
Satu hari terasa macam panjang je bila sepanjang masa duk depan laptop loading maklumat macam kura-kura. owh. sabarkan jelah. semalam cuti,harini ada SDG dan KPI, esok kuliah. hmm... rase macam buntu pula bila assignment ni tataw nak proceed macam mana. nak jumpa tuan@puan pensyarah sikit punye susah. due-nye lagi 2 minggu. ahli kumpulan yang tidak betah ber-assignment pula agak manja, hinggakan ketua pun tidak tahu apa itu making decision. ini memang hakikat kerja berkumpulan.. sleeping partner(s) takyah cter la..tetiap kali meeting dia takde.. rancangnye begini dan begitu, tapi bila tiba hari discussion group, meeting tak dapat dilaksanakan dek kerana pertembungan jadual aktiviti masing-masing. tiap-tiap hujung minggu ada aktiviti, dan kata orang, junior memang wajib sertai program-program anjuran dpp... kita merancang, Tuhan menentukan.. assignment tidak dapat diteruskan kerana belum mendapat lampu hijau dari puan pensyarah: dulu mase kat matrik ade seorang teman aku yang mengajar aku kaedah ni supaya kerja nanti sentiasa on track, taklah sia-sia... takpa lah aih, bersusah-susah dahulu...

0 komen best:
Post a Comment