tadi malam sampai subuh tadi ada program SPIKE o9. SPIKE: seminar pemantapan ibadah kolej EON. pengisiannya walaupun tidak banyak tapi cukup. harini agak bosan juga, kawan-kawan aku ramai yang tidak ada. roommate aku juga, ada kursus BTN di Balik Pulau. dia yang menjadi kesayangan aku juga ke BTN. yang lain-lainnya ada integrasi, khusus bagi yang ada ambil kokurikulum. aku tidak ambil ko-k sem ini, jadi aku tidak tahu dan tidak faham apa itu integrasi. aku diberitahu dan maklum bahawa hari ini UUM mengadakan konvo khas buat Pak Lah@Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, anugerah Ph.D Demokrasi.
aku tidak suka sebenarnya dengan perkataan bosan, sebab bagi aku orang yang bosan tidak pandai melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya, tidak gunakan masa dengan cekap. dalam buku Edward de Bono, dia menyatakan begini: a beautiful girl with a boring mind is boring. haha. betullah tu.. aku ada 5 assignment untuk disiapkan dalam masa tak sampai sebulan. agak gila juga kalau asyik fikir assignment yang banyak. hmm...
tapi menjelang petang aku jalan kaki gi pusat sukan uum dengan fara-ingatkan nak berlatih ping pong, tapi sebab fara xbawa kad matrik, jadi kitorang main beskal berkembar jelahh... best juge meround satu kolej. terasa cantik pulok uum nih... nampak kayak terasa cam nak main kayak,nampak litar go-kart pun rase cam nak main go-kart. huhuuuu..... nak try semua!

0 komen best:
Post a Comment