Ini satu percubaan untuk menerbitkan post melalui e-mail. :D
Semalam saya baca satu chapter dari sebuah buku yang baik, dari tulisan seorang yang baik. Tulisannya mengingatkan saya bahawa, orang-orang yang hidup seperti orang kafir, berpakaian seperti seorang kuffar, bergaul seperti seorang kuffar, mungkinkah mengakhiri hidupnya di tempat yang baik seperti orang yang soleh? Entahlah. Buku ini memberi ruang yang banyak untuk menjawab sendiri pertanyaan-pertanyaan yang diajukan, terutama dalam hidup.
Antara pertanyaan yang kita selalu ajukan ialah, kenapa kita lihat orang yang bukan muslim lebih berjaya dan bahagia, dan persoalan kenapa seorang yang mengaku muslim tapi tak melaksanakan cara hidup muslim (orang yang bermaksiat, to be exact) bahagia dan berjaya dalam hidup. Kenapa muslim nampak tak best dan kenapa orang Islam terhina juga dijawab dalam pembacaan kali ini.
Jawapan 1; Allah memberi nikmat dunia kepada yang berusaha mendapatkannya. Tak kiralah muslim atau bukan.
Jawapan 2; Orang yang menggelar diri muslim tapi tak melaksanakan cara hidup muslim tak layak digelar muslim. Selebihnya, refer Jawapan 1.
Jawapan 3; Islam itu tinggi dan tak ada yang lebih tinggi daripadanya. Nampak tak best pun sebenarnya ia sangat best. Orang yang nampak bahawa menjadi muslim dan menerima Islam itu tak best sebab dia tak ada ilmu. Hanya Jauhari mengenal manikam, tahu?
Jawapan 4: Orang Islam terhina sebab tak ada ilmu. Disebabkan itu, mereka tidak dapat membezakan kebenaran dan kebatilan.
Di akhirat nanti, kita akan bersama orang yang kita kasihi.
Di akhirat nanti, kita akan makan hasil tanaman di dunia.
Kalau tak menanam, tak adalah hasil untuk dituai.
Dan buku yang saya baca ini adalah tulisan Syed Qutb & al-Maududi, bertajuk Manhaj Hidup Muslim.

0 komen best:
Post a Comment