Wednesday, November 10, 2010

ICE

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 10, 2010
Sila cuba menyebut perkataan di atas.

Tetapi entri kali inibukan tentang ice yang sejuk dan merosakkan gigi itu, ini tentang I.C.E. ICE bukanlah sejenis makanan, tetapi ia adalah sejenis kenderaan rel (rail).
2 InterCity-Express-Züge in Köln Hbf

ICE adalah kereta api terpantas di Jerman dan antara yang paling laju di dunia (ranking ke-7 kot). Saya mendapat info tentang ICE yang baru dilancarkan melalui akhbar pada beberapa mingu lepas. Oh, terlupa pula nak kabo apa maksudnya ICE. ICE adalah singkatan kepada Eurostar Intercity. Eurostar Intercity mempunyai 15 gerabak yang boleh memuatkan 888 orang pada tahap maksimum. Nak tahu tak berapa harga sebuah koc (gerabak)? hehe.. 1 gerabak berharga RM 161 000 000 (RM161 juta), dan secara keseluruhannya sebuah ICE berharga RM24 bilion. 

Disebabkan saya agak jakun dengan benda macamni, jadi saya telah menyimpan data tentangnya dalam henpon semasa melihat berita tersebut. Cuba kira, berapa lamakah sebuah ICE perlu beroperasi untuk mendapatkan TPM (titik pulang modal)? 

Sem depan saya ambil subjek Pengurusan Rel (Rail Transport Management). Mesti best. Tak Sabar!

*teringat tentang kereta Gen 2 yang dipasarkan di luar negara menggunakan nama Eurostar sebagai nama komersial.
*ICE telah wujud lama dahulu, (since 1991). Mungkin saya adalah orang yang terakhir tahu tentangnya. ICE yang ada sekarang adalah cucu cicit kepada ICE yang pertama dan yang sekarang ini adalah generasi ke berapa entah, tak dapat info yang exact. Mungkin 4, mungkin 3. Web yang asal pula dalam bahasa German. Maklumat lanjut bolehlah diperolehi di sini (klik).
Photobucket

4 komen best:

Hazwan said...

kalo buat dr tganu ke pantai barat kn best..xla sakit belakang naik bas 9 jam

norashikin rahmat said...

tunggu la ada pelabur best lagi kaya raya anak jati Terengganu yang sudi memberikan pelaburan untuk idea projek yang super-hebat ni.. bukan untuk pembinaan rel je, untuk R&D jugak.. (please get KTM out of the way!) hehe :p

sebenarnya bukan Malaysia taknak, tapi belum mampu.. mahal sangat kot sebijik koc.. apatah lagi kita kena fikir tentang penggunaan rel untuk logistik jugak..

aih. maaf, ilmu saya belum cukup nak hurai panjang2, takut salah.

penaberkala said...

uish, agak tinggi kosnya
tp takpe, teknologi canggih
konpem laju dan pantas

norashikin rahmat said...

Duit pun mesti laju dan pantas maa... mesti mau tambah penduduk baru ada worker nak jana pendapatan negara...

ayuh, penganggur2 berjaya sekalian, sila cepat kerja untuk negara! (cecece, mengarut plak.)

secara ekonominya, infrastruktur hanya dijana jka penduduknya memberi jaminan kalau ia benar2 mampu memberi pulangan atas pelaburan yang dilakuan. Contohnya, jambatan pulau pinang.

Kalau ICE dibangunkan, mungkin akan dicaj tiketnya tinggi.. lagipun penduduk utara-selatan ataupun timur-barat Malaysia tak seramai pengguna di negara lain..

**kalau ICE wujud kat Malaysia dari Utara-Selatan, Mesti saye balik Nilai every fortnight. konpem! hehe.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea