Wednesday, October 20, 2010

Apa nak dikejar pada cinta manusia... [hati itu Allah yang punya!]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 20, 2010
Apa nak dikejar pada cinta manusia...
cantik pun tak guna kalau tak ada akhlak.
Muda pun tak guna kalau tak bermanfaat.
Tua pun tak guna kalau masih bermaksiat.
Rupa hensem pun nanti berkedut jugak.
Manusia akan mati dan membawa amalannya ke dalam kubur.
Lebih disesalkan kalau orang yang soleh mati dan membawa bi'ahnya yang dahulu ada mati sama.

Apa nak dikejar pada cinta manusia
kalau apa yang dilakukannya hanya untuk kesukaan orang yang dicintainya
semakin kita mencintainya, semakin hati terasa sakit
semakin kita mencarinya, semakin ia menghilang
ibarat mengejar bayang-bayang
Kita akan tamak dengan cinta dari manusia
dan segalanya takkan pernah cukup.

Apa nak dikejar pada cinta manusia
Apa?

letakkanlah perasaanmu pada tempatnya.
Jangan zalim pada diri. Allah tak jadikan hati untuk dikotori dengan cinta nafsu..

Hati itu, Allah yang punya. Sebenarnya kita adalah makhluk miskin yang tak punya apa-apa kerana mencintai manusia yang akan tua dan mati.

***syabab tanpa semangat adalah tua: tua sebelum usianya.
****semangat bukan sebarangan, tetapi ia adalah semangat yang terpelihara, dan dipelihara di atas landasan yang tepat. Landasan cinta hakiki.

Ya Allah, letakkan lah dunia itu di tanganku, dan akhirat itu dalam hatiku.. dan jadikanlah kami dalam kalangan orang yang Engkau kasihi..
Photobucket

4 komen best:

penaberkala said...

:)

norashikin rahmat said...

:(

Unknown said...

carilah cinta manusia yang mencintai penciptaNya..

norashikin rahmat said...

bukan. cintailah Pencipta yang mencipta hati dan berdoa semoga ditemukan dengan orang yang dicintaiNya. Sebab kalau nak mencari, belum tentu berjumpa (sebab manusia boleh berpura-pura mencintai Tuhan, padahal hatinya Allah saja yang tahu..)...

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea