Showing posts with label merepek mode. Show all posts
Showing posts with label merepek mode. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Puisi dari Gembala Rindu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 27, 2011 2 komen best
Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan 
melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain
Sesungguhnya kau telah berhasil 
menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. 
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. 
Sudah bertahun malamku berlalu dengan menghubungi Maha Pencipta 
di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. 

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku. 
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku, tetapi menghiasi insan lain. 
Kau adalah syurga, aku yakini itu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. 
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. 
Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. 

Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. 
Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita 
Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa. 

Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. 
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. 
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud. 
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya.  
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
kerana cinta buatNya akan kekal abadi. 

Salam dari Gembala Rindu, Wali.

~~Dari Kitab Cinta.

Puisi ini dituliskan watak Wali kepada Mustika sebaga balasan kepada surat Mustika yang memberitahu perasaannya dan menanti jawapan Wali.

Kitab Cinta adalah drama yang ditayangkan di TV alHijrah pada setiap Rabu-Jumaat, 8.30 malam. Ia merupakan sebuah cerita adaptasi novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha" karya Taufiqurrahman el Azizy. Menurut perspektif Islam sebenar, ia tak sesuai ditonton bagi adik-adik yang baru 'nak naik' dan belum bijak menilai.. Saya pernah membaca karya Taufiqurrahman el Azizy, Syahadat Cinta namun ada beberapa percanggahan hukum dalam penulisan Taufiqurrahman.. contohnya, pengharaman foto dan adab pergaulan lelaki perempuan. Apabila bertanyakan pendapat orang, saya disuruh berhati-hati menilai pembacaan, dan sebaik-baiknya menghentikan pembacaan jika ia boleh menjejaskan aqidah. (Terdapat ramai penulis yang mempunyai fahaman yang menyasar dari Ahlul Sunnah wal Jamaah, jadi pembaca perlu bijak menganalisa dan menilai dengan ilmu).

Kalau dinilai drama Kitab Cinta setakat 8 episod ini, terdapat beberapa nilai yang kurang menyenangkan, contohnya, hukum hudud yang dilaksanakan seperti terlalu keras, padahal hukum yang sebenar hanya akan dijatuhkan dengan adil setelah disiasat dengan teliti. Saksi kepada kes juga mestilah orang yang dipercayai imannya, bukan sesuka hati main ambil je orang munafik jadi saksi. Kelemahan inilah yang mampu membawa fitnah kepada Islam, nauzubillah. 

Menilailah dengan bijak. Islam tidak pernah cacat dan tempang.

Wednesday, May 11, 2011

lebih suka twitter berbanding facebook.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 11, 2011 2 komen best
Saya lebih suka menulis di twitter berbanding facebook.

Di twitter, privasinya agak tinggi. Kita hanya menyebarkan maklumat kepada orang tertentu (yang diapprove) sahaja, dan menerima maklumat yang dikehendaki sahaja. Tak ada spam, tak ada iklan mengarut yang seksi dan menyakitkan hati, dan tak ada orang nak like2 segala..

Pendek kata twitter sangat bagus.. nak tulis apa pun tak ada fungsi like.. selamat dari penyakit hati :D

Di facebook, saya rasa seperti menjadi tontonan umum.. saya tidak boleh menulis sesuka hati, memandangkan di sana ada individu-individu yang saya tak kenal.. Di laman sosial seperti itu, saya approve semua orang kerana ia adalah laman sosial..classmates, collegemate, coursemate..

Di facebook juga saya perlu menjaga adab, kerana di situ hadirnya guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang saya sayangi dan hormati..

Fungsi 'like' juga membuatkan saya rasa gah bila ada orang like-like post saya.. perasaan itu sangat berbahaya kepada hati.. aduh..

Bukanlah kesukaan saya untuk beritahu apa perasaan saya, apa saya buat, apa saya pakai, saya dengan siapa, makan apa, dah tidur ke belum, dah mandi ke belum etc etc.. namun facebook membenarkan semua itu.. ia mampu 'menelanjangkan' manusia tanpa menanggalkan pakaian mereka..

Saya ingin berkicau riang, tanpa ada yang mendengar.. :)
Cumanya, twitter tak membenarkan saya menulis karangan 350 patah perkataan.. jadi, kenalah menulis blog untuk mengarang~

Monday, November 08, 2010

when home is sweet and campus is sweeter..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 08, 2010 0 komen best
Prinsip saya setelah sekian lama sejak sekolah dulu; rumah ialah tempat bermain dan sekolah ialah tempat belajar. Jadi saya bila berada di rumah (biasanya) takkan membaca sangat. (Tapi kalau di kampus memang bermain banyak!)

Universiti adalah padang tempat kita bermain dengan kehidupan. Padang yang masih terkawal dengan seribu peraturan dan agenda. Sesiapa yang tak ada strategi, dia akan kalah.

Universiti bukan lagi sekolah yang mengatur satu-persatu langkah kehidupan pelajarnya. Kita tak bolehlah nak harap kehidupan akan sentiasa memberikan kepuasan, sepertimana mengharap pensyarah memberi tips supaya exam boleh dijawab dengan senang. Ataupun mengharap pensyarah memberi soalan yang senang supaya ia mudah dijawab dengan jawapan goreng. Kita bukanlah robot universiti yang menghafal. Universiti tak wujud untuk melahirkan robot bodoh yang mengikut sahaja sistem yang ditetapkan padanya.

Sistem tak diwujudkan untuk mengawal, tetapi memudahan urusan manusia. Namun bila kita tersilap membiarkan urusan sistem, ia akan menjadi remote kehidupan.

Keadaan takkan berubah mengikut kehendak kita. Kitalah yang berubah mengikut keadaan. Janganlah manja sangat, wahai kawan-kawanku! Usahalah sikit untuk hidup!

"Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Janganlah berkampung atau berumah di atasnya". 

So do univ, it is a place to leave. Anda datang ke universiti hanya untuk ditinggalkan suatu hari nanti sama ada berjaya atau tidak. Terpulang pada anda untuk menggunakan masa yang ada untuk memilih satu daripada dua: kejayaan, atau kegagalan.

Hidup ini hidup kita, tapi bukan kita yang memilikinya. Ia ibarat memandu sebuah kereta pinjam yang perlu dibayar insurans bulanannya, dipenuhi keperluan air dan minyaknya dan jika tidak ia takkan bergerak.

Ah. jari tidak mahu berhenti-henti menaip. Apabila menulis dalam keadaan geram memikirkan sesuatu, maka inilah jadinya. Membebel macam nenek. Sekian, jazakumullah jika anda membaca sehingga perkataan ini. Sila Senyum :)
Photobucket

Wednesday, October 27, 2010

i plan..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 0 komen best
Dengan berakhirnya kelas Applied Statistic SQQS 2013 pada pukul 9.30pm tadi, maka dengan ini, saya mengumumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran semester kedua 2010/2011 melabuhkan tirainya. (Walaupun esok masih ada sebagai hari terakhir).

Dan, bermulalah study week untuk semester ini. Kebetulan, hari saya balik nanti adalah hari ulangtahun abah yang ke-50. Muda lagi kan, abah saye? :D Pesta Konvokesyen juga akan mula membuka tirainya pada 29 Oktober ini, dan berakhir pada 2 November (4 hari).

Bermula jumaat nanti saya takkan update blog kerana saya tak bawa laptop pulang bersama. Mungkin sebagai satu usaha untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada baby-baby comel dirumah, menolong ibu mana yang patut dan study.

Rasa sedih pula nak tinggalkan kawan-kawan di sini yang amat mengharapkan kehadiran saya untuk membantu mereka study bersama. Saya bukanah bijak pun, sebab sayapun memerlukan rakan-rakan untuk diajar supaya kefahaman saya dapat dikuasai dengan baik. Supaya kami ada give and take. Tapi, apakan daya, rindu saya cukup menggunung. Mungkin masa cuti seminggu ini juga adalah satu cara untuk saya berehat sebentar (ingin sekali bangun makan sarapan, kemudian lunch dan dinner yang tak memerlukan saya untuk menapak jauh~).

Saya ingin menghabiskan pembacaan untuk beberapa buah buku sedikit saja lagi. Dan masa seminggu pasti sekejap saja...

Cuma, balik saja dari cuti nanti, library pula tutup. :(

Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Friday, April 30, 2010

Daddy long legs

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 30, 2010 6 komen best
Pernah tak anda tahu kalau anda ada secret admirer?

mestilah tak tau, kan..nama pun secret admirer..secret admirer dan stalker mahupun pervert bukanlah perkara yang sama, okei. Situasinya lebih kurang tapi secretly admiring someone is an honour to oneself, and also to the person he secretly put in mind, i think. Masa saya masih di matrikulasi, saya pernah tengok cerita Daddy Long Legs. Walaupun hanya menonton sekali je, tapi jalan ceritanya amat best sehingga terkesan di hati saya.

Diilhamkan daripada novel "Daddy Long Legs" yang ditulis oleh Jean Webster, layar cerita Daddy Long Legs (sebuah filem Korea) berkisarkan tentang seorang gadis bernama Young-Mi yang merupakan seorang anak yatim. Yuran pengajiannya sentiasa dibayar oleh orang yang tak dikenali semasa di kolej. Dia sentiasa mendapat hadiah daripada seseorang tanpa diketahui asal-usul hadiah-hadiah tu.. Perkara ni berlarutan sampailah dia kerja.  Masa dia apply untuk kerja sebagai deejay kat stesen radio, dia terus diterima.. Dan masa di tepat kerja pun selalu dapat hadiah..

Dan, nasib baik, dia dapat tinggal di rumah yang tak diduduki tuannya kerana masalah kesihatan. Di rumah yang didiami tu, Young Mi terlihat sebuah PC dan memeriksa komputer tu..dari PC tu, owner asal PC tu menerima e-mail yang dihantar oleh diri sendiri mengikut tarikh yang ditetapkan. E-mel tu berkisar tentang owner PC yang sukakan seseorang sejak zaman sekolah, tapi dia malu untuk menyatakan perasaannya. Dia berusaha keras untuk berjaya macam orang yang disukainya secara rahsia tu, dan bila orang tu kerja di sebuah stesen radio, dia juga berusaha untuk kerja di tempat yang sama. Dia menulis e-mail tersebut kerana bimbang memorinya tentang orang yang disukai tu akan hilang bersama penyakit yang dihidapinya. Young Mi amat tersentuh dengan kisah owner PC tersebut dan berhasrat untuk membantu. Sebagai deejay radio, Young Mi membaca kisah e-mail tu untuk mencari lelaki yang disukai oleh owner PC dengan harapan lelaki tu akan tampil kepada owner PC tersebut. Disebabkan itu, rating pendengar Young Mi tinggi dan popular.

Dalam masa yang sama, Young Mi berkenalan dengan librarian radio tu yang bernama Kim Jun Ho dan selalu meluangkan masa dengan lelaki tersebut. Dalam diam, Young Mi ada hati kat Jun Ho. tapi, setelah beberapa lama, dia perasan yang lelaki tu adalah orang yang di-mention-kan dalam e-mail tu, jadi dia pun macam run away from that guy, sebab dalam fikirannya, dia tahu yang ada seseorang yang dah lama suka kat Jun Ho.

Dalam mencari siapakah 'Daddy Long Legs'nya, Young Mi dapat tahu yang pekerjaannya di stesen radio memang telah ditetapkan oleh Daddy Long Legs tersebut. Jadi mula-mula, dalam bayangannya, dia ingatkan Dady Long Leg yang difikirkan selama ni adalah pengarah stesen rdio tersebut, jadi dia berhadapan dengan bosnya. Dari situ, dia dapat tahu yang Daddy Long Leg ialah Jun Ho, yang akan kehilangan memori dan menyebabkan kematian. Rumah yang diduduki Young Mi juga adalah rumah Jun Ho, dan banyak nota-nota yang ditinggalkan oleh Jun Ho untuk Young Mi yang diminati sejak zaman sekolah lagi. Sebagai seorang pelajar seni, Jun Ho telah membuat arca muka seorang wanita yang digantung di rumah yang didiami Young Mi. Selama ni, Young Mi ingatkan arca tu adalah arca pemilik rumah tu, sebabtu dia fikir orang yang dicari dalam emel tu adalah seorang lelaki dan menyangkakan pemilik PC tu seorang wanita.

Akhir kepada cerita ni adalah kematian Jun Ho, dan Young Mi cuma hidup dalam kenangan tanpa sempat membalas kasih Jun Ho.

-----------------------------------------------------------------------------------------
what a sad story, rite? rupanya orang yang dicari dalam e-mail tu adalah diri sendiri. Rupanya selama ni orang yang dicari ada depan mata. Rupanya nota-nota dan arca dalam rumah yang didiami tu adalah untuknya. 

so. guys. watch around you...maybe there is someone who you did not care much when they are really care for you..

memetik kata-kata seorang kawan, "Cinta tidak berbalas itu sakit, tetapi lebih sakit jika tak menyatakannya".
but, remember, friends, ada satu kata-kata yang popular disebut, "Jika seseorang itu mencintai seorang yang lain dan mati tanpa sempat menyuarakannya, dia mati syahid."

satu lagi nota tentang cinta.
post signaturePhotobucket

Thursday, April 29, 2010

harini, kita belajar subjek cinta

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 29, 2010 2 komen best
oh. bertuah betul hari ni. alhamdulillah. Lepas menghadap subjek statistik sepanjang hari, saya berpeluang mengikuti talk dari serang prof yang best: Profesor Madya Makzan Musa. Subjeknya tentang cinta. Well, bukan cinta biasa.~

First, beliau mengetengahkan keratan-keratan akhbar tentang kes pembuangan bayi. Sebenarnya talk ni khas untuk program Politeknik Mara yang datang melawat UUM, tapi saya saja menyibuk.. Prof Makzan menyatakan yang kes-kes buang bayi ni berpunca dari pelbagai faktor, terutamanya cinta.

Apa yang menarik, dia cakap, "organ seks bagi remaja bukan kemaluan, tetapi otaknya. Otak mentafsirkan dan ia mempengaruhi seluruh tubuh badan"

Saya tak pernah tahu sejauh ini dan betapa istimewanya psikologi dan pemikiran. Mereka mentafsirkan sesuatu lebih jauh dan memandang sesuatu dengan cara yang berbeza berbanding pandangan masyarakat umum. .M.e.n.a.r.i.k.

oh, termengarut jap; sambung lagi.

Second, prof kata, seks untuk dapatkan zuriat, tapi cinta untuk dapatkan kasih sayang. Selama ni, saya amat pelik bila baca kisah-kisah pengakuan orang yang dah terlanjur, dan prof sendiri pun kata salah satu faktor pembuangan anak dan zina luar nikah ialah tidak dapat membezakan antara cinta dan seks. Bagi mereka, cinta mesti ada seks, dan seks itu cinta.

bukan, bukan, bukan

third. Cinta mesti dizahirkan. macammana nak zahirkan tu? ilaffyou, youlaffme ke? no. itu namanya ekspresi cuma,kata prof. apalah ada pada ekspresi, semuanya di hujung jari.. Sewaktu kita sakit, sahabat kita jaga kita. Sewaktu kita memerlukan sesuatu, ada yang memberi bantu. Sewaktu kita nak masuk ke universiti, ibubapa berusaha melengkapkan keperluan kita semampunya. Ini namanya cinta. ia terzahir dari perbuatan.. jadi, kita perlu bijak mengenalpasti cinta atau ekspresi. [berzina luar nikah tu bukan penzahiran cinta,okei!]

fourth. Cinta, menurut Sternberg (1986), mempunyai tiga segi. Komitmen, keintiman dan passion (keghairahan).Dan segitiga yang paling ideal ialah apabila komitmen berada di puncak segitiga.



Memetik kata-kata Aristotle, "Yang ideal hanya ada dalam alam idea", atau dalam bahasa jawanya; "its all in your mind".

fifth. Manusia ada dua sisi, ideal self (diri ideal) dan real self (diri sebenar). sewaktu bercinta sakan tu, semuanya nampak baik aje. 'dia' lah yang paling baik, paling hensem, tampan, cantik bergaya, baik hati, ambil berat, sopan, penyayang..ah.semualah yang sempurna-sempurna tu semua sifat 'si dia'. maklumlah, waktu bercinta semua yang indah, semua watak ideal. Bila dah kahwin, duduk sebumbung, ada tanggungjawab, santap muka 'si dia' hari-hari, layan perangai dia, masa ni lah, baru tahu yang 'si dia' tu pengotor, teruk, pemalas dan segala perangai sebenar tampak dengan nyata. Inilah dipanggil real self.

sixth. Dating bukalah tingkahlaku sosial orang Melayu. apatah lagi orang India mahupun Cina. pendek kata, bukan perangai orang Malaysia. Dating iala pengaruh Barat yang diikut-ikut remaja Melayu. Dari sudut syarak, ianya HARAM.

seventh. tentang ideologi andartu. orang selalu kata perempuan tak elok kawin lambat, nanti digelar andalusia dan sebagainya. Kata prof, karut semua tu~. selagi tak jumpa yang sesuai, yang ada komitmen, then its okay not to kahwin. Dia kata lagi, perempuan penting sangat untuk ada kerjaya pada hari ini, in case suami tak bertanggungjawab, meninggal dunia dan kemungkinan-kemungkinan lain..


ada banyak lagi.. ada 6 jenis/peringkat/tahap cinta (saya tak pasti nak classify ape). cinta romantik, cinta berahi, cinta compassionate, cinta kosong, intimasi, dan tiada cinta.

saya fikir sampai sini sahaja subjek cinta pada kali ini. selamat malam :)

p/s: esok saya exam. kertas Statistik. mohon didoakan :)
Photobucket

Thursday, April 15, 2010

fenomena baru-formspring

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 15, 2010 2 komen best
anda suka bertanya? atau hendak mengenali orang yang anda tak kenal?
 
picture credits to angelinabyceline.tumblr.com
kebelakangan ni saya selalu melayan formspring.

sekurang-kurangnya formspring tak memerlukan banyak masa, sama seperti twitter, berbanding facebook, friendster, myspace dan lain-lain.

formspring tak perlu kepada ruang pendedahan diri yang besar, sebab soalan yang ditanya pun boleh dipilih sama ada nak jawab atau tak. Ruang ini digunakan saya untuk bertanya-tanya kepada orang lain, dan setakat ini kawan-kawan yang saya ada cumalah geng-geng UTP aje. Saye tak tahu mana perginya orang-orang kat UUM.. hihi..


Kalau digunakan secara formal, formspring boleh menjadi sangat bermanfaat. Badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, artis-artis, ahli politik pun boleh guna jugak untuk jawab pertanyaan peminat/rakyat.
bercakap tentang formspring, saya terfikir tentang tindakan PSB (Perpustakaan Sultanah Bahiyah) yang menyekat penggunaan facebook pada watu pejabat. (Boleh buka facebook, tabuleh comment apesuma tu..)  Saya tak tahu pun pada mulanya, tapi kawan-kawan study group yang cerita.. Saya tabiklah!

Dan untuk long-term service PSB, saya masih tunggu kaunternya dibuka..
esok exam slip tak prinout lagi.
Photobucket

Monday, April 12, 2010

things i wonder

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 12, 2010 0 komen best
Ini semua cerita semalam.

  1. Semalam saya pergi ke Bangunan Sains Kognitif untuk menghantar tugasan Kenegaraan Malaysia kepada Dr. Rohani. Beliau banyak berpesan supaya belajar betul-betul dan bersungguh-sungguh.. [Kalau dia boleh, sayapun mestilah sangat boleh!!-InsyaAllah..]
  2. Semalam semua ATM di UUM Out of Service.. saya fikir ini semua gara-gara blackout selama 6 jam hari sebelumnya untuk proses repair hapetah kat pencawang utama..
  3. Jadi duit yang saya ada cuma cukup untuk bayar printout tugasan. sebelum tu sempat beli sebotol air dan dua keping roti.alhamdulillah!
  4. ATM mula berfungsi dalam pukul 3.30 petang. 
  5. Semasa menunggu makanan, saya terasa amat lapar. Maka terbayanglah makanan yang banyak yang ingin dimakan. (fatamorgana kadang-kadang, hehe).  Patutlah Rasulullah menganjurkan kita supaya makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan sebelum lapar supaya kita tak tamak untuk membeli itu dan ini (seperti yang selalu berlaku semasa bulan puasa), dan berhenti sebelum kenyang supaya kita tak terasa malas. Lagipun kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
  6. Kak Su akan menamatkan pembelajarannya di UUM semester ini..sorang demi sorang akan meninggalkan saya.. Semester lepas abang Adib, semester ni Kak Su, semester depan Kak Yana, sem lagi satu Kak Reen, kemudian Kak Ila. Ni semua geng Pulau Perhentian.
cukup dulu kut ceritanya. 

Photobucket

Thursday, March 18, 2010

be seriouslah ashikin...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 18, 2010 4 komen best
nak tau tak, aya kata maksud ashikin ialah tingkat tertinggi dalam perasaan cinta kepada sesuatu/seseorang.. kata Salsabil dan Kak Aisyah, maksud ashikin ialah rindu, diambil dari kata akar 'ishq' dalam bahasa arab.. kata ustaz Juman (masa saya sekolah rendah), maksud nama saya ialah 'pisau', diambil daripada 'siqqin'-katanya saya tajam seperti pisau-, kata abah dia dapat nama saya ketika melihat bulan yang rasanya indah dan mengasyikkan, kata ibu dia berdoa supaya hati saya terang seperti bulan yang mengambang di malam yang gelap ketika saya masih dalam kandungan. bagi saya sendiri, ashikin bermaksud tekun, dan kuat tumpuan dan tinggi perhatian.

Tapi apa yang jadi sekrang ialah saya kekurangan motivasi untuk menumpukan perhatian dan asyik leka saja. adui.

si degil, sila cepat rajin belajar.




Photobucket

Wednesday, March 17, 2010

lets hold for a month

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 17, 2010 0 komen best
"Bukan saya sengaja...tapi saya ada kerja kat sana""tak boleh ke kalau saya nak ikut?"
"Bukan saya taknak, tapi nanti anak-anak sape nak tengok, diorang sekolah, nanti ayam itik suma sape nak bagi makan.."
"ayam itik kita hantar balik kampung, anak-anak suruh la Mak Nab jaga..kita bayarlah.."
"habistu awak sanggup nak tinggalkan anak-anak?"
"habistu awak sanggup tinggalkan saya, anak-anak?"
"kerja saya siapa nak buat?"
"kawan awak kan ramai"
"Saya taknak lepaskan peluang ni untuk perbaiki kehidupan kita"
"Kalau macamtu, awak jaga diri baik-baik yea"
"Awak pun sama.."

Tersenyum si suami tatkala sang iseri memberi kebenaran. Nasib baik saya belum ada komitmen rumahtangga lagi. ececeh. Merapu pula saya pagi-pagi begini, kan. komitmen saya dengan blog ini, macam mana? Saya nak tinggalkan .it is the best of times..it is the worst of times. sekejap aje. tak lama. sebulan. Ini demi menguji diri saya yang amat sangat terlalu suka menulis. Itu, ada beberapa hal yang perlu saya clear up dalam masa 30 hari ini.

Ini demi komitmen saya satu-satunya. Sebenarnya saya target bulan ni nak tulis 30 entri, 1 hari satu post. Apakan daya, saya perlu lakukannya. Ah, macamlah blog ini faham je kata-kata saya.

Saya nak kongsi satu perkara.

Sebenarnya bekerja dengan orang yang kita tak suka banyak sekali membawa kebaikan. Di situ kita dapat mengukur di mana tahap keikhlasan kita yang sebenar. Apabila kita tak merasa senang dengan orang lain, bermakna kita tak cukup ikhlas. Dia akan mudah melihat kelemahan dan kesilapan kita, jadi ambil perkara itu sebagai satu cara untuk memperbaik sifat diri. Mudah, kan? Jadi, jangan rasa marah atau sedih atau geram apabila terasa diri dibenci atau rasa macam 'asyik kena pangkah je'. Kadang-kadang Allah nak tegur perbuatan kita.

itu sahaja.


Photobucket

p/s: Dijemput semua ke Seminar Baitul Muslim Kebangsaan anjuran Haluan di Kolej zaaba, UKM pada Sabtu, 20 Mac 2010. Yuran RM20. Penceramah: Dr. Ismail Ahmad, A Rosdi Baharom, Ustaz Salleh dan A Afifi. Pelajar UUM sila maklumkan saya.

Wednesday, March 10, 2010

wadah madah rahsia seorang pemuda

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 10, 2010 2 komen best
oh. kompleks benar rasanya tajuk entri kali ni.

Memang kompleks. Sebabnya, rahsia takkan diungkapkan dengan mudah-mudah. Saya baru usai menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 1&2. Sebelum ni saya macam deeply refused to watch these film sebab kesal dengan cerita Ayat-ayat Cinta yang difilemkan, sebabnya edisi filem tak tele pun dengan apa yang sebenarnya Habiburrahman el-Shirazy ungkapkan dalam buku. Bila Kak Fahana offer dan suruh tengok dulu, saya ikut. Alhamdulillah, dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tadek unsur pencemaran agama dan karya asal.

Apa yang saya dapat dari ceritanya memang banyak. Salah satunya saya dapat merasakan sukarnya perjalanan dalam sebuah pencarian. Dan memang orang yang dibentengi iman dan rasa malu, menyatakan perasaan bukan sesuatu yang biasa. Biasanya orang muda memang bijak menyimpan rahsia.

Photobucket

Saturday, February 27, 2010

untitled.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, February 27, 2010 0 komen best
 
gambar credit to a website yang saye tatahu nak credit macammane.gambar curilah ni.
btw kalo asik baca conan je muak jugak
til then.

Friday, February 26, 2010

detective conan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, February 26, 2010 2 komen best

"need not to know."

Ini kata-kata watak dalam komik yang saya telaah hampir setiap hari. [kalaulah saya rajin baca transport theory macam saya telaah komik ni kan bagus]. Siapa lagi kalau bukan Detective Conan.

kegilaan membaca Conan di One Manga bermula dua minggu lepas, tatkala saya rasa nak cari bahan bacaan ringan. Tak sangka sampai terbawa-bawa dalam tidur. [tak tipu, saya bermimpi berada dalam scene yang dilukis pelukis dalam komik Detective Conan. gila betullah. :p ]

Sebab saya membaca Conan ialah saya bukan peminat manga tegar, dan saya tak suka manga yang mengarut-ngarut dengan kuasa supernatural apetah. Samalah juga macam cerita-cerita Barat yang ada unsur-unsur supernatural yang tak logik macam Supernatural dan Merlin: maklumlah, orang bisnes mana ada tengok mende-mende tak logik/beyond mind's expectation cam sains ke hape suma tu.. Tapi walopun Conan ada unsur tak logik cam shrinking body tu, tapi secara keseluruhannya ceritanya menyingkap logik di sebalik permainan jenayah.

Memang saya suka cerita-cerita yang bergenre penyiasatan sejak sekolah rendah lagi. Buku-buku yang sering dibaca masa kanak-kanak dulu ialah Enid Blyton dan Siri Salma. Siri Salma memang best aa sangat.. Novel Sydney Sheldon pun pasal impossible crime gak..Yang paling suka 'Nothing Last Forever', sebab buku ni yang meningkatkan keyakinan saya untuk membaca lebih banyak novel berbahasa Inggeris, selain plottingnya yang berterabur dicantum satu demi satu seperti menyusun kepingan 'puzzle'.

Selain menambah pembacaan, ia membantu saya meningkatkan tumpuan dan pemerhatian..Maklumlah, budak-budak memang suka nak terpengaruh..hahaha.. 

Sebab utama saya suka buku genre penyiasatan ialah dulu saya ada cita-cita nak jadi Pakar Forensik,sayangnya saya dan Chemistry tidak ada 'chemistry'.. pejadah kalo asik fail je masa skola.. Lagipun..ibu tak galakkan..[si obedient yang degil kunun.]..jadi.. Forensic Specialist tinggal angan-angan..

Tapi..dalam Accounting pun ada Forensic gak hape..nama job tu 'Forensic Accounting'. Fungsinya, menyiasat salahlaku dan penyelewengan dalam perakaunan dan pengurusan organsasi.. Biasanya yang belajar course ni secara mendalam adalah yang mengambil course Auditing kalau saya tak silap..

Forensic management?
saya tatahu..~

saya ada anak ramai nanti saya nak hantar sume pegi belaja jadi forensik specialist. hamikkau.

pakwe saye Detective lah. ekkeke :p

Tuesday, February 23, 2010

bimbang tapi malas

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 23, 2010 0 komen best
sejak test ekonomi semalam, saya dijangkiti suatu penyakit yang menyebabkan saya tidak dapat menghadiri kelas ekonomi pagi tadi.

Ini entri malas saya. Saya rasa anda pun malas baca bebelan saya. Nukilan Melly Goeslaw dalam lagu-lagunya membuat saya rasa layan~~[baca: high] sekali sekala. Kisah cinta semua orang adalah berbeza, Melly memberitahu kisah cintanya melalui lagu. Lagu ni, membuat saya teringat kepada pertemuan dengan seseorang beberapa tahun lalu. Tapi, dia bukan kisah cinta saya, okeh.




p/s: rasa macam nak cari dan tengok semula cerita AADC ni..

Saturday, February 20, 2010

cuma picisan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, February 20, 2010 12 komen best
1. Semalam saya berhajat nak jumpa nenek saya (Tokmak), tapi tak kesampaian.

2. Sewaktu menghantar saya ke Puduraya, abah belanja saya makan KFC. (this is rare, i just shaddap :p)

3. Sewaktu menunggu bas di Puduraya, abah membelek buku di kedai buku. Saya ikut. Ada buku Ustaz Hasrizal, 'Aku Terima Nikahnya'. I've been waiting for ages kot nak beli dan baca buku tu. I show it to abah, but abah geleng-geleng kepala. Tetiba rase cam malu la pule nak beli depan abah. Takut abah fikir yang bukan-bukan. Takpe2, lain kali. [agak terkilan..ehhehe].

4. Sewaktu menunggu bas Transnasional yang lembab tapi arrogant kerana kunun2 bisnes dia paling besar, guess who i met? hehhehe.. hero old skool.. (abang) Ramzu Azili.. senior MRSM Kuala Klawang-Muar.. Sekarang dia kat UiTM Pulau Pinang.. Training SUKMA kut sekarang.. dulu sama kelas dengan Kak Miza tu.. Kak Miza pun saya dah tatahu katne..

5. Bas sampai lambat. Kul 11.30 gitu. Basnya bukan kat platform pun, kat luar stesyen bas. Kesian ibu saye jalan jauh-jauh sebab nak hantar saye-semalam dia kurang sihat. Pasni saya janji takmau amik Transnasional lagi. tak best. Pasni nak naik bas Pancaran Matahari je-1st class tu~..
    ini cuma picisan. Saye ingat nak kempen boikot Transnasional sebab arrogant sangat, customer service cam hampeh. Tapi kalo nanti produk saye orang wat camtu, taulah pule saye kene kat muka sendiri kan.. Jadi, biar saye sorang je boikot the arrogant Transnasional-ko ingat ko besar ko bagus?

    Produk saye? red carpet kot. hehe. :P

    Friday, February 19, 2010

    analogi sandle- Choose the right shoe as you choose the right partner

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, February 19, 2010 0 komen best
    Saya akan berangkat pulang ke UUM dengan bas Transnasional sebentar lagi. Tiket saya pukul 11.

    Tadi petang saya pergi beli sandle lagi. Kali terakhir beli sandle adalah 3 bulan lepas, sewaku abah datang ke UUM. Maklumlah, saya makhluk yang suka berjalan-UUM takdek eskalator mahupun lif atau walkway bergerak macam kat supermarket.. Kalau ada kan baguss..[er..tapi itu pasti menyebabkan kadar obesiti meningkat secara mendadak di bumi Sintok..ekkkeke..]


    Saya keliru nak pilih sandle yang macammana.
    Saya masuk ke sebuah kedai kasut. Mula-mula saya tengok dulu mana yang berkenan. Habis dah scan, takdek yang berkenan.Jadi saya kuar pi kedai lain plak.

    Ada juga yang my type. Saya tak terus grab, saya try pakai. oh. selesa.  Tapi ada dua pilihan, jadi kakak saya tunjuk which one is best fits me.

    Akhirnya, sandle prototaip macam sandle saya yang lepas-lepas terpilih-cuma ada sikit warna maroon. Saya setia betul dengan rekabentuk sandle saya-selesa dan memudahkan mobiliti saya.

    Saya memang sangat cerewet memilih kasut-taknak ada heels, tapak tak terlalu nipis, bukan getah ataupun plastik supaya apabila kaki saya sweating ataupun pada hari hujan ia tak buat saya tergelincir, taknak too gorgeous. Just simple but nice. Bagi saya, choosing the right shoe samalah macam memilih pasangan hidup. Saya akan berjalan dengannya dan ia menentukan kelancaran perjalanan saya. Jika saya tersilap pilih, saya tidak akan berjalan dengan selesa dan ia akan membuatkan mood saya menjadi buruk selagi saya memakai kasut yang salah.

    Dalam cerita 'Hana Yori Dango', wanita yang membawa watak supermodel ada berkata, "A beautiful girl should go to beautiful places with a beautiful shoe." Tapi tak bermakna kita kena pergi ke tempat yang tak best dengan kasut yang buruk. Tapi kalo gi jamban takyah aa nak pakai kasut gorgeous look kan..

    Kasut yang dibeli walau mahal mana pun, kalau cantik mana sekalipun, tapi kalau tak selesa nak dipakai, ia takkan membawa kita pergi jauh. Malah ia menyakitkan hati-lebih baik jalan berkaki ayam saja daripada memakai kasut begitu.

    Saya rasa anda faham dengan analogi sandle saya dengan apa yang saya nak sampaikan-teman hidup.

    Nak memilih kasut, kita ada banyak pilihan. Kadang-kadang kita perlu minta nasihat orang lain. Sama juga macam memilih seorang teman yang saya gelar 'life partner'. 

    Yang penting kita selesa nak berjalan dengannya sepanjang hidup kita. Bukan sahaja dalam terma memilih 'life partner', tetapi juga dalam mencari seorang kawan atau sahabat yang sejiwa. Biar yang kita selesa, bukan kerana kita terpaksa.

    Kalau ada tapi apabila memakainya terasa sakit, lebih baik berkaki ayam. Kalau rasa tak selesa, lebih baik tak perlu ada.

    Bezanya, kasut adalah kasut dan manusia adalah insan yang punya wibawa untuk kita hormati. Tak bermakna teman hidup atau sahabat boleh dijadikan seperti kasut-alas kaki yang diperlukan untuk melindungi dari permukaan bumi yang keras dan berdebu.

    Akan tiba waktunya kasut perlu ditukarganti kerana lusuhnya atau rosaknya. Tetapi teman dan sahabat tidak boleh ditukarganti. Kita juga akan lusuh dimakan waktu-pada waktu itu, mahukah kita ditukarganti dan dibandingbezakan?

    Dengan memilih kasut yang baik, gunung pun kita mampu daki, hutan pun kita mampu redahi. Kasut terbaik adalah yang memudahkan perjalanan kita, bukan yang membuat kita rasa susah dan menyekat kelancaran perjalanan...

    'Insan Soleh'

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, February 19, 2010 2 komen best
    hampir dua bulan lepas seorang anonymous menghantar mesej sopan-sopan pada saya.
    saya tahu dia seorang lelaki.
    kalau dia seorang perempuan, pasti tak ada masalah untuk mededahkan siapa dirinya yang sebenar.
    nombornya? +6019*******
    -saya tanya dia siapa
    -dia jawab "saya kawan awak"
    Sebab saya pun tatahu nak buat apa bila dia takmau bagitahu siapa dia, jadi nombornya saya simpan  dengan menamakannya 'Insan Soleh', dengan doa semoga dia benar-benar seorang yang soleh.
     LOL. Malam ni tanpa saya tanya siapa dia, dia hantar mesej pada saya. "Nora, nak beli tiket Transnasional ke?"
    lalallalala. Saya tergelak besar kot tadi. 

    [Kami adik-beradik kalo tukar nombor ke hape tak amik kisah sangat pun~ hampeh punya abang.]


    Tuesday, February 09, 2010

    kasih bertaut ukhuwwah bersemi

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 09, 2010 2 komen best
    macam terjiwang je tajuk post ni kan..

    actually its just a line to describe how much i miss my old friends of my schooltime. I steal their e-mail from their facebook, and i add them to my contact list.

    and now my yahoo messenger's list is full of pending request.

    sape-sape nak add saye kat ym dia, er..atau nak saya add dia kat ym, hmm..meh sini e-mail anda.

    tadi saya try search blog sendiri dengan pelbagai kata kunci. nak tahu ape keputusannya? haha~ blog saya tak dapat dicapai menggunakan kata-kata kunci ape-apepun, melainkan dengan keyword 'norashikinrahmat'. Kalbau separate my name from my father's name jadi 'norashikin rahmat' sebagai keyword, alamat berlambak-lambakla keputusan carian tentang norashikin rahmat @ ekin isteri mawi. Ini disebabkan blog saya adalah hidden blog. Dalam tetapan [baca:setting] blog ni, saya tetapkan blog ini tak dapat dicari melalui enjin carian [baca: search engine]. Sebabtu saye tak kisah dengan trafik blog saye, dah tentulah saye bukan polis trafik.


    Sebenarnya saya malu la..saye cuma kasi link blog ni kat orang yang saye kenal aje.. family saye pun saye tak kasi tengok blog saye walopun mereka tau saye ade blog..

    Tak sangka sekarang matrikulasi dah tambah lagi satu aliran. Aliran teknikal. Sesi akan datang ni batch pertama. Ketinggalan betul la saye. tak patut2 [geleng2 kepala].

    Saye tahu pun sebab baca blog incik beliamuda, Dan ada seorang adik ni sangat ingin tahu macammana nak tukar course, sebab dah tersilap dalam proses permohonan. Untuk tahu lebih lanjut, saye tepon hotline bahagian matrikulasi, kemudian pertanyaan-pertanyaan saye dilayan dengan baik sekali oleh cik puan yang mengangkat telefon. [kunun-kununnye sayelah budak itu yang tatahu ape nak dibuat dengan permohonan saye]. Terima kasih ye.

    saye: entah kenapa harini guna 'saye' yerp. beberapa kali tersasul guna 'aku'.

    Friday, January 29, 2010

    please enjoy yourself

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 29, 2010 0 komen best


    korang boleh ke buat lagu macam elmo? heheh~
    lalalala lalalala ikin's song... ehhehe~ :D
     

    Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea