Hidup ni macam naik bas.
Kita boleh pilih nak naik bas jenis apa ke destinasi mana. Bas besar, kecil atau sederhana. Kadang-kadang, kalau nasib baik, dapat bas first class macam Pancaran Matahari, atau kalau nasib tak menyebelahi dapatlah Hari-hari Bas Rosak (HBR). kadang-kadang basnya cepat, atau kadang-kadang lembab macam Cepat Ekspres ataupun The arrogant Transnasional. ah. mengutuk syarikat bas pula saya.
Kalau nak naik bas, kita kena beli tiket, atau bayar kat atendan bas. Kadang-kadang tiket habis. Kadang-kadang ada tiket takdek bas-ni kes-kes ulat tiket penipu. Kalau kat UUM, bas kitaran sentiasa ada setiap 15 minit, tapi pelajar UUM yang tak reti sabar macam saya, sentiasa nak cepat selalu berebut naik bas---dah macam budak sekolah.. Selalunya saya menyelinap tak beratur: maklum badan kecil dan muka selamba.
Ada orang kata biar lambat asal selamat. Atau biar cepat tapi cermat. Atau biar cepat tapi selamat. Saya dah tanak bas. Kereta pun dah tak mau. Saya nak bullet train-atas landasan, takdek traffic jam, dan confirm sampai. Ah. tapi tak mencabar, dan bullet train hanya ada di Jepun aja. KTM taknak. lembab.
Itulah hidup. Kita kena berebut untuk mencapai apa yang kita mahu. Kadang-kadang kita tak dapat menaiki bas untuk sampai ke destinasi kita, tapi ada alternatif lain untuk ke tempat yang nak dituju, hatta jalan kaki sekalipun.
Kadang-kadang kita terlepas bas, dan terpaksa menunggu bas yang lain pula. Ini melibatkan masa yang banyak dan kos yang besar. Kadang-kadang kita dah naik bas, tapi kita tak sampai juga ke destinasi kerana kita tersilap naik bas, atau bas yang dinaiki eksiden pula-matilah kita dalam perjalanan.. jadi, sebelum naik bas, jangan lupa baca doa naik kenderaan, hatta setakat pergi kuliah sekalipun..
Pernah dengar tak cerita Daniel terlepas kapalterbang?
Daniel ni berasal daripada Indonesia, tapi bekerja di Malaysia sebagai tukang kasut.. Sudah 5 tahun dia bekerja di Malaysia, jadi dia pun nak balik ke negara asalnya dengan menaiki kapal terbang-dulu naik kapal laut, teringin la pula nak balik dengan flight.. Jadi dia pun kumpul duit untuk beli tiket flight..masa tu Air Asia takdek wujud lagi, jadi tiket MAS memang mahal la kan.. kumpul punya kumpul duit dia sambil teringat kat keluarga tercinta di Jakarta, akhirnya dia pun dapat beli tiket kapal terbang..punyalah susah nak kumpul duit buat beli tiket flight.. maklumlah, kerja pun tukang kasut aje.. Pada hari dia sepatutnya balik ke Indonesia, dia tiba 3 jam lebih awal di KLIA. Dia memastikan semua keperluannya cukup, dan memastikan dirinya betul-betul bersedia supaya nanti takdek halangan nak naik kapalterbang. Penjaga kaunter pertanyaan pun dah kenal dengan Daniel ni kerana banyak kali bertanya bila boleh naik flight. tak sabar sangat nampaknya. Punyalah penat menunggu, akhirnya Daniel ni tertidur..
Kerana tertidur, Daniel terlepas kapalterbang. Apabila tersedar, kapalterbang baru sahaja berlepas, dan dia menyumpah-nyumpah banyak kali. Dia tak segan-segan menangis di kerusi tempat dia tertidur tadi. Dengan takdir Tuhan, kapalterbang yang sepatutnya dinaiki menghadapi masalah dan meletup di udara. Daniel amat bersyukur kerana masih hidup dan masih mempunyai peluang untuk menaiki kapalterbang lain untuk bertemu keluarganya, walaupun terpaksa mengumpulwang semula untuk membeli tiket kapalterbang.
Analoginya dengan bas dan kehidupan, terlalu panjang rasanya untuk dihuraikan. Cukuplah anda membaca analogi ini dengan tafsiran sendiri.
Sebenarnya cerita saya pendek je. Pagi tadi saya nak daftar kelas Bahasa Mandarin sebagai subjek elektif semester depan. Tapi masa tengok notis entah kenapa mata saya terhijab dari melihat nota yang tertulis bahawa ia cuma untuk pelajar program Marketing saja. Dah lama saya tanam niat untuk belajar bahasa Mandarin, sejak tahun lepas lagi-ini kerana saya teringin sekali bertutur dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi masa nak mendaftarkan diri, saya sanggup meloloskan diri selama 10 minit dari kelas Sains Pemikiran ke bangunan FKBM (padahal tadi giliran kumpulan saya membentang dan saya jurucakap-nasib baik sempat). Sayangnya, bukan rezeki saya. Tapi, kalau saya betul-betul nak belajar subjek tu, mesti ada caranya, kan...
"Hidup ni macam berebut naik bas aje, kan. Tapi kadang-kadang kita tak boleh naik bas tu bukan sebab bas tu penuh, tapi sebab bas tu khas untuk budak sekolah-jadi pelajar universiti tak boleh naik, kena cari bas lain. Kalau takdek bas nak pergi Nilai, saya sanggup jalan kaki! atau naik lori ayam pun OK~"
hakikatnya saya masih bersedih dan hati meronta-ronta bertanya kenapa...