Saturday, December 29, 2012

small talk. little talk.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, December 29, 2012 0 komen best

  1. Secara fizikalnya, alhamdulillah, seorang sahabat saya telahpun mula memakai pakaian muslim yang sempurna. Maksud saya, melabuhkan pakaian dan menepati standard seorang true muslim. Dan pada suatu hari, dia datang menziarah saya. Dalam pertemuan itu, dia banyak berkongsi. Katanya, menurut suruhan Allah mendatangkan perasaan indah dan tenang, merasa cinta dan bahagia, sedang sebelum itu hidupnya terasa banyak kekacauan dan kegelisahan.
  2. Hidup ni bila pusing-pusing balik kita akan cakap juga tentang perkahwinan. Ini adalah musim saya menerima jemputan-jemputan walimatulurus yang tak putus-putus. Cuma dalam musim exam ini, memang tak dapat hadir ke mana-mana majlis. Ketahuilah, mendidik keluarga dalam rumahtangga bukanlah hal yang mudah. Proses perkahwinan adalah panjang, ia adalah kehidupan yang melengkapkan sebahagian daripada agama, membantu kepada proses keimanan kepada Allah.
  3. Esok exam kedua terakhir sepanjang menjadi pelajar first degree.
  4.  Untuk orang-orang yang melalui kesulitan dalam hidup, semoga Allah memberi ganjaran dan menilainya sebagai amal soleh. Tak ada sesuatu yang diambilNya, melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. 
  5. Seorang demi seorang kawan saya melangkah pulang, sebagai pelajar semester akhir. Selepas ini belum tentu akan berjumpa lagi. Semoga Allah merahmati kita semua. *wave ganbateh*
Salam sayang. 

Thursday, December 27, 2012

Perasaan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 27, 2012 0 komen best


Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang akan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti…

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah perempuan yang pandai nak sentimental.. sebab setelah sekian lama saya menerima lumrah jodoh dan pertemuan, pengakhiran dan permulaan yang bersambung-sambung sebagai satu kehidupan. Cuma tak dinafikan, memang kali ini ada rasa sayu, sebab mungkin, saya tak kembali lagi ke bumi Sintok, tempat tadahan ilmu, tempat saya bertemu mutiara-mutiara berharga, tempat saya merajut ukhwah, melalui segala kepayahan, menjadi matang, belajar menerima dan menolak, mengasihi dan dikasihi, diterima dan dibenci, menemui pengkhianatan dan kesetiaan, dan banyak lagi perasaan yang bercampur baur.. inilah desa tempat saya bermain, pagar dan batu tempat saya memanjat, tempat-tempat yang saya cintai, tempat saya membina keluarga dan menjadikannya rumah saya.

Dalam kehidupan, manusia datang dan pergi. Ada orang dalam hidup saya yang dia datang sesuka hati dan pergi sesuka hati dan saya masih menerimanya bila-bila masa dia kembali. ada orang yang kerana kesilapan sendiri, menjauhkan diri dan hilang dari kehidupan saya. Ada yang stay, berjanji menjadi sahabat sampai ke syurga. 

Saya yakin, kita akan bertemu lagi. Kesatkan airmata dan jangan menangis. 
Especially untuk seorang kawan yang saya panggil ein yang suka menangis bila berpisah :')

Sunday, December 23, 2012

practical placement story

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 23, 2012 0 komen best
This is personal, double-triple personal story level.

Alhamdulillah, pagi ini dapat pengesahan penerimaan tempat praktikal. Saya ada satu prinsip; "adapt". Selama ni saya cari banyak syarikat di seluruh Malaysia; Bukit Kayu Hitam, Shah Alam, Keyel, Bangi, Seremban, Nilai.. Dan CUIC (berfungsi sebagai University Internship Centre) mencarikan untuk saya juga, syarikat di kawasan sekitar Bandar Baru Bangi dan Serdang.

Well abah adalah orang yang paling concern dan ambil tahu tentang proses praktikal saya. Akhir sekali, semua syarikat tidak menerima permohonan saya, kecuali yang terakhir sekali, yang CUIC carikan.

Saya tak katakan company itu kecil atau sederhana ke atau macammana sebab saya cuma ada brief knowledge sahaja tentang company tu cuma saya teringin nak ikut cakap abah, "cari company lain".

Bila CUIC cakap dia carikan saya company yang ini, saya terus suka, rasa macam memang akan ditempatkan di company ini. Masakan tidak, this is the best place yang Allah pilih untuk saya. Sayapun akan masih cuba mencari yang lain, dalam masa yang suntuk ini. Abah kata saya rugi kalau saya tak cuba gunakan certificate yang saya ada untuk praktikal.

Saya memang tak kisah pada asalnya tapi tiba-tiba rasa risau & ragu-ragu bila abah cakap macamtu.
Anyhow, saya tak sabar nak belajar, apa-apapun yang ada di hadapan. Dan, masih cuba mencari, semestinya :)

Thursday, December 20, 2012

makan dengan kucing

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 20, 2012 0 komen best
Harini saya menikmati selangkah demi selangkah, nafas demi nafas pada hari terakhir kuliah, mengimbau setiap yang pernah saya lakukan di bumi Sintok yang nyaman ini. Pagi ini cuaca terasa segar, tak terlalu mendung dan tak terlalu panas, kerana hujan yang turun di awal subuh.

Sampai ke cafe LEGO (sekarang namanya cafe Hijau Kuning), saya berhenti. Menyenduk nasi, mengambil ikan caru seekor dan dua senduk sayur taugeh. RM3.80. Selepas meletakkan pinggan nasi di meja yang agak jauh, saya pergi membeli air.

Well. Apa yang saya jangka berlaku jua. Seekor kucing comel telah mencuri ikan nan seekor daripada pinggan. Saya makan bersama-sama dengan seekor kucing hari ini. Bezanya, dia makan dibawah meja dan saya makan di atas meja.

Setelah sibuk menyiat kulit caru yang agak keras, kucing itu menyambung makan. Belum usai meratah rezekinya, seekor ikan yang agak besar, datang kucing lain mengendeng, dan dia marah-marah. Kedekut pula dengan makanan yang dicuri :3

Lepas saya habis makan dan selesai basuh tangan, dia pun dah cuci mulut dan disebabkan ikan seekor itu terlalu besar, dia membiarkan kucing yang mengendeng tadi menghabiskan makanannya.

Tamat.

Moral of the story;
Kadang-kadang saya rasa macam kita, manusia, sama je macam kucing itu. Allah bagi kita rezeki, dan selalunya kita kedekut untuk berkongsi atau memberinya kepada orang lain, kerana tidak yakin tentang pengagihan rezeki yang Allah kurniakan. Abah saya pernah kata; "Abah kerja, itu tanggungjawab. Dapat gaji, itu hasil pekerjaan. Rezeki, Allah yang bagi, sedang abah tak tahu pun duit dalam poket abah ni, siapa yang punya. Mungkin kawan abah ada anak sakit, pinjam abah duit. Mungkin ada orang curi duit abah, jadi duit tu dia punya. Rezeki, Allah yang bagi. Kalau tidak, masakan anak lembu yang baru lahir tahu dari mana dia boleh menyusu. Siapa yang ajar dia kalau bukan Allah?"

Jadilah pemurah. Jangan bimbang dengan rezeki. Itu kerja Allah. Kerja kita, berusaha :)

Wednesday, December 19, 2012

Lebih baik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 19, 2012 1 komen best
Kakak yang diingati
Semasa baru menjejakkan kaki ke asrama 10 tahun dulu, saya pernah dikunci diluar bilik oleh kakak senior sebagai denda kerana tidak menyusun selipar sebelum pergi ke sekolah. Sejak itu, saya mempunyai tabiat menyusun kasut sebelum masuk ke bilik. Sejak kakak itu menghabiskan menengah rendahnya tahun itu, saya tidak pernah lagi berpeluang berjumpa dengannya. Semoga kakak kiub itu dirahmati Allah, dimana saja dia berada.

Lebih baik
Semalam saya menghadiri dinner rasmi yang terakhir sepanjang sesi menjadi presiden tahun ini. Itulah dinner terakhir, dan kerja organisasi saya yang terakhir, insyaAllah. Dalam banyak-banyak ucapan dan kata-kata yang saya dengari semalam, ucaptama, Prof. Malek ada menyebut tentang kualiti program dan peningkatan serta penambahbaikan dalam diri peserta dan penyusun program.

Erk.
Saya perasan sesuatu. Ya. Ucapan Prof ini tepat dan catchy. Kata-katanya kedengaran mesra, pada saya.
Selama ni, saya tidak meningkat setelah projek berlangsung, mungkin sebab terlupa tentang duduk dan beriman sejenak. Muhasabah. Cermin diri yang macam bagus sangat tu. No wonder, saya tak rasa macam apa yang saya lalui selama ni melonjakkan potensi diri saya, rasa macam merosakkan atau menjatuhkan nilai diri, lagi ada.

Funeral Service
Baru-baru ini ayah sahabat saya meninggal dunia. Sakit kanser. Dan rupanya, kos menguruskan jenazah juga tidaklah murah. Kata kawan saya, kosnya mencecah RM3000. Kos upah mandi, kos hantar jenazah, kos menguruskan jenazah, kos gali kubur, tahlil... Saya terpanggil untuk membaca kembali entri bertajuk 'Funeral Service' yang ditulis hampir tiga tahun yang lalu.

Umat Islam tak digalakkan untuk makan gaji. Rasulullah menggalakkan kita berdikari, dan membangunkan ekonomi sebagai seorang mukmin. Jadi, saya mempunyai 3 pelan jangka panjang dalam hidup ini. Sambung master, membuka nursery kanak-kanak yang membangunkan tarbiyatul aulad, atau melaksanakan servis pengebumian jenazah ini. Servis yang menjadikan manusia sebagai 'orang bijak' kerana mengingati kematian.

Jiwa saya dan keluarga lebih dekat kepada menjaga kanak-kanak. Cumanya sistem yang ada sekarang tak soleh, kanak-kanak yang dihantar ke rumah penjaga hanya dijaga kebajikannya secara zahir, tetapi tidak pada emosi dan jiwanya. Jadi, jika Allah izin umur panjang, saya ingin sekali menjadi sebahagian daripada orang yang mewarnai kain putih anugerah Ilahi yang bakal menjadi syabab dan generasi masa depan.

Saya perempuan yang banyak cita-cita.Semoga Allah izin.
Orang Islam, pilihannya cuma hidup mulia atau mati syahid.
Pada saat dia tak memilih untuk menjadi mulia, I can say, dia bukan true muslim.

Monday, December 17, 2012

Flash Mob di Sungai Petani

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 17, 2012 0 komen best
Flash Mob, dalam bahasa jawanya adalah derma kilat :D

Eh. Bukan derma ketika kilat petir sabung menyabung, bukan. Ia adalah mengutip saham-saham yang secara zahirnya keluar dari poket tetapi sebenarnya lahir daripada hati.

Saya dan rakan-rakan telah menyertai flash mob yang bertujuan mengutip dana untuk membeli ubat-ubatan yang disalurkan terus kepada Haluan Palestin pada minggu lalu di Sungai Petani. Khabarnya Haluan Palestin akan ke Gaza@Palestin Januari nanti, menyumbang apa yang boleh kepada saudara kita di sana, menyampaikan rasa kasih cinta dan sumbangan rakyat Malaysia kepada mereka.


Lepasni siapa nak join jomlah :)

Sunday, December 16, 2012

Minggu terakhir

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 16, 2012 0 komen best
Hari ini adalah hari pertama minggu terakhir pada tahun akhir untuk saya sebagai pelajar undergrad.

Masa berlalu begitu cepat.

Tak mungkin saya merasakan yang baru semalam memijak kaki di bumi Sintok setelah banyak perkara yang saya pelajari. Namun saya akui saya tak rasa puas belajar dan hidup di sini, walaupun ada kawan-kawan yang dah excited nak bekerja dan berkahwin.

Untuk minggu terakhir ini, ada beberapa kelas sahaja kerana ada kelas yang sudah ditamatkan minggu lepas. Berazam untuk buat yang terbaik. Saya, sebenarnya dah lama nak buatkan kad-kad ucapan khas untuk pensyarah-pensyarah saya. Dan juga kawan-kawan yang hampir setiap hari bercakap pasal habis belajar, jemput kahwin dan siap ada yang bergurau kata kalau dah habis belajar, susah nak jumpa saya sebab setiap kali call tengah meeting dengan menteri lah, outstation ke apa-menggambarkan dan membandingkan dengan saya yang masa belajar suka sibuk dan tak ada kat bilik. Ah. Siapakah saya pada masa hadapan, saya juga tidak tahu. Yang pastinya saya tidak ingin jadi surirumah yang hanya duduk di dapur dan menjaga anak. Pakcik Rosdi sendiri berkata; "ana lebih suka isteri ana membaca tafsir berbanding duduk berlama-lama masak di dapur". Seorang makcik sahibah juga berpesan,"Jangan sampai kita sibuk meneliti resepi dan mewangikan diri untuk suami sampai lupa apa yang di depan. Jangan rasa selesa, kita kena persiapkan diri untuk apa saja". Wise person, wise word. kan? Well. Kalau saya buat kad-kad tu semua, pastilah ianya satu list yang panjang.

Untuk minggu terakhir ini saya perlu menghantar satu lagi tugasan lanjutan daripada poster FYP dan articles yang ditulis. Ah, menulis ini, rasa sayu pula.

Menjadi undergrad adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Semoga kita lebih menyediakan diri dengan apa yang bakal ditempuh pada masa depan.

"The day you stop learning is the day you die"- Mr. Asif

Wednesday, December 12, 2012

ucapan penutupan SIPTIK 2012

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 12, 2012 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim. 
Yang dihormati, Yang Berusaha~, Yang Berusaha~, rakan sejawatan saya, Mohamad Indera Asraf dan Mohd Arif Yusof yang menerajui kelab kursus masing-masing, Pelajar semester akhir, serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah, dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita hadir, berkumpul pada malam ini, bagi meraikan para pelajar semester akhir, peserta-peserta pertandingan poster SIPTIK 2012, para profesional dan practitioners yang dijemput khas daripada industri, guru-guru pensyarah kita yang tak jemu-jemu memberikan panduan nasihat dan tunjuk ajar, para pelajar yang tak juga jemu meneguk ilmu, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana yang sangat dihargai dalam ketelitian dan ketekunan menjayakan program dua hari ini, dan juga hadirin-hadirat yang telah sudi menjayakan program dua hari yang penuh gilang gemilang ini. Tanpa hadirin sekalian, maka, apalah ertinya program yang dianjurkan ini :)

Alhamdulillah, SIPTIK 2012 telah menyaksikan gandingan cemerlang daripada tiga golongan iaitu industri, pihak staf pentadbiran & pensyarah, dan juga para pelajar. Gandingan ini pula telah menggabungkan tiga kursus utama dalam Sekolah Pengurusan Teknologi dan Logistics, iaitu MOT, POM dan Logistics. Program ini sangatlah unggul kerana ia disusun bukan sahaja untuk kebaikan para pelajar, kerana ia memberi manfaat kepada semua pihak. Malah, program ini dilihat terkehadapan, pertamanya kerana ia kearah membentuk masyarakat yang celik persekitaran yang menjurus kepada penjagaan alam sekitar pada 10, 20, atau 100 tahun lagi, keduanya, program ini mendidik generasi intelektual yang akan merealisasikan hasrat dan harapan program ini pada masa akan datang, yang setahun dua akan datang bakal bergiat dalam industri dan berbakti kepada masyarakat.

Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang ada dihadapan saya pada hari ini untuk merealisasikan ilmu yang diperoleh untuk ditafsirkan kepada amalan dalam kehidupan, kerana "ilmu tanpa amal, ibarat pohon kayu yang tidak berbuah". Saya mengharapkan dan menyokong usaha untuk meneruskan lagi program ini pada masa hadapan, insyaAllah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru ketiga-tiga kelab yang bakal menyambung delegasi muhibbah antara tiga kursus yang menjadi penghubung utama dalam melaksanakan program-program kerjasama.

Sebelum saya menamatkan ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pelajaran sedikit masa sahaja lagi, setelah bertungkus lumus selama hampir empat tahun di bumi bertuah, Sintok. Teruskan belajar dan menikmati ilmu, kerana pensyarah kita, Encik Asif Zamri pernah berpesan, "Enjoy your life, keep learning, because the moment you stop learning is the moment you DIE". 

Akhir kalam, selamat menikmati saat-saat indah di UUM. Assalamualaikum WBT.

Friday, December 07, 2012

Retirement speech

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 07, 2012 0 komen best
We've got a very nice appreciation dinner tonight. I can see our junior did a hard work for a fabulous dashing night. And since I've got no chance myself to give any speech, so I should say some retirement speech, since I loves my friends and junior, a whole lots of love, greater than myself.

First of all, terima kasih, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan kesabaran dan kekuatan untuk hidup menggalas amanah dan tugas yang terasa amat besar sehingga berat benar bahu ini untuk memikulnya, sehinggalah ianya selesai pada hari ini. Terima kasih kepada orang yang pernah terlibat dalam proses melantik saya sebagai Miss Presiden, terima kasih kepada penasihat yang dikasihi yang sangat mempercayai kami untuk menjaga 500 pelajar BBA Logistics&Transport selama setahun, yang mana dalam proses ini kami saling mengenal, melalui masa-masa susah dan senang bersama, kena marah dan menghadapi rasa takpuas hati, kalau benci disebarkan dan kalau suka simpan diam-diam. Terima kasih kepada majlis tertinggi kelab yang selama ini banyak menghadapi susah senang bersama, bergaul dengan mesra dan menerima kelemahan sesama lain dengan lapang hati dan sering memaafkan : Setiausaha; Phoenix dan Wai Min, Timbalan Presiden; Ruban dan Waikit, Bendahari yang bekerja keras; Jaxx, Exco-exco Akademik; Wei Son dan Amelia, Alumni; Hui Shan dan Uvanna, Sukan; Suresh, Kebajikan Pelajar; Peiqi, Perhubungan Awam; Chensim & Thirumaal, Keusahawanan; Christine Kung & Sarwani. Tidak lupa juga, kepada rakan-rakan sekuliah, rakan se-batch, rakan-rakan presiden dalam team presiden COB, dan staf-staf UUM yang banyak mendidik kami dan membantu kami dengan sebaiknya sepanjang kami dalam proses belajar dan bekerja untuk melaksanakan projek-projek.

Lots of thanks; saya telah mempelajari banyak perkara dalam masa setahun, belajar menangis, berkongsi, mengenal karekter yang boleh dipercayai dan sebaliknya, belajar menguruskan banyak perkara, mengenal sisi negatif dan positif diri sendiri, belajar menerima kelemahan dan kemarahan orang lain dan bagaimana mengurus emosi.

Sejujurnya, saya tidak sukakan tugas ini kerana terpaksa mengharung banyak perkara yang saya tidak suka: banyak mengetahui rahsia orang lain, menghadiri program-program yang kadang-kadang macam tak perlu, banyak program yang late notice, pihak pentadbiran yang kadang-kadang memaksa..... Namun itu mengajar saya sedikit realiti tentang dunia diluar sana. Mungkin, Allah beri tugas ini kepada saya kerana pada asalnya saya sangat lurus dan polos (seriously, i tell you! ) so i should learn a bit yang dunia ada banyak orang baik yang buat jahat sikit-sikit' dan 'orang jahat yang buat baik sikit-sikit'.

Namun hal yang paling menggembirakan ialah saya masih dapat beriman, masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, masih pergi program dengan degilnya bila ada pertembungan program, belajar bersilat-silat dengan program 'kelainan upaya'.

Alhamdulillah, tugas ini sudah berakhir, tetapi belum selesai. Berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan prinsip 'seperti ikan dilaut, meskipun hidup di air masin, rasa dan jiwanya tidak termasin sama'.

Selamat maju jaya kepada kepimpinan baru :)

Malamni saya tak puas hati kena duduk kat meja VIP. Makan banyak course dan tak dapat sembang-sembang dengan kawan-kawan.

Thursday, December 06, 2012

Restless

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 06, 2012 0 komen best
I've got so restless this week. Ada submission, pembentangan tugasan, kuiz, seminar SPAD dan beberapa lagi hal. Dalam kesibukan ini, kebanyakan kita memberi alasan tidak sempat itu dan ini.

Most probably kita tak sempat melaksanakan sesuatu itu sebab ia nampak tak penting pada kita. Kita tidak tahu bahawa perkara tidak penting yang tidak dihiraukan itu adalah bahagian yang penting kepada orang lain.

Kita tak sempat berbuat sesuatu, adalah kerana kita tidak meletakkannya dalam jadual kita. Membaca buku, contohnya. Kita tak sempat meluangkan masa membaca buku atau menghabiskan membacanya kerana kita tidak memperuntukkan masa untuk membacanya.

Begitu juga dengan alasan tidak sempat membaca al-Qur'an setiap hari. Kita bukan tidak sempat atau malas, kita sebenarnya memang tidak memperuntukkan masa untuk itu. In the same mean, kenapa kita sempat bermaksiat dan membuat perkara-perkara leceh dan tidak bermanfaat adalah kerana kita meluangkan masa untuknya.

Jadi mulakanlah meluangkan masa untuk satu perkara yang baik, walaupun berdikit-dikit. Dalam masa yang sama, kita cuba berusaha untuk menangguhkan dulu hal-hal yang mengarut dan tak soleh. Azam baru hari ini.

Sunday, December 02, 2012

Anjing-anjing penjaga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 02, 2012 0 komen best
Dunia yang kita hidupi sekarang, adalah dunia keterasingan. Berada didalamnya membuat kita merasa aneh untuk hidup sebagai muslim. Pemimpin dunia yang ada, adalah ibarat 'anjing-anjing penjaga' yang dibela oleh pihak berkepentingan, diberi makan minum dan kehidupan selayaknya, untuk menjaga kepentingan tertentu dan bertindak mengikut arahan. Dan bila 'anjing-anjing' ini sudah tua, atau mula 'menggigit' tuannya, ia akan cepat disembelih, lalu 'anjing penjaga' ini digantikan dengan anjing baru, yang muda dan garang, yang berkhidmat bakti melindungi tuannya, dan kitaran hidupnya berterusan seperti tadi: bila ia sudah tua, ia bakal diganti lagi.

Tak perlu merasa gembira mendengar pemimpin yang zalim mati. Mungkin penggantinya lebih zalim, kita tidak tahu. Untuk mengelakkan pemimpin yang zalim, mulakan membina masyarakat yang soleh dan beriman, kerana pemimpin adalah orang yang didukung masyarakat dan datang daripada masyarakatnya, golongannya.

Maafkan saya kalau perkongsian dan catatan kali ini kedengaran kasar pada bahasanya. Memang, kadang beduk perlu diketuk, untuk membangunkan jiwa yang ketiduran.

Teruskan boikot. Membacalah, menambah ilmu dan kefahaman. Doa jangan putus, untuk kekasih-kekasih kita, di tanah yang bermandi darah.

Al-Faatihah.

Friday, November 30, 2012

Tujuh kali mencela jiwa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 30, 2012 0 komen best
Tujuh kali aku pernah mencela jiwaku,
  1. Pertama kali ketika aku melihatnya lemah, padahal seharusnya ia bisa kuat. 
  2. Kedua kali ketika melihatnya berjalan terjongket-jongket dihadapan orang yang lumpuh 
  3. Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang sulit dan mudah ia memilih yang mudah 
  4. Keempat kalinya, ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diri dengan mengatakan bahawa semua orang juga melakukan kesalahan 
  5. Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu mengatakannya sebagai sabar 
  6. Keenam kali, ketika ia mengejek kepada seraut wajah buruk padahal ia tahu, bahawa wajah itu adalah salah satu topeng yang sering ia pakai 
  7. Dan ketujuh, ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai suatu yang bermanfaat 
~ Khalil Gibran

Wednesday, November 28, 2012

dear singles

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 28, 2012 0 komen best
Ini sesungguhnya adalah entri motivasi bagi para gadis, pemudi dan pemuda yang belum berkahwin. Khas. Khusus untukmu :)

Dalam suatu majlis ilmu yang sarat dengan pemuda-pemudi harapan Islam, kami mendekati seorang pakcik yang terkenal dengan jiwanya yang semangat dan penuh hikmah dalam setiap tutur katanya. Beliau lebih mesra disapa 'pakcik', walaupun beliau merupakan seorang saintis muslim yang hebat, insyaAllah.

Katanya; "Anak muda, dalam kebanyakan majlis, suka bertanya pakcik macammana nak jaga hati, soal pernikahan, rumahtangga, ikhtilat, cinta. Anti boleh bayangkan tak; Kaab bin Malik, Abu Bakar As-Siddiq, Bilal bin Rabah, Saidina Ali (in the same mean, para sahabat) tanya kat Rasulullah pasal kahwin, tentang cinta? Para sahabat bertanya hal-hal yang lebih besar.. Macammana syurga itu.. macammana nak jadi ahli syurga.. Para sahabat, rasa excited nak masuk syurga!"~

First point. Mahabbatullah. Dunia akan mengejarmu tatkala kau mengejar akhirat. Cintailah Allah, kepadaNyalah segala urusan diserahkan.

Bukanlah saya nak suruh miss/mr singles untuk berhenti mencari dan menafikan fitrah, tapi berhentilah untuk obses dan stress tentang perkahwinan. The best things of being single is you own the time all to yourself. Jadilah wanita yang mulia since tak ada kemuliaan lain selain kemuliaan Islam. Single is not a reason not to enter Jannah, by the way. Remember Rabi'atul Adawiyah?

Monday, November 26, 2012

Murobbi Cinta I

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 26, 2012 0 komen best
Sudah lama tak berkongsi dapatan ilmu daripada taman-taman syurga yang berpeluang untuk dihadiri. InsyaAllah, kali ini, kita mengungkai satu tajuk yang indah, seindah perkataannya sendiri, cinta. Tentang cinta.  Pada sabtu malam yang lalu, saya berpeluang mendengar sendiri penyampaian daripada Ustaz Hasrizal, seorang penulis yang rendah hati, yang telah saya ikuti penulisannya sejak 2007, yang suka berkongsi tentang kehidupan, dan dalam kebanyakan bahagian penulisannya, saya paling suka tentang tarbiyatul aulad, bagaimana beliau berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Pertamanya, panel program, Sir Fadhli Mohd Diah bertanya; "Mengapa persoalan Cinta ini begitu penting untuk dikupas, terutamanya bilamana audiensnya adalah mahasiswa-mahasiswi, para pemuda? kenapa bukan isu Gaza, Falastine, Syria yang sedang hangat sekarang ini?"

Untuk menjawab pertanyaan ini, ustaz berkongsi;
"Dalam kitab yang ditulis oleh Ibnu Khalkan, beliau menulis tentang kecemburuan Nasrani terhadap tamadun Andalus yang unggul, sehingga mengutuskan spy (perisik) untuk meninjau keadaan di Andalus. Suatu hari, si perisik melihat seorang pemuda Andalus menangis di atas sebatang pokok, lalu bertanya; "kenapa kau menangis wahai pemuda?" dan pemuda tersebut menjawab, "Aku ini pemanah. Setiap kali aku memanah, dua ekor burung pasti terkena panahanku. Pada kali ini, aku memanah tetapi panahanku hanya mengena pada seekor burung" (Pemuda ini, sebenarnya sedang menangisi kepudaran kualitinya dalam memanah). Melalui risikan ini orang Nasrani berkeputusan, bahawa waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk menyerang dan menakluk Andalus. Pada suatu tempoh yang lain, si perisik melihat seorang pemuda menangis, lalu dia bertanya sebab tangisan pemuda itu, dan pemuda itu berkata, "aku merasa sedih kerana cinta terhadap kekasih yang tidak kesampaian". Pada waktu ini, Nasrani berkeputusan, "inilah masanya Andalus diserang"."

Andalus diserang, ketika pemudanya sudah kepudaran potensi, dan kualitinya sudah berkurang, disebabkan kecintaannya. Andalus tidak diserang, ketika kualiti pemudanya utuh dan kukuh, unggul sehingga menggerunkan musuh.

Ketika Sepanyol menjuarai perlawanan bola (well saya betul-betul tak tahu juara tahun bila match apa, minta maaf) , coach pasukan ini ditanya apakah rahsia kejayaan Spain dan beliau menjawab, "Saya memastikan setiap ahli pasukan ini mempunyai rasa cinta, mempunyai orang yang disayangi, untuk dijadikan motivasi".

Apa yang dapat diekstrak daripada cerita-cerita ini ialah, cinta tidak dapat dihapuskan, ianya hanya boleh ditukar menjadi sesuatu yang luarbiasa. Cinta, adalah perasaan yang dijadikan Allah dengan mempunyai tujuan (purpose) dalam diri kita sebagai salahsatu tanda kebesaranNya, tanda kasih sayangNya, agar ia menjadi alat (tools) untuk kita hidup mencintaiNya, beriman kepadaNya.

Cinta, adalah sesuatu yang penting kerana potensi yang ada pada cinta dapat melahirkan sesuatu yang luarbiasa. Dan, Cinta juga penting untuk diselamatkan daripada disalahgunakan oleh penjenayah-penjenayah cinta, daripada dirosakkan oleh polis-polis cinta.

Dan Allah menjadikan cinta dengan aturan-aturan dan peraturan-peraturan, yang membantu kita menikmati hidup dengannya.

Sekadar itu saja untuk kali ni. akan bersambung, insyaAllah.

Perempuan dalam hujan II

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 26, 2012 0 komen best
Malam ini perempuan itu berpeluang berjalan dalam hujan lagi. Dia kesejukan, baru usai berteleku di library peti sejuk sepanjang hari, meluangkan masa dan meneliti tugasan yang ada. Tatkala berjalan dalam hujan, dia berpapasan dengan beberapa orang yang dikenalnya, yang melemparkan senyum dan menghulurkan salam. Hatinya terasa berbunga. Hujan renyai-renyai lewat isya', mengukir rasa bahagia, kerana perempuan itu ditemani nyanyian katak yang meraikan hujan, sebagai tanda rahmah dan kesyukuran. Nyanyian, yang suatu masa dulu, amat digeruni sehingga abangnya terpaksa mendukung kerana sudah terlewat ke kelas mengaji. Tiba-tiba dia terasa lucu lalu tersenyum.

Perempuan itu menikmati kehalusan hujan, yang menemaninya berfikir di sepanjang jalan.

Saturday, November 24, 2012

Perempuan dalam hujan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, November 24, 2012 0 komen best
Perempuan itu, berjalan dalam hujan, setapak demi setapak. Derap bunyi rumput dipijak, rintik hujan yang jatuh ke atas payung terasa indah. Dia terasa segar bermesra dengan hujan yang dicintainya. Pun begitu, cintanya tidak sampai membuat dia tidak mahu berlindung dari kebasahan.

Dalam hujan itu, dia teringatkan rehlah dalam hujan yang dinikmatinya bersama teman-teman hampir setahun lalu, di lembah pacat, Perlis. Dalam hujan yang tak ketahuan itu, dirinya bersama kumpulan berjalan setapak demi setapak. Pacat yang sedang menikmati hidangan mungkin terasa nikmat yang bersangatan, kerana hidangan masuk sendiri ke dalam periuknya. Pada saat itu, disebabkan fokus mencari jalan kembali ke tapak khemah dalam musim hujan pada hari yang hampir gelap lebih besar berbanding rasa sakit diuliti pacat, maka gigitan pacat terasa seperti gigitan nyamuk.

Dia terfikir, itulah kehidupan. Jika fokus yang lebih awla dan besar difikirkan, maka masalah yang ada nampak kecil-kecil dan ringan sahaja. Namun jika masalah kecil dijadikan fokus, maka ia menjadi penghalang kepada fokus yang sepatutnya.

Perempuan dalam hujan itu menyambung perjalanannya. Tadi dia ingin mengisi perut, sebelum bertemu rakannya yang meminjam pen-drivenya. Maklum, musim hujan hujung tahun begini, perut terasa lapar sekali. Dia ingin berbaring dalam selimut sahaja pada hari yang dingin ini, sepertimana orang mati. Tapi, hari ini, dia, perempuan dalam hujan ini dengan penuh rasa syukur, berjalan dalam hujan, kerana masih hidup dan bahagia menikmati hujan, hamba Allah yang taat.

Kursus Etiket & Protokol

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, November 24, 2012 0 komen best
Semalam saya berpeluang mengikuti Kursus Protokol dan Etiket. Dalam kursus ini, saya mempelajari cara untuk menghadiri majlis, corporate dress-code, cara berpakaian, majlis makan rasmi, etc. Dan akhirnya makan. Ya, adalah perkara yang bagus untuk belajar sesuatu sebagai ilmu. Tapi saya tidak faham kenapa di negara timur yang makmur dengan adab sopan yang tinggi dan kehalusan pekerti ini masih berkejar-kejaran mahu mengadaptasi budaya barat sebagai budaya kita. Ini sangat menggelikan, sesungguhnya. Kalau nak jadikan ianya satu ilmu etiket sosial yang dinamik, lebih baik ajarkan saja semua jenis etiket sosial yang ada di dunia. Adab makan orang Arab, adab berbahasa org India, Cara bersosial orang India, Rusia, China, dan budaya-budaya merentas dunia, kemudian kita murnikan dan raikan kesemuanya tanpa mengubah originalitinya.

Menghadiri kursus ini membuatkan saya tersedar tentang sesuatu. Sedang kita diajar tentang protokol barat yang leceh itu, ia memberitahu kita "This is the best way to eat your bread, your sauce, your soup. This is the best way to impress people in your interview. Your style seems void". Apakah tidak baik cara kita yang diamalkan sekarang? Tanpa sedar, ia sedang menyuruh kita menghapuskan sistem hidup yang lebih baik daripada itu. Sistem hidup Islam yang rapi dan syumul (menyeluruh), yang lengkap.  Yang meraikan perbezaan umat. Yang merasa selesa dengan siapa saja saudara kita. Kita akan terikut-ikut dengan cara yang diajarkan dalam etiket sosial ini, bila kita tidak lagi merasa mulia dan tinggi dengan amalan yang diajarkan Islam, amalan Rasulullah.

Ingatlah. Mereka akan membuatkan kita mengikutinya, sehingga ke lubang biawak sekalipun. Mereka akan mengubah sistem hidup kita, cara penampilan kita, cara kita berfikir, hatta gaya makan sekalipun mereka sibuk nak ubah. Mereka ingin jadikan kita sepertii binatang yang hidup bernafsu. "Mereka" yang dimaksudkan ialah Yahudi & Nasrani. Kalau kita tidak ingin merancang perjalanan hidup kita, sistem yang ada akan merancang hidup kita, maka hilanglah kemuliaan kita sebagai pemuda Islam.

Salam
Dalam protokol dan etiket sosial yang telah dipelajari semalam, jika tak menyambut huluran tangan orang lain, kita dikatakan memalukan orang tersebut. Islam, adalah agama yang penuh hikmah. Jika tak menyambut huluran, kita boleh senyum dan sebelum orang tersebut menghulur tangan, kita boleh meletakkan tangan di bahu sebagai tanda hormat.

Pada kebanyakan waktu, tudung labuh adalah satu protection ampuh daripada lelaki untuk tak bergurau sesuka hati dengan kita, dan bersalam-salam macam hari itu hari raya. Namun ada waktu-waktunya, ada juga pakcik-pakcik dan saudara mara yang hulur tangan. Mungkin dalam hati, kita berkata, "pakcik ni tak faham ke kita tak boleh salam lelaki bukan muhrim". In this case, untuk kali pertama memang susah nak cakap "tak boleh salam" atau menyorokkan tangan. Jadi, silalah senyum dengan doa dan harapan supaya Allah melindungi kita dan memberinya kefahaman!

Monday, November 19, 2012

Not so you

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 19, 2012 0 komen best
Post pada kali ini, adalah khasnya untuk diri sendiri, dan istimewa kepada orang lain, yang saya kasihi.

Kebelakangan ini, musim terasa berubah. Keadaan terasa mendesak. Ada manusia yang baru lahir, ada yang pergi menghadap Ilahi. Namun dunia masih berputar, bulan masih beredar, awan masih berarak, matahari masih bersinar, malam dan siang silih berganti. Masa dalam kehidupan ini, masih tidak terhenti.

Semester terakhir. Not to say I am losing track of time sebab sudah terlupa minggu ke berapa. Rasanya, ini minggu ke 11. Rasanyalah. Yang saya tahu, ini adalah 5 minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir bermula. Resah? Ya, saya sedang resah dengan kerja-kerja FYP. Saya fikir kami sepatutnya sudah diberikan taklimat tentangnya pada akhir semester lepas jadi tidaklah seserabut sekarang ini. FYP saya bukanlah sekadar apa yang saya perlu hantar sebagai tugasan, saya juga memasukkan rancangan lain sebagai satu task yang mesti dicapai sebagai seorang muslim.

Walaupun belajar yang pertama, menjadi muslim dan memperbaiki diri dan orang lain itu bukan yang kedua.

Membunyikan loceng-loceng kerisauan, merasa berat melaksanakan sesuatu, merasa puas dengan apa yang dilakukan, tidak menyumbang kepada orang lain, tidak membaca bahan-bahan tambahan yang bermanfaat, sering leka dan buang masa, tidak mengatur masa untuk belajar, bersukan, berukhwah dan tidak menjaga makan-minum, melakukan segalanya ala kadar.....semua ini tidak meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya, kesilapan besar dalam memposisikan diri sebagai seorang pelajar muslim. Saya kira, ini, adalah kesilapan besar yang akan saya ingati sepanjang tempoh ini.

Gred pada keputusan akhir, tidak melambangkan kualiti diri, jadi, tak ada apa yang boleh dibanggakan.

Berhentilah. Mulakanlah memposisikan diri. Belajarlah daripada kesilapan, binakan benteng-benteng utuh, agar tidak mudah larut dengan suasana yang menyembelih jiwa hamba. Bukan kemenangan yang lewat tiba, sebenarnya, kita ini yang berlengah-lengah dari berjuang.

Maka, lanjutkanlah gerak, merebut kemenangan!

Friday, November 09, 2012

Tarbiyyah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 09, 2012 2 komen best
Dewasa ini, sering sekali saya terjumpa perkataan tarbiyyah terlakar di dinding-dinding mukabuku, terlafaz di bibir sahabat-sahabat di universiti, menjadi satu keinginan, keperluan dan kemahuan pula untuk mendapatkannya. Pastilah, hati ini terasa bahagia apabila Allah memilih lebih ramai hamba-hambaNya dari kalangan sahabat-sahabat terdekat untuk mengenali apakah tarbiyyah, dan melaluinya.

Ada orang kata, tarbiyyah ini, adalah didikan. Hakikatnya, ia lebih dari itu.

Tarbiyyah adalah suatu proses, dan ianya bukan suatu matlamat. Apabila ianya adalah proses, maka ianya perlu kepada input dan output. Ia menghasilkan orang yang lebih baik apabila bertemu dengan Allah.

Tarbiyyah itu ibarat washing machine. Dan kita adalah bajunya. Bezanya, sama ada kita adalah baju yang masuk ke dalam washing machine, atau baju-baju yang terperonyok di tepi-tepi washing machine. Dan antara dua jenis baju ini, yang manakah yang akan dipakai dengan rasa seronok, maka itulah kesannya tarbiyyah.

Tarbiyyah ibarat kilang, memproses manusia daripada kementahan kepada kematangan, kepada sesuatu yang berguna, kepada menjadi hamba Allah yang lebih baik, yang mampu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.

Proses ini tidak pernah berhenti, dan ianya berterusan, sehingga mati.

Friday, November 02, 2012

Sahabat, tali dan layang-layang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 02, 2012 0 komen best
Dalam semester ini, saya menemukan banyak falsafah tentang persahabatan. Sebab bila dah senior *in the same means, dah tua*, pengalaman yang dilalui sangat berharga dalam mematangkan diri dan berkongsi dengan adik-adik dan junior, yang kebanyakannya clueless dengan sikap sahabatnya yang berubah, merentasi waktu. Sahabat, ibarat tali dengan layang-layang. Dialah yang mewarnai hari-hari kita, through thick and thin. Mungkin catatan kali ini, yang berkisarkan nasihat yang pernah diberikan adik-adik saya, boleh dijadikan rujukan diri sendiri pada masa hadapan.

Sahabat, ibarat tali dan layang-layang. 
Kita dan dia, saling terikat. Kita tidak menyimpannya dan biarkannya menjadi buruk. Dalam masa yang sama, membiarkan dia terbang bebas. Bila terlalu jauh dan hampir terlepas, kita tarik semula. Bila kelihatan tidak stabil dan hampir jatuh, kita bantu ia untuk naik. Bila nampak dia berada di atas, kita rasa lega, kita jaga kestabilan dia, tolak dan tarik talinya, bertolak ansur dengan persekitaran. Semasa kecil, apabila membuat layang-layang, kita suka menghiaskannya cantik, kan? Kerana sahabat, adalah cermin diri kita.

Bersahabat adalah latihan dalam mengenal diri dan pasangan apabila berumahtangga kelak.
Ini adalah sebahagian kata-kata yang diberikan kepada adik-adik kesayangan saya.
Bersahabat, memerlukan masa untuk mengenal. Taaruf luar dan dalam. Banyak menghabiskan masa bersama, mengambil berat antara satu sama lain. Tahu bertolak ansur, saling membahagiakan. Bila rasa tak puas hati, cari cara untuk selesaikan. Saling memberi hadiah, walaupun bukan hari yang tertentu. Supaya nanti, bila berkahwin dan berpasangan, tahu bagaimana mengendalikan hubungan dan menggembirakan orang lain. Itulah yang berlaku antara saya dan roommate, orangnya sangat bertolak ansur dan membahagiakan, berlapang dada dan sangat memaafkan. Corak hidup berumahtangga adalah kesan pergaulan sebelumnya. Kalau berumahtangga, kita ingin sama-sama masuk syurga, tidakkah bersahabat, kita juga ingin bersama?

Kalau letih menyantuni sahabat.
Dalam bersahabat, memang kita perlu banyak berlapang dada dan saling memaafkan. Kerana, sekecil-kecil ukhwah, adalah berlapang dada. Dan sebesar-besarnya, ialah mendahulukan orang lain melebihi diri sendiri. Kalau anda rasa dah capai tahap sebesar-besarnya tu cuba check balik. Kadang-kadang kita ni perasan sendiri je, sebab kita mungkin melebihkan kepentingan diri, dan sebenarnya, untuk mencapai sekecil-kecil ukhwah pun kita selalu gagal. Iya, bukan senang nak berlapang dada, especially bukan dengan darah daging sendiri, melainkan ukhwah yang kita bina itu adalah ukhwah atas iman..




Friday, October 12, 2012

Volunteers

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 12, 2012 2 komen best
Malam tadi, saya berjaga sepanjang malam di Hospital Sultanah Bahiyah, menjadi volunteers. Kali ini saya menjaga bahagian 'secondary', atau dalam bahasa melayunya, 'saringan kedua'.

Dalam HSB, kami hanya berkhidmat untuk bahagian kecemasan. Team kami ada lapan orang, dua di bahagian kaunter pendaftaran, dua di bahagian 'secondary', tiga di bahagian 'yellow zone' dan seorang di bahagian 'procedure'. Masa kali pertama dulu saya bertugas di kaunter, yang sangat sibuk pada waktu malam bermula sehinggalah pukul 2 pagi. Kaunter saringan kedua menentukan doktor yang mana satu pesakit akan mendapat rawatan. Yellow zone pula adalah bahagian untuk pesakit separa kritikal. (untuk pesakit kritikal adalah red zone), dan prosedur adalah tempat mencuci luka dan pemeriksaan mata.

Menjadi volunteers memerlukan minat, dan kesabaran yang bersangatan. Kena sabar layan kerenah orang-orang sakit dan juga orang yang ingat kerja volunteers ni dapat gaji (ada sister yang kat wad tu mengarah macam mak nenek so sabar jelah), sabar juga layan family pesakit macam dia sorang saja yang sakit di dunia. Lepastu, apa saja yang berlaku, senyum je.. Jadi volunteers ni, kena cepat pick-up, faham keadaan, dan buat mana yang patut. Dalam masa yang sama, memahami perasaan orang.

Untuk kali ini, saya dapat belajar dua perkara. Pertamanya, sistem komputer hospital adalah sistem yang tidak update dan tak ada back up. Kalau sistem down...meranalah seluruh hospital. Keduanya, sesetengah MA tak sabar dan bengkeng dalam melayan kerenah pesakit. Tak dinafikanlah, kerja MA kat hospital kerajaaqn memang sangat sibuk dan meletihkan. Semoga orang-orang yang bekerja untuk rakyat ini mendapat kebaikan di sisi Allah.

Kalau anda ada anak, saya nasihatkan untuk tak bawa anak pergi ke hospital. Si kecil adalah orang yang paling sensitif dengan kuman.. yang kanak-kanak berumur 2-7 pula sedang lasak dan aktif kalau bawa ke hospital, mungkin akan ganggu orang lain yang tengah depress menunggu masa rawatan. Unless, kalau nak biasakan bayi melihat orang sakit, bawa sekali sekala tak apalah.

Malam tadi, ada satu kes anak remaja 18 tahun patah tangan terlanggar lori. Masa saya tolakkan dia untuk ke bilik plaster (simen tangan sebab patah), pegawai tu pesan, dalam nada bergurau; "hang kalau nak cari pakwe ke apa, jangan cari rempit macam dia ni. Cari yang pakai gheta (kereta), yang ada lesen. Kat sini, yang eksiden, melayu saja 80%!"

Bila selidik balik, saya dapat tahu daripada ibu yang sifat kesukarelawanan ini diwarisi daripada abah, sebabnya, abah masa muda dan sebaya saya, dia suka sangat pergi hospital, melawat orang-orang tua yang sakit, yang tak ada waris, melayan mereka berbual, mendoakan mereka. Memang betul, orang sakit, hatinya tenang mendengar dirinya didoakan, dan dia suka orang mendengar kata-katanya, terutama sekali orang tua.

InsyaAllah, saya akan pergi lagi, dalam jangka masa sebelum tamat semester tujuh, bila berpeluang.

Sunday, October 07, 2012

Missed something and gained something

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 07, 2012 1 komen best
“For everything you have missed, you have gained something else, and for everything you gain, you lose something else.” Ralph Waldo Emerson

Dalam hidup ni, kalau kita tak berada dalam ketaatan, bermakna kita berada dalam kemaksiatan. Hati kita, kalau bukan terisi iman, ianya nafsu. Saya sering sekali mendengar perumpamaan bahawa hati ibarat cawan. Cawan, yang asalnya bersih, jika diisi air, maka airnya boleh diminum. Dan cawan sama yang asalnya bersih, dibiarkan di suatu tempat tanpa terisi air, ia akan terisi debu dan habuk. kotor. Jadi ia mesti selalu dibasuh, dibersihkan, dicuci..

Kita, kalau Allah tak pilih untuk sibuk dengan perkara baik, mungkin kita akan disibukkan dengan perkara yang sebaliknya.

Kebanggan dan harapan.
Bila kita menjadi seorang anak, maka kitalah kebanggaan, dan kitalah harapan.

Sekarang ni musim konvokesyen dan pesta konvo. Sudah beberapa hari saya melihat para ibubapa di sana-sini, dengan berpakaian smart, dan wajah gembira. Kalau tentang perasaan ibubapa, saya suka meneliti. Bapa yang anaknya konvo, rasanya macam pada hari itu itulah bapa yang paling hensem, lebih kacak daripada anak yang berkonvo. Itulah ibu, yang lebih manis dan lawa daripada para gadis, pada hari majlis konvokesyen anaknya. Tak perlu nak tanya, "pakcik happy ke anak dah konvo?"... Kejap lagi pakcik tu boleh cerita sehari suntuk tentang anaknya yang berjaya konvo itu.

Well. Hari konvo sebenarnya meraikan kegigihan ibubapa mendidik anak, bekerja dengan bersungguh-sungguh agar anak mendapat pendidikan yang begitu mahal nilainya, yang tak letih berdoa saban hari, yang membebel dan bising-bising tentang disiplin anak bila perlu, yang mempunyai cara tersendiri memotivasikan anak-anak bila mereka putus asa, sedih dan terasa penat. Kalau saya yang konvo, kalau boleh nak angkut ibu naik pentas, saya sudi! Nak cakap pada Naib Canselor, bahawa inilah ibu yang saban hari tak putus-putus memberi restu dan doa. Nak kabor bahawa inilah abah, yang mengikat perut mungkin, bila saya minta duit belanja lebih, untuk urusan kelab dan akademik.

Di sebalik sekeping kertas, tercoret pelbagai rahsia dan cerita. Namun, sebagai seorang mukmin, apakah nilainya scroll yang ada pada tangan kita itu?

Kalau kita belajar demi mendapatkan scroll dan meraikannya pada hari konvokesyen, semua itu telah berlalu. Kalau kita belajar kerana Allah, Allah itu kekal selamanya. Semoga kejayaan yang diraih dapat meningkatkan keimanan, bahawa kita tak berjaya atas hasil usaha sendiri, bahawa kita mengingati kesementaraan hidup. Semoga kejayaan yang diraih dapat membantu dalam menyumbang kepada agama dan negara.

Bagi yang tidak usai perjalanan sebagai bachelor degree, tak mengapa. Bersyukurlah, andai masih beriman. Apa yang penting ialah kita dapat meraikan kemenangan di destinasi abadi.

Semoga, pada saat saya meraikan konvokesyen atas izin Allah pada tahun depan, saya mengingati, dan membaca semula erti konvokesyen yang saya faham pada tahun ini. Dan semoga ada penambahbaikan terhadap apa yang saya fahami ini, tentang konvokesyen seorang mukmin.

Sunday, September 30, 2012

kebergunaan diri dan bagaimana kelembutan mampu menang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 30, 2012 0 komen best
Dalam salahsatu sifat amilin yang digrap dalam tulisan As-Syahid Imam Hasan al-Banna, adanya sifat "bermanfaat pada orang lain". Bermanfaat, dalam ertikata mampu memberi sumbangan kepada orang lain.

Penasihat saya seorang yang agak pemerhati. Beliau pernah berpesan, "Kita ini kena tahu bila masanya kita menjadi seorang yang BERGUNA dan bila masanya kita sedang DIPERGUNAKAN". Mungkin sebab dia nampak sifat kelurusbendulan yang ada pada saya, jadi dia mahu saya fikir sendiri sama ada saya berada di tempat yang mana satu, pada suatu waktu. Sebab, bila dah lama taaruf dengan penasihat saya ini, saya perasan yang dia orangnya bijak mendidik orang lain sebab baginya, manusia akan lebih cepat belajar daripada kesusahan dan pengalaman. The best thing about her, dia takkan cuba selesaikan masalah orang lain.

Dalam usia muda ini, saya melihat diri sendiri dan ramai lagi orang muda yang lain yang sebaya saya sangat bersemangat untuk berbakti, mencari saluran untuk menyemai kecintaan dan memberikan pembaktian. Dan dalam pencarian ini, banyak orang jahat mengambil kesempatan dan akhirnya kita merasa marah dan melatah sebab rasa dipergunakan. Ada diantara kita yang terkena ini kebanyakannya menyerah, berhenti berbakti dan give up, ada yang menyedari kelemahan diri dan cuba belajar daripada kesilapan, ada yang masih tak sedar diri sedang dipergunakan dan tidak kurang juga yang membalas dendam dengan menggunakan tingkah yang sama bila mula mempunyai kuasa atau bila berpeluang melakukannya.

Nasihat saya, bermuhasabahlah. Dan lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan. Marah tak dapat mengubah apa-apa, itu yang saya tahu.

Kelembutan, adalah style Rasululllah, terutama dalam menghadapi kesukaran dan kemarahan orang. Bila saya rasa nak mengamuk je, terus teringat yang sahabat nabi selalu kata, "aku tak pernah tengok orang yang lebih banyak tersenyum berbanding Rasulullah" padahal, kau tu kin, baru nak jaga satu kelab dan anak buah beberapa ratus orang bersama duit beberapa ribu. Cheh~

Thursday, September 27, 2012

To build, or to plant

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, September 27, 2012 0 komen best
Antara perkara yang menjadi kesukaan saya sepanjang berada di universiti ialah memasuki library sesuka hati pada waktu yang random dan ketika mempunyai masa, dan mengambil buku secara rawak dan membaca secara rawak. Dan semalam, saya membaca dua perenggan dari penulisan Paulo Coelho:

An anonymous text from the tradition says that, in life, each person can take one or two attitudes: to build or to plant. The builders might take years over their tasks, but one day, they finish what they're doing. Then they find they're hemmed in by their own walls. Life loses its meaning when the building stops.
Then there are those who plant. They endure storms and all the many vicissitudes of the seasons, and they rarely rest. But, unlike a building, a garden never stops growing. And while it requires the gardener's constant attention, it also allows life for the gardener to be a great adventure.
Gardeners always recognise each other because they know that in the history of each plant lies the growth of the whole world. 


Sejujurnya saya rasa saya aalah builder dan ada waktu-waktunya saya rasa saya adalah gardener itu. Sekarang sudah berakhirnya minggu ketiga untuk semester terakhir saya. Dan tak dinafikan, semester akhir memang teramat sibuk, terasa benar keberadaan sibuk itu. Dalam masa yang sama, pencapaian saya mestilah tak kurang bagusnya dengan orang-orang yang tidak sesibuk mana melainkan sibuk buat assignment dan merapu. Well saya cemburu sangat dan ingin sekali meminta kalau-kalau orang itu sudi mendermakan masanya untuk saya tapi saya sedar diri, permintaan itu adalah tidak adil sama sekali.

Apa yang saya tahu, saya hanya mahu melakukan yang terbaik buat hidup yang sekali ini, mengukir kenangan dan mengisi masa muda dengan kebaikan yang membawa saya bertemu dengan Allah di syurga sana. Saya tidak ingin kemudaan ini berlalu dengan penyesalan.

Ketahuilah, di setiap minit dan saat yang kita buang ini, orang-orang yang telah mati dengan penuh penyesalan merayu-rayu meminta agar Tuhan memberikan satu peluang lagi untuk pulang ke dunia agar dapat berbakti dan beribadah kepadaNya. Masih mahu buang masa ke, kawan?

Tuesday, September 25, 2012

take a walk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 25, 2012 0 komen best
Masih teringat, senior lelaki berbangsa Cina yang menerajui kelab ini sebelum saya berpesan, "Shikin, sepanjang menjadi ketua, awak akan banyak makan hati.. dalam masa yang sama, awak tak boleh marah mereka, dan bila rasa nak marah, awak bertenang dulu, awak jalan-jalan dulu".

Bagi saya, inilah tugas yang paling mencabar. Menahan kemarahan, diam dan bersabar. Ia juga mencabar bila kita terpaksa menjaga banyak hati. Mencabar bila kita tak dipercayai. Mencabar, bila rasa tak dihargai. Namun, bila kita tahu dan sedar apakah neraca kita, semua itu tidak lagi begitu mempesonakan, bukan lagi sesuatu yang diinginkan.

Hari ini saya belajar dua, tiga perkara.

Pertamanya, masih belum terlewat membetulkan niat melakukan sesuatu kerana Allah walaupun sesuatu event atau perkara dahpun berlangsung.

Keduanya, biarpun tidak ada manusia mengetahui keberadaan usaha kita, Allah pasti tahu. Jadi jangan rasa terkilan atau bersedih atau marah bila diri tak dihargai, atau usaha dipandang enteng oleh manusia. Sebabnya, orangtu tak ada kelayakan nak menilai sedikit pun.

Ketiganya, saat kita benar-benar merasakan kita memerlukan seorang pendengar yang baik untuk memuntahkan semua perasaan yang ada, Allah sentiasa ada untuk mendengarnya, walaupun dia dah tahu pun apa yang ada dalam isi hati kita.

Hebatnya Allah, baiknya Allah. Itulah hikmahnya yang diperoleh hari ini semasa berjalan-jalan, memujuk hati yang rasa macam renyuk, bila buat sesuatu yang macam buang masa.

Oh. Baru-baru ini, saya diajar sebaris doa yang boleh diamalkan ketika berjalan-jalan menghayati keindahan ciptaan Allah. doanya;
 "Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka" (surah al-Imraan, 191)

The best thing about being a mu'min is; biarpun berjalan, biarpun duduk, atau berbaring, ia tak menjadi suatu perkara yang sia-sia (apabila kita berfikir dan mengingati Allah).

Sunday, September 16, 2012

E-mail.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 16, 2012 1 komen best
Sekarang ini musim hantar lamaran. Memikat mana-mana yang berkenan dengan personaliti diri ini yang self-centered, perasan bagus dalam memimpin, berdikari, amanah, patuh pada arahan, bergaya, bekerja keras untuk organisasi, mampu bekerja dalam keadaan tertekan, berkarisma, hidung tinggi, kerek, tinggi disiplin diri, menghormati orang lain, pandai bergaul dengan pihak atasan dan komuniti bawahan serta sederhana, boleh bercakap di khalayak, pandai buat kopi yang boleh membunuh orang (kata kawan saya), cepat belajar, kemas, pembersih, suka membaca dan luas pengetahuan, bijak, belum habis belajar dan tak ada kerja.

Bukan lamaran untuk berumahtangga, semestinya. Ianya adalah permohonan (baca: proposal) untuk mendapatkan latihan industri di syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan, freight forward atau yang berkaitan. Dan saya mempunyai expectation yang tinggi untuk mendapatkan syarikat bertaraf world dan gergasi. Pun begitu, saya suka untuk mengingatkan diri bahawasanya syarikat besar mempunyai kerja yang banyak dan mungkin apa yang saya mahukan tak setimpal dengan diri saya. Maka bila dah set minda macam ini, saya pasti takkan kecewa kerana bagi seorang mukmin, apa yang dapat itu adalah yang terbaik baginya.

Berbalik kepada resume, saya meminta pensyarah yang sangat saya percayai, kagumi dan hormati untuk menilai dan memperbaiki resume saya. Dan hasilnya, saya rasa macam jatuh cinta dengan resume sendiri. perasanla kamu! Untuk penapisan kedua, saya hantar kepada senior saya, dan katanya email saya yang sekarang ini kebudak-budakan: mickin78@yahoo, yang saya guna untuk segala macam social network, bercampur-campur dengan urusan rasmi dan tak rasmi. Memang betul, untuk minta kerja dan urusan-urusan rasmi, kita perlu mempunyai e-mail rasmi yang berbunyi macam milik orang yang waras.

Maka untuk itu, saya telah mempunyai e-mail baru: norashikinrahmat@hotmail.com *big clap clap clap*

Selama ni memang kebanyakan kawan dan pensyarah akan bermasalah dengan e-mail yang telah saya gunakan selama 8 tahun ini. Malah ada yang fikir saya lahir tahun 78 atau 87 yang tak ada kena mengena dengan saya dan tarikh lahir atau tahun lahir. Pensyarah saya, Mr Asif pun pernah tanya kenapa 'mickin' dan untuk berkelakar, saya pun kata, "ow, there's a man from my past". Hahaha. Mungkin from future kot, sebenarnya. Mungkin masatu saya berharap saya berjodoh dengan orang yg pada namanya ada M kat depan so kalau xde M disqualified sebab tak sesuai dengan e-mail ni. *okok ni merapu.*

Yang saya tahu, e-mail semua orang masa kanak-kanak semua ada cerita belakang tabir. Hohoho.

sikap

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 16, 2012 0 komen best
Hidup ini, tanpa berbuat silap, maka kita takkan belajar. Kesilapan kita yang terbesar ialah berbuat silap dan tidak belajar darinya.

Sepanjang tiga tahun di universiti, saya memerhatikan perubahan diri, dan sikap orang lain. Ada yang sama je sejak kenal. Ada yang berubah kearah baik dan lebih baik. Ada yang sikap buruk tak berubah-ubah. Seperti yang saya harap semua orang tahu, berubah itu adalah fitrah, dan ia dipengaruhi oleh suasana sekeliling. Ada yang berubah jadi jahat sebentar kemudian back to the sense. Dan perubahan juga mungkin adalah sangkaan dari perspektif manusia (maksud saya, mungkin orang itu tak berubah tapi ada orang lain yang berfikir dia sudah berubah).

Sampai hari ini, saya masih tidak dapat menerima sikap orang yang berlagak bila dia berbuat salah. Ia merosakkan sangkaan saya (dan orang lain) terhadap diri seseorang itu. Contohnya, dia suka ponteng kelas, dan bila datang ke kelas, dia berkata, " tadi aku ponteng kelas xx.. tak suka lect tu.. etc2". Sayangnya orang-orang begini tidak dapat berubah ke arah lebih baik atau menerima nasihat apabila sikap buruknya disokong oleh rakan-rakan atau kumpulannya yang pada masa depan mungkin akan hilang dari hidupnya.

Hidup, menuntut ilmu, dan sebagai seorang ahli dalam masyarakat, kita tidak pernah terasing dari konsep keberkatan, keterbalasan, memberi dan menerima. Kalau hari ini sibuk dengan kelalaian dan tidak cuba membentuk sikap, adakah kita akan mampu mendidik generasi masa depan untuk berdisiplin? No wonder, Dr Halim, pensyarah yang saya fikir 'kerek' itu selalu menegur tentang sikap. (well dia 'kerek' dengan student yang tak berdisiplin je, yang datang kelas lambat dan tak buat homework).

Ibu selalu benar berpesan, "Sikap buruk yang ada itu jangan dibela. Jangan sampai menyusahkan orang. Kelak nanti sampai ke tua!"

Bila ibu membebel, ada juga faedahnya.

Tuesday, September 04, 2012

catatan #2 AJKS

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 04, 2012 0 komen best
The best thing I can have today is memorizing all the moments I had on my very first day. Of course masatu kat EON. Masih ingat raut muka abah dan ibu masa hantar, sarat perasaan dan harapan. Muka sendiri yang penuh rasa tak pasti. Kaki yang sakit sebab pakai kasut yang tak sesuai dan tak sangka kena jalan sepanjang hari. Dan masa bertugas harini, terjurmpa pula dengan AJKS yang jadi fasi saya dah jadi staf pun, juga berjumpa rakan se-batch dari EON yang tak sangka saya dah tukar DPP.

Masih hari pertama, tapi fikiran adik-adik yang sedia terkejut itu sudah diisi dengan amanat-amanat, taklimat-taklimat dan peringatan-peringatan walaupun baru saja menjejakkan kaki ke menara gading ini. Mungkin saja ini batch terakhir menerima amanat dari Datuk Faiz, TNC HEPA yang akan bersara Oktober ini. Ayahanda yang banyak jasanya pada UUM. Harini saja macam-macam hal berlaku. Kunci patah, salah ambil beg goodies, dan ada-ada saja hal-hal lain. Esok, (pagi nanti), masuk hari kedua orientasi. Harapnya adik-adik baru tak banyak kerenah dan mudah menyesuaikan diri. Selamat malam, selamat beristirahat!

Monday, September 03, 2012

Catatan #1 AJKS

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 03, 2012 1 komen best
Untuk kali ini saja, untuk kali pertamanya, dan mungkin yang terakhir kali, saya menyertai orientasi pelajar baru sebagai AJKS. Semua orang sedang bekerja keras memastikan yang terbaik dapat diberikan pada hari esok. Untuk bahagian saya saja sudah sepuluh hingga lima belas kali mengira benda yang sama agar tidak kurang sedikitpun. Tidak mengapa, asalkan saya suka. Rasa sudah sangat tua, bila semua sudah memanggil saya kakak. Padahal saya masih amat comel. :D Seharusnyalah dalam kesibukan ini kita tidak lupa membetulkan niat dan membenarkannya. Dan dalam masa yang sama, mesti pandai menjaga diri dan pergaulan. Menjaga kesihatan sebaiknya dan menjaga waktu solat. Buat kerja yang tidak sampai memudaratkan diri, tidak lupa makan atau tidak sampai makan lewat. Mungkin minggu ini, berlakunya keadaan-keadaan meruncing yang menyebabkan ketidakselesaan dan stress, maka orang-orang yang terlibat perlulah bijak menyesuaikan diri.  Selamat malam, dan selamat datang, adik-adikku tersayang! Walaupun UUM bukan pilihanmu, yakinlah, ia adalah pilihan Allah!

Tuesday, August 28, 2012

cried the eyes out II

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 28, 2012 0 komen best
Perkahwinan
Kebelakangan ini saya sering terlibat secara langsung meraikan majlis perkahwinan orang lain. Saya juga terlibat dengan agenda merisik, bertunang dan pernikahan sepupu dan kawan. Melihat sendiri corak kaum dan budaya bangsa. Ada yang benar-benar ikut syara', ada yang ambil separuh-separuh, ada yang masih gigih melaksanakan adat. Kadang-kadang ibu akan menerangkan maksud perbuatan, yang sekarang dan yang sepatutnya seperti adat orang dahulu.

Dalam banyak-banyak sesi agenda bertunang, nikah-kahwin etc etc, saya paling suka dengar khutbah nikah. Setiap kali mendengarnya ketika dibacakan kepada pengantin, hati terasa payah, rasa berat, rasa pilu.. sebab terasa dekat benar pengantinnya dengan perpisahan dan menukar status menjadi anak kepada menjadi isteri atau suami. Terasa ingin menghargai setiap yang datang meraikan.

Nikah, connects everyone. Menghubungkan dua keluarga yang tidak pernah mengenal. Sekali lafaz telah membina sebuah keluarga, penyerahan tanggungjawab, dan segala yang berkaitan dengannya. Jadi, kalau dah kahwin, jangan gaduh-gaduh.. Ia akan merosakkan hubungan dua pihak, mencetuskan kesedihan orang yang datang meraikan, dan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Saya punya seorang ibu angkat yang saya panggil ummi, dan kata ummi, aneh bagi dirinya melihat pasangan baru berkahwin merosakkan rumahtangga dan bergaduh, sedang dia dan suami masih menikmati kemanisan bercinta, saling mengenal dan bertaaruf.. sebab, katanya lagi, setiap hari dia dan suami meningkat usia dan berubah fasa dari remaja, muda sampailah ke tua. Dan, dalam setiap fasa, mereka saling berusaha untuk menyesuaikan diri dalam perubahan itu, disamping mendidik anak-anak yang semakin membesar, meningkat dewasa dan dalam fasa perubahan emosi dan perlakuan yang tak dapat dijangka. Saya menyaksikan sendiri kebahagiaan ummi ini.

Think the other way round
Untuk orang muda yang sebaya saya yang masih belum berkahwin, atau belum berjumpa the other half of you, nikmatilah masa bersendirian, masa masih menjadi anak ibu & abah, masa belum bersuami/isteri. Dalam masa yang sama, menyediakan diri untuk itu: belajar mengemas, memasak, membaca buku-buku berkaitan, dan bukan post status jiwang dan doa-doa berumahtangga kat facebook (bagi saya it doesn't make sense!). Ibnu Mas'ud ada berpesan, "bila teringatkan seorang wanita, ingatlah kejelikan-kejelikannya". Dunia masih berputar, insyaAllah. Bertawakkallah, dan jadilah hamba Allah. Supaya, walaupun kita berkahwin, kita membina ketaatan pada Allah dalam rumahtangga, diri dan anak-anak. Dan bila tak bertemu jodoh, kita tetap beriman dan bersyukur kat Allah, dan yakin bahawa, apa yang ditetapkan Allah adalah keputusan yang terbaik. Bukankah urusan mukmin itu sangat ajaib?

Menjawab Soalan
Memang confirm lah kan bila hadir majlis walimah, kita akan ditanya tentang 'bila'. Jawablah, "as soon as possible!"

Bercakap tentang perkahwinan memang bosan, rumit dan panjang. Sebab hidup kita memang tentang rumahtangga. Masuk dari satu rumah ke rumah yang lain. Bosan sebab bila belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin orang tanya tentang nak dapat anak. Bila dah ada anak orang tanya pasal nak cucu. Bila nak mati?

Tahniah
Kepada roomate saya yang dikasihi, kak Razana Iman binti Abdul Razak, Mabruk, semoga Allah memberkati pernikahan ini.. Selamat bercinta hingga ke syurga, dan selamat membina baitulmuslim di dunia!

Monday, August 20, 2012

cerita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 20, 2012 0 komen best
Kadang-kadang ada banyak perkara nak dikongsi, macam harini. Jadi ini post yang lump-sum tentang cuti saya yang panjang ini.

Kakak yang ajaib
Sejak beberapa bulan lalu, ibu mula menggaji seorang pembantu rumah yang saya panggil Kak Lia, untuk membantu ibu mengasuh anak-anak asuhan yang saban hari semakin ramai. (Sekali lagi makluman, ibu saya seorang pengasuh kepada bayi-bayi dan kanak-kanak comel di kejiranan saya). Kak Lia ni kerjanya memang pantas dan sangat cekap. Dia membuatkan saya rasa malas membantu ibu T_T sebab bila saya basuh pinggan, dia suruh saya rehat dan biar dia basuhkan. Mula-mula je cakap takyah, tapi lama-lama best pulak dimanjakan :3

Well saya cakap dia ajaib sebab dia membuatkan saya kagum dengan sikapnya. Walaupun hanya seorang pembantu rumah, dia jaga solat, dan bekerja kuat. Bila dia tak ada di rumah terutama waktu cuti hujung minggu, rasa macam tak best sebab ada je barang2 dikemasnya yang tak jumpa. Well, itulah yang dipanggil 'human capital', sumber yang  sangat bermanfaat dan sukar ditukarganti. Dia juga tahu membezakan soal peribadi dan perihal kerja-kerjanya. Seronok mempunyai dia sebagai pembantu rumah, sebab biasanya saya hanya dengar cerita buruk je tentang maid.

Grow Old
Seorang pakcik suka berkata kepada isterinya; "A beautiful woman will grow old beautifully". Memang betul, perempuan yang cantik akhlak dan budi pekerti akan kekal menyenangkan hati sampai usia emasnya.

Anda mungkin mempunyai seorang nenek yang bersikap suka membebel sehingga merimaskan dan menyakitkan hati. Atau mungkin ibubapa anda. Atau mungkin kakak atau abang sendiri bersikap annoying pada waktu-waktunya. Seorang senior saya suka mengungkapkan,"kita kena lapang dada, sebab kita tak tahu kenapa, dan apa latarbelakangnya siyangbercakap itu".Peringatkanlah diri yang kita juga akan menjadi tua, dan mungkin akan bersikap annoying. Perhatikanlah sikap orang tua anda, dan pilihlah kebaikan yang boleh diikut.

Bersedialah menjadi tua, dan fikirkan masa depan anak-anak walaupun anda masih belum ada anak. Inilah yang dilakukan oleh Datuk&Nenek Muhammad al-Fateh setelah mendengar hadis tentang penaklukan Constantinople, membina generasi berkualiti.

Obsesi
Anda mungkin seorang yang obses terhadap sesuatu yang anda suka. Saya suka mengingatkan para manusia yang obses supaya tidak memaksa orang lain mengimani apa yang dipercayainya. Abang saya, contohnya, di'brainwash' tentang fahaman syiah, malah diberi buku yang berkisarkan syiah. Terlalu obses akan merosakkan amal dan menimbulkan rasa syak wasangka yang banyak, jadi tolonglah berhenti menjadi obses dan mempercayai apa yang tak sepatutnya.      

Friday, August 10, 2012

To gain is to give

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, August 10, 2012 0 komen best
Hidup ini aneh, kerana solusi untuk menjadi kaya ialah dengan memberi, dan jalan menjadi tuan ialah menghambakan diri, dan cara untuk pandai ialah mengajar.

Seseorang yang saya kenal menasihatkan saya supaya jangan meremehkan sedekah, atau infaq. Dia menceritakan satu pengalaman yang sangat memberi kesan dalam hidupnya, sesuatu tentang infaq. Sahabat saya ini mempunyai satu amalan infaq pada setiap awal semester pengajiannya. Alhamdulillah, semua urusan sepanjang pengajian dipermudahkan Allah. Mudah mendapat ilmu dan mudah mendapat bantuan dalam semua urusan, malah keputusan peperiksaan juga meningkat setiap semester. Pernah sekali dia ditimpa musibah dan Allah datangkan bantuan serta-merta untuk menanggung kerugian yang dialami tanpa membayar kembali. Namun pada semester keenam pengajian, dia juga yang seperti saya (menjadi ahli kepimpinan persatuan) terpaksa menggunakan banyak wang untuk menampung perbelanjaan, jadi dia terlupa tentang amalan infaqnya. Natijahnya, banyak kesukaran yang dialami, yang kadang-kadang dia menemui jalan buntu. Bila dia bermuhasabah, dia sedar yang dia terlupa tentang amalannya yang satu ini.

Raja yang paling dikasihi pula adalah raja yang paling banyak berbakti pada rakyat. Apa yang saya maksudkan bukanlah semata-mata raja, tetapi juga merujuk kepada ketua-ketua kerajaan, organisasi, hatta ketua kepada sebuah keluarga kecil. Raja yang me'raja'kan diri bukanlah raja yang sebenar.

Saya sendiri menemui resolusi mudah faham belajar dengan cara mengajar orang lain. Indeed, rezeki yang Allah beri pada kita memang ada bahagian orang lain, jadi kita mesti bagi hak orang yang ada pada kita. Masa kita sendiri pun bukan kita punya. Sebenarnya, masa yang kita luangkan untuk orang lain itulah masa kita yang sebenarnya.

Bukanlah maksud saya tak infaq itu memberikan kesusahan, tapi, nak menampakkan atau memberi highlight tentang kepentingan sedekah.

Sedekah adalah sesuatu yang sangat simple. Angkat kayu atau batu penghadang jalan pun sedekah. Senyum pun sedekah. Nasihat pun sedekah. Seluruh hidup orang mukmin ini sedekah. Best kan, jadi muslim?

Tuesday, August 07, 2012

sebuah pasar di musim bunga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 07, 2012 0 komen best
Tadi petang selepas pulang dari satu percutian indah di Shah Alam, abah membawa saya ke pasar di Sungai Besi. Nak beli barang dapur katanya, dan gadis kenit macam saya memang jarang sangat pergi ke pasar melainkan ada urusan yang perlu. Dah petang, pasarnya dah sunyi tak ada orang. Disebabkan ikan tak ada yang fresh, maka kami ke bazar Ramadhon yang berdekatan situ, pertama kali buat saya tahun ni.

Pasar memang tempat yang sibuk, dan ia adalah tempat yang tak disukai Rasulullah. Saya juga pernah membaca bahawa di setiap kedai dan pasar bertenggeknya iblis-iblis yang akan mendorong nafsu membeli kita menjadi luarbiasa, rasa nak beli satu kedai, supaya kita membeli benda-benda yang tak bermanfaat. Promosi syaitan memang luarbiasa.

Kata seorang 'amilin, Ramadhan itu sendiri ibarat sebuah pasar yang membawa untung dan rugi bagi sesiapa yang memasukinya. Bulan ini adalah sekolah, madrasah bagi meraih bekalan untuk meniti sepanjang tahun yang ada waktunya kita dilanda 'kemarau'. Bulan ini adalah musim bunga, dan bagi sesiapa yang memasukinya untuk memetik haruman yang banyak yang ada di dalam taman ini, taman Ramadhan. Setiap detik didalamnya sangat penting dan signifikan.

Bulan Ramadhan bukanlah waktu kita menjadi luarbiasa baik, kemudian kembali pada asal bila ia sudah berakhir, sebab bila kita buat macamtu bermakna kita adalah hamba Ramadhan, bukan hamba Allah, Rabb kita yang sebenarnya. Ia, sebenarnya adalah bulan untuk kita memperbaik keadaan diri sebagai bekalan untuk 11 bulan lagi.

Kita bukan sesiapa, yang Allah pilih untuk berada pada 10 hari terakhir musim bunga ini. Lets win this Ramahadhon! [win this ramadhan marathon, tak dapat baskin Robin sebakul pun takpe, I sudi!]

Sunday, July 29, 2012

Perempuan cantik pandai memasak

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 29, 2012 5 komen best
Saya suka perempuan yang memasak. Macam rumate saya, kakak saya dan ibu saya. Memasak itu sesuatu yang menyeronokkan, kalau berteman dengan ibu, sambil ibu berceloteh tentang memasak ini dan itu, bagaimana memotong sesuatu, dan teknik-teknik apa-apa sajalah yang kalau berborak dengan ibu memang tak pernah habis.

Memasak, adalah aktiviti yang agak rumit. Bermula dengan membeli bahan di pasar, kemudian menyediakan bahan-bahan di dapur, kemudian memasak beberapa jenis lauk dan nasi, kemudian membersihkan lantai dan dapur yang sudah comot dan membasuh segala perkakas yang diperlukan. Nak memasak kena berdiri lama juga. Tapi memasak juga adalah satu medium yang sesuai untuk merapatkan ibu dan anak yang selalu mengembara macam saya ni. Dan kebanyakan usrah pun menjadikan memasak sebagai satu agenda dalam jadual usrah. Memasak seorang ibu yang fokus dengan masakannya adalah berbeza dengan memasak sang bujang yang hanya memasak ala kadar untuk dirinya. Saya pernah membaca komik tentang seorang perempuan yang belajar masak daripada tak tahu kupas kentang sampailah berjaya buka restoran sendiri. Dalam komik tu banyak diajar tentang pentingnya menyesuaikan hidangan dengan orang yang bakal menikmati hidangan.

Perempuan yang cantik adalah yang pandai memasak. Macam ibu kita. Entahlah. Semakin hari, masakan ibu semakin sedap. Semakin makan semakin tak kenyang. Hehe.. Cuba check jari dan lengan ibu anda, mesti ada je parut-parut terkena kuali panas, atau kesan terkena minyak panas. So.. bila menikmati masakan ibu, jangan lupa bersyukur sebab masih berpeluang makan air tangan ibu pastu pujilah masakan ibu.. Untuk yang akhi-akhi yang dah nak kahwin tu, bila isteri memasak nanti, jangan complaint tak sedap sebab complaint anda membuatkan orang rasa taknak masak lagi dah lepastu.

Well. Saya pun belajar memasak jugak. Belajar kacau apa-apa yang ibu masukkan dalam kuali. Harini saya belajar masak pengat pisang. Ramuannya cuma gula melaka, santan, sagu, pisang dan daun pandan. Masukkan semuanya dalam periuk lepastu tunggu mendidih kemudian tutup api. Oh, apakah resepi ini, ikin oi!

Monday, July 23, 2012

Our mum is simply amazing!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 23, 2012 2 komen best
Bila kita masih kecil, kita merasakan ibubapa kita sangat hebat. Bila kita membesar sedikit, dan banyak yang telah kita tahu, kita mula mengenalpasti mana yang betul dan mana yang salah tentang apa yang ibubapa kita buat, dan apa yang mereka ajarkan pada kita. Bila kita semakin dewasa, Kita semakin sama dengan ibubapa kita. Malah kita mengulang kembali apa yang berlaku ketika mudanya dia, tanpa kita sedar.
Anda begitu tak? Saya sedar saya begitu sebab saya banyak bertanya pada ibu apa yang dilakukan ketika mudanya.

Saya mempunyai ramai saudara yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Ibu-ibu muda dan bapa-bapa muda. And soon, a lot of them to be. Dan semua ceritapun berkisarkan tentang anak. Bila perhatikan kesabaran ibu-ibu ini melayan kerenah anak-anak yang macam-macam, kesabaran melayani anak yang sakit, dan kalaulah semuanya boleh dirakamkan, saya rasa tak ada alasan untuk seorang anak derhaka pada ibu.

Ibu kita punya banyak kelemahan, sebab dia manusia biasa. Kelebihannya ialah, dia adalah wanita yang sudi melahirkan dan menyayangi kita, memikirkan apa sahaja untuk kita. Percaya tak, kalau saya katakan, bahawa dia mula memikirkan tentang anak walaupun anaknya belum dilahirkan?

Kehidupan seorang ibu adalah tentang anaknya. Kalau anda rasa macam tak ada peminat, go back to your mum. She is your BIGGEST fans. Dia akan ambil tahu semua tentang anak. Dan Abah akan ambil tahu apa yang dibisingkan oleh ibu.

No wonder Alllah beri keampunan yang banyak pada seorang ibu, dan tidak ada hijab antara seorang ibu dengan Rabbnya~

Monday, July 09, 2012

Single first step

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 09, 2012 6 komen best
Rasa happy bila dapat latih baby berjalan kemudian dapat tengok sendiri setiap langkah pertamanya.. Aww, sweetnya!

Setiap bayi itu mempunyai kemampuan berbeza dan tumbesaran yang berbeza. Sayapun tak adalah banyak ilmu sangat nak huraikan kenapa dan apa trait yang membezakan ciri tumbesaran bayi, tapi, yang saya tahu, setiap manusia itu unik dan berbeza. Sebabnya itulah tanda-tanda kebesaran Allah :)

Dulu saya ingat, kalau dah satu tahun masih tak bercakap atau tak berjalan maksudnya baby tu ada masalah.. tapi sebenarnya memang ada baby yang lambat sedikit berbanding baby lain. Sebab setiap orang itu mempunyai kemampuan berbeza. Jadi jangan terlalu risau bila anak bercakap atau berjalan lambat, cuma seorang ibu mesti menyokong si anak..

Untuk kanak-kanak yang dah 3 tahun ke atas, seorang ibu boleh melatihnya untuk tak pakai pampers dan buang air di tandas.. ada cara lain yang lebih baik, iaitu biar kanak-kanak tu sendiri yang dah sedia untuk buang air sendiri dan tak pakai pampers. Begitu juga dengan memisahkan kanak-kanak dari botol susu, setiap kanak-kanak mesti diajar step-by-step atau memotivasikannya untuk meninggalkan sendiri botol susu.

Untuk mengelakkan kanak-kanak dari kebahayaan sebab suka menyelongkar (contohnya barang dapur), jangan terus merampas sesuatu atau menghalang anak tu, sebaliknya, boleh ajar dia dengan mengambil sesuatu (garfu, contohnya) kemudian letakkan pada tangannya, dengan memberitahu dia bahawa tempat itu bahaya sebab ada benda tajam.

Biasanya, kanak-kanak memang susah sangat nak makan sayur. Mereka akan membuang sayur dan menolaknya ke tepi. Bayi-bayi ini, bila sudah besar akan menyebabkan luka lambat sembuh dan kulit tidak sihat. Ia juga menyebabkan masalah sistem perut. Untuk ajar kanak-kanak makan sayur pula, seorang ibu digalakkan menyuap anak sayur pada waktu makan sambil memberitahu kebaikan makan sayur. Mungkin juga boleh pelbagaikan masakan sayur. Kalau masak kailan ikan masin hari-hari, sayapun tk suka makan kailan! T_T Well, kids needs motivation!

Ibu saya babysitter..jadi saya tahula juga serba sedikit tentang baby.. Harap-harap tulisan ini bermanfaat untuk semua ibu dan bakal ibu, dan akan dibaca semula bila saya dah ada anak nanti..

Sunday, July 08, 2012

cinta dan cuti

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 08, 2012 0 komen best
Ini adalah mungkin cuti terakhir sebelum saya menghabiskan pengajian di UUM. Cuti yang heaven sebagai anak manja dan sebagai student. Puasa dan raya terakhir sebagai budak yang menerima duit raya. Saya masih menerima duit raya, tahu? Tiap-tiap tahun duit raya RM200 walaupun dah tua bangka. heh. Rezeki orang belajar memang murah :)

Pada waktu bercuti panjang biasanya blog ini memang bercuti juga. Sebab tak banyak perkara nak dikongsi. Mungkin saya tak refleks tentang apa yang dilihat dan dipelajari di rumah. Setiap hari di rumah adalah sama, bermain dengan budak kecil dan membantu (memaksa) adik buat homework. Mungkin, bila saya dah mulakan program dengan sekolah menengah nanti, saya dapat kongsi sesuatu di sini.

Cinta.
Well, obviously, cinta adalah sesuatu yang menarik seperti perkataan cinta itu sendiri. Tapi saya bukan nak kongsi tentang cinta saya.

Cinta adalah sesuatu yang perlu dibezakan. Kemahiran membezakan cinta dan ilusi adalah perlu, dan mesti dikenalpasti. Sebabnya segala bahan yang ada dalam dunia sekarang ni selalu membuatkan kita keliru tentang apakah cinta yang sebenarnya. Cerita-cerita yang ditayangkan di TV kebanyakannya mengaburkan definisi cinta. Cinta bukanlah sesuatu yang indah seperti yang disangkakan. Cinta dan kecintaan adalah pembuktian dan pembaktian.

Dan perkahwinan. Ada suatu masa tu hidup ini terasa terlalu sesak dengan orang-orang yang asyik menyebut tentang perkahwinan. Ruang facebook pun dipenuhi ayat-ayat jiwang tentang perkahwinan dan perasaan rindu kepada dia yang belum dikenalpasti dan diketahui. Ruang bilik pun didatangi dengan kawan yang cemburu dengan jodoh orang lain yang tiba lebih awal. Sampaikan adik sendiri pun berjiwang-jiwang kat twitter sedangkan belum habis sekolah. Rasa macam nak meradang pun ada.

There's something larger beyond marriage. Kita tak kahwin sekarang, bukan sebab jodoh lambat, tapi, jodoh tu akan sampai bila tiba masanya. Ketidakmatangan pasangan berkahwin yang berkahwin kemudian bercerai juga pada tahap membimbangkan. Kita bukan nak nikah kemudian cerai, tapi biarlah perkahwinan itu dapat membina ummah... Erti perkahwinan mesti difahami, sebab kita bukannya nak kahwin dan hidup macam lembu; makan, tidur, berkelamin, beranak-pinak lepastu mati..

Saya bukanlah orang yang layak nak tulis tentang marriage. Saya cuma ingin kongsi sedikit tentang pendapat saya tentang marriage. Beberapa tahun ini, saya mempunyai prinsip seperti ini:
As long as saya cinta pada Pemilik segala cinta, tak kisahlah saya berdiri di mana, langit dan bumi akan menyokong pendirian saya. Tak kisahlah saya bersama siapa pun.
 Sebagai muslim, kita ingin membina cinta yang berbeza berbanding orang kafir. Dan, perkahwinan kita juga berbeza~

Saturday, June 23, 2012

uncertainty

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 23, 2012 2 komen best
Uncertainty bermaksud ketidakpastian. Dalam bidang pengurusan, uncertainty menyebabkan error dalam perancangan dan juga jangkaan masa depan (forecasts) yang melibatkan kos-kos tambahan.

Dalam kehidupan, ketidakpastian menjadikan manusia sempurna, dan uncertainty menyebabkan manusia terbahagi menjadi dua sifat; sama ada bersungguh-sungguh mengusahakan perancangan tanpa berkira banyak tentang hasil atau  outcome , ataupun berputus asa terhadap ketidakpastian yang ada.

Ketidakpastian membuatkan manusia berhati-hati terhadap risiko yang ada. Untuk risiko kerugian, seorang peniaga akan cuba mengurangkannya dengan melaksanakan jangkaan dengan melaksanakan tinjauan maklumat. Untuk risiko gagal, seorang pelajar akan berusaha sebaiknya untuk mengulangkaji supaya tidak terjatuh ke dalam golongan yang gagal. Untuk risiko kemalangan, seorang pemandu akan memandu dengan cermat.

Kalau semua benda adalah pasti dalam dunia ni, pastilah manusia sentiasa dalam keadaan tidak berhati-hati dan mungkin perkataan kecewa, rugi, dan sedih takkan wujud pun.

Kalau kita pasti berjaya bila masuk univ, maka takkan ada orang yang berusaha. Kalau kita pasti dapat syurga, pasti kita takkan berhati-hati dengan dosa. Yang pasti kita akan mati, cuma tak tahu bila.

Dewasa ini, saya selalu merasa tidak jelas dengan apa yang saya lakukan.

Wednesday, June 13, 2012

Melody

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 13, 2012 1 komen best
Saya sangat mengagumi manusia yang dikurniakan bakat mencipta melodi.

Pensyarah kami, Mr Asif, pernah berkata yang dia suka mengumpulkan lagu dari tempat dia pergi, sama ada melancong, urusan kerja atau apa-apapun. Katanya, tak best dan tak thrill lah kalau asyik dengar lagu dalam bahasa yang difahami. Sebab kalau dengar lagu dari bahasa yang tak difahami, kita akan cuba menafsirkan sendiri maksud lagu mengikut kehendak sendiri. Dan, setiap lagu itu mempunyai makna, dan kisah yang tersendiri.
Untuk waktu sekarang, saya suka dengar karya Yiruma. Terima kasih kepada pemilik blog literatureboy.tumblr.com untuk blog yang best. Sebelum ni pernah jugak dengar yang Oriental, Jihad Akl Shiraz. Kalau lagu Jepun, suka dengar Yui. Saya tak suka muzik yang keras, cuma kalau lagu yang liriknya ada motivational value macam sesetengah lagu Greenday dan Simple Plan, dengar jugaklah. Mungkin lagu Simple Plan dengan Green Day banyak cerita tentang kehidupan, jadi rasa nak dengar.

Nasyid? Saya suka dengar lagu Shoutul Harokah & Maher Zain, dan lagu-lagu dendangan Ammar yang banyak sebut tentang ukhwah.

Melodi itu adalah sesuatu yang misteri dan aneh.

Monday, June 11, 2012

Semua orang bermula dengan tak tahu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 11, 2012 2 komen best
Ketika besi berada dalam original formnya, ia tidak bermakna apa-apa. Tetapi setelah ia menjadi pedang, atau perisai, ia berguna dan boleh digunakan, untuk bunuh orang atau melindungi diri. Begitu juga dengan emas. Ketika masih dalam bentuk asal, masih bahan mentah, atau raw form, ia tak dipakai sebagai perhiasan. Ia hanya dipakai sebagai perhiasan apabila sudah menjadi rantai dan cincin. Tetapi, sebelum Besi menjadi pedang dan emas menjadi cincin, ia lebih dahulu perlu dicanai, dibakar, dan diketuk. Begitulah juga manusia, untuk menjadi manusia yang bermaruah, berguna dan bermakna, ia lebih dahulu mesti melalui proses yang sangat panjang yang sukar baginya. Sepertimana pedang yang takkan tajam jika tak diasah, manusia juga, kalau tidak berusaha mencari ilmu, takkan berguna untuk dimanfaatkan.

Berubah adalah lazim bagi manusia. Terutama bila dia mengalami sesuatu yang mengubah majoriti dalam prinsipnya. Dan saya berharap sangat yang proses yang saya lalui adalah proses yang baik, sebab, saya nak jadi seperti 'pedang yang tajam'! 

Selama ini, saya selalu rasa tak puas hati atau marah dengan penasihat saya dan orang-orang yang bertanggungjawab menjadikan saya Presiden. Sebab saya tak ada guidance, tidak ada orang yang ajar saya macammana nak buat kerja dengan baik, macammana nak berurusan, macammana nak buat sesuatu. Namun, disebabkan ia dah jadi tanggungjawab, saya mesti berusaha mencari tahu, dan sentiasa memastikan maklumat sampai daripada pihak atasan. Dan, baru saya tahu yang bila semua orang dilantik untuk pegang sesuatu jawatan, setiap orang pun akan mengalami benda yang sama. Taktahu nak buat apa, pada mulanya, dan kembara mencari tahu iulah yang membezakan antara seorang pemimpin dengan yang lain. Jadi sebenarnya, bukanlah orang-orang tersebut wajar dimaafkan, sebenarnya mereka tak bersalah pun. Saya yang 'cenge' sangat nak salahkan orang lain. 

I bet, even VC pun taktahu apa yang nak dibuat pada hari pertama menjadi VC. 

Sunday, June 10, 2012

Untuk kakakku yang cantik (special for your E-day)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 10, 2012 0 komen best
Khas buat kakakku yang cantik, Saadiyah.

Ngah. Semalam Kakngah bertunang. Nora tak ada, sebab ada exam, Human Resource Management. Masa bangun pagi, rasa macam taknak pegi je exam tu. Sebab macam susah. Tapi kalau tak pergi macam sia-sia pulak kan habiskan satu semester semata-mata sebab tak ada mood di pagi exam. Well. After exam, mulut ni tak henti-henti bercerita tentang kakngah tau. Just to show that I miss you a lot, kakak yang suka buli orang masa kecik, on your E-day.

Kakngah. I grow up by observing you. Rasanya Nora membesar jadi orang yang baik (insyaAllah) sebab kakNgah dah terima semua, macam penapis. Bila kakNgah kena marah sebab sesuatu, Nora selalu berjanji takkan kena marah untuk sebab yang sama. Beruntung ada kakak yang nakal dan banyak kerenah, yang tak kedekut dan sangat pemurah, yang suka merahsiakan perasaan dan memuntahkan semuanya bila kita ada masa bercerita, yang tak pandai meluahkan perasaan bila kecil hati atau suka, kakak yang ceria, yang bila wujud je, semua orang happy.

Kakakku yang nakal. Walaupun brutal masa sekolah, tapi berjaya juga jadi perempuan. Macam watak dalam komik je kan kakak aku ni. Brutal di luar, dalam hati ada taman. heuwheuwheuw.

Untuk kakak yang comel. Selamat bersedia menjadi mak orang. Sebab I ready je kalau nak jadi mak sedara. Hopefully I can be there on your wedding, I can be there when your first child born, I can be there when you need me. If I cant, I know, Allah ada untuk memudahkan semua urusanmu.

Mempunyai kakak dengan tak ada kakak, adalah sangat berbeza. So, thanks to Allah for this amazing kakak I have. :D

Thursday, June 07, 2012

a little sip of everything

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, June 07, 2012 2 komen best
Today, i realized that, a little of red color, blue, orange, white, black, green and other colors has formed a fine art on a canvas. A little of sugar, salt, pepper and other ingredients in a food creates a perfect taste of a dish. An excess in an ingredient will spoil it, right? And  a little of happiness, joy, fun, good, bad, hate, love, kindness, sadness, ups and down has produced a beautiful form of life. A good and balance combination, however, will make a true person.  So, no wonder, a good person is someone who gone through thick and thin in his life and still, can crave a smile on his face :)

Moi
Makanan kegemaran saya dua bulan kebelakangan ni ialah moi. Itu saja yang saya tahu makan, kalau tak berselera atau terlalu penat, atau terlewat makan. Moi, nama lainnya adalah bubur nasi atau nasi air. Dan kat utara ni, boleh jumpa moi dalam menu mana-mana restoran, mungkin dah jadi makanan rutin agaknya. Orang utara makan moi bersama sup dan sambal merah, tak macam orang pantai barat atau orang selatan yang biasanya makan moi dengan telur asin, ikan bilis dan kadang-kadang, kicap. Wah. Bila dah tak duduk di utara lagi, saya pasti akan merindui bumi Sintok ini.

Perut saya adalah perut seorang yang manja, saya akan mudah diarrhea kalau terlalu banyak minum nestlo ais yang sangat saya sukai yang mengandungi high caffein, dan makan makanan pedas. Kalau lewat makan dan saya minum susu, boleh terkena gastrik atau keracunan makanan. Musim exam ni, kena pandai jaga makan.

Exam itu best
Tadi saya exam. Research Method. Kertas pertama. Ada lagi lima. Saya selalu dengar kata-kata yang menyatakan bahawa; "kejayaan yang kita capai, mungkin bukan hasil doa kita. Mungkin hasil doa orang lain. So jangan sombong dengan orang, jangan berlagak, dan biasakan diri doakan orang lain". Saya suka musim exam, sebab, ia adalah lesen terbesar untuk tidak terganggu dengan perkara-perkara yang boleh mengubah tumpuan.

Pengajaran untuk hari ni: bila rasa down disebabkan sesuatu, itu tanda kita masih hidup. Bila masalah tu macam worst sangat, bersyukurlah kalau masalah tu tak sampai buat kita kufur. Bersyukur, masih beriman :)
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea