Siapa nak tengok proses sebelum mati step by step, boleh tengok 1 litre of tears.
1 litre of tears berkisarkan seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit 'Brain Degeneration Diseases'. (macamni kut, xingat exact name of the disease). Penghidap penyakit ni pada mulanya akan hilang keseimbangan diri (coordination), kemudian tak boleh berjalan, dan diikuti kehilangan satu persatu keupayaan diri yang lain: xboleh bercakap, xboleh bergerak dan akhirnya kematian menjemput.
Sebenarnya (pada pandangan saya) setiap orang mengalami penyakit ni bagi sesiapa yang mati tua yang diakhiri bedridden. Cuma penyakit ini mempercepatkan proses..
Kalau kita perasan, hidup kita memang menuruti normal curve macam dalam subjek statistics. Ada permulaan, pengembangan, kemuncak dan pengakhiran. Nilai dibawah normal cuve adalah 1 dan paksi mendatar bernilai 0. Eh, apa saya melalut ni? :P
Menonton cerita ini membuatkan saya insaf dan bersyukur bahawa saya masih mempunyai keupayaan diri untuk menulis dan 'hidup'. Kalau kita selalu berfikir yang ajal itu dekat, barulah terasa banyak lagi yang kita belum buat dan bekerja keras untuknya. Sekurang-kurangnya, kalau boleh kita jangan mati dalam keadaan masih berhutang dengan diri sendiri.
"Bekerjalah seperti hidup akan selamanya, beribadahlah seperti ajal itu esok hari".
saya.
kalau saya mengaku saya suka membaca, saya pun tak pasti kebenarannya. Saya lebih suka tidur. :) Tapi, tidur yang berlebihan tak baik untuk sistem tubuh. Jadi, saya mengakulah yang saya suka membaca (kalau ada yang menafikannya, sila komen)..
Sahabat yang terbaik adalah buku. Ia takkan komplen berapa lama ia perlu bersama saya. Ia takkan komplen lapar atau mahu bermain, dan ia takkan komen kalau saya membacanya semasa baru bangun tidur dan belum mandi. Buku juga takkan komplen kalau saya membiarkannya terlantar berhari-hari di rakbuku, atau menyepahkannya di atas katil. Cuma, kadang-kadang saya musykil, kenapa ia berselerak di atas meja saya?
Ah, tak mahu membebel panjang-panjang. Cuma nak kongsi sedikit buku apa yang sedang saya telaah.
Anak-anakku bangunlah
Ditulis oleh Ummu Anas, buku ini memberi bingkisan-bingkisan yang ditulis sesuai dengan anak-anak remaja. Ummu Anas ternyata dapat menyentuh hati anak muda dengan lembut melalui tulisannya. Kawan-kawan yang membaca sedikit-sedikit sementara menunggu kelas bermula pasti terpikat hendak meneruskan pembacaan.. sekarang sedang dipinjam oleh seorang rakan. Buku ini hadiah daripada seorang teman, Shafiyah Adzahar.
Anak-anakku berjuanglah
Buku ini kesinambungan kepada "Anak-anakku bangunlah". Juga ditulis Ummu Anas, dan saya memperolehnya tidak lama selepas Shafiyah menghadiahkan 'Anak-anakku Bangunlah'. Yang ini juga hadiah, dari Umi Norsiah. Siapa Umi Norsiah? Seseorang yang mendidik dengan penuh kasih sayang :).
Goodbye Ed, Hello me.
Ditulis oleh Jenni Schaefer, untuk membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah pemakanan atau Eating Disorder. Kalau anda nak tahu, 'eating disorder' boleh membunuh! Jenni menceritakan pengalamannya sendiri dalam buku ini tentang bagaimana dia berperang dengan penyakit 'eating disorder (ED)' ini. Buku ini dipinjam daripada PSB.
Munajat di Jalan Dakwah
Buku karya Mustafa Masyhur ni mesti dibaca dalam keadaan berseorangan supaya dapat menghayatinya.. ingat, mesti baca sorang-sorang!
Apa ertinya saya menganut Islam
Orang lain dah baca buku ni lama dah, saya masih baru nak membacanya. Buku ni adalah bacaan wajib bagi semua yang bergelar Islam, untuk kita tahu apa erti sebenarnya kita menganut Islam. Kalau kita rasa kita sudah Islam pada erti yang sebenar, mungkin kita silap.. Mungkin kita beriman, tetapi kita tak merasakan keesaan Allah. Buku ini menyentuh aspek keimanan dengan mendalam. Malu untuk saya katakan kerana asyik terima hadah saja, tapi hakikatnya ia adalah hadiah daripada Akh Fadhli.
Bahtera Penyelamat
Dalam perjalanan melayari sebuah lautan kehidupan yang penuh gelora, Bahtera Penyelamat memberitahu kepada kita bagaimana mengemudi bahtera dengan selamat, dan menghadapi ombak sama ada kecil mahupun besar. Buku ini juga karya Fathi Yakan,dan dipinjam dari PSB.
Penenang Jiwa: Pengubatan dan Rawatan (terjemahan kitab Mukashafah al- Qulb).
Dah lama saya simpan buku ni, pinjaman dari PSB. Sejak kali pertama membaca, saya rasa sangat terpikat. Tatkala hati terasa gundah, buku ini benar-benar mengubat hati. Sesiapa yang belum membacanya, carilah. Sebab hidup ini tak sunyi dari dugaan, dan untuk merawat hati, buku ini ada ubatnya.
Bagaimana menyentuh hati : Abbas As Sissi
Buku ini dicadangkan oleh seorang sahabat untuk saya membacanya. Abbas As Sissi berkongsi tentang bagaimana memikat hati.. memikat hati orang untuk diajak ke jalan Allah. Abbas As Sissi sangat kreatif, dia memikat hati orang hatta dengan memijak kaki seseorang di dalam bas untuk mencari peluang berbual. Dia juga bertanya sama ada orang itu dari Sudan, sedangkan kulitnya cerah.. Walaupun tak ada kemudahan handphone pada waktunya, tetapi Abbas As Sissi bijak men- follow up orang yang baru dikenalinya dan berusaha mengingati semua nama. Buku ini saya download PDF, jadi baca kat laptop je sebab tak ada dalam koleksi PSB.
Actually, giving present is a part of seducing someone's heart. Thats what Abbas As Sissi shared in his book, 'Bagaimana Menyentuh Hati'. How to tie someone's heart, so that we always attached with ukhuwwah.
Giving present regularly may keep friendship grow ponder. The price is not important, but what is themost important is the appreciation behind it. May be treating foods/meals, may be a simple bookmarks, may be a book, or even doa, it is still consider as present. During 'Seminar Cinta berpaksikan Wahyu', from the moderatr, I realized that present may also consists of smile, and even giving a hand when needed. Remember the hadis telling about importance of giving (sadaqah)?
My girlfriends, beloved ones, start teaching this thing to me when we were the third time meets. Actually I am bad at being sensitive, but this present really touch my heart to start a habit.
The present you are about to give mus be meaningful and give impact.
Baru-baru ni, ada seoang rakan menulis tentang isu poligami dalam blognya. Semester lepas pun, dalam perbahasan kuliah (kelas Hubungan Etnik), kami ada membincangkan hal poligami.
Poligami, kalau disebut-sebut kepada orang perempuan, mereka akan marah menggila. Memang cukup tak suka, benci dan geram. Semasa dalam perjalanan sepanjang beraya, saya ada terpandang satu papan iklan filem (cerita baru agaknya), bertajuk 'Madu 4-madu itu manis rasanya'.
Baru saya perasan yang industri filem kita banyak sekali mengenengahkan sudut negatif poligami. Contohnya, drama malam raya yang disiarkan di TV3, bertajuk 'Madu Sorok' dimana sang suami, walaupun adil, tetapi tidak jujur kepada isteri-isterinya. Drama yang saya pernah tonton, 'Gelora di Hati Sara' yang disiarkan di RTM, pun macamtu juga, walaupun perkahwinannya sah, tetapi sebab si suami menyorokkan perkahwinan mereka, berlaku pelbagai masalah antara mereka.
Natijahnya, perkahwinan tidak perlu dicemarkan dengan pembohongan. Benda yang betul dan baik, tidak perlu disorokkan.
Sepatutnya industri filem kita mengubah trend negatif ini kepada trend yang positif. Barulah Islam tidak dicemarkan dengan mentaliti-mentaliti buruk yang berasal dari kita sendiri, sehingga orang bukan Islam menanggapi bahawa poligami itu satu penindasan. Jangan jadi fitnah kepada agama..
Sebenarnya, madu itu memanglah manis, jika difahami kenapa ia dibenarkan dalam Islam.
Pernah tak anda tahu kalau anda ada secret admirer?
mestilah tak tau, kan..nama pun secret admirer..secret admirer dan stalker mahupun pervert bukanlah perkara yang sama, okei. Situasinya lebih kurang tapi secretly admiring someone is an honour to oneself, and also to the person he secretly put in mind, i think. Masa saya masih di matrikulasi, saya pernah tengok cerita Daddy Long Legs. Walaupun hanya menonton sekali je, tapi jalan ceritanya amat best sehingga terkesan di hati saya.
Diilhamkan daripada novel "Daddy Long Legs" yang ditulis oleh Jean Webster, layar cerita Daddy Long Legs (sebuah filem Korea) berkisarkan tentang seorang gadis bernama Young-Mi yang merupakan seorang anak yatim. Yuran pengajiannya sentiasa dibayar oleh orang yang tak dikenali semasa di kolej. Dia sentiasa mendapat hadiah daripada seseorang tanpa diketahui asal-usul hadiah-hadiah tu.. Perkara ni berlarutan sampailah dia kerja. Masa dia apply untuk kerja sebagai deejay kat stesen radio, dia terus diterima.. Dan masa di tepat kerja pun selalu dapat hadiah..
Dan, nasib baik, dia dapat tinggal di rumah yang tak diduduki tuannya kerana masalah kesihatan. Di rumah yang didiami tu, Young Mi terlihat sebuah PC dan memeriksa komputer tu..dari PC tu, owner asal PC tu menerima e-mail yang dihantar oleh diri sendiri mengikut tarikh yang ditetapkan. E-mel tu berkisar tentang owner PC yang sukakan seseorang sejak zaman sekolah, tapi dia malu untuk menyatakan perasaannya. Dia berusaha keras untuk berjaya macam orang yang disukainya secara rahsia tu, dan bila orang tu kerja di sebuah stesen radio, dia juga berusaha untuk kerja di tempat yang sama. Dia menulis e-mail tersebut kerana bimbang memorinya tentang orang yang disukai tu akan hilang bersama penyakit yang dihidapinya. Young Mi amat tersentuh dengan kisah owner PC tersebut dan berhasrat untuk membantu. Sebagai deejay radio, Young Mi membaca kisah e-mail tu untuk mencari lelaki yang disukai oleh owner PC dengan harapan lelaki tu akan tampil kepada owner PC tersebut. Disebabkan itu, rating pendengar Young Mi tinggi dan popular.
Dalam masa yang sama, Young Mi berkenalan dengan librarian radio tu yang bernama Kim Jun Ho dan selalu meluangkan masa dengan lelaki tersebut. Dalam diam, Young Mi ada hati kat Jun Ho. tapi, setelah beberapa lama, dia perasan yang lelaki tu adalah orang yang di-mention-kan dalam e-mail tu, jadi dia pun macam run away from that guy, sebab dalam fikirannya, dia tahu yang ada seseorang yang dah lama suka kat Jun Ho.
Dalam mencari siapakah 'Daddy Long Legs'nya, Young Mi dapat tahu yang pekerjaannya di stesen radio memang telah ditetapkan oleh Daddy Long Legs tersebut. Jadi mula-mula, dalam bayangannya, dia ingatkan Dady Long Leg yang difikirkan selama ni adalah pengarah stesen rdio tersebut, jadi dia berhadapan dengan bosnya. Dari situ, dia dapat tahu yang Daddy Long Leg ialah Jun Ho, yang akan kehilangan memori dan menyebabkan kematian. Rumah yang diduduki Young Mi juga adalah rumah Jun Ho, dan banyak nota-nota yang ditinggalkan oleh Jun Ho untuk Young Mi yang diminati sejak zaman sekolah lagi. Sebagai seorang pelajar seni, Jun Ho telah membuat arca muka seorang wanita yang digantung di rumah yang didiami Young Mi. Selama ni, Young Mi ingatkan arca tu adalah arca pemilik rumah tu, sebabtu dia fikir orang yang dicari dalam emel tu adalah seorang lelaki dan menyangkakan pemilik PC tu seorang wanita.
Akhir kepada cerita ni adalah kematian Jun Ho, dan Young Mi cuma hidup dalam kenangan tanpa sempat membalas kasih Jun Ho.
what a sad story, rite? rupanya orang yang dicari dalam e-mail tu adalah diri sendiri. Rupanya selama ni orang yang dicari ada depan mata. Rupanya nota-nota dan arca dalam rumah yang didiami tu adalah untuknya.
so. guys. watch around you...maybe there is someone who you did not care much when they are really care for you..
memetik kata-kata seorang kawan, "Cinta tidak berbalas itu sakit, tetapi lebih sakit jika tak menyatakannya".
but, remember, friends, ada satu kata-kata yang popular disebut, "Jika seseorang itu mencintai seorang yang lain dan mati tanpa sempat menyuarakannya, dia mati syahid."