Monday, November 08, 2010

when home is sweet and campus is sweeter..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 08, 2010
Prinsip saya setelah sekian lama sejak sekolah dulu; rumah ialah tempat bermain dan sekolah ialah tempat belajar. Jadi saya bila berada di rumah (biasanya) takkan membaca sangat. (Tapi kalau di kampus memang bermain banyak!)

Universiti adalah padang tempat kita bermain dengan kehidupan. Padang yang masih terkawal dengan seribu peraturan dan agenda. Sesiapa yang tak ada strategi, dia akan kalah.

Universiti bukan lagi sekolah yang mengatur satu-persatu langkah kehidupan pelajarnya. Kita tak bolehlah nak harap kehidupan akan sentiasa memberikan kepuasan, sepertimana mengharap pensyarah memberi tips supaya exam boleh dijawab dengan senang. Ataupun mengharap pensyarah memberi soalan yang senang supaya ia mudah dijawab dengan jawapan goreng. Kita bukanlah robot universiti yang menghafal. Universiti tak wujud untuk melahirkan robot bodoh yang mengikut sahaja sistem yang ditetapkan padanya.

Sistem tak diwujudkan untuk mengawal, tetapi memudahan urusan manusia. Namun bila kita tersilap membiarkan urusan sistem, ia akan menjadi remote kehidupan.

Keadaan takkan berubah mengikut kehendak kita. Kitalah yang berubah mengikut keadaan. Janganlah manja sangat, wahai kawan-kawanku! Usahalah sikit untuk hidup!

"Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Janganlah berkampung atau berumah di atasnya". 

So do univ, it is a place to leave. Anda datang ke universiti hanya untuk ditinggalkan suatu hari nanti sama ada berjaya atau tidak. Terpulang pada anda untuk menggunakan masa yang ada untuk memilih satu daripada dua: kejayaan, atau kegagalan.

Hidup ini hidup kita, tapi bukan kita yang memilikinya. Ia ibarat memandu sebuah kereta pinjam yang perlu dibayar insurans bulanannya, dipenuhi keperluan air dan minyaknya dan jika tidak ia takkan bergerak.

Ah. jari tidak mahu berhenti-henti menaip. Apabila menulis dalam keadaan geram memikirkan sesuatu, maka inilah jadinya. Membebel macam nenek. Sekian, jazakumullah jika anda membaca sehingga perkataan ini. Sila Senyum :)
Photobucket

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea