Monday, October 04, 2010

Kenapa mesti nak racist?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 04, 2010
Bayangkan hanya satu bangsa je yang wujud atas muka bumi ni. Alangkah bosannya duduk dalam satu kelompok yang sama, mengulang apa saja yang orang lain turut buat, makan benda yang sama, mempunyai tabiat yang sama. Ia seperti hidup dalam satu dunia yang hanya ada satu warna. Alangkah bosannya, alangkah bosannya.

Allah telah menyebut dalam al-Qur'an, bahawasanya kita dijadikan berbangsa-bangsa supaya kita saling mengenal. Supaya kita saling bergaul, agar kita dapat saling memahami. Fahamilah, ia adalah satu fitrah! Fitrah, fitrah, fitrah.. fitrah kita ialah tertarik kepada perbezaan.

Fahamilah, bahawa bangsa berlainan itu adalah hadiah. Anugerah. Maka, jika kita racist, alangkah ruginya, sebab kita menolak hadiah (betapa tak beradabnya seseorang apabila dia tak menerima sesuatu hadiah sebagai pemberian yang menggembirakan).

Mungkin, kepada kawan-kawan di universiti lain yang uniculture dan uniracial tak mengenal erti racist (kebencian kepada bangsa lain), atau bangsa lain adalah minor, tetapi, di universiti saya, bangsa selain bangsa Melayu pun ramai. Jadi, memang ada dalam kalangan pelajar yang racist, tak kiralah dari bangsa apa.

Kenapa mesti nak racist, apabila kita lahir dalam masyarakat majmuk? Tak logik. Ia seperti lahir dari perut ibu, kemudian menafikan yang kita tidak lahir dari situ. Alangkah tak logiknya.

Perbuatan racism adalah satu bentuk ketidakmatangan, jadi, berhentilah.
Photobucket

2 komen best:

ballpenmerah said...

my roommate is a Chinese and I have no probs at all...
respect the others...the only way of keeping ur mind open and stop racism

norashikin rahmat said...

oh. encik muiz ni UUM kan? bagusnya, sebelum ni tak pernah dengar different races stay in a room.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea