Penghayatan
Saya selalu terfikir, kenapa kita dengan lebih mudah menghafal lirik lagu berbanding nota-nota pelajaran. Kenapa kita dengan lebih senang memahami cerita-cerita fantasi, segala jenis
movie berbanding ajaran guru atau sesuatu yang beersifat ilmiah atau kademik. Kita, sebenarnya tidak memberikan penghayatan kepada sesuatu yang baru. Kita tidak ingin memberikan perhatian untuk memahaminya. Kita menolaknya tanpa memandang. Jadi ia bertukar menjadi 'mental block', dimana kita telah menutup pintu hati dan deria kita daripada menghadam sesuatu itu untuk difahami oleh jiwa kita.
Kunci kepada memahami ilmu, ialah penghayatan. Mintalah supaya Allah menerangkan hati kita dengan cahayaNya. Ilmu itu cahaya, yang hanya memasuki hati yang bersih.
Kisah
Suatu pagi selepas subuh abah menyuakan saya satu muka daripada sebuah majalah, kisah tentang seorang lelaki dan ayahnya
(ok maafkan saya sebab tak ingat apakah namanya). Lelaki ini, setiap hari membaca al-Qur'an selepas subuh. Dan setiap pagi juga, ayahnya bertanya, "Kamu buat apa tu, nak?" dan setiap kali juga si anak dengan sabar menjawab, "Saya baca Qur'an, ayah", lalu menyambung mengaji. Setiap hari,
mind you. Obviously ayah dia tanya benda yang anak dia sedang lakukan. Kalau saya of course lah dah naik angin ke apa kan.
Suatu hari, setelah beberapa lama, lelaki itu, si anak bertanya kepada ayahnya: "ayah, kenapa ayah tanya perkara yang sama setiap hari? Bukankah ayah telah tahu, bahawa saya sedang membaca al-Qur'an?"
Ayahnya menjawab, "ayah berharap kamu tidak hanya membacanya sahaja, bacalah, seperti ianya diturunkan kepadamu, untukmu."
Tadabbur.
Pengajaran Kisah
Sejak membaca kisah ini, ia memberi satu anjakan paradigma pada diri saya. Ia telah menjadi turning point untuk saya mengubah diri, mengubah bagaimana saya menerima dan melihat sesuatu.
Kisah ini sebenarnya mengajak kita membaca al-Qur'an dengan serius. Membacanya, seperti Allah menurunkannya kepada kita, bukan sebagai 'beban' kepada Muhammad
(since dalam Qur'an banyak menyebut 'katakanlah (wahai Muhammad)' ), atau sekadar membacanya sebagai kisah seperti penglipurlara yang menghiburkan, atau sekadar membacanya seperti membaca buku cerita, kisah para anbiya' atau saja-saja membacanya sebagai gambaran syurga dan neraka sebagai khayalan mahupun apa-apa.
Kisah ini juga, mengajak kita beradab kepada orangtua. Telah banyak sekali, orang tua-tua mengadu perihal anak-anak kepada saya, lalu membuatkan saya turut merasa sedih dan kecewa. Sikap anak muda, remaja sebaya saya terhadap ibubapa sangat mengecewakan.. Kerosakan sistem keimanan dalam jiwa kita menyebabkan kita tidak dapat berfungsi dan berakhlak sebaiknya. Kita mudah melenting mendengar orangtua kita bercakap banyak a.k.a membebel tanpa kita sedar, bila dah tua nanti, kita juga akan menjadi
annoying juga. Memang tak mudah, tapi, ajarlah diri untuk bersabar.
Berdoa dan hidup secara serius
Pernah, saya tahu semua orang pernah tengok jam dua kali kerana tak melihat jam dengan baik-baik pada kali pertama. Ini kerana kita tak serius, tidak fokus untuk tahu apa waktunya pada kali pertama. Begitulah bila kita tak melakukan sesuatu dengan serius, ia tak punya hasil. Kita sering bertanya kenapa doa tak dimakbulkan, kerana kita sambil lewa dalam berdoa, tidak serius. Kita tak serius ingin berkahwin, maka jodoh tidak datang (well ni topik yang semua orang suka), Kita tak serius solat so kita melewa-lewakannya. Kita tak menghargai ibubapa dan adik-beradik secara serius jadi kita mensia-siakan saja orang di sekeliling kita.
Cubalah, untuk hari ini, kita lakukan sesuatu dengan serius, untuk sesuatu yang simple seperti makan. Saya jamin, anda akan menemui makna untuk sesuatu hatta ketika makan.
Semoga hidup anda lebih bermakna untuk sedetik lagi. Sedetik lebih, mencintai diri dengan serius. >.<