Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, April 04, 2011

La Tahzan, Innallaha ma'na..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 04, 2011 0 komen best


Kata-kata lelaki ini sedikit sebanyak memberi motivasi buat diri. Tiba-tiba rasa macam..dugaan yang dilalui hanya secubit cuma.

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel..

Tuesday, April 20, 2010

marah itu merugikan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 20, 2010 0 komen best
  1. Syaitan amat suka kepada orang yang marah
  2. Orang yang marah menyebabkan kawan-kawan lari daripadanya
  3. orang yang marah melepaskan masa-masa dalam kehidupannya untuk tersenyum dan mengecap nikmat hidup
  4. muka orang yang marah tidak suka untuk dipandang oleh manusia
  5. syaitan akan sentiasa menghasut manusia supaya berdendam dan marah-marah, dan kalau kita menjadi benar-benar marah bererti kita telah berjaya dihasut syaitan---ini bererti kita memberi kemenangan kepada musuh kita
  6. apabila kita marah tanpa sebab yang munasabah, bererti kita seorang yang zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. sebagai seorang yang bergelar muslim, kita sepatutnya marah kepada diri sendiri apabila melakukan kemungkaran, melihat kemungkaran, dan tidak mencegah kemungkaran.
  7. marah akan membuatkan terputusnya silaturrahim dan rosaknya persahabatan
  8. marah itu bukan sifat seorang muslim yang berilmu, tetapi ia adalah sifat syaitan dan iblis yang benci kepada kebaikan
  9. orang yang marah bererti fikirannya diluar batas kewarasan, gagal mengawal nafsu dan fikirannya terganggu.
  10. Orang yang marah adalah orang yang kerdil kerana berfikiran sempit dan gagal mengawal diri. Orang begini tidak akan dilantik menjadi ketua, tidak disukai sahabat handainya dan jika diselidik, didapati banyak sekali umpat keji orang terhadapnya kerana dia tidak boleh ditegur dan mudah melenting. Dia hidup dalam dunianya sendiri, ditipu perasaannya dan amat sedih jika didalami jiwanya.
  11. Marah itu api, ia membakar diri
  12. setiap yang dimulai dengan kemarahan akan berakhir dengan rasa malu (selalu terkena nih, hehe)
Cara menghadapi marah, kemarahan dan orang-orang yang marah:
  1. beristighfar
  2. sabar
  3. minum air
  4. ambil wudhuk
  5. jika sedang berdiri maka duduklah, jika sedang duduk maka berbaringlah, jika sedang berbaring maka tidurlah.
  6. Mendalami ilmu dan merendahkan hati
  7. jauhi orang lain ketika hati sedang marah, atau sedang menghadapi orang yang marah diamlah seketika atau jarakkan diri daripadanya sebentar.
  8. banyakkan berzikir
  9. banyakkan membaca kisah sahabat dan sirah nabi, dan contohi bagaimana mereka menahan kemarahan, waktu bagaimana yang mereka marah dan bagaimana mereka menghadapi kemarahan. (Contohnya, ketika seorang lelaki meludah seorang sahabat ketika dalam peperangan dan sahabat hampir memancungnya dengan pedang, tetapi tidak jadi kerana takut dimurkai Allah, boleh jadi dia membunuh kerana kemarahan diludah, bukan kerana jihad memperjuangkan Islam).
  10. Merasa takut dimurkai Allah jika marah
  11. berdoa kepada Allah supaya dilindungi daripada perasaan marah yang tidak sepatutnya/berdoa dilindungi daripada hasutan syaitan
  12. memperbanyakkan zikir, kerana kita tidak tahu bila maghfirah itu sampai.
  13. Contohi akhlak nabi..(Ingatlah, nabi tidak pernah marah kepada orang yang melemparkan tahi dan sampah kepadanya setiap hari, tidak pernah mendoakan azab ditimpakan kepada umatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan.) menahan marah juga satu sunnah.
  14. memaafkan orang lain supaya tidak jadi marah.
Natijah menjauhi marah
  1. hidup akan menjadi lebih tenang
  2. mendapat kemenangan melawan nafsu dan bisikan syaitan
  3. iblis dan syaitan bersedih kerana tidak berjaya mempengaruhi kita
  4. terbebas daripada belenggu penyakit hati
  5. Belajar untuk bersabar
  6. mendapat ganjaran pahala dari Allah
  7. disukai orang sekeliling
  8. didoakan malaikat
  9. disayangi Allah dan Rasul
  10. mendapat banyak kebaikan dengan bersabar
Keberkatan itu tidak datang kepada hati yang ditutup nafsu..dan bertenang-tenang itu adalah lebih baik kerana ia daripada malaikat..Orang yang gopoh gapah, selalu rugi kerana gopoh gapah itu sifat syaitan..

Maafkan saya kalau ada khilaf, saya juga manusia yang lemah menghadapi kemarahan. Saya menulis untuk mengingatkan diri, dan berkongsi.

saya pernah dimarahi seorang senior dalam satu program kerana kesilapan saya, dan saya dimaafkan.. dari sikap senior saya itu, saya belajar sesuatu. Dia hanya marah pada masa yang perlu, dan dia sangat cool. Inilah sifat orang Islam sebenarnya, profesional. Jadi, tak ada sebab untuk saya tak memaafkan orang lain apabila saya marah, kerana saya pernah dimarah dan pernah dimaafkan.

Marah itu membawa 1001 kekesalan, 1001 keburukan, 1001 kebencian..

Berhentilah menjadi orang yang rugi, dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan!

Semoga bermanfaat.


Photobucket

Tuesday, April 13, 2010

imperfect perfectionist.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 13, 2010 2 komen best
"you are so perfectionist" katanya dalam keadaan bergurau.

sejak itu perkataan itu bermain-main di kepala saya. Manusia selalu mempersoalkan kesempurnaan. Segalanya mesti mahu sempurna. Hakikatnya sempurna itu subjektif.

Bagi saya sempurna itu wujud dan tak wujud. Sempurna itu sifat Tuhan. kalau saya katakan orang cacat itu sempurna, anda setuju tak?

kalau saya ditanya soalan itu, saya akan setuju.

God creatures are perfect. always perfect. hatta cacat takde mata sekalipun, ia tetap perfect. ketidaksempurnaan itu cuma sifat makhluk. Kenapa saya katakan orang cacat adalah perfect kerana Allah yang telah menjadikannya begitu. perkataan dan persepsi cacat adalah prejudis ciptaan manusia.

cacat itu cumalah diluar batas kebiasaan. katakan kalau Tuhan jadikan semua orang takde cuping telinga, tapi tiba-tiba anda ada telinga, orang lain akan katakan anda ni cacat, kan?

Katakan manusia kata dapat straight A itu perfect, kerja bagus-bagus itu perfect. Kelak apabila persepsi kita berubah, orang itu tidak lagi perfect. Tak perfect jugak, kan?

apa yang kita boleh usahakan dalam hidup ni adalah buat yang terbaik cuma.

Kerana sempurna iu bukan sifat makhluk.

Manusia yang mengejar kesempurnaan dalam setiap perkara akan melihat kekurangan pada setiap yang dilakukan. dan dialah orang yang paling tak sempurna.

Walau sesempurna mana pun kita cuba melaksanakan sesuatu, ia tetap buruk pada pandangan sesetengah orang. Walau sebaik manapun seseorang lelaki yang, tidak semua orang akan memperkatakan dia seorang lelaki yang baik. Begitu juga, walau sekuat mana pun seorang ibu berusaha melakukan yang terbaik buat anaknya, adakalanya si anak menjadi derhaka tak tentu punca.

Kadang-kadang untuk kita menghasilkan sesuatu yang baik, kita tersilap langkah. Kita sangkakan apa yang kita buat sudah terbaik, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita mahu. Kadang-kadang kita terlupa bahawa adanya tindakan di luar kebiasaan. Kita lupa bertawakal kepada Allah.

Seorang ibu, misalnya. Dia memberikan segalanya yang dirasakan perlu bagi seorang anak, sampai dia tidak sedar bahawa dia telah terlalu memanjakan anaknya sehinggakan anaknya itu setelah dewasa menjadi kurang ajar dan lupa diri.

Seorang guru, misalnya. Dia berasa tercabar lantaran seorang pelajar yang bercakap di hadapannya dalam kelas semasa mengajar, tidak menjawab soalan yang ditanya. Lantas, memberi penampar dirasakan langkah yang terbaik demi memberi pengajaran kepada budak itu dan yang lain. Hasilnya, budak itu menjadi lebih jahat dan kurang ajar.

Seorang adik, misalnya. Selalu mengalah pada si kakak demi mengelakkan pertengkaran, tetapi kakaknya sentiasa berasa tidak puas hati kepadanya dengan menuduhnya yang tidak-tidak.

Hakikatnya menjadi sempurna adalah mustahil. Fairy tales tidak wujud dalam dunia realiti. Hatta cerita Cinderella sekalipun.

Yang boleh kita lakukan adalah melakukan perkara terbaik di atas garis panduan, dan berdoa supaya dibantu Allah atas setiap gerak geri kita, dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Jangan lupa sifat redha.

bersangka baik itu baik.
Maaf kalau kata-kata dalam entri ini sukar difahami, semoga apa yang saya ingin sampaikan membri maksudnya.
Wallahu a'lam, semoga bermanfaat.

nota kaki: perfectionist bermaksud seseorang yang suka memastikan semua perkara adalah sempurna dan tidak puas hati dengan kekurangan.

Photobucket

Friday, April 09, 2010

tazkirah pagi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 09, 2010 6 komen best
dengan ini saya mengisytiharkan sesi pembelajaran semester kedua 2009/2010 berakhir.

Ia berakhir semalam. ah. Semuanya terlalu cepat berlalu.

Jadi, sepanjang 4 bulan kita di sini, apakah yang telah kita lakukan? ber-facebook hari-hari? internet 24 jam? baca buku sampai rabun? mari kita muhasabah..

"Orang yang paling celaka adalah yang paling keras hisabnya.". Teman-teman, kita kena berazam, tanamkan dalam hati dan fikiran yang "aku takkan benarkan diri menjadi bahan bakar, aku akan melakukan apa sahaja untuk mencapainya"


When Allah decide the Goal, Allah decide the Way.

mari bermuhasabah dan berdoa.~
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea