Semasa baru menjejakkan kaki ke asrama 10 tahun dulu, saya pernah dikunci diluar bilik oleh kakak senior sebagai denda kerana tidak menyusun selipar sebelum pergi ke sekolah. Sejak itu, saya mempunyai tabiat menyusun kasut sebelum masuk ke bilik. Sejak kakak itu menghabiskan menengah rendahnya tahun itu, saya tidak pernah lagi berpeluang berjumpa dengannya. Semoga kakak kiub itu dirahmati Allah, dimana saja dia berada.
Lebih baik
Semalam saya menghadiri dinner rasmi yang terakhir sepanjang sesi menjadi presiden tahun ini. Itulah dinner terakhir, dan kerja organisasi saya yang terakhir, insyaAllah. Dalam banyak-banyak ucapan dan kata-kata yang saya dengari semalam, ucaptama, Prof. Malek ada menyebut tentang kualiti program dan peningkatan serta penambahbaikan dalam diri peserta dan penyusun program.
Erk.
Saya perasan sesuatu. Ya. Ucapan Prof ini tepat dan catchy. Kata-katanya kedengaran mesra, pada saya.
Selama ni, saya tidak meningkat setelah projek berlangsung, mungkin sebab terlupa tentang duduk dan beriman sejenak. Muhasabah. Cermin diri yang macam bagus sangat tu. No wonder, saya tak rasa macam apa yang saya lalui selama ni melonjakkan potensi diri saya, rasa macam merosakkan atau menjatuhkan nilai diri, lagi ada.
Funeral Service
Baru-baru ini ayah sahabat saya meninggal dunia. Sakit kanser. Dan rupanya, kos menguruskan jenazah juga tidaklah murah. Kata kawan saya, kosnya mencecah RM3000. Kos upah mandi, kos hantar jenazah, kos menguruskan jenazah, kos gali kubur, tahlil... Saya terpanggil untuk membaca kembali entri bertajuk 'Funeral Service' yang ditulis hampir tiga tahun yang lalu.
Umat Islam tak digalakkan untuk makan gaji. Rasulullah menggalakkan kita berdikari, dan membangunkan ekonomi sebagai seorang mukmin. Jadi, saya mempunyai 3 pelan jangka panjang dalam hidup ini. Sambung master, membuka nursery kanak-kanak yang membangunkan tarbiyatul aulad, atau melaksanakan servis pengebumian jenazah ini. Servis yang menjadikan manusia sebagai 'orang bijak' kerana mengingati kematian.
Jiwa saya dan keluarga lebih dekat kepada menjaga kanak-kanak. Cumanya sistem yang ada sekarang tak soleh, kanak-kanak yang dihantar ke rumah penjaga hanya dijaga kebajikannya secara zahir, tetapi tidak pada emosi dan jiwanya. Jadi, jika Allah izin umur panjang, saya ingin sekali menjadi sebahagian daripada orang yang mewarnai kain putih anugerah Ilahi yang bakal menjadi syabab dan generasi masa depan.
Saya perempuan yang banyak cita-cita.Semoga Allah izin.
Orang Islam, pilihannya cuma hidup mulia atau mati syahid.
Pada saat dia tak memilih untuk menjadi mulia, I can say, dia bukan true muslim.

1 komen best:
in shaa Allah..:)
Post a Comment