Sukan paras ialah acara tahunan di EON. Ia wajib disertai ahli blok, dan biasanya setiap kumpulan dan peserta akan dapat hadiah dengan mudah. Seronoknya sukan paras ini, ia bukan sahaja satu usaha memperkenalkan antara ahli blok antara satu sama lain, tetapi mengeratkan lagi hubungan yang terbina.
Antara acara yang dipertandingkan dalam sukan ini ialah, lumba lari dengan tempurung, tiup belon dan berjalan dengan pasangan (tanpa menyentuh belon), mengapungkan klip kertas dalam air, belon beracun (sambut belon berisi air), cari benang dalam tepung dan beberapa lagi game yang mengarut tapi menyeronokkan. Rugi bagi sesiapa tak join sukpas ni.. bukannya susah pun..
*Tiada gambar untuk disertakan kerana ikin memang tak suka ambil gambar. Lagipun semuanya girl..
Dinner yang berlangsung pada sebelah malamnya pula memang meriah, cuma saya kurang senang kerana kami tidak diberitahu tentang kewujudan penghibur lelaki dalam dinner kami. Dinner memang lengkap serba serbi, sebab makanan BBQ sangat sedap! Dan lagi, persembahan-persembahan, walaupun tak mempunyai masa yang cukup untuk persiapan, tetapi hasilnya masih berada di tahap memuaskan.
Cuma, mungkin saya memang tak serasi dengan BBQ sejak peristiwa di Pulau Perhentian, jadi, saya megalami masalah penghadaman setiap kali makan makanan BBQ. Kalau tersalah makan, alamatnya, saya boleh terkena diarrhea & muntah-muntah yang teruk!
Saya tertarik untuk membincangkan soal kerusi bermuzik ataupun 'musical chair'. Sampai bila kita nak terikat dan terikut perangai orang mana entah dengan bermain musical chair dari kecil sampai dah perngkat univ? Ia mengajar kita merebut tempat yang ada dan menolak orang lain demi mendapatkan tempat yang kita mahu.
*get what i mean? :p

0 komen best:
Post a Comment