Petang Khamis, sebelum maghrib, saya memandu ke Changlun, dari rumah ummi. Allah izin, sesuatu telah berlaku. Semasa reverse, saya telah terlanjur agak laju dan melanggar kereta wira berwarna emas. MasyaAllah. Rupanya agak ambil masa juga nak back to the sense untuk mengucapkan Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un.
Dan ia mengambil masa tiga hari juga untuk saya merasa agak trauma tetapi masih berani membawa kereta. Well perasaan mesti dikalahkan jika ianya terlalu menghantui. Saya bawa juga dalam kerisauan sahibah-sahibah yang tahu. Malah semalam telah sesat semasa mencari rumah roommate di Perlis dek kerana fikiran sudah bercelaru dan penat, dan hari hampir malam. Dan Allah izin, dalam saya berlegar-legar, saya masuk ke masjid dan azan pun berkumandang. Dengan selamba, kunci kereta telah tertinggal di dalam dan saya telah mengunci pintu kereta dari dalam tadi.
Ottoke.
Jadi dua peristiwa ini telah banyak menegur diri. Bahawa musibah itu mendekatkan diri dengan Allah. Bahawa maghrib dan senja bukanlah waktu yang afdhal untuk memandu, bahawa memandu memerlukan ketajaman mata yang cekap dan memandu perlu selalu tenang. Jangan lupa tawakkal, memandu kerana Allah. Memandu memerlukan latihan, supaya kita berhenti menjadi 'penumpang' yang hanya 'tidur' dalam perjalanan menuju destinasi.

0 komen best:
Post a Comment