Hidup ini sangat happening, dan eventful. Yang menyedihkan cuma dunia. Kalau kita tak rancang apa yang kita nak capai, maka, apapun takkan berlangsung, dan segala yang diusahakan, kalau tak bermatlamatkan Allah, ia menjadi sia-sia.
Saya tahu, kita sudah menjadi biasa melihat manusia mempersendakan Tuhan. Allah. Islam. Malas membaca akan membuatkan kita kabur dengan siapa sebenarnya Pencipta kita. Kalau kita hidup untuk menghalang manusia mempersendakan Allah dengan mencaci orang-orang yang jahil, sampai bila mereka akan pandai dan tahu tentang ketuhanan? Allah Maha tinggi, dan Islam itu tinggi. Kalau terjumpa orang-orang yang merendahkan Allah, sebenarnya, merekalah yang rendah.
Belajar.
Masa first year dan second year, saya amat bersemangat dengan semuanya. Saya buat program dan anjurkan projek-projek (alhamdulillah, Allah izin), bukan dengan paksaan, tapi atas kemahuan sendiri, dengan kefahaman yang ingin dikongsi. Memang sungguh, masatu, hidup rasa tersusun sekali. Dan bila potensi saya terlihat, saya rasa macam dirampas dari keamanan dan keseronokan belajar semasa masih junior. Ia merupakan satu cabaran untuk saya mencari dimana ruangnya saya nak berkongsi kemanisan belajar sambil menggalas beban tanggungjawab. Sebab saya memerlukan contoh. Mungkin, saya terlupa melewati lembaran sirah. Ketika Rasulullah melafazkan tentang keruntuhan Rom dan Parsi serta penawanan Constantinople, semua, para sahabat bercita-cita menjadi ciri yang disebutkan Rasulullah untuk tawan Constantinople. Malah, ada yang benar-benar merasa yang dirinya bakal menakluk Constantinople, tai Allah tak izin. Dan apa yang membezakan para sahabat dengan Sultan Muhammad al-Fateh ialah ilmu yang ada padanya, yang melayakkan al-Fateh ini untuk menawan Constantinople.
Pensyarah saya, Mr Asif selalu sangat berpesan pada kami, "Enjoy what you do. Have fun. People will notice you when you like what you do."
Ubat kuat.
Untuk seorang muslim, ubat kuatnya, adalah solat malam. Salahsatu kekuatan dalam solat malam ialah kefasihan berkata-kata dan mendatangkan kepercayaan manusia. Thiqah. Saya benar-benar perasan tentang kesan ini. Ibu saya pesan, sebenarnya, setiap malam sebelum tidur, kita mesti berniat untuk bangun malam. Dan bila dah terbangun, jangan sambung tidur. Sebab niat kitalah yang membangkitkan sedar dalam tubuh kita. Tubuh kita ni, sebenarnya, sangat rindu nak berubudiah, dan, bila tak berubudiah, ia menjadi sangat derita. Ketahuilah, yang menderita itu sebenarnya ialah hati kita.
Betulkan niat. Moga Allah bantu.

0 komen best:
Post a Comment