Friday, November 12, 2010

Berfikir seperti seorang ayah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 12, 2010
Saya percaya, semua orang yang pernah wujud atas muka bumi ini mempunyai ayah kecuali 3 orang. Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ayah yang baik dan penyayang.

Seorang ayah sentiasa berfikir bagaimana untuk mengisi perut anak-anaknya. Sentiasa mahu memenuhi keperluan si anak.

Tanggungjawab seorang bapa itu bukanlah semata-mata cuma memberi makan kepada anak persis menternak ayam, bukan. Ayah adalah role model kepada anak-anak.

Mari kita berfikir seperti seorang ayah.


  1. Belajarlah bersungguh-sungguh dan bekerjalah bersungguh-sungguh. Sebab seorang ayah sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan tanggungannya.
  2. Gunakan wang belanja secermat yang mungkin sehingga tidak meminta belanja tambahan daripada ayah kita (kerana mereka pun ada keperluan sendiri: rumah, kereta, bil2, etc). Sebab ayah kita selalu berbelanja secermat yang mungkin kerana teringatkan keperluan anak-anaknya.
  3. Terimalah siapa bapa (dan ibu) kita seadanya. Sebab dia sentiasa menyayangi kita seadanya. Sepertimana seorang anak tidak dapat memilih siapa bapanya, begitulah jua ibubapa, mereka pun tak memilih siapa anaknya (cacat, buta, jahat etc).
  4. Sentiasa mengamalkan budi pekerti mulia. Ayah (dan ibu) selalu menunjukkan contoh yang baik supaya anaknya memiliki sifat yang baik. Ini kerana, ke mana saja seseorang itu pergi, kalau dia berperangai buruk mesti yang pertama dipersalahkan ialah ibu bapanya. Diri kita ini adalah cermin kepada siapa ibu bapa kita.
  5. Belilah benda YANG PENTING SAHAJA. Kalau anda perasan, ayah jarang nak beli benda yang tak berguna macam lampu pelita waktu raya. Bukan sebab dia lokek atau kedekut, tetapi ayah rasional dalam mengurus kewangannya.
  6. Oleh sebab ayah kita tidak menternak kita sepertimana menternak lembu dan ayam, begitu jugalah kita. Janganlah bagi makan je pada diri kita ni, tapi berilah hak-hak diri kita sepertimana ayah kita menunaikan tanggungjawabnya pada kita: pendidikan, agama, kehidupan.
Kenapa ayah? kenapa saya tak sebut ibu?

nanti saya kena buat entri lainlah tentang cara berfikir seperti seorang ibu. :D (atau ada sesiapa yang dah jadi ibu volunteer nak buat entri ni? saya masih belum berkahwin, jauh sekali bergelar ibu).

**saya baru menonton muvie bertajuk Me & Baby. Berkisar tentang bagaimana seorang lelaki pelajar sekolah tiba-tiba mendapat bayi misteri. Memang susah nak jaga seorang bayi (baca: anak) kan?
Photobucket

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea