Showing posts with label kata-kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hati. Show all posts

Monday, September 26, 2011

System of a down.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 26, 2011 1 komen best
Dunia yang kita hidupi pada hari ini, bukan lagi dunia yang sejahtera. Kata seorang murobbi, orang yang tidak membenci sistem jahiliyyah dan tidak berfikir bagaimana untuk meruntuhkannya adalah orang yang tidur.

Masalah yang ada pada kita ialah kita ingin membangunkan Islam tapi tak buang jahiliyyah yang masih bertapak dalam diri.

Kata murobbi itu lagi, kita telah kehilangan bukan sahaja tingkap, tiang mahupun dinding, tapi kita telah kehilangan kesemuanya sekali: sebuah rumah. Jadi, sebagai seorang mukmin, kita hendaklah bekerja untuk meruntuhkan 'rumah' yang ada sekarang dan membina rumah baru dengan tiang kukuh dan atap yang utuh.

Katanya lagi, kita taknak membina Islam yang menjadi penampal 'kebocoran' kepada rumah yang sedia ada sekarang. Islam bukanlah agama tempelan, hanya menjadi alternatif kepada sistem yang sedia ada. Islam adalah sistem kehidupan kita secara keseluruhannya, bukan hanya pada nama.

Kalau kita masih tak sedar bahawa rumah kita telah dirobohkan orang, bermakna kita masih terperangkap dalam dunia ilusi kita. Berdoalah agar Allah mengilhamkan kita untuk bekerjasama, membina kembali rumah yang kita cintai..

Friday, May 20, 2011

Berilah kemaafan, apabila dia tak memahami..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, May 20, 2011 2 komen best
Kepada jiwa yang sedang sakit dengan racun-racun nista, mari kita ubatkannya dengan cinta, benci dan takut.

Ketahuilah, bahawa kebaikan dan keburukan itu tercipta dengan keizinan. Namun begitu ia tidak tentu terjadi dengan jaminan. Sedangkan engkau sendiri tidak tahu arah kemana darahmu mengalir, atau apakah masih nadimu berdenyut, atau warna apakah pada jantungmu, mana mungkin engkau bisa menjamin perasaan hatimu. Mana mungkin engkau bisa memberitahu si Malaikatul Maut bahawa engkau mahu bertaubat sebentar. Mana mungkin engkau mampu membisikkan kepada cinta agar tidak merasuki hatimu kemudian hilang begitu sahaja pada waktu yang engkau suka.

Dia masih manusia, masih manusia, masih manusia. Dia bukan malaikat.

Andainya engkau bisa tersenyum memberikan keraian, atau melembutkan hati melonggarkan kekerasan, atau menepis lembut arus yang menampar, berikanlah yang terbaik yang engkau ada, kerana dirimu takkan tercela tanpa engkau mencela.

Pesan seorang tua kepada sebuah jiwa; bersedialah dan bersabarlah, kerana dirimu akan selalu menghadapi keadaan yang engkau tak suka. Berdoalah agar engkau dilindungi dari mengulangi dosa yang engkau bencikan dalam hati. Semoga Allah menjagamu, sentiasa.

Friday, April 22, 2011

Sabarlah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 22, 2011 0 komen best
Sabarlah, Allah pasti memberikan ganjaran.

Dah hampir seminggu saya bingung memikirkan sesuatu perkara. Perkara itu membuatkan jiwa saya terasa berat, dan selalu diselubungi rasa marah. Marah, kerana tidak faham kenapa saya mempunyai perasaan yang aneh itu. Sejujurnya, perasaan itu membuat saya ingin memukul orang sehingga hancur. Jahat kan, perasaan saya bila diganggu syaitan?

ta'lim itu penting, tetapi penting lagi tarbiyah.

Setiap kali dilanda masalah, saya akan memikirkan resolusi, penawar dan hikmah. Untuk mendapatkan resolusi terbaik, sabarlah yang paling penting. Saya selalu menunggu apa yang ingin Allah bagi..

Hikmah tidak datang dengan hanya menunggu goyang kaki. Engkau perlu bergerak dan mencari, meyakinkan diri bahawa kurniaan Allah itu pasti bagi orang yang bersabar.

Dalam melawan arus kerosakan hati, Allah menemukan saya dengan cinta dan keikhlasan. Dia meyakinkan saya bahawa peningkatan diri akan ditemui di sebalik kejatuhan saya (kerana kekuatan yang dikumpul sekian lama runtuh begitu mudah, saya membina kekuatan atas dasar yang rapuh, rupa-rupanya).

Maafkan saya andai post ini tak difahami, kerana saya sukar meyakinkan orang untuk memahami saya. Saya jarang meminta untuk difahami. Yang penting untuk difahami ialah kefahaman Islam dan keindahannya, fikirkan hikmah.

Allah :)

Saturday, April 09, 2011

Menzalimi diri sendiri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 09, 2011 4 komen best
Zalim itu secara basicnya bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Atau tidak menunaikan hak sesuatu.

Kenapa saya masih ingat dengan maksud 'zalim' yang terungkap dalam buku teks Pendidikan Agama Islam Tingkatan Dua? Sebabnya ia sangat berkait rapat dengan saya. Semasa tingkatan dua, saya mempunyai 'habit' memetik bunga raya di sekitar kawasan kelas. Bunga raya memang cantik dan pelbagai, unik dan menarik. Sampai saya menjadikannya penanda buku bunga kering. Saya masih ingat yang saya pernah merajuk dengan classmate bernama Farhana dan dia menghadiahkan saya bunga raya yang diletakkan dibawah meja sebagai ucapan 'maaf'.

Dan pada suatu hari, Ustaz Kamal atTohamy mengajar bab akhlak, bertajuk 'Zalim'. Apabila diimplementasi dalam kehidupan, rupa-rupanya saya zalim dengan bunga yang saya selalu petik kerana ia dilakukan tanpa tujuan dan hanya sekadar suka-suka sahaja. Dengan rasa menyesal yang ada, saya berhenti memetik bunga raya yang saya sukai. Sejak itu, saya juga kenal erti zalim dengan sebenarnya, bahawa melakukan sesuatu dengan suka-suka tanpa tujuan pun boleh menjadi zalim.

Zalim, bagi saya adalah satu perkara yang besar tetapi begitu halus. Ia juga berlaku kepada diri sendiri oleh diri sendiri.

Kehidupan sebagai pelajar kadangkala menjadikan kita kedekut untuk tidur atau makan, kadang-kadang. Ada yang sampai tak tidur menelaah untuk exam. Atau buat assignment sampai lewat. Prinsip saya, walau macammana banyak sekalipun kerja, hak tubuh mesti diberikan. Waktu makan mesti makan, waktu penat mesti rehat walaupun sekejap. Awak tu bukannya robot, kawanku..

Tapi sayangnya pada akhir-akhir ini kata-kata ini perlu saya berikan kepada diri sendiri. Makan saya yang kadang-kadang tak terurus kerana terlalu kepenatan akan membuat saya menegur diri sendiri, kerana tubuh kita memerlukan haknya ditunaikan. Solat juga tanggungjawab yang kalau ditinggalkan akan membuatkan kita menzalimi diri.

Padahal saya selalu berpesan, 'jangan sampai tak makan, berdosa'. Sekarang diri sendirilah yang perlu dinasihati.

Jangan zalim pada diri ye, kawan-kawan. Tunaikanlah haknya, jangan sampai ia mengadu kepada Allah kerana kelalaianmu menjaganya sebagai amanah Allah..

Wednesday, March 30, 2011

kata-kata yang tidak didengar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 30, 2011 2 komen best
Yang kurasakan.. diriMu mesti berada di sisiku..
kerana, 
segala yang kulalui,
Engkau juga pasti mengetahui..

Harini saya telah melalui satu perkara yang membuatkan saya teringat kepada perang Uhud. 
Dalam perang Uhud, Islam menang dulu kemudian kalah. Kerana tak mengikut arahan, kerana tamak, kerana terlalu yakin dan kerana terlupakan ancaman. Dan, strategi musuh juga adalah satu faktor kekalahan.

Yang saya yakini, Allah is the Greatest back-up, the most powerful.

Saya macam tak tahu apa lagi kata-kata yang boleh diucapkan. Yang saya tahu, saya selalu tidak keseorangan, kerana saya yakin, Islam akan selalu menang, akan menang dan pasti menang!

p/s: bencilah kepada dosa seperti benci dicampakkan ke dalam api neraka. 

Wednesday, February 16, 2011

Jadilah penulis yang menulis hati dan kebaikan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 16, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga post ini membawa manfaat untuk anda yang membaca.

Menulis adalah satu daripada seribu satu kekuatan yang ada dalam dunia ni untuk saya. Apabila saya menonton cerita '1 litre of tears', melihat budak perempuan si watak utama tak mampu lagi menulis membuatkan saya rasa bersyukur bahawa saya masih dipilih untuk diberi kekuatan untuk menulis.

So, i can't give up writing. (even so i feel like giving up to write something everytime i'm feeling down).

Saya bukanlah penulis yang baik, tetapi saya sedang mencuba untuk menjadi penulis yang baik. Orang selalu bertanya bagaimana menulis blog. Kadang-kadang saya juga terlupa tentang prinsip menulis ini.

Untuk menulis blog, tulislah perkara yang dekat dengan diri penulis itu sendiri. Dan tulislah perkara yang mampu ditulis. Menulislah dengan kata-kata yang baik dan mudah difahami, dan belajarlah untuk mempertingkatkan skil penulisan dengan memperbanyakkan bacaan untuk meluaskan pengetahuan. Tulislah dengan ikhlas, dan jangan jadikan tulisan anda medan mendapat dosa. Berfikirlah sebelum menulis, kerana tulisan dan penulisan adalah gambaran otak si pengarangnya, sebaik mana dia boleh berfikir dan berkongsi.

Jangan menulis dalam keadaan anda tak mampu dan tak mempunyai keinginan untuk menulis, kerana orang lain pun takkan teringin untuk membaca tulisan anda. Your feelings will reflect what others will feel about your writing (kalau hati anda adalah hati yang bersih dan mempunyai intuisi yang jelas).

Semoga Allah kasihkan anda. Senyum! :D

Monday, February 07, 2011

untuk jiwa yang kehilangan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 07, 2011 0 komen best
khas post ini didedikasikan buat seseorang yang kehilangan

Kehilangan tak semestinya kematian, tak semestinya tentang tak ketemu, bukan, bukan. Kehilangan juga sebenarnya adalah akibat perubahan-perubahan yang diizinkan Allah.

Terimalah kehilangan sebagai satu titik tolak untuk pertemuan yang baru. Kehilangan merupakan satu penyebab untuk kita berusaha mencari, dan pencarian akan lebih mudah dengan usaha dan kemahuan.

Untuk jiwa yang kehilangan, ketahuilah bahawa mencari itu adalah fitrah setiap manusia. Dan pencarian yang terbaik adalah mencari redha Allah.

Andainya seseorang tidak dapat memberimu yang terbaik yang engkau mahukan, maka ketahuilah bahawa orang itu tidak dapat memberinya kerana ia tidak memiliki apa yang engkau cari daripadanya.

Monday, January 10, 2011

Meraikan kejatuhan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 10, 2011 2 komen best
ehh...~ meraikan kejatuhan? Apa punya tajuk laa kan saya ni?

Tak ada orang yang kalau dia terjatuh semasa berjalan atau berlari kemudian tak bangkit semula melainkan orang sakit atau pengsan. Semua orang akan cuba bangkit setelah jatuh, untuk mencapai semula keseimbangan dan kembali kepada kekuatan yang asal.

Nampaknya Allah izinkan saya mengalami kejatuhan untuk keputusan semester lepas. Mungkin sebab saya memang mengalami kejatuhan hampir sepanjang semester dek kerana satu subjek yang menelan duit dan mencalarkan persahabatan dan kepercayaan saya pada orang. hoho..saya masih ingat lagi rupanya peristiwa menyakitkan hati itu..

Takpe, takpe.
Kejatuhan akan lebih mematangkan diri ini, saya menghargainya. Apa yang mesti saya lakukan ialah, analisis kesilapan dan kelemahan, dan mencuba lagi untuk semester ini yang bakal membuka tirainya beberapa hari saja lagi. Oh, UUM, aku rindu! hehe..~

See? Saya memberi semangat kepada diri sendiri untuk terus berusaha. Kenapa saya tak sedih dan redha? Kerana saya bersyukur, semua itu adalah usaha saya sekadarnya atas izin Allah.. (Walaupun ada satu dua subjek yang saya tahu pensyarahnya mengelat, bagi saya markah lebih dari yang sepatutnya).

So, friends, when you fell down, remember, Allah is always there to raise you up. Keep believing, keep shining, keep fighting!

Setelah jatuh, bangkitlah perlahan-lahan, jangan terus berlari, takut nanti tersungkur!

Wednesday, December 22, 2010

Kerana cinta terlalu banyak..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 22, 2010 0 komen best
Remaja. Cukup sinonim dengan perkataan mencari. Mencari cinta, terutamanya.

Saya remaja, saya taulah. :p
 Tapi, perlu ke cari cinta ni? Kalau tanya saya, mestilah saya kata Ya, Perlu, Mesti. Tapi mestilah cari cinta yang tulen, bukan cinta merapu lagi palsu..

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak mengenalpasti cinta.
Apakah yang kita rasai itu hanya suka, atau sayang, atau cinta atau nafsu..?

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak menguruskannya..
Bila, bagaimana, apa, siapa..

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak memilih
yang mana satu kaca, yang mana satu permata
kerana jika kita terpilih kaca, kitalah yang terluka
jika kita memilih permata, no doubt, kita akan kaya

Pepatah 'jawa' ada berkata,
"Too much love will kill you and too deep love will hurt".

Berhati-hatilah dengan cinta yang terlalu banyak, kerana ia boleh berubah menjadi sangkar emas lalu mengurung jiwa-jiwa yang dicintai..

Tunaikanlah hak cintamu, dan, cintailah Yang Memberikan cinta kepadamu.. kerana Dia lebih berhak. ^_^

Khalil Gibran ada menulis tentang cinta dalam puisinya;

Lalu berkatalah Almitra, Bicaralah pada kami perihal Cinta.
Dan dia mengangkatkan kepalanya dan memandang ke arah kumpulan manusia
itu, dan keheningan menguasai mereka. Dan dengan suara lantang dia berkata:
Pabila cinta memberi isyarat kepadamu, ikutilah dia,
Walau jalannya sukar dan curam.
Dan pabila sayapnya memelukmu menyerahlah kepadanya.
Walau pedang tersembunyi di antara hujung-hujung sayapnya bisa melukaimu.
Dan kalau dia berbicara padamu percayalah padanya.
Walau suaranya bisa menggetar mimpi-mimpimu bagai angin utara
membinasakan taman.
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau, demikian pula dia akan
menghukummu.
Sebagaimana dia ada untuk menyuburkanmu, demikian pula dia ada untuk
mencantasmu.
Sebagaimana dia mendaki ke puncakmu dan membelai mesra ranting-ranting
lembutmu yang bergetar dalam cahaya matahari.
Demikian pula dia akan menghunjam ke akarmu dan menggegarkannya di dalam
pautanmu pada bumi.
Laksana selonggok jagung dia menghimpun engkau pada dirinya.
Dia menghempuk engkau hingga kau telanjang
Dia mengasing-asingkan kau demi membebaskan engkau dari kulitmu.
Dia menggosok-gosok engkau sampai putih bersih.
Dia meramas engkau hingga kau menjadi lembut;
Dan kemudian dia mengangkat engkau ke api sucinya sehingga engkau bisa
menjadi hidangan suci untuk pesta kudus Tuhan.
Semua ini akan ditunaikan padamu oleh Sang Cinta, supaya bisa kau fahami
rahsia hatimu, dan di dalam pemahaman dia menjadi sekeping hati Kehidupan.
Namun pabila dalam ketakutanmu kau hanya akan mencari kedamaian dan
kenikmatan cinta.
Maka lebih baiklah bagimu untuk menutupi tubuhmu dan melangkah keluar
dari lantai-penebah cinta.
Memasuki dunia tanpa musim tempat kau dapat tertawa, tapi tak seluruh
gelak tawamu, dan menangis, tapi tak sehabis semua airmatamu.
Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil
apa-apa pun kecuali dari dirinya sendiri.
Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki;
Kerana cinta telah cukup bagi cinta.
Pabila kau mencintai kau takkan berkata, "Tuhan ada di dalam hatiku," tapi
sebaliknya, "Aku berada di dalam hati Tuhan."
Dan jangan mengira kaudapat mengarahkan jalannya Cinta, sebab cinta, pabila
dia menilaimu memang pantas, mengarahkan jalanmu.
Cinta tak menginginkan yang lain kecuali memenuhi dirinya. Namun pabila kau
mencintai dan memerlukan keghairahan, biarlah ini menjadi keghairahanmu:
Luluhkan dirimu dan mengalirlah bagaikan anak sungai, yang menyanyikan
alunannnya bagai sang malam.
Kenalilah penderitaan dari kelembutan yang begitu jauh.
Rasa dilukai akibat pemahamanmu sendiri tentang cinta;
Dan menitiskan darah dengan ikhlas dan gembira.
Terjaga di kala fajar dengan hati berawangan dan mensyukuri hari baru
penuh cahaya kasih;
Istirah di kala siang dan merenungkan kegembiraan cinta yang meluap-luap;
Kembali ke rumah di kala senja dengan rasa syukur;
Dan kemudian tidur bersama doa bagi kekasih di dalam hatimu dan sekuntum
nyanyian puji-pujian pada bibirmu.
(Dari 'Sang Nabi')
Photobucket

Saturday, October 16, 2010

Perempuan, didikan, malu dan harapan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 16, 2010 0 komen best
Sedang saya tergaru-garu kepala membuat assignmen perakaunan, lagu Puteriku Sayang berkumandang. Sejurus selepas itu, nasyid Bidadari Syurga pula.


Lagu-lagu ini, amat berat bagi saya. Berat bagi seorang perempuan, apabila semua kata-kata yang dilafazkan dalam bait-bait lagu menjadi harapan.
"Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri"

Malu memang sifat seorang perempuan, sifat seorang wanita.. Tapi bukan semua perempuan punya rasa malu.. apatah lagi pada zaman 'wanita dibogelkan' ini.. Tak keterlaluan saya katakan begini, kerana wanita, memang benar-benar menelanjangkan dirinya walaupun berpakaian: melalui laman sosial facebook, wanita mendedahkan aktiviti hariannya, gambar-gambarnya, segala apa yang ada.. itu kan satu bentuk pendedahan yang tak sepatutnya? Perempuan tanpa malu, ibarat bunga tanpa kuntumannya.. tak ada seri..

Bidadari… bidadari..jadilah pendampingku,
Bidadari… bidadari..jadilah sang setia,
Kerna cinta..cinta suci buktinya tidak pernah sepi..,
Sepi daripada cubaan yang tak terduga,

Mampukah seorang wanita menjadi bidadari dalam kehidupan seseorang? menjadi ibu yang bukan setakat baik, tapi melahirkan pembela, pejuang agama.. 

Pernah,masa saya ada facebook dulu, saya tulis status tentang mendidik anak, dan kata kawan saya, "aihh, awalnye ko ni, ikin..cakap pasal anak?"

Ini bukan soal cepat atau lambat, ini soal mendidik diri menjadi rijal.. Saya tak pasti bapa kepada imam yang mana (sama ada Imam al-Ghazali atau asSyafi'e, sebab ada sebuah buku mengatakan bapa Imam al Ghazali, ada yang satu lagi mencatatkan bapa imam asSyafi'e), apabila dia ditanya bagaimana dia mendidik anaknya menjadi orang yang hebat, lalu dia menjawab, "aku telah mendidiknya 40 tahun dahulu" (bermaksud, mendidik dirinya terlebih dahulu).

Kata-kata seruan menjadi bidadari itu satu panggilan kepada semua wanita.. Tatkala saya mendengar lagu-lagu tentang wanita: Rabi'atul Adawiyah, Zinnirah, Bidadari, Puteriku sayang, hati pasti berkata: "mampukah aku?".. dan hati terasa sakit nyeri yang teramat kerana beratnya rasa tak mampu..

Kenapa kita jarang, mungkin tidak pernah mendengar lagu seruan kepada pemuda dan lelaki sepertimana lagu-lagu untuk wanita? Kenapa tidak ada wujudnya gelaran kepada lelaki sebagai "hiasan dunia"? Tak layakkah lelaki menjadi hiasan dunia?

Ilmu saya tak cukup untuk mengupas pertanyaan ini, cuma saya faham di mana darjat wanita yang diangkat Allah. Siapa yang tak mahu menjadi bidadari?

Semua perempuan mahu menjadi bidadari. Dan semua lelaki mahu beristerikan bidadari. 

Tetapi, hakikat yang nyata, lelaki yang mahu beristerikan bidadari tidak menghormati wanita dengan memegang tubuh wanita bukan mahram, melihat auratnya dan berhubungan yang tak perlu. Wanita yang mahu menjadi bidadari pula, melucutkan peluang menjadi bidadari dengan membuang malu dari hatinya.

Nota ini, untuk diri saya yang hina.. yang merasakan betapa tak mampunya saya menggalas tanggungjawab dan amanah besar untuk hidup semulia yang Allah mahukan.. 

Raihlah cinta Allah, dan tingkatkan usaha dalam perjuangan.. jaga hati, dan jaga iman.. Sesungguhnya perjuangan itu satu jalan yang panjang.. dan sunyi.. Jalan usaha adalah jalan yang orang datang dan pergi.. Penghujung jalan kepada usaha pastinya kejayaan, yakinlah!
Photobucket

Friday, September 17, 2010

delay to fail

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 17, 2010 0 komen best
Apakata kita buangkan perkataan 'gagal' dalam hidup ni.

Jangan berkenalan dengan kegagalan dalam hidup ni. Gagal kawannya putus asa. Sebenarnya tak ada kegagalan yang wujud dalam hidup ni, cuma kita tak tahu je mana jalannya untuk berjaya.

Lengah-lengahkanlah kegagalan, dan berkejar-kejarlah dengan masa untuk mencapai kejayaan!
[delay to fail, as failure is a delay to success].

(sebenarnya saya dah sampai UUM pagi ni, 17 September. tapi UUM masih sunyi.. bilik dah cukup berhabuk walaupun baru 2 minggu ditinggalkan. Dan, assignment menunggu untuk disiapkan. Ibu membekalkan saya dengan berbalang-balang kuih raya, [siapa nak makan ni??] dan banyak sekali barang yang kakak saya hadiahkan pada saya: kasut, beg dan handphone. Thanks, ibu dan kakngah! )
Photobucket

Thursday, August 12, 2010

I may not be a good listener, nor a good advisor..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 12, 2010 0 komen best
Saya bukanlah seorang pendengar yang cukup baik, dan saya juga bukan pemberi nasihat yang baik. Saya bukan seorang yang empati.

Saya selalu tidak dapat meletakkan diri saya di tempat orang lain. Kebelakangan ini, ada beberapa orang sahabat memilih saya untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Namun, apa yang saya kesalkan ialah, saya tak mampu untuk menyelami dalam-dalam perasaan mereka. Sebab mungkin apa yang saya pernah alami, tak pernah serumit keadaan mereka. Namun, tak semestinya, untuk menasihati orang, mesti melalui dahulu keadaan yang serupa..

Seni mendengar
Waktu saya di kelas English, ada seorang classmate lelaki yang berasal dari Sarawak yang dipuji berkali-kali tulisannya oleh pensyarah. Untuk lebih tahu dan mengambil ibrah, saya baca tulisannya. Kali pertama membaca, saya rasa karangannya bukanlah apa-apa sangat. kali kedua membaca, saya perasan, penulisannya kemas dan bermakna. Dalam penulisan itu, dia menyebut, bahawa dia membesar dengan belajar mendengar. Mendengar, adalah anugerah Allah kepada manusia yang bukan biasa-biasa sahaja. Dan saya perasan, lelaki ini tak banyak bercakap.

Bahawa saya juga mengetahui bahawa hikmah itu tidak diperoleh dengan banyak bercakap.

berbalik kepada hal empathism yang saya bincangkan. Masalah tidak akan datang kepada orang yang mencari. Dan ia akan mengejar orang yang melarikan diri daripadanya. Untuk menyelesaikan masalah, caranya ialah dengan mengembalikannya kepada daripada mana ia datang: Allah. Dalam buku Mukasyafahul Qulb oleh Imam al-Ghazali ada menyebut, bahawa orang yang bertawakkal itu adalah yang paling tenang dan tidak kusut menghadapi apa-apa pun.

Kepada orang yang bersedih, saya suruh dia menangis. See, I am really not a good advisor, kan?
Photobucket

Tuesday, July 27, 2010

bagaimana menghadapi orang yang suka mencari kesilapan dan kelemahan kita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 27, 2010 2 komen best
Dalam hidup ni, kita akan banyak menghadapi masalah dengan orang lain kalau tak bijak memahami masalah diri sendiri.

Saya pun tak tahu macammana nak start post ni. Cuma, saya masih muda dan tak banyak pengalaman, tapi ada sedikit guide yang saya peroleh dari pengalaman.


  1. Apabila ada orang yang suka mencari-cari kesilapan kita, berterima kasihlah kepada dia, sebab itu salahsatu teguran 'indirect' dari Allah secara halus dalam kekasaran.
  2. Muhasabah diri dulu, jangan terus melenting sebab kalau kita melenting apatah lagi di hadapan orang yang cari kesilapan kita, silap kita akan jadi berganda dan orang takkan mahu lagi menegur silap kita kelak. Cuba bertenang dan beristighfar, sebab 'bertenang-tenang itu daripada malaikat dan gopoh gapah itu daripada syaitan..'
  3. Dengar dulu..
  4. Perbetulkan mana yang silap, dan jangan terlalu memberatkan kata-kata orangtu hingga menjadi masalah rumit yang menyebabkan diri hilang tumpuan. Biasanya, orang perempuan agak emosional menghadapi hal macamni, terutama pada waktu bulanannya.
  5. Kalau apa yang dikatakan oleh 'pencari kesilapan' tu tak betul, jadi, abaikan saja kata-katanya. Yakin dengan diri, terangkan pada dia apa yang perlu (lebih baik tak, sebab ianya akan menimbulkan rasa amarah orangtu. Action will speak louder than words).
  6. Berdoalah supaya Allah membantu kita menghadapi keadaan-keadan yang kita tak suka, hanya Dialah yang memegang jiwa-jiwa manusia..
Kita hidup dan tak lepas dari menghadapi kedengkian. Berhati-hati, syaitan suka sekali berbisik supaya kita ni bertelagah sesama sendiri. Syaitan tu musuh kita, jangan sesekali bagi dia menang!

p/s: Sekali-sekala cuba hadiahkan 'pencari kesalahan' dengan sesuatu yang disukainya macam makanan, atau berkongsi dengan dia apa yang kita ada, itu menyebabkan hubungan terbina, dan dia akan menegur kesilapan kita dengan cara yang aman, bukan menyakitkan hati..

Wallahu a'lam. Sedikit perkongsian, semoga bermanfaat.

Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Tuesday, April 20, 2010

marah itu merugikan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 20, 2010 0 komen best
  1. Syaitan amat suka kepada orang yang marah
  2. Orang yang marah menyebabkan kawan-kawan lari daripadanya
  3. orang yang marah melepaskan masa-masa dalam kehidupannya untuk tersenyum dan mengecap nikmat hidup
  4. muka orang yang marah tidak suka untuk dipandang oleh manusia
  5. syaitan akan sentiasa menghasut manusia supaya berdendam dan marah-marah, dan kalau kita menjadi benar-benar marah bererti kita telah berjaya dihasut syaitan---ini bererti kita memberi kemenangan kepada musuh kita
  6. apabila kita marah tanpa sebab yang munasabah, bererti kita seorang yang zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. sebagai seorang yang bergelar muslim, kita sepatutnya marah kepada diri sendiri apabila melakukan kemungkaran, melihat kemungkaran, dan tidak mencegah kemungkaran.
  7. marah akan membuatkan terputusnya silaturrahim dan rosaknya persahabatan
  8. marah itu bukan sifat seorang muslim yang berilmu, tetapi ia adalah sifat syaitan dan iblis yang benci kepada kebaikan
  9. orang yang marah bererti fikirannya diluar batas kewarasan, gagal mengawal nafsu dan fikirannya terganggu.
  10. Orang yang marah adalah orang yang kerdil kerana berfikiran sempit dan gagal mengawal diri. Orang begini tidak akan dilantik menjadi ketua, tidak disukai sahabat handainya dan jika diselidik, didapati banyak sekali umpat keji orang terhadapnya kerana dia tidak boleh ditegur dan mudah melenting. Dia hidup dalam dunianya sendiri, ditipu perasaannya dan amat sedih jika didalami jiwanya.
  11. Marah itu api, ia membakar diri
  12. setiap yang dimulai dengan kemarahan akan berakhir dengan rasa malu (selalu terkena nih, hehe)
Cara menghadapi marah, kemarahan dan orang-orang yang marah:
  1. beristighfar
  2. sabar
  3. minum air
  4. ambil wudhuk
  5. jika sedang berdiri maka duduklah, jika sedang duduk maka berbaringlah, jika sedang berbaring maka tidurlah.
  6. Mendalami ilmu dan merendahkan hati
  7. jauhi orang lain ketika hati sedang marah, atau sedang menghadapi orang yang marah diamlah seketika atau jarakkan diri daripadanya sebentar.
  8. banyakkan berzikir
  9. banyakkan membaca kisah sahabat dan sirah nabi, dan contohi bagaimana mereka menahan kemarahan, waktu bagaimana yang mereka marah dan bagaimana mereka menghadapi kemarahan. (Contohnya, ketika seorang lelaki meludah seorang sahabat ketika dalam peperangan dan sahabat hampir memancungnya dengan pedang, tetapi tidak jadi kerana takut dimurkai Allah, boleh jadi dia membunuh kerana kemarahan diludah, bukan kerana jihad memperjuangkan Islam).
  10. Merasa takut dimurkai Allah jika marah
  11. berdoa kepada Allah supaya dilindungi daripada perasaan marah yang tidak sepatutnya/berdoa dilindungi daripada hasutan syaitan
  12. memperbanyakkan zikir, kerana kita tidak tahu bila maghfirah itu sampai.
  13. Contohi akhlak nabi..(Ingatlah, nabi tidak pernah marah kepada orang yang melemparkan tahi dan sampah kepadanya setiap hari, tidak pernah mendoakan azab ditimpakan kepada umatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan.) menahan marah juga satu sunnah.
  14. memaafkan orang lain supaya tidak jadi marah.
Natijah menjauhi marah
  1. hidup akan menjadi lebih tenang
  2. mendapat kemenangan melawan nafsu dan bisikan syaitan
  3. iblis dan syaitan bersedih kerana tidak berjaya mempengaruhi kita
  4. terbebas daripada belenggu penyakit hati
  5. Belajar untuk bersabar
  6. mendapat ganjaran pahala dari Allah
  7. disukai orang sekeliling
  8. didoakan malaikat
  9. disayangi Allah dan Rasul
  10. mendapat banyak kebaikan dengan bersabar
Keberkatan itu tidak datang kepada hati yang ditutup nafsu..dan bertenang-tenang itu adalah lebih baik kerana ia daripada malaikat..Orang yang gopoh gapah, selalu rugi kerana gopoh gapah itu sifat syaitan..

Maafkan saya kalau ada khilaf, saya juga manusia yang lemah menghadapi kemarahan. Saya menulis untuk mengingatkan diri, dan berkongsi.

saya pernah dimarahi seorang senior dalam satu program kerana kesilapan saya, dan saya dimaafkan.. dari sikap senior saya itu, saya belajar sesuatu. Dia hanya marah pada masa yang perlu, dan dia sangat cool. Inilah sifat orang Islam sebenarnya, profesional. Jadi, tak ada sebab untuk saya tak memaafkan orang lain apabila saya marah, kerana saya pernah dimarah dan pernah dimaafkan.

Marah itu membawa 1001 kekesalan, 1001 keburukan, 1001 kebencian..

Berhentilah menjadi orang yang rugi, dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan!

Semoga bermanfaat.


Photobucket

Tuesday, April 13, 2010

imperfect perfectionist.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 13, 2010 2 komen best
"you are so perfectionist" katanya dalam keadaan bergurau.

sejak itu perkataan itu bermain-main di kepala saya. Manusia selalu mempersoalkan kesempurnaan. Segalanya mesti mahu sempurna. Hakikatnya sempurna itu subjektif.

Bagi saya sempurna itu wujud dan tak wujud. Sempurna itu sifat Tuhan. kalau saya katakan orang cacat itu sempurna, anda setuju tak?

kalau saya ditanya soalan itu, saya akan setuju.

God creatures are perfect. always perfect. hatta cacat takde mata sekalipun, ia tetap perfect. ketidaksempurnaan itu cuma sifat makhluk. Kenapa saya katakan orang cacat adalah perfect kerana Allah yang telah menjadikannya begitu. perkataan dan persepsi cacat adalah prejudis ciptaan manusia.

cacat itu cumalah diluar batas kebiasaan. katakan kalau Tuhan jadikan semua orang takde cuping telinga, tapi tiba-tiba anda ada telinga, orang lain akan katakan anda ni cacat, kan?

Katakan manusia kata dapat straight A itu perfect, kerja bagus-bagus itu perfect. Kelak apabila persepsi kita berubah, orang itu tidak lagi perfect. Tak perfect jugak, kan?

apa yang kita boleh usahakan dalam hidup ni adalah buat yang terbaik cuma.

Kerana sempurna iu bukan sifat makhluk.

Manusia yang mengejar kesempurnaan dalam setiap perkara akan melihat kekurangan pada setiap yang dilakukan. dan dialah orang yang paling tak sempurna.

Walau sesempurna mana pun kita cuba melaksanakan sesuatu, ia tetap buruk pada pandangan sesetengah orang. Walau sebaik manapun seseorang lelaki yang, tidak semua orang akan memperkatakan dia seorang lelaki yang baik. Begitu juga, walau sekuat mana pun seorang ibu berusaha melakukan yang terbaik buat anaknya, adakalanya si anak menjadi derhaka tak tentu punca.

Kadang-kadang untuk kita menghasilkan sesuatu yang baik, kita tersilap langkah. Kita sangkakan apa yang kita buat sudah terbaik, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita mahu. Kadang-kadang kita terlupa bahawa adanya tindakan di luar kebiasaan. Kita lupa bertawakal kepada Allah.

Seorang ibu, misalnya. Dia memberikan segalanya yang dirasakan perlu bagi seorang anak, sampai dia tidak sedar bahawa dia telah terlalu memanjakan anaknya sehinggakan anaknya itu setelah dewasa menjadi kurang ajar dan lupa diri.

Seorang guru, misalnya. Dia berasa tercabar lantaran seorang pelajar yang bercakap di hadapannya dalam kelas semasa mengajar, tidak menjawab soalan yang ditanya. Lantas, memberi penampar dirasakan langkah yang terbaik demi memberi pengajaran kepada budak itu dan yang lain. Hasilnya, budak itu menjadi lebih jahat dan kurang ajar.

Seorang adik, misalnya. Selalu mengalah pada si kakak demi mengelakkan pertengkaran, tetapi kakaknya sentiasa berasa tidak puas hati kepadanya dengan menuduhnya yang tidak-tidak.

Hakikatnya menjadi sempurna adalah mustahil. Fairy tales tidak wujud dalam dunia realiti. Hatta cerita Cinderella sekalipun.

Yang boleh kita lakukan adalah melakukan perkara terbaik di atas garis panduan, dan berdoa supaya dibantu Allah atas setiap gerak geri kita, dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Jangan lupa sifat redha.

bersangka baik itu baik.
Maaf kalau kata-kata dalam entri ini sukar difahami, semoga apa yang saya ingin sampaikan membri maksudnya.
Wallahu a'lam, semoga bermanfaat.

nota kaki: perfectionist bermaksud seseorang yang suka memastikan semua perkara adalah sempurna dan tidak puas hati dengan kekurangan.

Photobucket

Monday, April 12, 2010

for all the feelings that fade away

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 12, 2010 2 komen best
untuk semua perasaan yang sudah tidak ada. untuk semua rasa palsu yang telah hilang. untuk semua keharmonian dan kasih sayang, apabila ia telah berlalu...

kadang-kadang kita di pihak yang memutuskan, jadi kita tidak tahu apakah pihak yang lagi satu mahu. dan bilamana roda kehidupan berputar, kita di pihak yang diputuskan, dan kita tiba-tiba tahu apakah rasanya berpijak pada tanah.

namun kita tidak ada daya untuk mengubah hati orang, tetapi kita ada daya mengubah keadaan.

jangan kita lupa, yang membolak-balikkan perasaan itu siapa. Yang memiliki hati-hati ini adalah siapa. Dia yang menentukan hati kita berasa begini dan begitu. Dia telah menjadikan syaitan untuk menyuntik penyakit-penyakit hati. Dia telah menjadikan perasaan itu lumrah...

andaikan kita tidak ada perasaan.

maka dunia berwarna warni ini pasti tidak ada erti.

Tatkala kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi, atau sekurang-kurangnya belajar untuk menyayanginya, atau cuba memahaminya, atau cuba menghormatinya, atau ambil tahu tentangnya atau..apa-apa sahaja... tatkala kita merasa tak dihargai, maka itu bermakna kita belum ikhlas...

Tatkala kita tersayat hati menghadapi cercaannya yang senyap, dan doa dan sabar menghiasi kalbu, dan hati dicucuk-cucuk syaitan supaya menjadi marah-marah, istighfar menjadi dinding kekebalan... Ya, bagaimana ya kalau seorang ibu menghadapi kerenah anak-anaknya?

Tatkala kita cuba untuk membenci dia, dia sudahpun menjadi sebahagian daripada masa kehidupan yang kita ada..dia mengajar kita erti kesabaran dan menangani kekerasannya..dan suatu hari apabila kita berjumpa orang yang berperangai lebih teruk darinya, kita sudah bisa membandingkan..

Pesan nabi, "apabila kamu menemukan masalah yang besar, anggaplah ia kecil..apabila kamu menemukan masalaha kecil, anggaplah ia tidak apa-apa.."

Ayuh bangkit pemuda-pemudi Islam..!
jangan lemah, jangan lemah..
ada banyak di luar sana masalah ummah..
relakah kita melihat tempik sorak iblis dan syaitan?
relakah hati dan jiwa kita dirobek penyakit-penyakit hati?
relakah kita meninggalkan jihad hati ini...?

Allah yang memiliki segala hati, jadi kalau kita rasa payah menghadapi penyakit-penyakit dunia, maka berdoalah..doa kan senjata mukmin!
"Wahai Pemilik Jiwa kami, Engkaulah yang memegang hati-hati kami, yang membolak-baliknya, yang menentukan apa yang dirasanya, Kau tetapkanlah hati kami di atas jalanMu..."
Tuhan jadikan kita belajar satu-satu.
Untuk berlari, kita perlu belajar bertatih dan terjatuh, dan parut yang kekal bererti 'award' dari kehidupan!


saya sayang semua.

Photobucket

Monday, March 15, 2010

where have the very optimist souls gone?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 15, 2010 0 komen best
saya suka optimis.

Optimis buat saya rasa baik-baik saja. Optimis adalah sifat orang Islam. Orang yang optimis akan bersangka baik-baik kepada Allah, kepada orang lain, kepada diri sendiri. Jiwa positif menjadi prinsipnya. Kalau betul-betul dihayati, memang kita tak ada alasan untuk mengeluh dan gagal.

Kenapa takde alasan untuk mengeluh dan gagal? Sebab orang yang mengeluh ni cuma orang yang tak nampak harapan, dan sentiasa tak puas hati dengan apa yang dia ada. Sedangkan orang Islam yang beriman, dia melihat ketidakcukupan sebagai rahmat, ujian dan motivasi, manakala kelebihan diterima sebagai rezeki. Ajaib urusan orang mukmin...

Orang optimis melihat peluang dalam peluang dalam masalah (double standard), tapi orang pesimis melihat masalah dan kegagalan dalam setiap perkara. Orang pesimis takut melakukan kesalahan, tetapi orang optimis menganggap kesilapan sebagai suatu proses belajar. Orang optimis cuba meletakkan nilai positif dalam perkara yang tak best, tapi orang pesimis, memburukkan keadaan yang sedia buruk dengan fikiran sempit.

Kenapa orang Islam mesti optimis adalah supaya hanya orang optimis dapat melihat luasnya dunia dan merasai sensasisyurga sebagai idaman. Tapi kalau orang pesimis sudah tidak tahu apa itu harapan.

Doakan saya. I'm really in a bad condition.

Orang Islam kena positive-minded, barulah Allah sayang..
Photobucket

Friday, March 12, 2010

asyik kena tolong je..lemak aa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 12, 2010 2 komen best

Akhir-akhir ni beberapa pensyarah selalu kata, "Saya akan cuba tolong awak mana yang mampu"

Saya sangat letih, muak, penat dan bosan. Sejak dari sekolah menengah, matrikulasi, sampailah ke universiti. Sampai bila student asyik nak ditolong aje? Inilah puncanya pelajar tak berkualiti.

Student naik lemak berganda-ganda. Kalau layak dapat takat markah tu aje, sudahlah. Keputusan akhir takkan dapat membantu seseorang ketika dia bekerja nanti.

Untuk memurnikan kembali prestasi pelajar (saya), saya seru para pensyarah, buatlah keputusan yang rasional...Kadang-kadang anda seperti melepaskan anjing tersepit, hari ini anda lepaskan dia dari kesusahan, kelak dia menggigit anda. Kalau anda terlampau membantu saya yang malas berusaha ni, ia akan menjadikan saya lebih malas daripada sekarang. Ia membuatkan saya berfikir bahawa tanpa usahapun saya bakal mendapat keputusan yang baik. Dengan keputusan 'yang dibantu itu', siapa tahu saya layak menjadi 'somebody'. Mungkin suatu hari nanti saya menjadi pemerintah yang zalim, mungkin saya akan menjadi orang yang merasuah, mungkin saya melakukan hal mungkar. Ini semua kerana keputusan 'yang dibantu' tadi.

Ingatlah, perhitungan Allah itu sangat halus..

Kita sebagai pelajar jangan terlampau mengharapkan pertolongan dari pensyarah. Berusahalah sebaik mungkin, kerana ada barakah darinya. Ketahuilah, meski gagal sekalipun, tetapi dengan usaha, gagal pun manis rasanya. Tapi saya percaya, orang yang berusaha tidak akan gagal, kerana memang itu hukum alam. Allah telah berfirman, "Beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha.."

Terseksa jiwa ini tatkala sang guru cuba memberkan kegembiraan palsu.. Tidak mengapalah dengan keputusan buruknya, saya terima.. Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya belum cukup..

Terseksa jiwa ini apabila rakan-rakan tertipu.. Di mana jiwa seorang pendidik yang tugasnya meresapkan ruh ilmu ke dalam jiwa pelajarnya, menerapkan cinta kepada ilmu?

Terseksa jiwa ini tatkala diajar hanya untuk bagaimana menghadapi peperiksaan.. Apalah sangat peperiksaan yang hanya 2, 3 jam berbanding sebuah kehidupan 20, 30 tahun lagi?

Saya tak mahu jadi mahasiswa yang tak ada otak.

Semalam keputusan SPM keluar..tahukah kita betapa ramainya yang ditipu dengan kegembiraan palsu? Hanya orang yang berusaha je dapat merasai manisnya kejayaan.

Walaupun saya hanya pelajar yang average, saya gembira. Berkat dalam usaha tidak dapat diganti dengan apa-apa. Silakan merasa bersalah jika mendapat gred bagus tanpa usaha.

Inilah dunia.

Marilah berusaha bersungguh-sungguh, serahkan selain itu kepada Allah. Kalau ada pensyarah anda yang suka bantu-bantu, beranikanlah hati untuk berdepan dengannya dan katakan, "Takpe encik/puan, jangan dibantu keputusan saya". 

sekadar perkongsian rasa. semoga bermanfaat.

Photobucket

Tuesday, March 09, 2010

wujud ke istilah persahabatan antara lelaki dengan perempuan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 09, 2010 8 komen best
pertama kali saya ditanya dengan soalan di atas, saya amat terkesima dan terkejut. Ia adalah sebuah pertanyaan berbentuk reverse psycho, pertanyaan bukan untuk tahu, tapi hendak menduga.

kenapa saya ditanya soalan itu adalah kerana saya mengulas panjang tentang haramnya couple dalam sebuah forum, tapi saya tak tahu langsung bahawa tidak ada hubungan yang sah disisi islam antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. Ini ketika saya masih menuntut di matrikulasi.

ya. memang tidak ada.

sedangkan istilah 'persahabatan' pun tidak wujud, apatah lagi 'berpasangan', ataupun 'couple'. Statusnya abang angkat-kakak angkat-adik angkat bukan muhrim? lagilah tidak ada. Sebabnya, ia adalah topeng syaitan.

Juga, tidak ada istilah 'Couple kerana Allah'. nauzubillah. kenapa tidak ada? sebabnya tidak ada hubungan bukan muhrim antara lelaki dan perempuan melainkan nikah.

saya tidaklah menyatakan bahawa pemikiran Islam itu sempit dan tidak relevan, tetapi relevannya besar pada maslahatnya.

perempuan dan lelaki hanya boleh berhubung atas dasar urusan yang penting dan perlu sahaja.

Penting untuk kita memahami perkara ini, kerana ibadah yang bercampur dengan dosa adalah sia-sia.

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Orang yang akan masuk neraka dulu ialah orang berilmu"?
Jadi, betapa ramainya antara kita yang mengetahui bahawa 'couple' itu haram, mendekati kepada 'couple' juga haram, melakukan apa-apa yang berkenaan dengannya juga haram. Ramai di antara kita, termasuk saya sendiri terpedaya dengan 'couple' dan topeng-topengnya.

Ada di antara kita merasakan beratnya memutuskan hubungan antara bukan mahramnya. Ya, memang berat. Saya menangis beberapa kali melalui proses ini. Tetapi, ketahuilah, selagi kita berada dalam keterikatan yang tidak halal itu, selagi itu kita akan merasakan redha Allah tidak sampai. Saya merasakan amalan saya sia-sia. Dan saya merasakan rimas tanpa sebab.

Mintalah Allah bantu kita menghadapi fitnah dunia, sesungguhnya doa itu senjata mukmin.. Semoga ketenangan dalam ibadah segera kita peroleh tatkala kita mempunyai hasrat untuk memperoleh redha Allah.

Kita hanya boleh memilih satu daripada dua. Kemungkinan untuk berjaya atau tidak berjaya. Dosa atau pahala. Keredhaan Allah atau kemurkaan Allah. Pilihlah.

Kita ada banyak pilihan, tetapi jalannya cuma satu. Kalau kita memilih untuk terus 'couple' dan berkawan suka-suka dengan bukan mahram, siapa tahu Allah tak redha pada kita.

Saya kongsikan ini kerana saya sayangkan anda. Berhentilah berbuat maksiat. Apa gunanya solat sebagai tiang agama kalau tiang agama ini ditakuk-takuk dengan tajamnya dosa yang memusnahkan.


Semoga bermanfaat. Doakan saya.

Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea