- Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri
- Jangan berdoa supaya cinta kita terbalas dan datang dari orang yang kita cintai, tetapi mintalah supaya Tuhan memberikan kita cinta yang terbaik: kerana cinta yang kita harapkan, tak semestinya yang terbaik untuk kita.
- Setiap hari, jika kita melihat laptop kita terbiar tutup, hati akan berkata; "oh, aku belum check e-mail, bukak blog, main facebook, update twitter lagi". Maka kita akan segera melakukannya tanpa bertangguh. Tetapi, bila tengok al-Qur'an terbiar tanpa kita baca, apakah kita cepat- cepat membacanya tanpa bertangguh?
- Kita dan kehidupan ibarat bahtera, ombak, laut dan pantai. Kita takkan ingin lari daripada sebuah hidupan yang penuh gelora. Begitupun, sebagai nakhoda kehidupan, kita perlu bijak mengemudi ke mana arah pelayaran kita. Sesusah manapun perjalanan yang jauh ini, kita perlu memastikan yang ia tidak akan karam. Lama-kelamaan, kita akan mula selesa dihempas ombak dan gelora selalu, kerana ia mula menjadi sebahagian daripada kehidupan..
- Jika kita positif, segalanya akan positif dengan kita. Senyum ^_^
Sunday, October 17, 2010
Petikan kata-kata kehidupan
Categories
aku dan kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment