Pernah tak anda tahu kalau anda ada secret admirer?
mestilah tak tau, kan..nama pun secret admirer..secret admirer dan stalker mahupun pervert bukanlah perkara yang sama, okei. Situasinya lebih kurang tapi secretly admiring someone is an honour to oneself, and also to the person he secretly put in mind, i think. Masa saya masih di matrikulasi, saya pernah tengok cerita Daddy Long Legs. Walaupun hanya menonton sekali je, tapi jalan ceritanya amat best sehingga terkesan di hati saya.
Diilhamkan daripada novel "Daddy Long Legs" yang ditulis oleh Jean Webster, layar cerita Daddy Long Legs (sebuah filem Korea) berkisarkan tentang seorang gadis bernama Young-Mi yang merupakan seorang anak yatim. Yuran pengajiannya sentiasa dibayar oleh orang yang tak dikenali semasa di kolej. Dia sentiasa mendapat hadiah daripada seseorang tanpa diketahui asal-usul hadiah-hadiah tu.. Perkara ni berlarutan sampailah dia kerja. Masa dia apply untuk kerja sebagai deejay kat stesen radio, dia terus diterima.. Dan masa di tepat kerja pun selalu dapat hadiah..
Dan, nasib baik, dia dapat tinggal di rumah yang tak diduduki tuannya kerana masalah kesihatan. Di rumah yang didiami tu, Young Mi terlihat sebuah PC dan memeriksa komputer tu..dari PC tu, owner asal PC tu menerima e-mail yang dihantar oleh diri sendiri mengikut tarikh yang ditetapkan. E-mel tu berkisar tentang owner PC yang sukakan seseorang sejak zaman sekolah, tapi dia malu untuk menyatakan perasaannya. Dia berusaha keras untuk berjaya macam orang yang disukainya secara rahsia tu, dan bila orang tu kerja di sebuah stesen radio, dia juga berusaha untuk kerja di tempat yang sama. Dia menulis e-mail tersebut kerana bimbang memorinya tentang orang yang disukai tu akan hilang bersama penyakit yang dihidapinya. Young Mi amat tersentuh dengan kisah owner PC tersebut dan berhasrat untuk membantu. Sebagai deejay radio, Young Mi membaca kisah e-mail tu untuk mencari lelaki yang disukai oleh owner PC dengan harapan lelaki tu akan tampil kepada owner PC tersebut. Disebabkan itu, rating pendengar Young Mi tinggi dan popular.
Dalam masa yang sama, Young Mi berkenalan dengan librarian radio tu yang bernama Kim Jun Ho dan selalu meluangkan masa dengan lelaki tersebut. Dalam diam, Young Mi ada hati kat Jun Ho. tapi, setelah beberapa lama, dia perasan yang lelaki tu adalah orang yang di-mention-kan dalam e-mail tu, jadi dia pun macam run away from that guy, sebab dalam fikirannya, dia tahu yang ada seseorang yang dah lama suka kat Jun Ho.
Dalam mencari siapakah 'Daddy Long Legs'nya, Young Mi dapat tahu yang pekerjaannya di stesen radio memang telah ditetapkan oleh Daddy Long Legs tersebut. Jadi mula-mula, dalam bayangannya, dia ingatkan Dady Long Leg yang difikirkan selama ni adalah pengarah stesen rdio tersebut, jadi dia berhadapan dengan bosnya. Dari situ, dia dapat tahu yang Daddy Long Leg ialah Jun Ho, yang akan kehilangan memori dan menyebabkan kematian. Rumah yang diduduki Young Mi juga adalah rumah Jun Ho, dan banyak nota-nota yang ditinggalkan oleh Jun Ho untuk Young Mi yang diminati sejak zaman sekolah lagi. Sebagai seorang pelajar seni, Jun Ho telah membuat arca muka seorang wanita yang digantung di rumah yang didiami Young Mi. Selama ni, Young Mi ingatkan arca tu adalah arca pemilik rumah tu, sebabtu dia fikir orang yang dicari dalam emel tu adalah seorang lelaki dan menyangkakan pemilik PC tu seorang wanita.
Akhir kepada cerita ni adalah kematian Jun Ho, dan Young Mi cuma hidup dalam kenangan tanpa sempat membalas kasih Jun Ho.
-----------------------------------------------------------------------------------------
what a sad story, rite? rupanya orang yang dicari dalam e-mail tu adalah diri sendiri. Rupanya selama ni orang yang dicari ada depan mata. Rupanya nota-nota dan arca dalam rumah yang didiami tu adalah untuknya.
so. guys. watch around you...maybe there is someone who you did not care much when they are really care for you..
memetik kata-kata seorang kawan, "Cinta tidak berbalas itu sakit, tetapi lebih sakit jika tak menyatakannya".
but, remember, friends, ada satu kata-kata yang popular disebut, "Jika seseorang itu mencintai seorang yang lain dan mati tanpa sempat menyuarakannya, dia mati syahid."
satu lagi nota tentang cinta.

6 komen best:
fulamak, cam best je citer ni
kena tengok ni
kadangkala, susah untuk menyatakan perasaan suka terhadap seseorang
sbb itu hnya pendam dlm perasaan
apepun, masa jua yg akan menentukan
@penaberkala
memang best! sweet but sad..
dalam youtube ada, carilah.
ulasan yg baik shikin
cambest ja movie ni
blh lawan my girl x?
hmm..my girl tu such a long story.. suka my girl jugak, tapi my girl happy ending kan..entahlah, tatahu nak compare~
salah satu sebab menjadi ketakutan untuk dinyatakan cinta adalah "apakah selepas itu?"
hm..betul tu~ bukan senang nak predict reaksi orang..
Post a Comment