akan memanfaatkannya kelak.

Aku minta maaf sebab..kau hanya menemukan kemungkinan-kemungkinan.

Sunday, March 20, 2022

Ubaiy

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 20, 2022 0 komen best

 Kiddos are so so so amazing the way they are.

My nephew Ubaiy, beberapa bulan ni aku selalu ada masa weekend so Jumaat petang biasanya aku dtg rumah kakak aku, ambil dia bawa ke rumah parent kat Nilai & dia sukaa sangat³.

So selalunya dia akan ternanti² hari Jumaat dan dia akan cakap kat mak dia aku nanti datang ambil dia bawak pergi rumah neni.

Dia baru umur 3 tahun okayy.. dia dah boleh estimate kebiasaan orang dewasa. Aku umur 3 tahun apo pun xtahu, yg aku tau tidur makan pakai berak aku sume xde masalah. 😂

Soalan² yang dia tanya pun bukan macam soalan kanak² zaman aku.. semalam dia nak ikut adik aku Awang keluar bersiar² petang naik motor.. pastu dia tanya "cik Awang ada duit ke?".... not normal in our days okay!

Last few months masa aku berkawan dgn lelaki yg aku dh putus tu dia tahu, & dia panggil lelaki tu "ankel". Eh semalam dia tanya aku.. "mana ankel tu?".. aku uji dia tanye ankel mana?  Dia jawab.. "ankel tu.. yang selalu dalam phone antiwa tu".

Even masa dia 2 tahun xpandai borak lagi, aku cakap dgn dia kalau dia pegang kucing antiwa rotan. 2 hari lepastu dia ulang kat aku yg dia taknak pegang kucing nanti aku rotan.

Hence. Dont underestimate kiddos abilities,.. instead, embrace 'em!

Goodnight!

Monday, March 14, 2022

You dont bullshit yourself

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 14, 2022 0 komen best

 Banyak ye skrg org tayang apa laki dia, bini dia bagi sebagai tanda bahagia.

Thats good. 

Yang aku?

Aku sebenarnye dulu² aku fikir dpt bakal suami biasa² sederhana pun tak apa, sbb aku dh takde apa sangat aku perlu. Aku ada kereta aku dah beli rumah so aku okay tak kisah siapapun dia.

Namun begitu.

Bila Allah betul² bagi aku orang yang sederhana tapi takde wawasan hidup, aku tak boleh. Aku down berhari-hari sampai rasa aku teruk. 

So pengajarannye.

Jangan minta apa yang kau tak mampu hadap. Sebab Allah sentiasa makbulkan doa kau, antara cepat dan lambat.


Mintalah Allah beri apa yang terbaik untuk kau, sebab kau pun sebenarnya tak tahu apa², kau hamba je, kau yakin je apa Allah beri untuk kau pastilah yang terbaik.

Saturday, March 12, 2022

Lets end this.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 12, 2022 0 komen best

 Writing this while thinking of someone.

Lets end this of whatever we think of it. Whether we ended this for good, or we end up being together.


I am serious.


x.

Thursday, March 10, 2022

Introspeksi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 10, 2022 0 komen best

 Sejak break-up tanpa kata-kata itu, setiap hari saya fikir kenapa break up. 

Sebab setiap kali orang terdekat tanya kenapa putus, sukar sekali saya mentafsirkan dengan kata-kata.

Well menurut Kamalia Kamal, penasihat tak bertauliah yang sohor di instagram, setiap relationship yang gagal tu kena ada muhasabahnye, kena "audit relationship", supaya we can do better on the next one.

Eh bolayanlah bila aku dah mula campur manglish kat sini.

Well aku banyak membaca sangat agaknya sampai dh tak tahu macammana nak explain yang my deep instinct know he is not the one. 

Kalau listkan memang ada banyak weh. Well of course sebab dia manusia aku manusia yang ada banyak kelemahan. Tapi aku dah pergi sesi kaunseling dgn Normaliza Mahadi, kaunselor perkahwinan.... dia kata; "kalau ada banyak sangat benda yang awak kena compromise, then he is not the one, awak carilah orang lain".

Apa aku cari kat pasangan?

  1. Beriman.
  2. Qowwam, dan Respectable
  3. Suke beraktiviti/pandai isi masa lapang
  4. Tahu yang haq dan yang batil
  5. Mendekatkan aku dengan Allah
  6. Melengkapi, i,e, aku xpandai masak dia boleh ajar, aku nak sambung master dia boleh taja #ehhh
  7. Boleh tegur aku bila aku buat salah, dan boleh terima teguran bila aku tegur.
  8. Sedap mata memandang untuk aku.
  9. Menghargai keluarga
  10. Suka berusaha/sentiasa memastikan diri bekerja & faham konsep tetap berpendapatan (x semestinya berpendapatan tetap tapi setiasa tetap berpendapatan dalam apa jua keadaan. kreatif cari sumber pendapatan xkisahlah meniaga ke, buat grab/foodpanda ke, insurans ke.. tapi dia kene tahu yg dia xboleh makan hasil pendapatan isteri)

Apa BIG RED FLAG yang buat aku terhenti nak teruskan ialah... AKU TAK BOLEH RESPECT DIA.

Ummi Norsiah kata.. Lelaki, kalau dia tahu je point ni, consider the relationship already gone. Lelaki perlukan orang yang look up kat dia, barulah dia rasa qowwam dan dihargai. Namun begitu lelaki yang aku kenal ni, aku dah cuba sehabis upaya nak cari point untuk respect dia tapi tak boleh. Dan itu membuatkan aku tak bahagia.

Well kalau byk sgt dgr teori, aku yg mampoih nnti.. Pokok pangkalnye hati, hati aku suka ke tak. tu je. 


btw yang aku banyak sangat masa menulis ni pasal harini aku suspected positive cov19. Semoga nothing serious.

Kalau aku mati, tolong doakan aku masuk syurga <3 

Monday, March 07, 2022

Marry Wrong can turns you into a monster

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 07, 2022 0 komen best

 When I was in a relationship some time ago, i was always in great anger.

Of course coming from a different background is not a reason. But not being able to understand each other's vision and situation is the problem. I couldn't cope with one's "too much bad habits". So I decide to let go.

Naturally I am not a bad-tempered person. but with him I develop quick temper. I dont enjoy his company, and I dont bring joy to him as well.

So. Conclusively, dont marry wrong as it will change you into some monster that you dont even recognize yourself.

Some wise man says, "save the relationship or lose yourself, or save yourself and lose the relationship. both are painful and hard, but choose your hard".

Thursday, February 24, 2022

kahwinla cepat?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 24, 2022 0 komen best

 i dont have the motivation to "kahwin cepat"

I know that marrying is a fitrah, and sunnah.

I know I am looking for someone to marry. But I dont rush.


Two days ago while sending my car to coating & polish, I took a GrabCar to AEON Nilai, just to do work there. The GrabCar uncle is so friendly & kinda shocked when I as a woman do the car care. He asked,

"umur berapa cik?"

"33"

"Dah kahwin belum?" staple question, I guess.

"belum cik. tu pasalla jaga kereta je haha"

"Kene cari cepat tu cik. 33 dah uii"

Then pakcik is like silent himself, worrying that he might go overboard. InsyaAllah, pakcik..


Well I am back to square one. open for a search again, though my heart is broken into pieces due to my own doing. 

For now let me recreate the smiles on my mother's face. I wanna see that. 

Disappointed with myself

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 24, 2022 0 komen best

 Tak tahu kenapa harini disappointed dengan diri sendiri.

Mungkin serabut dengan project Penang.. 

I shouldn't let this gets to my nerve. Boleh sakit kalau macamni.

Kena banyak belajar tawakkal, kena banyak serah urusan kat Allah.

Kita ni hamba.. kita tak mampu apa2 pun tanpa pertolongaann DIA.


Well.. 

Alhamdulillah! harini my partner in crime kat opis, Liza dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Mahadzir.

Semoga, perkahwinannya kali ini berbuah rahmah, berkah dan mendekatkannya selalu, sentiasa dengan Allah.


Dan, semoga Allah memberikan aku juga, bahagia, dan berakhir syurga, bersama semua yang dicintai aku. 



Wednesday, February 09, 2022

Dark Jokes.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 09, 2022 0 komen best

 32 this year.

And me and 3 of my friends discovered that all of us have fathers that married another in secrecy.

They felt ashamed at first to share the story. Of course. But I have accepted that facts years ago. Thus it sounds easier to me than my friends to accept the fact that our fathers falls into the category of "unfaithful".

is this a trend?

One of my friend discovered having a stepmum while their dad is in coma. so I was like... "hey, we should do a form to conquer dads money". dark jokes, anyway.

So I suggested to one of them; "hey, jom buka Kelab Anak-Anak Yang Bapanya Kantoi Kahwin Lagi".

Purpose kelab ni, support group, untuk anak2 yg broken hearted bila mak bapak dah tua2 pun ada tenaga lagi nak gaduh2 pasal curang, tak setia, isu nafkah, isu isteri susah2 kerja kau senang2 kahwin lain, dan sebagainya.

Memang mencabar weh nak jadi anak yang baik dalam keadaan ibubapa kita broken, diuji, dan macam-macam lagi. Orang kat luar sana ramai sekali direzekikan ibubapa yang lembut dan baik menyantuni anak jadi bila di usia senja anak tak kisah nak berhabis untuk ibu ayah. Tapi.. in our situation, ibubapa masa ada duit dihabiskan ke tempat yang tak sepatutnya, sampai teraniaya diri sendiri, lepastu play victim jadi sebagai anak kami semua (including 4 of us) rasa tak berbaloi nak memberi kepada orang tua yang tak pandai urus wang. Bukan kedekut tapi lebih kepada marah dengan apa yang berlaku.

Besar juga sebenarnya ujian ibubapa curang senyap2 kahwin ni, 

sebab di umur 30 an kami semua baru nak bina hidup. sepatutnya kami mendapat nasihat yang wajar dari ibubapa yang waras. Namun ia tidak berlaku begitu.

And 4 of us tak kahwin lagi.

See the pattern?

Semoga Allah jadikan kami anak yang bersyukur, sebabnya ujian kami ialah parent yang sihat tapi bermasalah, sedangkan sesetengah orang ujiannya parent sakit terlantar.


Allah, jadikanlah kami hambaMu yang syukur seadanya

Sunday, January 23, 2022

Sabotaging my relationships

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 23, 2022 0 komen best

 It is indeed hard to be me.

I tends to sabotage my own potential happiness.. or maybe i think too much?

Semoga pilihan ashikin semuanya baik untuk Islam.

Thursday, January 13, 2022

Braces tercabot!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 13, 2022 0 komen best

Drama betullah pakai braces ni.

Dahh essok kene pegi klinik tampal baliekk



Wednesday, January 12, 2022

Day 2 Braces

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 12, 2022 0 komen best

 Constantly hungry... sebab boleh mkn bubur je. Xboleh gigit langsung, sakittt

Lost 1kg overnight. Mlm tadi perut bunyi mcm radio rosak wehh😂




Tuesday, January 11, 2022

Day 1 Braces on

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 11, 2022 0 komen best
Done day 1 with braces on.

Takleh makan pape. Bubur je.
Sakit lak nak makan benda yang boleh kunyah.

Adoi lapar.

Tgk tv tibe² je semua rancangan ada makanan sedap. 

Adeh.



Monday, January 10, 2022

Tangguh

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 10, 2022 0 komen best

 Ok. Opening 2022.. saya tangguh semua nikah tunang, semua.

What is so wrong with me? 

Wednesday, January 05, 2022

2022, ARE YOU READY?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 05, 2022 0 komen best

 tahun ni, insyaAllah kahwin. 💗💗💗

Tapi xtahulah kenape ye tak excited sgt.

kena banyak belajar syukur, bakal pasangan penyabar orangnya.

Selain kahwin, boleh fokus nak panjat Kinabalu tahun depan!

Tahun ni 32 tahun.

Tak banyak nak plan. Here's 2022 wishlist:

1. Kukuhkan simpanan, RM15k target nak simpan tahun ni

2. Perbaiki perancangan kewangan untuk beli rumah baru

3. Perbaiki ibadah:

-jaga solat

-konsisten baca Qur'an

-konsisten halaqah setiap minggu 

-belajar anger management

4. Kurangkan tgk Netflix, uninstall.

5. Berhenti main candy crush.

6. Baca 5 buku setahun

7. Datang kerja awal setiap hari!


===================================================

Tips dari FB untuk wanita-wanita baik pada tahun 2022:

1. Mula bangun 30 minit awal sebelum subuh, solat sunat 2 rakaat untuk pembuka hari yang penuh berkat. Kalau masih ada waktu, bacalah  Al-Quran. Pahala dapat tenang pun dapat.

2. Mula baca 1-5 helaian buku setiap hari. Contoh satu buku ada 30 mukasurat, jadi kita ambil masa 6 hari sahaja untuk habiskan. 1 minggu 1 buku pun dah alhamdulillahkan? Seronok bersahabat dengan buku ni, walaupun tanpa suara, dia banyak mengajar tanpa melukakan.

3. Mula left group yang suka cakap tentang kesalahan orang lain. Hidup kita dah terlalu suntuk untuk berbual tentang apa salah orang. Jadi orang yang lebih sedar tentang kesalahan sendiri.

4. Mula pilih apa kita dengar. Tapis dari siapa kita dengar. Kalau belajar agama, pilihlah yang disiplin dalam ilmunya, pilih asatizah yang apabila melihat dirinya, kamu nampak "Islam."  Bila dengar dia bercakap, kamu rasa dihargai bukan dihina, bila tengok dia bermuamalat, kamu beroleh pengajaran. Pilihlah, kerana siapa guru kamu adalah lebih penting.

5. Paling penting, mula sayang diri sendiri. Syukur dan redha untuk semua yang Allah bagi. Kita takkan mampu buat apa-apa kalau kita tak sayang diri. Kalau ada buat silap dengan diri sendiri, mintak maaf bukan menyalahkan, kalau ada buat sesuatu yang membanggakan diri, berterima kasih kerana berani mencuba.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea