Sunday, November 21, 2010

Abah, dan motivasinya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 21, 2010
Apabila seorang anak mula beranjak dewasa, dia mula suka menyimpan masalahnya sendiri.

'Takut menyusahkan', fikir sang anak. Biasanya bapa-bapa dan ibu-ibu kepada teman-teman yang saya kenali tidak begitu terbuka dalam menyelami pemikiran anak yang meningkat remaja, malah lebih suka berfikir bahawa 'anak aku sudah besar dan matang' dan 'dia sudah boleh mengatur masalahnya sendiri'. Setiap bapa dan ibu, ada caranya untuk mendidik anak, saya tak nafikan. Tapi ini menyebabkan anak-anak lebih suka untuk mengadu pada kawan-kawan.. Ketidakmatangan kawan-kawan biasanya tidak membantu anak-anak menyelesaikan masalah.

Masa saya masih mentah (sekarang masih belum 'masak' lagi tapi dah tak mentah dah), apabila saya mengajukan masalah kepada abah, abah suka memberi respons 'ambil mudah'-everything is OK and easy for him. Biasalah, saya perempuan, suka fikir masalah rumit. Masalah senang pun jadi susah. Ibu? Biasanya ibu pun macam abah juga. 2x5=10. hehe.

Sebenarnya motivasi yang abah beri setiap kali anak-anaknya mengajukan masalah adalah luar biasa. Abah berkata, "kalau tak susah, bukan exam namanya. Baik takyah duduk exam kalau exam tu senang".

Sebaris kata yang bisa membuat hati ini rasa lebih bersemangat, ringan dan tenang.
**abah adalah seorang lelaki Johor sejati yang sukakan songkok senget, baju teluk belanga dan sampin. Tapi entah kenapa dalam gambar ni abah tak pakai sampin style Johor. terlupa kut. :D

**Kawan-kawan, lepasni bolehla try tanya ayah dan ibu masing-masing apa yang boleh dibuat bila hati rasa kusut dan masalah melanda. Mereka amat matang dalam memberi nasihat melalui pengalaman hidup.

Photobucket

2 komen best:

penaberkala said...

Klu masalah akademik xpernah plak cakap kat paerents
atas sebab2 tertentu kot
tp masalah lain, mmg tak leh lari la daripada pengetahuan mereka

apepun, parents perlu menjadi org pertama utk dirujuk

norashikin rahmat said...

kan?
walaupun parent saya tak faham apa-apa masalah akademik, tapi bila diberi nasihat memang simpan kemas-kemas dalam ingatan..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea