Showing posts with label hostel life. Show all posts
Showing posts with label hostel life. Show all posts

Sunday, October 03, 2010

imtihan-ganbatte!!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 03, 2010 2 komen best
Musim peperiksaan kembali lagi. Begitu juga dengan add-drop week. Dan, tak lama lagi, semester ini akan berakhir.

Dah check tarikh exam? sila klik sini.

Saya akan menghadapi peperiksaan pada 8, 14, 20, 21, 22 November, dan 3 Disember. Saya akan pulang ke Nilai menaiki kereta kali ini, dengan Syafiqah.

Macam biasa, motivasi itu penting. Bukan tatkala hendak menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi ia sentiasa diperlukan. Motivasi saya bukanlah peperiksaan, tetapi apa yang ingin saya capai melaluinya.

Pernah dengar tak ungkapan, "Success is not a destination, but it is a part of life"? Begitu jugalah dengan peperiksaan. Ia hanya sebahagian daripada kehidupan. Kalau kita belajar kerana nak exam je, mestilah takkan kekal mana ilmunya, kerana nilai ilmu telah kita rendahkan martabatnya.

Kenapa kita banyak melihat (atau mengalami sendiri), asal nak exam je, masing-masing gabra dan takut, tertekan dan murung? Kata kawan saya Akbar, exam kan dah biasa dialami sejak sekolah lagi, 11 tahun di alam persekolahan, kemudian matrikulasi (atau STPM atau Diploma atau asasi), kenapa mesti nak takut?

Ini sebab kita menjadikan exam sebagai satu akhiran, bukan sebagai sebahagian daripada perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar. Sebab nakkan gred yang elok, ada yang sampai sanggup meniru. Ada yang 'tolong' (tolong merosakkan) kawan dengan bagi jawapan padanya. Ada yang sampai macam-macam dibuat untuk dapat yang terbaik. Ada yang dapat result terus bunuh diri. Astaghfirullahal'azim. Ini sebab kita tidak faham kenapa sistem penilaian exam diwujudkan. Kalau sistem exam dicemarkan dengan perbuatan tak bermaruah macam ni, maka objektifnya tidak dapat dicapai: menilai sejauh mana kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari.

Baru-baru ni masuk suratkhabar kan pasal orangtua sanggup ponteng kerja sebab anak nak exam?

Exam je pun....

Tak salah nak pulun macam apa, tapi pastikan hak diri terjaga: makan, pakaian, tidur, ibadah.. Kalau betul sayangkan diri, nak dapat result terbaik, maka studylah awal dan jangan buang masa. Perbanyakkan ibadah sunat, insya-allah Allah bantu kita untuk dapatkan yang terbaik, dengan berkat (sebab tiru dalam exam tak berkat, confirm!!)

Janganlah meniru dalam exam sebab ia beri kesan jangka panjang kepada rezeki dan kehidupan.
Photobucket

Thursday, August 26, 2010

isu-isu semasa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 26, 2010 2 komen best
"perjuangan ini telah kau bayar dengan jiwa-syahid dalam cintaNya"- bait-bait lagu merah saga.

Ramadhan kali ini cukup berbeza dengan yang lalu. Setiap minggu ada-ada saja yang berlaku-best, and worst.

Kalau ada seseorang menulis entri 'explode in anger', saya pula, walaupun pada mulanya nak juga tulis hal yang berkaitan, tapi saya tak tahu macammana. Walaupun saya rasa marah dengan apa yang berlaku dengan assignment saya, bila fikir-fikir balik, saya rasa salahnya akan kembali pada diri saya juga. Hala, assignment je pun, tak perlu nak bertekak. Daripada saya marah orang lain, lebih baik marah kat diri sendiri. Tak guna nak marah pada orang lain yang dah tua, keras macam buluh.

Dunia ni aneh. Orang buat jahat dah memang tak disukai, orang buat baik dipijak. Semalam saya nampak sepasang manusia berpelukan di lorong bangunan FPK, pada hari masih cerah. Saya tak biasa sebenarnya tengok scene macamtu, jadi rasa terkejut. Tak sempat saya nak tegur ke apa, diorang dah perasan dan terus pergi. Mungkin inilah masalahnya kelompok kita, budaya kita. Bila tengok orang buat salah, buat maksiat, kita tak tegur, tapi terus membiarkannya macam tak nampak. Saya rasa bersalah pula sebab terlepas.

Dah selalu sangat dah saya tengok orang dating. Tapi entah kenapa iman tu macam tak kuat je nak cegah maksiat. Layak ke saya ni dipanggil da'ie, apabila saya tak mencegah kemungkaran yang ada depan mata? Apa yang saya buat ialah, bila saya nampak kawan saya dating, saya duduk sekejap kat situ. Macam satu teguran. Kalau betul hati saya kuat masatu, saya tegur terus. Kalau yang saya tak ngam sangat tu, saya cuba tanya kalau-kalau dia tak ada kerja nak dibuat, atau ajak dia untuk ke mana-mana, atau tanya dia mana kawan-kawan yang lain..

Ada satu malam tu, saya baru balik dari majlis berbuka puasa dan tarawikh, turun dari kereta je ada sepasang orang duduk bawah khemah depan blok saya. Kali ni saya ada kekuatan.

Saya paling tak suka isu blok A DPP EON. Pelajar lelaki selalu lalu di bahagian tepi blok A untuk ke Pusat Islam, tak kiralah masa bazar ramadhan ataupun masa nak terawikh ataupun masa solat jumaat. Macam tak tau plak yang blok tu ialah blok kediaman perempuan. Sikitpun tak hormat. Bukannya tak pernah diberitahu, saya rasa setiap kali orientasi dah bagitahu. Kesian la kat penduduk blok A, nak pergi toilet pun kena check dulu keadaan kat luar.. Lagipun jalan raya terbentang luas, apalah salahnya memanjangkan dan membanyakkan langkah ke masjid, pahala pun dapat banyak..

Saya perhatikan, masyarakat sudah tak kenal lagi antara kebenaran dan kebatilan. Bila orang buang maksiat, buang anak, bunuh anak, tau pulak nak keji.. Tapi bila kawan-kawan mula tukar status relationship kat facebook dari 'single' kepada 'in a relationship with', masing-masing ucap 'congrats' dan sebagainya.. siap bagi suggestion lagi macammana cara-cara nak menghangatkan cinta la.. ape la.. bagi kad la.. korang ni apa sebenarnya? lalang ke? Bila kawan tu ada banyak masalah couple, yang boleh korang comment kat status dia ialah 'sabar' je. Silap-silap haribulan, bila kawan tu dah terberanak, tiba-tiba je takde orang dalam dunia ni yang boleh cakap sesuatu pada dia selain kejian. Natijahnya, sebelum keji orang, kejilah diri sendiri dulu.. Sebenarnya kita pun ada bahagian dalam kebejatan sosial yang berlaku sekarang..

Seperti kata seorang lelaki yang saya panggil Pakcik Rosdi yang disampaikan oleh Kak Nazihah,

"Hidup hanya sekali, hiduplah dengan mulia"

Ramai sekali remaja hari ini yang tersilap mentafsirkan ungkapan hidup hanya sekali. Mereka kata, 'sebab hidup cuma sekali lah nak enjoy habis-habis.. Nanti dah tua bertaubatlah..' Silap..silap.. jangan buat kesilapan macamni.. Malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari, ada peluang ke kita untuk menjadi tua? Entah-entah sekejap lagi kita mati.

Hiduplah dengan mulia.. Allah dah ciptakan kita sebagai khalifah, takkan kita nak letakkan akal kita di kaki dan merendahkan martabat sendiri dengan bermaksiat?

Nota untuk diri saya juga yang tak terlepas dari melakukan dosa. Astaghfirullahal'azim..
Photobucket

Thursday, July 15, 2010

semester 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 15, 2010 4 komen best
kadang-kadang, apa yang kita nak dalam hidup ni, kita tak dapat.. bukan sebab kita tak berusaha atau tak berkemampuan untuk mendapatkannya, tetapi kerana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Muslim yang baik, akan redha setela usahanya tidak berjaya. Itulah yang saya pelajari sedikit hari ini. Jadual saya semester ini, cukup berterabur. Hari ahad, kelas pukul 9, kemudian pukul 2. Hari isnin dan khamis, pukul 8, 2pm dan 4.15pm. hari selasa, pukul 5 petang. hari rabu, pukul 8 malam.

Saya cuba elak daripada ada kelas pada waktu-waktu solat, dan saya tak dibenarkan add drop pada minggu add/drop ini. Walaupun terasa agak sedih sebab tak berjaya add/drop, takpelah.. ada banyak lagi hal lain yang perlu saya fikirkan sekarang.

I take this as a challenge this semester.

Semester ini:

  • Ada 7 subjek 
  • 22 credit hours
  • 2 subjek berkod 3000 (Rural&Urban Transport, Road Transport Management)
  • 2 subjek berkod 2000 (Applied Statistics, Business Law)
  • 3 subjek berkod 1000 (comm II, Business Account, Entrepreneurship)
Perancangan/strategi:
  • Berhajat untuk beriadah dengan lebih kerap (sebab semester lepas point ini diabaikan)
  • Merancang untuk selalu ke Pusat Islam seperti kekerapan ke library
  • mengatur masa dengan lebih strategik antara masa program luar kuliah, waktu belajar, kelas, riadah dan rehat
  • Tidak ada masa untuk hal-hal yang mencuri masa: games, facebook, movies, mesej tak penting dll.
Saya target 3.7 semester ni...
ada orang kata, janganlah gantung cita-cita setinggi langit sehingga kita tak mampu nak capai.. ada orang kata juga, "shoot for the moon coz if you fall,you will fall among the stars..".. saya rasa 3.7 menepati kedua-duanya..

p/s: nombor 3 selalu jadi nombor betuah saya... chaiyok untuk saya, sem 3!!

Photobucket

Saturday, July 03, 2010

UUM, aku pulang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 03, 2010 0 komen best
Subuh lagi saya sudah tiba di UUM.

Lepas daftar dan ambil kunci, saya masuk ke bilik dan..wah! Perabot sekalian macam disumpah menjadi cantik! hohoho.. saye suka almari baru yang berpintu kuning..

tak sabar nak tunggu kawan-kawan suma balik..esok pendaftaran pelajar baru, dan malam ni saya bertugas untuk siapkan barang jualan..sekarang cuma saya sorang je tinggal kat blok b ni.

Penggal baru, bilik baru, semangat baru, VC baru,... semuanya baru belaka.. terdapat beberapa perubahan dalam pentadbiran UUM juga, seperti yang dimaklumkan oleh cik amirul, antaranya;

  1.  VC baru ialah Prof Mustafa
  2.  Semua DPP skrg dibawah HEP .. bukan Kolej lagi.
  3. JPM DPP mana pun semua di bawah HEP.
  4. Sekarang akademik tidak dibawah bidang2 lagi.. ia dipanggil program.. di pecah kecik2..
  5. UUM nanti akan bina satu galeri muzium UUM
  6. Banyak tempat parking yang mempunyai palang automatik.. kena guna kad yang disahkan
Saya dah unpack barang tapi banyak lagi barang masih dalam stor..mungkin hujung minggu ni baru stor dibuka..hmm..

Kerja-kerja construction masih berjalan di setiap blok.. semoga waktu pendaftaran esok, semuanya berjalan lancar..ammin..

Photobucket

Saturday, April 17, 2010

bilik banjir kala hujan: cerita beruk di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 17, 2010 2 komen best
sejak peperiksaan tadi, bumi Sintok bermandi hujan..

lepas sampai bilik, makin menjadi-jadi lebatnya hujan. Bunyi guruh dan petir sabung menyabung, sehinggakan koridor depan bilik saya basah dengan air hujan. Dan, tak sangka pula atap bilik saya bocor, bilik saya dimasuki air dari atap. Sebelum ni tak rosak macamni pun atapnya..

'Apartment' saya di tingkat dua, dan tingkat tertinggi di luar segiempat blok. Kata rumate saya, dia ada terdengar bunyi makhluk melompat-lompat atas bumbung bilik kami sebelum ni.. sudah tentulah makhluk itu adalah beruk..

Baru-baru ni saya nampak kepingan atap yang dah pecah kat bawah bilik saya, tak sangka pula ia adalah milik atap bilik ni..sebelum ni dah beberapa kali saya lihat beruk-beruk memanjat bumbung dan menjatuhkan kepingan-kepingan atap hostel/dewan makan ke bawah dek kerana terlalu asyik bermain kejar-kejar macam kat taman bunga kan..

selalu kalau keluar pagi-pagi komuniti beruk ini sudahpun mula beroperasi melakukan aktiviti harian, kadang-kadang dari tingkap bilik pun saya boleh tengok aksi sarkas beruk yang kadang-kadang bergaduh entah kerana apa.

Pernah sekali ketika saya berjalan dengan Isfa dari LEGO ke PSB, hampir-hampir je Isfa nak terkena 'air dari langit'..haha.. sebelum ni tak pernah pun saya terkena, dan kawan saya tu sempat pula memandang apa punca 'air dari langit' itu.. hehe..

Oh. berbalik kepada keadaan bilik saya. Tiada kerosakan harta. tiada kemalangan jiwa. Cuma lantai basah, perlu watch out, nanti tergelincir. Banyak jugalah air yang telah berjaya ditadah baldi..

hmm..bagus juga tindakan beruk membocorkan atap bilik saya.. sekurang-kurangnya semester depan atap bilik saya yang bocor sudah diganti baru..
Hujan lebat macamni, bagus berdoa.. "Ya Allah, kau berikanlah kami ilmu sebanyak hujan yang turun ke bumi ini.."

ambil barakah dari masalah. Dalam musibah, ada rahmah, insya Allah..
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea