"perjuangan ini telah kau bayar dengan jiwa-syahid dalam cintaNya"- bait-bait lagu merah saga.
Ramadhan kali ini cukup berbeza dengan yang lalu. Setiap minggu ada-ada saja yang berlaku-best, and worst.
Kalau ada seseorang menulis entri 'explode in anger', saya pula, walaupun pada mulanya nak juga tulis hal yang berkaitan, tapi saya tak tahu macammana. Walaupun saya rasa marah dengan apa yang berlaku dengan assignment saya, bila fikir-fikir balik, saya rasa salahnya akan kembali pada diri saya juga. Hala, assignment je pun, tak perlu nak bertekak. Daripada saya marah orang lain, lebih baik marah kat diri sendiri. Tak guna nak marah pada orang lain yang dah tua, keras macam buluh.
Dunia ni aneh. Orang buat jahat dah memang tak disukai, orang buat baik dipijak. Semalam saya nampak sepasang manusia berpelukan di lorong bangunan FPK, pada hari masih cerah. Saya tak biasa sebenarnya tengok scene macamtu, jadi rasa terkejut. Tak sempat saya nak tegur ke apa, diorang dah perasan dan terus pergi. Mungkin inilah masalahnya kelompok kita, budaya kita. Bila tengok orang buat salah, buat maksiat, kita tak tegur, tapi terus membiarkannya macam tak nampak. Saya rasa bersalah pula sebab terlepas.
Dah selalu sangat dah saya tengok orang dating. Tapi entah kenapa iman tu macam tak kuat je nak cegah maksiat. Layak ke saya ni dipanggil da'ie, apabila saya tak mencegah kemungkaran yang ada depan mata? Apa yang saya buat ialah, bila saya nampak kawan saya dating, saya duduk sekejap kat situ. Macam satu teguran. Kalau betul hati saya kuat masatu, saya tegur terus. Kalau yang saya tak ngam sangat tu, saya cuba tanya kalau-kalau dia tak ada kerja nak dibuat, atau ajak dia untuk ke mana-mana, atau tanya dia mana kawan-kawan yang lain..
Ada satu malam tu, saya baru balik dari majlis berbuka puasa dan tarawikh, turun dari kereta je ada sepasang orang duduk bawah khemah depan blok saya. Kali ni saya ada kekuatan.
Saya paling tak suka isu blok A DPP EON. Pelajar lelaki selalu lalu di bahagian tepi blok A untuk ke Pusat Islam, tak kiralah masa bazar ramadhan ataupun masa nak terawikh ataupun masa solat jumaat. Macam tak tau plak yang blok tu ialah blok kediaman perempuan. Sikitpun tak hormat. Bukannya tak pernah diberitahu, saya rasa setiap kali orientasi dah bagitahu. Kesian la kat penduduk blok A, nak pergi toilet pun kena check dulu keadaan kat luar.. Lagipun jalan raya terbentang luas, apalah salahnya memanjangkan dan membanyakkan langkah ke masjid, pahala pun dapat banyak..
Saya perhatikan, masyarakat sudah tak kenal lagi antara kebenaran dan kebatilan. Bila orang buang maksiat, buang anak, bunuh anak, tau pulak nak keji.. Tapi bila kawan-kawan mula tukar status relationship kat facebook dari 'single' kepada 'in a relationship with', masing-masing ucap 'congrats' dan sebagainya.. siap bagi suggestion lagi macammana cara-cara nak menghangatkan cinta la.. ape la.. bagi kad la.. korang ni apa sebenarnya? lalang ke? Bila kawan tu ada banyak masalah couple, yang boleh korang comment kat status dia ialah 'sabar' je. Silap-silap haribulan, bila kawan tu dah terberanak, tiba-tiba je takde orang dalam dunia ni yang boleh cakap sesuatu pada dia selain kejian. Natijahnya, sebelum keji orang, kejilah diri sendiri dulu.. Sebenarnya kita pun ada bahagian dalam kebejatan sosial yang berlaku sekarang..
Seperti kata seorang lelaki yang saya panggil Pakcik Rosdi yang disampaikan oleh Kak Nazihah,
"Hidup hanya sekali, hiduplah dengan mulia"
Ramai sekali remaja hari ini yang tersilap mentafsirkan ungkapan hidup hanya sekali. Mereka kata, 'sebab hidup cuma sekali lah nak enjoy habis-habis.. Nanti dah tua bertaubatlah..' Silap..silap.. jangan buat kesilapan macamni.. Malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari, ada peluang ke kita untuk menjadi tua? Entah-entah sekejap lagi kita mati.
Hiduplah dengan mulia.. Allah dah ciptakan kita sebagai khalifah, takkan kita nak letakkan akal kita di kaki dan merendahkan martabat sendiri dengan bermaksiat?
Nota untuk diri saya juga yang tak terlepas dari melakukan dosa. Astaghfirullahal'azim..