Wednesday, October 27, 2010

Cinta mesti dirawat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010
Ada orang tak sedar kalau dia sedang sakit. Apatah lagi sakit itu membarah dalam jiwanya. Ishq, seperti nama saya.

Katakan saya adalah seorang doktor. Doktor cinta. (bukanlah macam dalam lagu Dr. Cinta yang tidak memberi makna munasabah itu). Tapi saya doktor takde tauliah laa~..

Saya pernah membaca dalam 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Abbas AsSissi, katanya, setiap orang itu adalah seperti doktor. Seorang doktor mestilah bijak mengkaji apakah penyakit seorang pesakit dan memberikan kepadanya deskripsi ubat yang betul, bukan main pakai hentam aja.

Saya juga pernah membaca dalam blog Ustaz Hasrizal, bahawasanya perkara dosa itu mesti dipatahkan (dipulangkan) dengan dosa juga / cara yang menyakitkan (begini kut, saya tak dapat cari perkataan yang tepat).

Maksud saya, kalau seseorang itu ber'couple', kemudian Allah telah memberi petunjuk kepadanya bahawa 'couple' itu adalah berdosa dan dibenci Allah, lalu dia mahu memutuskan hubungan yang tak terikat itu, maka dia mesti (tidak boleh tidak) menggunakan jalan memberitahu kepada 'couple'nya itu kebenaran. Kebenaran memang selalu dirasakan pahit bagi orang-orang yang tak mengerti kepentingannya.

Setiap orang itu pasti berbuat dosa. Saya andaikan kita ini sebagai orang yang terjun ke dalam gaung. Kita adalah kita, dan gaung itu kancah dosa. Bezanya antara kita ialah bagaimana kita berusaha untuk keluar daripada gaung itu. Dalam usaha keluar dari gaung itu, kadang-kadang kita bisa tergelincir semula kedalamnya kerana pautan kita yang tidak kuat.. Saya tak kata saya manusia baik, sebab sayapun tak terlepas dari perbuatan dosa.

Cinta mesti dirawat. Dan untuk merawat cinta, InsyaAllah, semester depan, sebagai satu kesinambungan terhadap 'Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu' tempoh hari (yang berlangsung di UiTM Arau), akan diusahakan pula seminar 'Merawat Cinta'. (Saya dengar Seminar ini pernah berlangsung, tapi saya tak pernah berpeluang mengikutinya)

Sementara menunggu, rawatlah cinta itu dengan memulangkan hati kepada Khaliknya..

Kerana dosa mesti dipatahkan dengan dosa,
Kerana saya hamba yang tak punya apa-apa walau setitis darah yang mengalir di tubuh ini,
Dan kerana jasad ini bakal dimamah bumi dan dimakan ulat,
Maafkanlah sesiapa yang cuba merawat cinta..

*Kata Abbas as-Sissi juga, setiap da'ie itu ibarat orang yang memberi hadiah kepada orang yang ditemuinya. Kefahaman itulah hadiah yang diberikan.
Photobucket

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea