Saturday, October 23, 2021

October 2021- Good mental exercise

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 23, 2021 0 komen best

 Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Banyaklah memuji Allah, sungguhpun minda x fokus pun. Sekurang-kurangnya kita ucapkan kebaikan.

Well sepanjang minggu ini..kerja yang saya lakukan terasa sungguh sangat amat mencabar. Letih jiwa. Penat. Teruji dengan banyak prosedur baru yang tidak saya fahami dalam penyelarasan kerja.

Namun Allah datangkan ramai pula manusia baik hati yang membantu saya memahami proses itu. Mengimani "dalam kesukaran ada kemudahan", pada waktu-waktu sukar.

Allah cuma mahu kita lebih beriman. Bukan hanya sekadar keletihan saja-saja yang kita dapatkan dalam hidup ni.

Sebenarnya Allah ingin beri kita syurga, dengan caraNya yang Maha Indah!

Wednesday, October 20, 2021

Menziarahi rumahtangga Ummi Norsiah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 20, 2021 0 komen best

 Ummi Norsiah dan Walid Azwan,

dua sosok yang akan saya cintai sampai bila-bila.


I love, truly love how they look at each other, and embrace each other's existence.

Ummi dengan walid dua-dua sakit. Tapi mereka saling menjaga. 

Tak pernah dengar Ummi atau Walid mengeluh dengan sakit, atau ujian yang menimpa. Hadapi saja. Rumah bajir pun hadapisama-sama. Tak pernah tgk Ummi walid marah-marah masam muka.

Pernah Walid kata taknak dah pergi usrah, walid malu bacaan tak lancar. 

Tapi Ummi, dengan penuh rahamah kata "tak apa".. tapi bila Ummi nak pergi program, walid tetap hantar.

Beruntungnya anak-anak Ummi Walid dapat ibubapa penyayang dan soleh/solehah begini. tegur bab solat, saling menyayangi, dan tak lepas lidah dari uap yang baik-baik dan suka bersyukur.

Ummi dan Walid adalah orang yang saya akan kenang selama saya hidup.

Semoga Allah meringankan sakit Ummi Norsiah yang saban hari semakin berat. Luluh jiwa saya bila melihat jari kaki Ummi telahpun dipotong.

Semoga Allah beri Ummi sekeluarga syurga,

Terima kasih Allah, atas hadiah ukhwah ini 💗

Thursday, October 14, 2021

You dont wanna lose your best friend

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 14, 2021 0 komen best

Best friend, if you read this, please know that...

The last thing i wanna let go in my life is you.

Takdir kita terlalu panjang,

Dan ketika ini, saat ini,... kehilangan kamu, atau melepaskanmu, atau hidup tanpa kamu, terasa mustahil.

Tapi aku perlu adil dan jujur kepada diri sendiri.

Seperti yang selalu kau katakan, laut yang tenang takkan melahirkan pelaut yang handal. Maka begitulah, gelora kehidupan ini perlu berani dihadapi.

Ketahuilah, bahawa kaulah "pencuri yang bergembira dengan apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada".

Pencuri, takkan mengaku dia pencuri kan?

Tuesday, October 12, 2021

Mampukah kita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 12, 2021 0 komen best

 Ada sejenis cabaran yang agak berat kita tempuh dalam hidup ni.

Dugaan perasaan, bila kita ingin mengikhlaskan sesuatu, dan bila kita ingin move on.

Makin kita nak move on makin kita rasa ketertambatan hati kita.


Kadang rasa geram, kadang rasa sayu.


Sayu sebab mampukah orang yang ingin kita tinggalkan sebagai masa lalu berdiri sendiri tanpa kita?


Sesungguhnya kita jangan jadi orang bodoh. 


Kita kena yakin yang setiap jiwa tu, Allah lah yang menjaganya. Bukan kita.


Yakinlah bahawa dia akan baik-baik aja, dan kita harus membawa haluan sendiri, kerana tujuan kita sudah tidak lagi sama (walaupun dulu terasa benar kita memiliki tujuan yang sama dengannya).


Sedih, memang.

:(


Tapi jangan lama.

Monday, October 11, 2021

Its Been Awhile

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 11, 2021 0 komen best
Dah lama saya tak dihantui mimpi-mimpi tentang dia.
Namun malam tadi saya termimpikan dia, playful version.

Mimpi-mimpi adalah mainan tidur, dan mungkin alter ego saya yang paling dalam yang masih berfikir tentang dia.

Move On lah, kerana ada banyak lagi bahagia di luar sana yang belum kita kecapi.

Friday, October 08, 2021

Insecurity

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 08, 2021 0 komen best

 Iblis ni jahat ye kawan2.

Sejak peristiwa saya tersedar saya menyakiti hati sahibah saya, hari-hari saya murung dan muram.

Saya rasa saya jahat.. dan rasa serba salah nak buat apa² pun di media sosial.

Hobi menulis saya terganggu, tak mampu nak tulis apa². Saya tertekan, rasa tak layak berkingsi apa²..sebab saya rasa saya jahat dan tak layak sharing.

Well.

Ia membuatkan saya muhasabah berulang kali. Ujian selalunya bagus untuk kita meningkat, namunnnn nak sabar banyak tu makin lama makin sukar ye ashikieennn

Tuesday, October 05, 2021

And the option came.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 05, 2021 0 komen best

Setiap hari,

cuba untuk suka dan cinta seseorang tu bukanlah sesuatu yang mudah.

Terutamanya bila hidup memberi pilihan demi pilihan 

Dan kita berusaha melorongkan hati untuk tetap memilih dia. 


Risau?

Of course risau. 

Sebab selama ni segala pilihan yang pernah dibuat terasa mudah.. tak banyak melibatkan orang lain.


Dan sekarang saya dapat tawaran kerja yang............................telah lama saya impikan.


Pelik bila option tu bukan lah manusia lain tapi diri saya sendiri. 

Terasa takdir mencuri ketenangan saya beberapa hari ni.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea