oh. bertuah betul hari ni. alhamdulillah. Lepas menghadap subjek statistik sepanjang hari, saya berpeluang mengikuti
talk dari serang prof yang best: Profesor Madya Makzan Musa. Subjeknya tentang cinta. Well, bukan cinta biasa.~
First, beliau mengetengahkan keratan-keratan akhbar tentang kes pembuangan bayi. Sebenarnya
talk ni khas untuk program Politeknik Mara yang datang melawat UUM, tapi saya saja menyibuk.. Prof Makzan menyatakan yang kes-kes buang bayi ni berpunca dari pelbagai faktor, terutamanya cinta.
Apa yang menarik, dia cakap, "organ seks bagi remaja bukan kemaluan, tetapi otaknya. Otak mentafsirkan dan ia mempengaruhi seluruh tubuh badan"
Saya tak pernah tahu sejauh ini dan betapa istimewanya psikologi dan pemikiran. Mereka mentafsirkan sesuatu lebih jauh dan memandang sesuatu dengan cara yang berbeza berbanding pandangan masyarakat umum. .M.e.n.a.r.i.k.
oh, termengarut jap; sambung lagi.
Second, prof kata, seks untuk dapatkan zuriat, tapi cinta untuk dapatkan kasih sayang. Selama ni, saya amat pelik bila baca kisah-kisah pengakuan orang yang dah terlanjur, dan prof sendiri pun kata salah satu faktor pembuangan anak dan zina luar nikah ialah tidak dapat membezakan antara cinta dan seks. Bagi mereka, cinta mesti ada seks, dan seks itu cinta.
bukan, bukan, bukan
third. Cinta mesti dizahirkan. macammana nak zahirkan tu? ilaffyou, youlaffme ke? no. itu namanya ekspresi cuma,kata prof. apalah ada pada ekspresi, semuanya di hujung jari.. Sewaktu kita sakit, sahabat kita jaga kita. Sewaktu kita memerlukan sesuatu, ada yang memberi bantu. Sewaktu kita nak masuk ke universiti, ibubapa berusaha melengkapkan keperluan kita semampunya. Ini namanya cinta. ia terzahir dari perbuatan.. jadi, kita perlu bijak mengenalpasti cinta atau ekspresi. [berzina luar nikah tu bukan penzahiran cinta,okei!]
fourth. Cinta, menurut Sternberg (1986), mempunyai tiga segi. Komitmen, keintiman dan passion (keghairahan).Dan segitiga yang paling ideal ialah apabila komitmen berada di puncak segitiga.
Memetik kata-kata Aristotle, "Yang ideal hanya ada dalam alam idea", atau dalam bahasa jawanya; "its all in your mind".
fifth. Manusia ada dua sisi,
ideal self (diri ideal) dan
real self (diri sebenar). sewaktu bercinta sakan tu, semuanya nampak baik aje. 'dia' lah yang paling baik, paling hensem, tampan, cantik bergaya, baik hati, ambil berat, sopan, penyayang..ah.semualah yang sempurna-sempurna tu semua sifat 'si dia'. maklumlah, waktu bercinta semua yang indah, semua watak ideal. Bila dah kahwin, duduk sebumbung, ada tanggungjawab, santap muka 'si dia' hari-hari, layan perangai dia, masa ni lah, baru tahu yang 'si dia' tu pengotor, teruk, pemalas dan segala perangai sebenar tampak dengan nyata. Inilah dipanggil
real self.
sixth. Dating bukalah tingkahlaku sosial orang Melayu. apatah lagi orang India mahupun Cina. pendek kata, bukan perangai orang Malaysia.
Dating iala pengaruh Barat yang diikut-ikut remaja Melayu. Dari sudut syarak, ianya HARAM.
seventh. tentang ideologi andartu. orang selalu kata perempuan tak elok kawin lambat, nanti digelar andalusia dan sebagainya. Kata prof, karut semua tu~. selagi tak jumpa yang sesuai, yang ada komitmen,
then its okay not to kahwin. Dia kata lagi, perempuan penting sangat untuk ada kerjaya pada hari ini,
in case suami tak bertanggungjawab, meninggal dunia dan kemungkinan-kemungkinan lain..
ada banyak lagi.. ada 6 jenis/peringkat/tahap cinta (saya tak pasti nak classify ape). cinta romantik, cinta berahi, cinta compassionate, cinta kosong, intimasi, dan tiada cinta.
saya fikir sampai sini sahaja subjek cinta pada kali ini. selamat malam :)
p/s: esok saya exam. kertas Statistik. mohon didoakan :)