Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Banyaklah memuji Allah, sungguhpun minda x fokus pun. Sekurang-kurangnya kita ucapkan kebaikan.
Well sepanjang minggu ini..kerja yang saya lakukan terasa sungguh sangat amat mencabar. Letih jiwa. Penat. Teruji dengan banyak prosedur baru yang tidak saya fahami dalam penyelarasan kerja.
Namun Allah datangkan ramai pula manusia baik hati yang membantu saya memahami proses itu. Mengimani "dalam kesukaran ada kemudahan", pada waktu-waktu sukar.
Allah cuma mahu kita lebih beriman. Bukan hanya sekadar keletihan saja-saja yang kita dapatkan dalam hidup ni.
Sebenarnya Allah ingin beri kita syurga, dengan caraNya yang Maha Indah!

0 komen best:
Post a Comment