Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Sahabat dan adik kesayangan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 29, 2011 0 komen best
Di celah-celah kesibukan, sejujurnya, sejak sebulan atau dua bulan yang lalu, saya sangat merindui adik-adik saya di rumah. Rindu keluarga, dapat pahala :)

Dan rindu ini sangat membuak tatkala ibu saya mendapat penyakit darah tinggi, yang menuntut beliau untuk mula mengambil pil darah tinggi secara berterusan. Kerinduan ini datang tatkala tugasan dan test mencapai peak time, dan saya mula angau apabila segala benda yang saya lakukan, apa yang ingin dibeli, apa yang saya makan membuatkan saya teringatkan ibu, abah dan adik-adik. Angau yang teruk. Saya jatuh sakit selama seminggu kerana penyakit ini (wallahua'lam, mungkinlah kot saya jatuh sakit disebabkan faktor ini).
Habib dan Aided semasa menyertai Kem Minda Kreatif 2010. Cuba teka mana satu adik-adik saya?

Sekarang saya sudah berada di semester empat. Semester 4 ini sangat istimewa kerana ia mula memberi gambaran jelas tentang 'apakah' saya di UUM. Semester ini adalah fasa dimana saya bertemu sahabat-sahabat yang saya yakini dihadiahkan oleh Allah setelah lama berdoa untuk mendapatkannya.

Kalau nak tahu, saya selalu berdoa supaya dikurniakan sahabat-sahabat yang dapat berjalan seiring dengan saya. Tetapi saya tak mencari. Yang saya yakini, sahabat yang baik akan datang kepada saya dalam keadaan menerima diri saya seadanya. Saya begitu selfish dalam memilih kawan, kerana saya hampir tak mempunyai masa untuk mencarinya.

Persamaan antara adik-adik dan sahabat-sahabat saya ini, sebenarnya, adalah saya sayangkan mereka namun saya tidak dapat menjaga mereka sebaik-baiknya. Dan, dalam jagaan Allah, saya melihat mereka telah meningkat dari segi kekuatan jiwa dengan begitu baik sekali. (Kadang-kadang cemburu juga, tapi lebih kepada rasa syukur.. cemburu saya cemburu yang baik, insyaAllah).

Natijahnya daripada post ini, sentiasalah meminta Allah mengiringi perjalanan kawan-kawan kita, keluarga kita, guru-guru kita. Tak rugi doakan orang lain.. Berdoalah dengan penuh rasa kasih dan cinta.. Ia akan menjadi proposal cinta paling indah dalam dunia :)

Sunday, October 24, 2010

Its a kid's life

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 24, 2010 2 komen best
Harini saya ajar kawan saya buat blog. Namanya Wai Kit.

Wai Kit ni sangat handsome orangnya. pffffttttt..
Dia seorang fast-learner, sekali ajar terus dapat. senang je nak ajar Waikit buat blog.

dan...TADADAADADAAA..

ini blog waikit: http://ykid89.blogspot.com/
Its a kid's life!

*sebenarnya Waikit buat blog ni untuk kursus STID1013 (Aplikasi Komputer dalam Pengurusan). Subjek ni saya mungkin akan ambil semester depan. Semoga ianya mudah untuk saya :D
Photobucket

Tuesday, February 09, 2010

kasih bertaut ukhuwwah bersemi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 09, 2010 2 komen best
macam terjiwang je tajuk post ni kan..

actually its just a line to describe how much i miss my old friends of my schooltime. I steal their e-mail from their facebook, and i add them to my contact list.

and now my yahoo messenger's list is full of pending request.

sape-sape nak add saye kat ym dia, er..atau nak saya add dia kat ym, hmm..meh sini e-mail anda.

tadi saya try search blog sendiri dengan pelbagai kata kunci. nak tahu ape keputusannya? haha~ blog saya tak dapat dicapai menggunakan kata-kata kunci ape-apepun, melainkan dengan keyword 'norashikinrahmat'. Kalbau separate my name from my father's name jadi 'norashikin rahmat' sebagai keyword, alamat berlambak-lambakla keputusan carian tentang norashikin rahmat @ ekin isteri mawi. Ini disebabkan blog saya adalah hidden blog. Dalam tetapan [baca:setting] blog ni, saya tetapkan blog ini tak dapat dicari melalui enjin carian [baca: search engine]. Sebabtu saye tak kisah dengan trafik blog saye, dah tentulah saye bukan polis trafik.


Sebenarnya saya malu la..saye cuma kasi link blog ni kat orang yang saye kenal aje.. family saye pun saye tak kasi tengok blog saye walopun mereka tau saye ade blog..

Tak sangka sekarang matrikulasi dah tambah lagi satu aliran. Aliran teknikal. Sesi akan datang ni batch pertama. Ketinggalan betul la saye. tak patut2 [geleng2 kepala].

Saye tahu pun sebab baca blog incik beliamuda, Dan ada seorang adik ni sangat ingin tahu macammana nak tukar course, sebab dah tersilap dalam proses permohonan. Untuk tahu lebih lanjut, saye tepon hotline bahagian matrikulasi, kemudian pertanyaan-pertanyaan saye dilayan dengan baik sekali oleh cik puan yang mengangkat telefon. [kunun-kununnye sayelah budak itu yang tatahu ape nak dibuat dengan permohonan saye]. Terima kasih ye.

saye: entah kenapa harini guna 'saye' yerp. beberapa kali tersasul guna 'aku'.

Friday, December 18, 2009

yang tajam itu lidah, yang jauh itu masa lalu...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 18, 2009 0 komen best
salam bahagia.

aku hanya singgah sebentarlah.
ada terlalu banyak hal yang ingin aku kongsikan disini, buat mengubat rindu.
dan, untuk seseorang yang kupanggil sahabat yang banyak menegurku, aku ingin minta maaf.

aku cumalah seorang yang banyak kelemahan. aku terima kelemahan itu sebagai satu sumber untuk aku memperkuatkannya, dan aku harap dia tahu aku sayangkan dia dan persahabatan yang telah aku rosakkan. Mungkin allah hendak tegur aku, dan mungkin allah hendak berikan dia teman yang lebih baik. Ketahuilah, masa lalu itu telah jauh meninggalkan kita....

dan masa lalu tidak kejam sepertimana kita membuang-buangnya...
maafkan aku, ya.

Thursday, September 17, 2009

tag daripada luqman hakim: bertuah sangatlah!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, September 17, 2009 4 komen best
Apa yg perlu dibuat:
  • Put this badge in your awesome blog
  • Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
  • Make sure you put the recipients' names here, along with their links
  • Let them know about this 
i award this badge specially to:

  • aliff afira: aliff ni merupakan blogger yang menge-post di blog sekali-sekala je. mungkin sibuk agaknya. first time aku kenal dia ni dari page mrsmstudents.ning yang suatu masa dulu amat aktif bagi ex-mrsm, tapi sekarang taktau la apekabar ngan page tu. encik aliff ni belajar kat Okayama, Jepun. blogposts dia selalu cerita tentang hal kekeluargaan, isu semasa tentang islam, dan semua yang berbingkaikan peringatan dan pengajaran. kadang-kadang aku tertunggu juga post baru dari dia. walaupun kutipan dari mana-mana, tapi amat berilmiah.
  • duwe : dia ni orang KL, tapi dulu MRSM kat Kelantan. nama dia daripada Ridhwan, orang kelantan panggil Duwe. so, lekatlah nama duwe dia tu. aku kenal dia pun kat mrsmstudents.ning gak, dulu slalu sangat melepak kat chatroom sampai pagi. asal aku log in je mesti ada nama dia berstatus online. dia pelajar UTP, tapi aku tak ingatlah kos hape. sori ye duwe. tapi dia ni kelakar gila orangnya, aku suka baca kalau nak relax2 n nak menggeliatkan urat perut sendiri. tapi lately dia jarang post, mungkin sibuk juga macam encik aliff.
  • hafizulhilmi : dia ni merupakan seorang yang aktif jugalah dalam penulisan, sebab blog sampai tiga. mungkin sekarang empat. heheh. dia juga merupakan ex-mrsm yang aku kenal melalui page mrsmstudents, seangkatan dengan sahabat berdua yang diatas. mula-mula aku pelik juga ngan dia nih yang add aku kat ym walopun takenal. melalui blognya, dia suka menulis tentang hal-hal dirinya, MPP, UTM, politik, buah fikiran dan idea-idea yang menarik. dia merupakan Exco Kebajikan dan Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Pelajar UTM. seorang yang berasal dari Kelantan.
  • suhaila : si gadis yang walaupun baru lagi berkecimpung dalam arena blogging, tapi blogpostnya sudah menjangkau 94(ni yang published aa..). dia belajar kat IPGM dan bakal menjadi seorang guru. walaupun aku baru je link ngan blog dia, dia sudah memberi aku award blogger. hehe. rajin juga dia ni blogging, kadang-kadang sehari lebih dari satu post. dia sebaya ngan aku...19 tahun. kan, suhaila?
  • salsabil : sahibah kesayangan aku nih :) baru je jumpa dia kat Gunung Jerai haritu, tapi rasa macam dah lama kenal. aku suka bila dia bercakap, penuh hikmah. dia juga selalu text mesej ingat-ingatan buat aku. dia belajar di KUIN, Alor Star. dulu kat matri lah. beruntung dapat kawan macam salsabil :) salsabil ni masih baru dalam blogging, dan dia berhasrat menyampaikan penulisan dengan penuh berhikmah.
  • aizat : classmate aku masa kat MRSM Muar. mula-mula masuk homeroom, senyap je. lama-lama, banyak juga yang dia cakap. hehe. dia idealistik dan terer gak aa dalam aplikasi-aplikasi komputer..sekarang dia amik Diploma dalam bidang Sains di UiTM. kat Pahang. sometimes he kinda funny. dan serius juga. dulu dia pernah cakap: 'i'll always go anywhere with handkerchief', masa minggu orientasi. sekarang, aku tak tau :) tapi dia pandai berkawan. dialah yang rajin mengedit program dan gambar dalam group Gnine9 kat frenster.
  • syaros: nama sebenarnya syafiq roslan, tapi masa kat MRSM kuala klawang ramai sangat syafiq, jadi orang panggil dia skali ngan nama ayah. dah jadi syaros plak, trus lekat sampai kini. dia menjadi BWP di dua MRSM, Kuala Klawang (form 2-form 3), MRSM Muar (form 5). walaupun kecil je orangnya, tapi hebat! tapi taktau la sekarang, mungkin dah tinggi. lama dah tak jumpa. dia classmate aku mase kat MRSM Muar..aku suka blog dia sebab dia funny, dan kinda friendly.
  • ruzaimi haron(lerm): dia ni kawan baik aku. dah lama tak jumpa. selalu sakit, tapi degil, takmau dan tak suka makan ubat.aku kenal dia masa kat MRSM Kuala Klawang, itupun mase dah nak PMR. Sekarang dia belajar kat UMT, ambil kos Fizik, elektronik dan peralatan. tapi sekarang macam dah lost contact. sebab masing-masing pun dah ada haluan sendiri. live life happily, lerm!
  • azry syafiqah : azry merupakan classmate aku kat MRSM Muar, seangkatan dengan syaros dan Aizat. aku tak rapat sangat dengan dia nih dulu. Tapi aku suka blog dia. sama cute dengan orangnya. she's a nice friend, if you know her.
tag kedua; soalan-soalan cepuemaslah::::::::::
1. rumah idaman :
-rumah yang ada kasih sayang, bukan rumah banglo, dalam komuniti, ada jiran yang ramai. abah ajar aku untuk cari rumah yang ada jiran..
2. kereta idaman anda?
-kereta yang boleh gerak sepantas laser, menggunakan tenaga kilat..ekeke..adake?
3.handphone idaman anda?
-henpon yang boleh kasi sms n call sendiri ngan sebut je nama orang yang nak di-call..
4.awek/bf idaman korang?
-hmm..tatau la nak jawab ape. hold dulu, okeh tak?
5.tempat yang ingin anda kunjungi?
-cameron highland, Port Dickson dan Pulau Sipadan. ada orangtu cakap nak buat wedding reception kat Pulau Sipadan bila walimah nanti..saye tak sabarlah nak tunggu penerbangan khas yang ditaja oleh orang itu... mau yang first class! walaupun saye orang Malaysia, tinggal kat Negeri Sembilan, tapi saye tak penah pegi Port Dickson walaupn adikberadik saye dah berkali-kali pegi sane. kelakarlah, kan.



lagi satu yang di-tagnya..tapi aku tak pahamlah. letak je kut gambar nih:
orang-orang yang di tag adalah sama seperti senarai diatas, okeh. salam ibadah, ukhuwwah fillah.
perjalanan itu memang melelahkan, tapi lihatlah, setelah jauh berjalan, kita bukan lagi orang yang sama dipermulaan. Amal Islam 100%, mudah-mudahan.
 aku nak hadiahkan lagu ni buat semua, terutama pemuda-pemudi harapan Islam :) hayati tanggungjawab sebagai seorang remaja, okeh. :)
Remaja
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

ramadhan ini, Allah ketemukan aku dengan Ahsannas

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, September 17, 2009 2 komen best
harini tak tahu nak kisahkan ape disini. sebab terlalu banyak yang bermain di kepala, lagi-lagi sebab ramadhan sudah di hujung dan ada sikit rasa sedih sebab terasa ramadhan kali ni banyak kasi makna kat aku :)

aku dengan pantas, dalam beberapa jam berada di Changlun, UUM, Alor Star kemudia UUM semula. mobiliti ditaja oleh: kak Faizah dan suami. hehe. berada di kalangan sahibah-sahibah tidak pernah membat aku rasa janggal, malah terasa seperti Allah memberi aku suatu rasa yang aku tafsirkan sebagai nikmatnya persaudaraan. mereka tidak pernah mengasingkan aku atas dasar tidak setaraf tahap pendidikan, baru kenal, atau apapun. mereka membuat aku belajar apa itu erti sahabat dan persaudaraan dalam Islam, walaupun tidak banyak.walaupun baru kenal, tapi..aku rasa sayang sangat kat diorang. tak seperti sesetengah kawan yang aku kenal selama ini, membezakan dan memilih kawan dari setiap aspek: taraf kecerdikan, taraf sosial, dan apa-apala lagi yang tak suka nak disebut. indahnya ukhuwwah yang tercipta, semoga Allah memperteguh hati kita :) ketahuilah wahai sahibah, aku sayang kamu. ramadhan ini, Allah ketemukan aku dengan ahsannas. perasaan inilah yang aku rasa sewaktu berkawan degan Siti An-Najwa dulu...

Terima Kasih, Allah.

Aku tanyakan pada Ustaz (suami kepada Kak Faizah) tentang tariqat, karamah dan juga hukum pengebom berani mati.  pasti ramai yang tidak tahu tentang persoalan yang aku utarakan ini, kan? Syukurlah, pagi tadi aku sempat tanya pada ustaz tentang tiga persoalan ni, dan aku ingin kongsikan sedikit di sini. kalau salah, minta betulkan. nak tambah dan kongsi sama pengetahuan pun boleh, amat dialu-alukan:)
  • tariqat merupakan kumpulan yang mempelajari ilmu-lmu zikr yang dinaungi oleh seorang syeikh. kumpulan ini merujuk kepada syeikh mereka dalam banyak hal. kumpulan tariqat biasanya tertumpu kepada proses menguatkan kejiwaan dan kerohanian.tariqat terbahagi kepada dua, sama ada tariqat yang benar dan tariqat sesat. terdapat pendapat mengatakan bahawa tariqat tak patut diamalkan sebab terdapat amalan dalam kumpulan ini yang tak diamalkan oleh rasulullah, tapi diamalkan oleh mereka. contohnya solat tarawikh lima rakaat: Rasulullah tak amalkan, cuma para sahabat sahaja. orang yang mengamalkan tariqat ni selalunya boleh jadi taksub kepada syeikh yang menaungi mereka. aku ada juga menemukan dengan orang yang mengaku mengamalkan tariqat ni, dan aku dapati terdapat banyak kekhuatiran dan kemusykilan dalam pelaksanaan dan pemikiran orang tersebut dan setelah diterangkan oleh ustaz tentang tariqat, aku rasa apa yang diamalkan orang itu adalah 'tersalah'. Wallahua'lam. sila tanya asatizah terdekat anda untuk maklumat lanjut.

  • aku tanyakan pada ustaz: macamana dengan orang yang mengaku mempunyai kelebihan tertentu? Ustaz kata: itu adalah apa yang dipangil sebagai karamah (keramat). Karamah ni cumalah kelebihan yang Allah berikan kepada orang terpilih sahaja. ada juga kelebihan yang Allah berikan kepada sesetengah orang dianggap sebagai karamah, dan mungkin menjadikan orang tersebut ujub dan tersesat dalam tamsilannya tersendiri(nauzubillah). contoh karamah yang ustaz berikan kepada aku: banduan di Palestin(berdasarkan yang Ustaz dengar sendiri daripada individu tersebut) tak diberi makan dan minum..apabila askar yahudi datang, banduan-banduan jilat lantai sebab nak dapatkan air (entah dari saluran mana tapi bukan air bersih). tapi mereka yakin bahawa Alah itu Maha Pemberi Rezeki, bukan si askar yahudi. pada waktu tengah malam waktu sedang tidur, mlut mereka mengunyah2 seperti makan, dan esok paginya mereka banun dalam keadaan kenyang. Maha Suci Allah :)

  • tentang pengebom berani mati: aku pernah terbaca kisah tentang seorang perwira yang diangap para sahabat sebagai sahabat yang hebat dan syahid di medan juang, tapi Rasulullah mengatakan bahawa dia itu adalah ahli neraka kerana menikam dirinya akibat tak tahan sakit. jadi aku merasakan pengebom berani mati juga begitu. tapi tanggapan aku sedikit bergoncang bila mendengar cerita Encik Fadhli tentang pengebom berani mati wanita yang pertama di Hamas dengan bangganya menuju medan juang meninggalkan dua orang anak kecil. jadi aku tanya begini kat ustaz: pengebom berani mati, syahidkah? Ustaz kata: syahid, insyaAllah. dalam konteks perjuangan di Palestin. Pengeboman berani mati dibolehkan kalau sudah tidak ada cara lain lagi; dan pengeboman itu boleh membawa kerugian atau jumlah kematian yang besar di pihak musuh. Ustaz juga memberitahu bahawa perkara ini pernah terjadi dalam kalangan sahabat Rasulullah, (ustaz ada nyaakan,tapi aku tak ingatlah perang apa dan bila). tapi, ustaz kata, pengebom berani mati di Indonesia tak dikira syahid. yang ni aku tak dapat penjelasan lanjut sebab ada sedikit kekangan masa. nanti aku tanya lagi, okeh :)
tinggal lagi dua hari Ramadhan.manfaatkan masa yang tinggal, okeh :) selamat beribadah dan semoga dapat meraikannya dihari kebesaran Islam nanti! doakan aku selamat sampai ke Kuala Lumpur pagi esok :)

Sunday, September 13, 2009

tag dari suhaila [thanks!]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 13, 2009 7 komen best
.

1 - 5 fakta menarik tentang pemberi award.....(sbnrnye aku pun tatau sangat psl cik sue nihh...heheh)
  • belajar di IPGM
  • blogging since May 2009
  • kinda nice
  • bakal menjadi pendidik
  • sukakan doraemon

    2- 10 fakta/hobi diri sendiri:
    • paling suka berkawan
    • peramah
    • suka senyum
    • suka membaca
    • banyak kerenah
    • ada abangpelikyangbaik
    • ada kawan terbaik yang comel
    • suka menulis
    • sukakan bintang
    • degil
    3- 10 penerima awards seterusnya with their description
    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    thanks to miss suhaila! i appreciate this damn much. kali pertama di-tag. tahniah!

    Monday, July 27, 2009

    happy birthday, miss shazwani aiza & ainnur amira!

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 27, 2009 0 komen best

    untuk dua orang yang aku sayangi, atas perhubungan yang telah kita bina setelah sekian lama...terima kasih. bukan mudah mengekalkan persahabatan. terima kasih atas semua nasihat kak aiza n ainnur kat kin, semua memori yang kita kumpul bersama, untuk semua yang pernah kita kongsi (ilmu, makanan, etc.) untuk masa, tenkiu very da muchhh!!! Allah je mampu balas semuanya... semoga perhubungan kita berkekalan ye. ade gambar kak aiza je, takdek gambar ainnur laa...:( tak pa lah aihh..janji wishh, kan? tapi aku rase besday ainnur lagi dua ari kut. tak kesah laa....swweeett 20 kat kak aiza @ dr shazwani aiza binti mohd tahar, n sweeeeeeettt nineteeen kat ainnur amira binti anuar musadad. ainnur, bila lagi kite nak jumpe? hehe.. may your wishes comes true for you both, n dapat kebahagiaan dunia akhirat! paling penting, mendapat redha Allah!

    Sunday, July 26, 2009

    gunung jerai: tarbiyah sepanjang jalan

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 26, 2009 0 komen best
    pulang sahaja dari jerai, aku demam. sekarang badan masih panas bersama flu. hmm... lupakan pasal flu dan fever atau apapun.

    semalam aku pi daki gunung jerai, walopun penat tapi best!

    sebelum mendaki, ada banyak sangat masalah timbul. itu tak kena, ini tak kena. semalamnya sudahlah rasa tak sedap hati. tiba- tiba saja takde transport pagi itu, tidak macam dalam perancangan. aku tepon sume orang pun tak berangkat. barang sume dah siap kemas. mula-mula dah rasa fed-up+give up, alhamdulillah aa kak nazihah and the gang ade... thanks. hehe.

    sampai kat kaki gunung jerai kul 10 ( kalo tak silap aku laa..), then start naik dalam kul 11 gitu..(seblum kul 11 gitu aa..).. sepanjang jalan aku berkenalan ngan para sahibah yang ramah+baik+bersemangat belaka. perkenalan yang bererti. seperti Allah menemukan aku dengan berpuluh-puluh an-najwa. sepanjang jalan, selain taaruf sesama sendiri, ade juga sahibah yang selang selikan dengan tazkirah dan ingatan-ingatan... sampaikan tak terasa masa 4 jam yang berlalu...antara tazkirah paling diingati adalah tentang cikgu suruh murid dia pilih rumput sebab anak murid dia tu tanye pasal ape itu kasih sayang. aku rasa perbincangan tentang itu amat terkesan di hati aku. lagi..tentang kebaikan pasang niat...mencari apa yang kita cari, kalau terjumpa buat kita rasa puas.. senang betul dengan kak aisyah same kak sabil.. banyak kasi ilmu bermanfaat. thanks. nahnu iza sa'adna, kabbarna...waiza nazzalna, sabbahna. agaknye boleh tak apply dalam hidup? mase kita sedang berusaha, kita bertakbir, tapi bila kita rasa down, atau kita rasa lemah, kita bertasbih. begitu, kut?

    sampai puncak, after solat zuhur, diikuti asar, kemudian maghrib, lalu ada sesi ta'aruf bersama kumpulan. after isya' ada tazkirah sikit..kemudian tidur. tapi aku kene wat keje skit sebelum tido, maklumlah, aku kan budak perempuan yang suka menyibuk.

    pagi tadi, lepas subuh kemudian tazkirah, terus kemas beg untuk turun. muslimah haluan kedah turun awal, masing-masing ada kuliah. aku ponteng kelas pagi.huhu... mase kat kaki gunung, hampir dua jam juga tunggu pakcik mansor amik. jadi aku same kak aishah ngan kak sabil pun sambung berkongsi cerita n sharing ideas.

    sangat berterima kasih pada kak aishah yang banyak bersusah payah demi aku, mengatur aku sebagai peserta program ini. yang baik semuanya datang daripada Allah.. semoga perkenalan yang terjalin berterusan menjadi persaudaraan yang diredhai. setiap masa ada saja pengisian, walaupun bukan dalam tentatif program. banyak yang aku belajar. semoga semuanya membantu aku membaiki diri.

    Tuesday, July 21, 2009

    kura-kura, laut dan gelora

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 21, 2009 0 komen best

    Satu hari terasa macam panjang je bila sepanjang masa duk depan laptop loading maklumat macam kura-kura.  owh. sabarkan jelah. semalam cuti,harini ada SDG dan KPI, esok kuliah. hmm... rase macam buntu pula bila assignment ni tataw nak proceed macam mana. nak jumpa tuan@puan pensyarah sikit punye susah. due-nye lagi 2 minggu. ahli kumpulan yang tidak betah ber-assignment pula agak manja, hinggakan ketua pun tidak tahu apa itu making decision. ini memang hakikat kerja berkumpulan.. sleeping partner(s) takyah cter la..tetiap kali meeting dia takde.. rancangnye begini dan begitu, tapi bila tiba hari discussion group, meeting tak dapat dilaksanakan dek kerana pertembungan jadual aktiviti masing-masing.  tiap-tiap hujung minggu ada aktiviti, dan kata orang, junior memang wajib sertai program-program anjuran dpp... kita merancang, Tuhan menentukan.. assignment tidak dapat diteruskan kerana belum mendapat lampu hijau dari puan pensyarah: dulu mase kat matrik ade seorang teman aku yang mengajar aku kaedah ni supaya kerja nanti sentiasa on track, taklah sia-sia... takpa lah aih, bersusah-susah dahulu... 

    Monday, July 20, 2009

    pagi yang terang dan sepetang bersama rusa

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 20, 2009 0 komen best

    hari masih pagi, aku masih di bilik ainul. tadi malam tidur kat sini, temankan dia yang temankan aku keseorangan kerana roommate kami ke BTN (oh..BTN tidak habis2). tapi harini mereka pulang. dan kami-aku dan ainul- ada ageda tersendiri: SUKEON yang bagai tidak begitu tersusun. aku belum makan sarapan lagi, ingatkan nak ajak cik ainul tu 'brunch'  je, tapi sekarang dia ada badminton game pulok. hehe. katanye dia tapenah main badminton pun. semalam menang tanpa bertanding, dia tak puas hati. aku plak, lepas meeting n wat keje sket kat cenderawasih, balik ngan ainul and then on9 lagi kat bilik pastu tido lewat.. aku takde pe lagi nak tulis sebenarnya, saja mengarut buang masa kat sini. aku nak gi tempat match, bleh jadi gila kamera! yay!

    nak dijadikan cerita, waktu petang kitorang berempat(aku, dia, dia dan dia) kuar. ingatkan nak gi main kayak, tapi jadi kayap pule sebab tempat kayak tutup. cuti israk mikraj la kan.. pastu pegi pusat sukan, ingatkan nak main beskal twin, tak dapat juge sebab pusat sukan juge tutup, harap maklum. pastu muke sume cam dah hampa... jalan punye jalan, nampak plak signboard kandang rusa. sunyi je kandangnye, ingatkan takde rusa..maklumlah, rusa ni bunyi pun tak bising,..(aku pun tak pasti kalo rusa ada bunyi).. taunye makan je... rupenye rusa kalo yang bertanduk itu cuma rusa jantan saje.. rusa betina tidak ada tanduk seperti usa jantan. kunun cam hensemaa sape ade tanduk.heheh. kalo rusa betina ada tanduk, matilah sume2 rusa sebab berebutkan si jantan. ahaha. sebab rusa jantan fight dengan rival dia guna tanduk untuk berebut cik betina. lame gak kitorang melepak kat tempat rusa tu. rusa2 kat situ pandai gak posing, kalo nak nengok gamba sila check facebook saye. cuma ada gambar rusa saje walopun saye agak gila kamera. agak2 dah nak maghrib, kami pun pulang. eheh. itu saja cerita tentang rusa.

    Monday, July 13, 2009

    persahabatan vs kepentingan diri

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 13, 2009 2 komen best

    semua orang ada sahabat. aku ada sahabat, kau pun ada juga. sahabat adalah orang yang selalu buat kita rasa selamat, dan bila dia buat kita tidak selesa itu pasti demi kebaikan kita juga. sahabat bukanlah orang yang selalu ada dengan kita sepanjang masa. sebab dia juga manusia, bukan malaikat raqib&atid. dia juga bukan hakim, tapi dia layak menilai kita dari sudut pandangannya: pada takrifan hati masing-masing. sahabat selalu menyediakan ruang untuk kita walaupun dia tidak punya terlalu banyak masa untuk diri sendiri. dia selalu melebihkan kita dari saudaranya sendiri. bersama waktu senang dan susah, macam sedarah daging.

    semua orang ada kepentingan diri. semua orang ada impian untuk dikejar dan dicapai. tak kisahlah hal dunia akhirat atau apapun. sebab hayat kita pendek, masa kita suntuk. sampai kadang-kadang kita tidak tahu menilai sama ada apa yang kita lakukan itu penting atau tidak; tidak dapat dibezakan lagi. sampai-sampai, ada yang terlupa tujuan hidup sendiri, sampai jadi gila kerana kepentingan diri. entahlah. kebelakangan ni aku rasa selalu mementingkan diri. entah mana nilai adab aku, aku pun tak pasti. sudah hilang dimakan kepentingan diri agaknya. aku tak pasti mana hal yang lebih penting: urusan aku sendiri atau kawan aku yang lebih utama. kalau aku kejar masa, pasti dia pun sama. kalau masa aku penting, masa dia pun penting juga. hari lepas dia tolong aku, kenapa hari ini aku tak boleh tolong dia? kalau dia cukup sabar dengan kerenah aku yang banyak songeh, kenapa aku cepat hilang sabar dengan kerenah dia? hmmmmm... mungkin selama ni aku memang pentingkan diri, baru sedar diri agaknya aku ni..


    aku mudah menghargai orang yang taklah berharga sangat kat aku tapi untuk tunjukkan penghargaan pada orang yang cukup penting buat aku, aii..susah betul. sampai orang kecil hati dan salah anggap, mungkin. kepada dia: maaf. ajarlah aku menghargai kamu. mungkin aku terlihat dari pandangan kamu sebagai seorang yang tidak pandai menghargai malah begitu tidak adil, tapi jauh di sudut hati aku saaaaangat sayang kamu dan berterima kasih dan terkilan jika kamu berkecil hati.. cuma Allah je yang boleh membalas kebaikan kamu. kamu berhati tulus, aku tahu. aku mengagumi kamu yang amat sabar, teruslah menghadapi aku begitu. ini untuk kamu yang hadir dalam hidup aku, yang menjadi teman aku mendaki tangga-tangga kuliah, berpenat lelah ketika mencari main building COB, menurut kehendak aku, sentiasa melemparkan senyum pada aku bila kita bertembung pandang, membuat aku terasa sedikit rimas bila kau mengasak aku dengan soalan-soalan yang perlu bagimu tapi tidak aku, terdiam bila aku moody dan buat bodoh dengan kehadiran kamu.. maaf, tapi hakikatnya aku sangat menghargai kamu. semoga kamu dipayungi rahmat kasih Tuhan-aku sayangi kamu!

    Friday, June 19, 2009

    hadiah ulangtahun: kesyukuran

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 19, 2009 0 komen best
    lagi beberapa minit genaplah umur aku 19 tahun. aku lahir kul 9.56 pagi..
    tadi keputusan universiti dah keluar. and..guess what? aku dapat tawaran uum: bussiness management logistic&transportation. walaupun ini bukan pilihan pertama aku, tapi, apepun tawaran yang aku terima, aku pasti akan jadikannya feveret aku dan buat yang terbaik. so... aku anggap nilah hadiah birthday aku!

    beberapa hari lepas aku teringat kat childhoodmate aku: zahidah&fatin. dan aku try menelefon mereka. dan mereka sungguh terkejut+gembira+geram sebab aku dah lamaaaaaaaaa giler tak give a call atau papepun kat diorang. mungkin betul, aku dah lupakan diorang, maaf. tapi diorang dah tentulah tak tau ape yang aku dah lalui selama hampir 7 taun ni.. ini pun aku sudah anggap hadiah harijadi.

    dan, dulu sebelum aku berpindah dari mrsm muar, akbar a.k.a babar sempat bagi aku tag name dia-tag bkp. bila balik rumah, aku simpan tag name tu kat dalam secret box aku. after a few time, adik2 nakal aku selongkar barang aku dan beberapa barang aku hilang termasuklah tag name babar yang kaler ijao itu. dan, beberapa hari yang lalu, kakak shantikk aku dah terjumpanya dan memberinya pada aku. syukur sesangat. so, thanks, babar dan kakak saye yang shantikk. another besday prezen.

    secret box adelah sebuah kotak bernama kenangan dimana disitulah aku simpan sume hadiah, kad-kad ucapan, buku-buku catatan peribadi dan barang-barang penting aku cam report card sejak skola rendah..kire cam kalo orang bukak secret box tu memang aku rase cam ohh..tataw nak watpe. neway, ade lagi 9 hari untuk aku wat persiapan. duwe kate, uum ade hantu. peduli hape akuu...well..
    uum, tunggu akuuu!!!

    Tuesday, March 31, 2009

    jamuan praktikum, annual dinner dan gunung ledang

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 31, 2009 0 komen best

    akhir-akhir ini banyak peristiwa yang mencipta kenangan. jmuan praktikum pada 19 mac, walaupun tidak sebegitu banyak aturcara, sekadar makan dan berborak dan ambil gambar, food pun tempah kat café je, tapi masih boleh dikatakan meriah dengan makan nasi goreng, nugget n ayam.

    annual dinner tadi malam pun sudah cukup melelahkan-aku amat mengkritik annual dinner yang diatur oleh ENCIK KEPALA JPP.
    sebabnya:

    PERTAMA: temanya adalah "MACHO & FEMININ", tapi encik kepala jpp tersebut meWAJIBkan para pelajar untuk memakai pakaian formal. hape punye serabut laa ayat encik kepala ini...

    KEDUA: encik kepala memberi idea ekonomik, iaitu para pelajar amik food sendirik guna bekas makanan sendirik. syaratnye, ketua2 n naib2 ketua praktikum je yang boleh gi amikfood stersebut untuk ahli praktikum. masalahnye, serabut n serabai giler jadiknye tempat dinner tu ngan orang lalulalang depan khemah vip. pastu bukan stakat ketua praktikum je, ngan anak2 buah skali pi amik foods.

    KETIGA: para pelajar kolej dikenakan bayaran RM6 untuk menghadiri Annual Dinner tersebut. yang Encik Pengarah plak bagi ucapan manis-manis yang menikam kalbu.

    KEEMPAT: erm..takyahlah kritik banyak-banyak..macam bagus sangat je aku ni.. mase dinner blok pun slekeh gak yang aku buat tu..
    papepun, harus diberi pujian gak, walopun majlis taklah sebegitu sempurna sebab kita manusia bukan malaikat, jadi pujian harus diberi dari aspek persembahan yang cukup menghiburkan (kecuali persembahan duet 'ku merindu' yang spoil).
    pandai jpp cari orang. bukan senang nak organize event yang besar gitu.. mane nak cari meja krusi, pa system, emcee, persembahan, aturcara lagi, hadiah lagi, nak mintak duit student lagi.. aii..sume tu memang dah terasa sendiri aa..

    neway tahniah kat JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR. next time in future, u learn to do better. atleast dinner nye ade daripada takde.bukan senang nak kumpulkan student, sume stream, yang 4ribu orang tu dalam satu event.

    sabtu lepas, aku dan 12 orang rakan sepraktikum bersama pensyarah pengiring sekluarga(suami Puan Siti dan 4 orang anaknyer) bercamping ke Gunung Ledang.MEMANG BEST!! tapi penat memang tak hengat laa...

    aku taktau la aku ni hantu air ke hape, tapi akulah orang pertama yang gi terjun dalam air after letak barang sume..yang lain gi masak2 n borak2, aku gi melayankan anak2 puan yang kiut-miut itu. mukri plak pandai tul pujuk aku gi terjun dalam air.
    pastu, bila naik, aku jadi TUKANG MAKAN je..memang shedapp arr prangai aku nih.. bila balik dari Gunung Ledang, aku di-detect menghidap demam selsema~hantu air yang x ori rupenye aku nie..~ slain makan dan main air, aku cuma menggoreng sebijik telur hangus. kemudian telur itu bukan aku yang makannye.
    dan, bila sampai bilik,ooo gosh, hari isnin, slase ngan rabu ade trial berturut-turut : aku tak ready lagi!
    erkkk...

    Thursday, March 26, 2009

    .untuk kawan yang bernama andy putra.

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 26, 2009 0 komen best
    as your request, andy. dan juga untuk orang-orang yang kugelar kawan. terutamanya kawan yang baik. yang benar-benar ambil berat. yang sama-sama waktu susah dan senang.yang sudi meminjamkan bahu untuk aku bersandar, dan mendengar ucapan-ucapan aku yang banyak dan meletihkan. yang memarahi kalau aku salah, dan memberi galakan kalau aku rasa susah. yang mengajar aku bila aku tidak tahu, dan menjawab pertanyaan-pertanyaan bodohku. yang sudi berkongsi masalahnya dan menjadikan aku seseorang yang dipanggil teman, yang mempercayai aku untuk berkongsi rahsia, yang menyimpan segala yang dirasakannya rahsia tentang aku. ya~ syukurlah. aku bersyukur ada teman di sepanjang perjalanan yang panjang ini: terima kasih, kawan-kawan.


    p/s: Andy, cokelat dengan gula melaka same gula batu boleh digaulkan bersama ke? tak sedapnye makan cokelat ngan gula batu (n_n)~

    Monday, February 23, 2009

    kata nasihat seorang sahabat

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 23, 2009 2 komen best
    wanita solehah dihormati, bukan diminati...

                   wanita biasa dengan paras jelita

                          mungkin akan menjadi rebutan,

    tapi wanita yang warak dan zuhud

              akan menjadi kebanggaan para malaikat.

                                                             ~siti an-najwa~


    ayat-ayat ini ditext oleh najwa padaku setelah habis aktiviti karnival sastera ikhtisas, dimana semua orang memberikan komitmen dalam gerai jualan pelajar perakaunan. penat dan puas. dua perasaan yang hanya Tuhan saja yang tahu. Baru habis penutup. meriah dan penuh. Aku tak sangka menjadi usahawan begitu menyeronokkan-exciting!-tambah lagi, aku jadi promoter. dalam perjalanan  pulang, aku bersama najwa dan malam-malam buta itu sebelum lewat bloknya aku nyanyikan lagu yang liriknya begini:
            kupetik bintang atas langit
                 untuk kau simpan dalam poket
                      cahayanya terang lampu picit
                   berikan kau perlindungan........ULTRAMAN!..

         kemudian apabila sampai ke bilik aku menerima mesej yang ayatnya seperti di atas...mungkin boleh juga jadi simpanan semua teman wanita aku ya...aku semakin sayang temanku yang satu itu. walaupun kadang-kadang aku tak senang pada nada sendanya yang kasar, tapi kata-katanya selalu benar. ungkapan dia saja selalu menusuk masuk kedalam hatiku hingga kuingat sampai bila-bila. ketegasan dalam rasa malu, dia sangat menjaga batas antara lelaki dan perempuan. harap-harap dapat jadi seperti dia... yang menceritakan padaku tentang lelaki arab menghadiahkan kepala kambing kepada si pengumpat sebagai ucapan terima kasih---cerita yang menghilangkan kesedihan aku dan membuat aku tersenyum dan kembali bersemangat.

    terima kasih, an-najwa!

     

    Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea