kalau saya mengaku saya suka membaca, saya pun tak pasti kebenarannya. Saya lebih suka tidur. :) Tapi, tidur yang berlebihan tak baik untuk sistem tubuh. Jadi, saya mengakulah yang saya suka membaca (kalau ada yang menafikannya, sila komen)..
Sahabat yang terbaik adalah buku. Ia takkan komplen berapa lama ia perlu bersama saya. Ia takkan komplen lapar atau mahu bermain, dan ia takkan komen kalau saya membacanya semasa baru bangun tidur dan belum mandi. Buku juga takkan komplen kalau saya membiarkannya terlantar berhari-hari di rakbuku, atau menyepahkannya di atas katil. Cuma, kadang-kadang saya musykil, kenapa ia berselerak di atas meja saya?
Ah, tak mahu membebel panjang-panjang. Cuma nak kongsi sedikit buku apa yang sedang saya telaah.
- Anak-anakku bangunlah
- Ditulis oleh Ummu Anas, buku ini memberi bingkisan-bingkisan yang ditulis sesuai dengan anak-anak remaja. Ummu Anas ternyata dapat menyentuh hati anak muda dengan lembut melalui tulisannya. Kawan-kawan yang membaca sedikit-sedikit sementara menunggu kelas bermula pasti terpikat hendak meneruskan pembacaan.. sekarang sedang dipinjam oleh seorang rakan. Buku ini hadiah daripada seorang teman, Shafiyah Adzahar.
- Anak-anakku berjuanglah
- Buku ini kesinambungan kepada "Anak-anakku bangunlah". Juga ditulis Ummu Anas, dan saya memperolehnya tidak lama selepas Shafiyah menghadiahkan 'Anak-anakku Bangunlah'. Yang ini juga hadiah, dari Umi Norsiah. Siapa Umi Norsiah? Seseorang yang mendidik dengan penuh kasih sayang :).
- Goodbye Ed, Hello me.
- Ditulis oleh Jenni Schaefer, untuk membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah pemakanan atau Eating Disorder. Kalau anda nak tahu, 'eating disorder' boleh membunuh! Jenni menceritakan pengalamannya sendiri dalam buku ini tentang bagaimana dia berperang dengan penyakit 'eating disorder (ED)' ini. Buku ini dipinjam daripada PSB.
- Munajat di Jalan Dakwah
- Buku karya Mustafa Masyhur ni mesti dibaca dalam keadaan berseorangan supaya dapat menghayatinya.. ingat, mesti baca sorang-sorang!
- Apa ertinya saya menganut Islam
- Orang lain dah baca buku ni lama dah, saya masih baru nak membacanya. Buku ni adalah bacaan wajib bagi semua yang bergelar Islam, untuk kita tahu apa erti sebenarnya kita menganut Islam. Kalau kita rasa kita sudah Islam pada erti yang sebenar, mungkin kita silap.. Mungkin kita beriman, tetapi kita tak merasakan keesaan Allah. Buku ini menyentuh aspek keimanan dengan mendalam. Malu untuk saya katakan kerana asyik terima hadah saja, tapi hakikatnya ia adalah hadiah daripada Akh Fadhli.
- Bahtera Penyelamat
- Dalam perjalanan melayari sebuah lautan kehidupan yang penuh gelora, Bahtera Penyelamat memberitahu kepada kita bagaimana mengemudi bahtera dengan selamat, dan menghadapi ombak sama ada kecil mahupun besar. Buku ini juga karya Fathi Yakan,dan dipinjam dari PSB.
- Penenang Jiwa: Pengubatan dan Rawatan (terjemahan kitab Mukashafah al- Qulb).
- Dah lama saya simpan buku ni, pinjaman dari PSB. Sejak kali pertama membaca, saya rasa sangat terpikat. Tatkala hati terasa gundah, buku ini benar-benar mengubat hati. Sesiapa yang belum membacanya, carilah. Sebab hidup ini tak sunyi dari dugaan, dan untuk merawat hati, buku ini ada ubatnya.
- Bagaimana menyentuh hati : Abbas As Sissi
- Buku ini dicadangkan oleh seorang sahabat untuk saya membacanya. Abbas As Sissi berkongsi tentang bagaimana memikat hati.. memikat hati orang untuk diajak ke jalan Allah. Abbas As Sissi sangat kreatif, dia memikat hati orang hatta dengan memijak kaki seseorang di dalam bas untuk mencari peluang berbual. Dia juga bertanya sama ada orang itu dari Sudan, sedangkan kulitnya cerah.. Walaupun tak ada kemudahan handphone pada waktunya, tetapi Abbas As Sissi bijak men- follow up orang yang baru dikenalinya dan berusaha mengingati semua nama. Buku ini saya download PDF, jadi baca kat laptop je sebab tak ada dalam koleksi PSB.

0 komen best:
Post a Comment