Lagu-lagu ini, amat berat bagi saya. Berat bagi seorang perempuan, apabila semua kata-kata yang dilafazkan dalam bait-bait lagu menjadi harapan.
"Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri"
Malu memang sifat seorang perempuan, sifat seorang wanita.. Tapi bukan semua perempuan punya rasa malu.. apatah lagi pada zaman 'wanita dibogelkan' ini.. Tak keterlaluan saya katakan begini, kerana wanita, memang benar-benar menelanjangkan dirinya walaupun berpakaian: melalui laman sosial facebook, wanita mendedahkan aktiviti hariannya, gambar-gambarnya, segala apa yang ada.. itu kan satu bentuk pendedahan yang tak sepatutnya? Perempuan tanpa malu, ibarat bunga tanpa kuntumannya.. tak ada seri..
Bidadari… bidadari..jadilah pendampingku,
Bidadari… bidadari..jadilah sang setia,
Kerna cinta..cinta suci buktinya tidak pernah sepi..,
Sepi daripada cubaan yang tak terduga,
Mampukah seorang wanita menjadi bidadari dalam kehidupan seseorang? menjadi ibu yang bukan setakat baik, tapi melahirkan pembela, pejuang agama..
Pernah,masa saya ada facebook dulu, saya tulis status tentang mendidik anak, dan kata kawan saya, "aihh, awalnye ko ni, ikin..cakap pasal anak?"
Ini bukan soal cepat atau lambat, ini soal mendidik diri menjadi rijal.. Saya tak pasti bapa kepada imam yang mana (sama ada Imam al-Ghazali atau asSyafi'e, sebab ada sebuah buku mengatakan bapa Imam al Ghazali, ada yang satu lagi mencatatkan bapa imam asSyafi'e), apabila dia ditanya bagaimana dia mendidik anaknya menjadi orang yang hebat, lalu dia menjawab, "aku telah mendidiknya 40 tahun dahulu" (bermaksud, mendidik dirinya terlebih dahulu).
Kata-kata seruan menjadi bidadari itu satu panggilan kepada semua wanita.. Tatkala saya mendengar lagu-lagu tentang wanita: Rabi'atul Adawiyah, Zinnirah, Bidadari, Puteriku sayang, hati pasti berkata: "mampukah aku?".. dan hati terasa sakit nyeri yang teramat kerana beratnya rasa tak mampu..
Kenapa kita jarang, mungkin tidak pernah mendengar lagu seruan kepada pemuda dan lelaki sepertimana lagu-lagu untuk wanita? Kenapa tidak ada wujudnya gelaran kepada lelaki sebagai "hiasan dunia"? Tak layakkah lelaki menjadi hiasan dunia?
Ilmu saya tak cukup untuk mengupas pertanyaan ini, cuma saya faham di mana darjat wanita yang diangkat Allah. Siapa yang tak mahu menjadi bidadari?
Semua perempuan mahu menjadi bidadari. Dan semua lelaki mahu beristerikan bidadari.
Tetapi, hakikat yang nyata, lelaki yang mahu beristerikan bidadari tidak menghormati wanita dengan memegang tubuh wanita bukan mahram, melihat auratnya dan berhubungan yang tak perlu. Wanita yang mahu menjadi bidadari pula, melucutkan peluang menjadi bidadari dengan membuang malu dari hatinya.
Nota ini, untuk diri saya yang hina.. yang merasakan betapa tak mampunya saya menggalas tanggungjawab dan amanah besar untuk hidup semulia yang Allah mahukan..
Raihlah cinta Allah, dan tingkatkan usaha dalam perjuangan.. jaga hati, dan jaga iman.. Sesungguhnya perjuangan itu satu jalan yang panjang.. dan sunyi.. Jalan usaha adalah jalan yang orang datang dan pergi.. Penghujung jalan kepada usaha pastinya kejayaan, yakinlah!

0 komen best:
Post a Comment