Saturday, June 23, 2012

uncertainty

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 23, 2012
Uncertainty bermaksud ketidakpastian. Dalam bidang pengurusan, uncertainty menyebabkan error dalam perancangan dan juga jangkaan masa depan (forecasts) yang melibatkan kos-kos tambahan.

Dalam kehidupan, ketidakpastian menjadikan manusia sempurna, dan uncertainty menyebabkan manusia terbahagi menjadi dua sifat; sama ada bersungguh-sungguh mengusahakan perancangan tanpa berkira banyak tentang hasil atau  outcome , ataupun berputus asa terhadap ketidakpastian yang ada.

Ketidakpastian membuatkan manusia berhati-hati terhadap risiko yang ada. Untuk risiko kerugian, seorang peniaga akan cuba mengurangkannya dengan melaksanakan jangkaan dengan melaksanakan tinjauan maklumat. Untuk risiko gagal, seorang pelajar akan berusaha sebaiknya untuk mengulangkaji supaya tidak terjatuh ke dalam golongan yang gagal. Untuk risiko kemalangan, seorang pemandu akan memandu dengan cermat.

Kalau semua benda adalah pasti dalam dunia ni, pastilah manusia sentiasa dalam keadaan tidak berhati-hati dan mungkin perkataan kecewa, rugi, dan sedih takkan wujud pun.

Kalau kita pasti berjaya bila masuk univ, maka takkan ada orang yang berusaha. Kalau kita pasti dapat syurga, pasti kita takkan berhati-hati dengan dosa. Yang pasti kita akan mati, cuma tak tahu bila.

Dewasa ini, saya selalu merasa tidak jelas dengan apa yang saya lakukan.

2 komen best:

beliamuda said...

Buat apa sampai tak jelas dengan apa yang sedang dilakukan tu?

ps: Lama tak menjengah ke sini.

norashikin rahmat said...

Erm.. Entahlah. Macam unspoken feelings. Sy slalu jenguk blog BM bila ada post baru.. Tp encik bm pun sibuk kn skrg ni. Encik PB pun menulis secara berkala sekarang kan. Oo.. Old days..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea