aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa hari ni. terlalu banyak masa, sebab kawan-kawan sabahan aku tidak ada hari ini. outing buang masa, kata mereka. aku tidak rajin berjalan-jalan, jadi aku tidak ikut meskipun diajak beriya-iya. aku katakan yang aku banyak kerja hari ini. memang iya pun banyak kerja. leading dua assignment sudah cukup buat aku pening. belum jadi pengarah company, iye dok? ekeke. berangan kuat betoi la cik shikin nih. kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang latarbelakang aku. maklum, orang baru di tempat baru dengan suasana baru dan kawan-kawan baru. pelbagai ragam dan jenis orang. jadi aku fikir mahu cerita tentang biodata aku saja hari ini.
Allah mengilhamkan abah untuk memberi aku nama NORASHIKIN. di rumah, aku dipanggil dengan nama nora, dan kawan-kawan aku memanggil aku dengan nama 'shikin', ataupun 'ikin'. mana-mana pun same jelahh.. aku lahir di hospital Assunta, Petaling Jaya pada 20 Jun 1990, pada waktu dhuha: 9.56 pagi. kata ibu, orang lahir pagi ni degil. hmm...tak taulah saye... degilkah saye?... aku anak ketiga dari 6 orang adik beradik, 3 lelaki, selebihnya perempuan. sejak kecil, ibu mengatakan bahawa aku anak yang senang ikut cakap dan tidak degil. (alhamdulillahh...)
aku pernah belajar di banyak sekolah di banyak tempat, johor, negeri sembilan, selangor, dan sekarang, kedah. cuma tak sampai australia je lagi. ekeke..
- sekolah kebangsaan tun abdul aziz majid, hulu langat, selangor.
- sekolah bukit tunggal, jementah, segamat, johor.
- sekolah kebangsaan bukit raya, cheras, selangor.
- maktab rendah sains mara kuala klawang, jelebu, negeri sembilan.
- maktab rendah sains mara muar, johor.
- maktab rendah sains mara serting, negeri sembilan.
masa sekolah rendah, aku sekolah agama petang dari darjah satu sampai darjah enam. apa yang aku pasti sistem pendidikan sekolah agama di johor dan selangor tidak sama, jadi amat susah bagi aku untuk convert dari negeri johor ke selangor. sistemnya agak berbeza dan aku susah faham. ustaz bahasa arab aku mase aku darjah enam memang sangat tak suka aku sebab aku paling tak pandai dalam kelasnya. dia menyindir aku selalu. pada ketika aku dikhabarkan mendapat 5A dalam UPSR, dia berkali-kali bertanya tanda tidak percaya. padahal untuk PSRA aku cuma dapat pangkat 'jaid' saja, atau kalau kat sekolah biasa, aku cuma student gred C. aku tak mampu untuk peroleh 'mumtaz', seperti 'mumtaz'nya aku di sekolah rendah kebangsaan. di sini aku ingin menekankan bahawa guru tidak harus memperlekeh seorang anak murid walau tak pandai mana sekalipun seorang anak murid. tapi, selama aku sekolah, apa yang aku pentingkan adalah nilai menghormati guru. orang yang memberi emas kepada kita, mana mungkin aku pulangkan tahi kepadanya? sebelum aku lanjutkan pelajaran di UUM tercinta ini, aku memilih untuk belajar di matrikulasi, Kolej Matrikulasi Johor. walaupun di peringkat upper form aku merupakan pelajar sains tulen, tapi di matrik Allah ilhamkan aku untuk ambil jurusan perakaunan dan Alhamdulillah, aku berjaya mendapat result yang walaupun tidaklah excellent, tapi ia adalah result yang bagus juga.
semasa di tadika, kata ibu kata aku dapat nombor satu. entahlah. aku sendiri pun tak ingat. yang aku ingat, aku cuma bersekolah di tadika ABIM selama dua tahun(semasa aku berumur 5 dan 6 tahun). mase umur 4 tahun lagi aku dah merengek minta nak pergi sekolah sebab abang ngan kakak aku dah sekolah. walaupun masih berkepit ngan botol susu masetu, semangat juga aku nak pegi sekolah ye :) masa hujung tahun sekolah tadika, semua orang ditanya tentang karier impian. begini dialog ingat-ingat lupa aku:
ustazah: norashikin, ape cita-cita norashikin?
norashikin: cita-cita tu ape, ustazah?
(kawan aku menyampuk) kawan: cita-cita tu ape yang awak nak jadi mase besar nantilah..awak nak jadi cikgu ke, dokter ke, polis ke, jururawat?
norashikin: boleh jadi tu je ke?
kawan: iyelah, cepatlah pilih, awak nak jadi ape?
norashikin: erm..nak jadi ustazahlah..(sambil memandang ustazah)
ustazah: alhamdulillah,..nanti boleh jadi ustazah norashikin macam ustazah shikin.
(kebetulan kat tadika tu memang ada ustazah norashikin, garang giler ustazah tu..dia ajar matematik. tetiap kali dia ajar, mesti aku duk ngan aisyah si budak pandai. setiap kali kelas dia, mesti kena bangun jawab soalan tambah tolak, baru boleh duduk.) hmm.............
masa aku sekolah rendah, parent aku hantar aku duk ngan atuk sedara aku... atuk sedara aku tu sikit punya garang.. aku panggil dia tok aki.....sekarang dah allahyarham... masa aku duk kat rumah dia, aku dilatih menjadi seorang yang bersistematik. ada wawasan, ada cita-cita. setiap kali peperiksaan, katanya, aku mesti skor nombor satu. kalau tak dapat nombor satu, pasti, aku kecut perut ya amat. ibu abah aku sendiri tak didik aku sebegitu tegas. hampir setiap hari, setiap minggu dia menyebut supaya besar nanti aku jadilah dokter. tu memang harapan dia kat aku.. selalu dia pesan kat aku jangan jadi perempuan yang hanyut dengan dunia. pernah dia suruh aku berikrar untuk belajar dengan tekun demi Allah dan Rasul. setakat ni, setelah dia Allahyarham,belum aku temukan motivator sebaik dia. aku takkan lupa sakitnya dia pukul aku dengan kayu penghadang pintu kerana aku terlewat berjemaah maghrib. dia juga amat marah bila aku protes makteh aku kerana suatu hal. dia paling suka suruh aku picitkan kakinya yang kepenatan walaupun aku malas-malas. kata isterinya yang pertama, aku ini walaupun selalu dimarah-marah, tapi aku tetap cucu kesayangan tok aki.. alahai.. dulu masa kecil aku rasa malang sangat..rasa malang sebab ibu abah hantar aku kat tempat yang jauh..sudahlah rumah tok aki tu dalam hutan, nak pegi sekolah kena jalan kaki, nak mandi kena beratur ngan orang lain, bangun pukul 4 pagi tetiap hari,.... tapi, semakin aku dewasa, semakin aku rasa syukur..kalau ibu abah tak hantar aku dulu, tentu aku membesar dengan hiruk-pikuk bandar..terabai.. hati tak terdidik dengan iman.. Arwah tok aki meninggal sebelum aku dapat masuk MRSM. aku tak nafikan, dialah tunjang dalam memberi aku semangat untuk jadi orang berguna. walaupun aku tak sempat berkongsi semua yang aku rasai, rasa kesyukuran aku, aku berharap semoga Allah melimpah ruahkan rahmat keatasnya. semasa hayatnya, Tok Aki cukup warak. tapi, sangat garang...
aku mempunyai childhood yang berbeza dengan orang lain. (^_^)

1 komen best:
haha. its fun to return back to the past that we have been through so far. ;)
Post a Comment