Friday, September 18, 2026

Kehidupan selepas kamu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 18, 2026 0 komen best

 


Dulu sebelum kahwin aku selalu pelik kenapa kawan² tinggalkan aku.
Lepas kahwin dan ada anak baru aku faham yang......kehidupan selepas kahwin tu memang priceless terutamanya tahun² awal perkahwinan, seiring pula dengan pengalaman baru sebagai ibubapa kepada manusia yang baru dilahirkan.

Tenaga sepenuhnya ditumpukan buat pasangan dan anak, meraih pahala menggembirakan mereka.

Dan yang real se-real²-nya perubahan lepas bersalin ialah tenaga tidak lagi sekental dahulu, dan emosi kalau tak dikawal memang mudah berubah dan tersentuh walaupun dulu masa bujang kita adalah orang yang sangat optimistik dengan hidup, cool dengan banyak benda panas. Dulu, brush things off is really my thing.. tapi sekarang, kapasiti mengingat benda tak best tu sangatlah luasssss tanpa terduga². Awas yaa diriku huhuhuhu.. ini petanda tak elok.

Dulu teringat mak kak Nazihah pernah berpesan.. perempuan lepas kahwin dia kena upgrade ilmu dia, barulah dia akan menjadi rumah tempat anak² 'pulang' dan 'singgah'.

We can do better right, Norashikin Rahmattttt

Tuesday, September 01, 2026

Untuk anak ibu yang sangat ibu cintai

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 01, 2026 0 komen best

 Pada hari pertama ibu bekerja setelah 4 bulan melahirkan kamu, ibu menangis dengan sangat teruk.

Berpisah dari anak adalah the worst feeling ever.

Sejak ada kamu, apa saja yang ibu lihat mengingatkan segalanya pada kamu.

Bila tengok hal yang baik dan elok, ibu berdoa dan berharap kebaikan itu diwarisi kamu, Nawwar. Dan kamu belajar melakukannya sehingga ia menjadi malaqah dalam hidupmu.

Bila ibu lihat hal yang tak baik berlaku, ibu berdoa Allah jaga kamu, bantu kamu dalam menghadapi kesulitan memahami hidup ini dan menjauhi larangan Allah, mempelajari sempadan² yang patut diketahui dalam hidup.

Ibu ayah mungkin tak dapat menjadi contoh terbaik untuk kamu. Tapi ibu berdoa Allah lindungi kamu dari mewarisi sifat kami yang tak elok.

Belajarlah menjadi kuat, anakku. Belajarlah menjadi hamba Allah. Semog ibu pandai mengenalkan kamu dengan Allah.. dan RasulNya yang kita mesti sayang dan cinta.

Ibu ada banyak harapan dan doa untuk kamu. Berdoalah agar ibu mampu menjadi ibu yang layak untuk kamu, anakku.

Semoga dengan menjadi ibu, ibu akan jadi manusia yang lebih baik yang Allah redha setiap hari.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea